Dilema istri “kesunyian” dgn bisikan suara. Suami komited kerja. Bila ajak borak, mcm dinding. Berharap ny4wa diambil segera.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. As-salam dan selamat sejahtera buat semua pembaca.. Saya terpanggil untuk berkongsi rasa dengan semua pembaca sebagai luahan perasaan yang sudah lama terpendam.

Saya seorang surirumah sepenuh masa.. Sudah berhenti bekerja beberapa tahun kerana masalah kesihatan. 15 tahun berumah tangga tanpa zuriat. Saya pernah menjalani rawatan 1CSI pada tahun ke 6 perkhawinan tapi saya ggur pada minggu ke 12 kerana saya kerap mengemas rumah turun naik tangga.

Saya menyesal hingga sekarang kerana tidak menjaga elok-elok bayi dalam kandungan. Kami tidak di beri kauseling yang mana menjalani rawatan kesuburan macam-macam yang tidak boleh di lakukan pada awal mengandung. Kemudian saya dan suami berpindah rumah menjalani kehidupan baru. Menjalani kehidupan seperti biasa. Lama kelamaan saya rasa kosong.

Saya rasa sangat sunyi dan muncul lah suara-suara yang selalu bersuara dalam kepala saya. Suami berkerja dalam bidang profesional dia sangat-sangat komited dengan kerjanya. Selalu balik lewat sebab kejar d3adline. Dia sangat baik dengan saya sepanjang 15 tahun bersama hanya 3 kali kami bergaduh setakat merajuk tu biasalah.

Selalunya saya yang merajuk dia tak pernah merajuk dan saya akan pujuk diri sendiri. Seandainya saya marah saya akan masuk bilik kunci diri dah tidak makan berhari-hari kemudian bila saya sudah tenang saya akan jadi macam biasa. Suami tidak akan pujuk sebab dia bukan lah lelaki yang romantik. Dia juga tidak pernah meninggikan suara.

Rajin menolong melakukan kerja rumah jika dia lapang. Dia bukan lah lelaki alim tetapi setiap hari selepas subuh dia akan mengaji dan kadang-kadang bangun solat malam. Suami selalunya selepas balik dari kerja dia akan sambung kerja-kerjanya selepas makan malam selalunya saya akan menonton tv seorang dan tidur dulu.

Atau jika dia tidak menyambung kerja-kerja pejabat dia akan duduk menonton tv bersama saya tetapi matanya lebih kepada hp atau tertidur di sofa. Apa pun yang saya bualkan seperti bercakap dengan dinding. Ya saya faham suami di pejabat sibuk tiada masa untuk tengok hp. Tapi bila saya tengok hp dia pula ajak berbual.

Rancangan yang dia akan tumpukan perhatian penuh adalah bola. Tetapi bila saya ajak berborak memang seperti bercakap dengan dinding… Lagi pun saya tak tahu sangat tentang bola dan tidak berminat… tapi saya selalunya akan teman suami menonton bola saya k0rbankan perasaan tak minat tu demi suami.

Pernah juga 4-5 kali saya intai suami di bilik bacaan pada lewat malam betul ke dia buat kerja office.. betul dia memang buat kerja-kerja office. Hp nya juga saya periksa juga tiada apa yang mencurigakan. Saya rasa sangat sunyi duduk di rumah tiada kawan berbual. Jika tiada kerja pejabat suami suka tengok Hp tengok saham..

tengok fb.. Saya pernah bersuara kenapa dia asyik tengok hp? Dia cuma senyum-senyum dan berbual dengan saya tapi selalunya dia akan berubah sehari saja. Sudah 15 tahun saya hadapi ini.. Nak merajuk pun dah muak. Saya juga tidak mempunyai kawan yang ramai hanya ada 6 orang sahabat baik. Itu saja tetapi saya selalu mengelak berborak dalam group whatsapp kerana mereka selalu berborak tentang anak.

Pelajaran anak. Apa yang mahu saya borakkan? Kemudian suara dalam kepala saya selalu mengejek mengatakan saya tidak layak berkawan dengan mereka kerana saya looser. Saya betul-betul benci suara tu. Apabila malam saya akan bermimpi yang sahabat saya memulaukan saya. Mengata saya di belakang dan sebenarnya selama ini mereka tidak pernah menyukai saya..

Berkawan dengan saya pun bersebab. Berulang -ulang mimpi yang sama saja. Selalunya bila suara itu mula bersuara merendah-rendahkan saya, saya akan hilang mood.. Saya akan menanggis sendirian. Mula mengemas rumah.. Ye.. Hobi saya kemas rumah.. Duduk dalam bilik gelap.. Bahu terasa s4kit seperti memikul batu.. Perut memulas dan susah bernafas..

Tidak makan dan kemudian tidur. Ya saya suka tidur.. Saya rasa dengan tidur saya bebas dari suara tu. Saya cepat letih dan tiada selera makan.. Berat badan saya tak pernah mencapai tahap ideal sentiasa under weight. Saya tidak menceritakan masaalah saya kepada suami kerana dulu saya pernah cakap pada suami saya selalu rasa pening dan susah bernafas…

saya tak s4kit tetapi suami cakap sebab saya tak mengaji. Cuba mengaji lebih.. Ohhhh masa tu saya rasa macam dih1na. Apakah semua kes4kitan tu datang sebab tidak beribadat? Saya sangat kecik hati. Akhirnya selepas itu jika saya s4kit apa-apa saya cuma simpan dan tidak memberitahu suami.

Pada saya biarlah saya s4kit.. Nanti saya akan cepat m4ti.. Dan kesunyian saya akan hilang. Andai malam jika saya sesak nafas saya akan berdiam diri berharap semoga saya m4ti tetapi umur saya masih panjang hingga sekarang. Mungkin Allah mahu saya menambah lebih lagi amal ibadah sebelum mencabut ny4wa saya.

Saya cuba menghilangkan kesuyian dengan melakukan aktiviti yang saya suka.. Melukis.. Membaca buku mewarna tapi suara tu suka mengejek mengatakan orang b0 doh je yang buat benda-benda ni semua.. Kawan-kawan sebuk berbisnes.. Bekerja,.. Ambil anak kat sekolah… kau cuma duduk membuat benda tak berfaedah. Suara tu suka saya duduk termenung saja.

Bila termenung di dalam bilik gelap. Dia hilang.. Itu membuatkan saya rasa sangat-sangat sunyi. Saya tidak boleh memandu kerana pernah terlibat dalam kem4langan semenjak itu jika saya pasang niat untuk memandu pasti saya akan bermimpi saya kem4langan jalan raya lagi..

Jadi keluar rumah untuk menghilangkan sunyi tidak boleh di guna pakai. Saya juga sebenarnya tidak suka keluar rumah walaupun untuk sidai kain.. Tidak tahu kenapa… seolah-olah saya terperangkap dalam rumah yang sunyi ini. Mungkin orang akan cakap tengok lah hp boleh hilangkan sunyi.. Entah kenapa bila saya tengok hp lebih dari 30 minit saya akan rasa ingin muntah..

Kemudian bila tengok status kawan-kawan di fb buat suara tu perlekehkan saya.. Dia asyik membanding-bandingkan saya dengan kawan saya. Kemudian saya unfollow semua kawan-kawan saya. Hitamnya hati saya.. Cemburu dengan kehidupan kawan-kawan. Saya terfikir bagus juga saya tiada kawan kurang lah dosa berg0sip.

Selalunya bila suara dalam kepala saya galak mengatakan saya l0oser saya akan mengaji untuk menghilangkannya tetapi saya tidak pernah melakukan depan suami sebab tu dia cakap saya tidak mengaji. Saya akan bangun awal untuk solat malam mencari ketenangan. Selalu melakukan solat hajat untuk menghindari suara-suara tu..

Jika saya melakukannya saya akan rasa tenang. Tetapi bila saya bercuti solat suara itu semakin galak bersuara. Ketawakan saya. Memperlekehkan saya.. Semasa PKP awal tahun dulu saya adalah orang yang paling gembira kerana suami ada bersama saya 24 jam. Walaupun dia berkerja dari rumah.. Asyik berkepit dengan laptopnya saya gembira..

Kemudian selangor membuat l0ck down semula saya lah orang yang paling bersyukur sekali.. Tak apalah jika suami 24 jam dengan kerjanya sekurang-kurangnya saya ada teman di rumah.. Tak apalah saya selalu tidur dulu setiap malam.. Tanpa ada pillow talk sekurang-kurangnya saya masih ada suami..

Tak apalah jika dia tak berborak dengan saya kerana tengok hp saja sekurang-kurangnya saya masih ada sosok tubuh yang nak di lihat hari-hari… Saya ada kucing-kucing untuk diajak berborak walaupun kucing-kucing saya macam bosan bila saya ajak berborak. Sejujurnya saya sudah lama tidak ketawa besar.. Bergembira bersuka ria.. Semuanya seperti membungkus saya… Kesunyian.. Kesuraman.. Kegelapan….

Kini.. Saya hanya pasrah dan berdoa semoga saya cepat-cepat pergi dari dunia ini.. Agar kesunyian ini terhapus… ”Aku ingin menjadi awan yang memberat menjadi mendung kemudian bertukar menjadi hujan dan menghilang perlahan-lahan dari pandangan mata…” Doakan saya kuat menghadapai hari-hari mendatang… dan saya mati dalam keadaan beriman.. – Kelkatu (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Akrima bakar – Perasaan sunyi tu senang nak hit surirumah yg terperangkap dlm rumah.. tak kira lah ada anak ke tak.. bersosial tu mmg sgt penting to keep your sanity..tak sama bercakap dgn anak2 nak dibandingkan pillow talk dgn suami..support dari suami mmg sgt2 penting bg surirumah yg jauh dari keluarga dan kwn2..

Suami tu sebenarnye terlupa yg puan perlukan dia..dia agaknye ingat puan okey je..sbb tu dia x tak berapa beri perhatian..puan cubalah utk burn out depan dia..biar dia tgk keadaan sebenar puan mcmana..atau bg je link confession ni pada dia..minta dia bawa puan to seek help..semoga Allah permudahkan semua.

Iezya leykaka – try bela kucing.. kalau alegi. try bela haiwan lain… sy pon HW. dulu sunyi g1la xda anak.. nasib baik ada bela kucing. dia la teman ketawa menangis main makan minum semua dgn dia. alhamdulilah..xlama lepas tu saya pregnant. yang pertama m1sscarge sbb baru pindah rumah + buat kerja berat (xtahu prgnt).

setiap kali lepas solat, sy akan pegang miaw sy, cakap kat dia. doakan mama cpt dpt baby ye… miaw sy memg suka berkepit dgn sy. tapi skrg, dia xlayan sy dah. dia layan + main dgn anak sy pulak. dia manja dgn sy bila nk makan je. hampehh punya miaw.

Indra putra – pernah dengar tak perkataan sepi itu indah? cuba hiasi kesepian dan kesunyian dengan penuhkan jadual 24 jam sehari tu. keep a diary. rancang hari esok. cipta hobi baru. saya memang suka menonton. so, saya akan follow kdrama/mdrama.. atau filem2 yg tgh hits dalam n3tflix atau iqiyi.. kalau rasa tepu, pergi naik grab ke mall terdekat. saja jalan2..

pergi kedai petshop atau tgk baju2 lawa.. maybe boleh daftar dalam NGO mcm ISMA ke ikut lah gerakan kebajikan masyarakat buat kerja sukarelawan.. atau, bincang dengan suami khaskan 1 hari pergi check in hotel mana2.. resort mana2.. pakai lawa2 wangi2 setiap kali sambut suami depan pintu..

dan makan bersama makanan kegemaran masing2.. wujudkan suasan gembira dengan suami jadi suka tengok awak… wujudkan aura yg positif.. (selain pergi hospital buat rawatan kesunyian)

Sambal hitam – tertanya2 tentang hubungan mesra suami isteri di katil. takkan beku jugak masa tu? orang cakap time yg paling baik utk meluahkan perasaan time otw nak panas tu. time suami fokus ke tv massage la kaki dia at least. klu geram boleh urut kuat2 biar dia terjerit2.

cari hobi yg betul2 disukai bukannya suka2. gardening bagus utk terapi diri. masak pun. kalau xde org nak makan masak bagi jiran kiri kanan atau officemate suami. nak keluar dari sunyi takleh banyak alasan dan takleh bergantung pd orang. kita kena kawal diri kita. jangan ada rasa rendah diri pd diri sendiri.

paling tidak tt dalam kategori beruntung suami tak z4lim menolong kerja rumah nafkah molek dan tt sendiri xpayah kerja tatkala orang lain berdepan dgn 1001 cabaran utk menyuap mulut keluarga. dlm hidup ni kita mmg takkan dapat semuanya yg kita nak. kesimpulannya aku rasa tt boring dgn rutin yg sama 15 tahun. kena ubah rutin utk rasa refreshing.

Sumber IIUM