Diam2 A kawin dgn Pak Tam masa mak ayah p haji. Tnpa wali yg sah. Tp malam tu, A nekad minta.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Untuk pandangan harap ada yang bantu untuk masalah ni. Nak dicerita ibarat luah mati mak. Tak luah m4ti bapak. Dikemam ibarat racun di dalam mulut.

Aku ada kawan satu tempat kerja. Perempuan, aku gelarkan si A. Kenal pun sebab department sama. Kerja pasaraya je pun kat Johor bahru ni. Sewa rumah pun sama. Cerita ni bermula bila satu malam tu aku dengar A menjerit dalam bilik dia cakap kat handphone. Antara ayat dia yang aku dengar sebalik dinding, “kau memang tak guna, aku duduk sorang sorang kat sini. Susah senang sendiri.

Bayar sewa rumah sendiri. Kau ugut aku nak bagitahu. Si4l. Cel4ka.” Macam tu. Ni bukan kali pertama. Dah banyak kali. Tapi jarang la si A ni mem4ki. Sebab kat pasaraya tu dia dikira paling lemah lembut. Pernah dapat anugerah staff paling sopan dan lemah lembut berturut turut la. Camtu.. Lepastu banyak lagi tapi yang lain sayup sayup je.

Aku nak letak telinga kat pintu bilik si A ni, tapi memandangkan tadi siang kerja dari pukul 8 pagi sampai 10 malam sangat la letih. Bila pasaraya tu tak cukup staff. Kau lah mengemas kaunter, cek barang expired susun.. Dah tu tadi siang ‘stock take’ pula. Letih giila la.. Bila malam masa nak tidur aku dengar pulak si A ni macam ni.

Orang kata jangan campur urusan orang. Aku pun bukan jenis bawang rangers. Kalau kau nak share, aku simpan. Kalau tak lantak la sana. Tapi memandangkan aku duduk kat Johor ni menyewa lak tu hampir 7 tahun dengan A. Aku rasa aku patut tanya. Sebab dia kawan aku. A.k.a kawan baik la sebenarnya. Tapi, aku tak tahu macam mana nak tanya.

Esok pagi tu kitorang cuti. Sebab harini tahun baru cina. Cuti lah 2 hari tersidai kat rumah sewa tu, menyewa pun berdua je. Dulu bertiga. Tapi kawan kitaorang sorang lagi kahwin. Biasalah ikut suami. Si A ni asal KL. Aku memang asal Johor. Tapi rumah mak aku dengan tempat kerja jauh giila. Sebab tu la menyewa.

Pagi tu aku buat sarapan roti telur air teh. Pukul 10 pagi camtu A keluar dari bilik Nak tengok movie kat Astr0 HBO. Aku nampak mata dia bengkak. Tapi aku tak la tanya.. Aku cuma kata, “kau ok beb?”. A senyum. “Aku ok la. Jangan risau”. Aku pun bagila roti telur tu. Kitorang tengok avengers c4ptain 4merica pagi tu. Lebih kurang pukul 1 tengahari A nak masak. Sebab aku dah buat sarapan.

Masa A tengah siang ikan aku dengar macam orang menangis sayu. Aku ingat drama TV Astr0 citra ni. Bisik pada langit. Bila aku mute kan suara tv confirm ni A. Aku pergi dapur tengok. Sampai je dapur A berjurai jurai air mata. Aku tanya, “eh ko kenapa beb. Kau ok tak..?” Pastu A nangis peluk aku. Dia cakap, “tolonglah aku.

Aku dah tak tahu nak buat apa”. Dan A menceritakan….. Dia ada 3 orang adik beradik. Kakak dia B, dia dan adik dia C. Mak bapak ada lagi cuma bapak dia pernah kena angin ahmar. Sekarang dah pulih. Tapi kini ada 3 serangkai.. Jantung, kencing manis drah tinggi. Mak dia pula drah tinggi. Kakak dia ni dah kahwin. Dengan manager E kat syarikat besar dan kaya kat malaysia ni.

Aku tak payah mention la yer. Akak dia ni ada 3 orang anak. Adik dia pulak lepasan ijazah sarjana muda. Tapi tak bekerja. Sebab A pernah cakap adik dia ni selalu dimanja bapak dan mak. Anak lelaki sorang kan. Keluarga A ni boleh dikatakan typical melayu dulu kala. Dimana bapak dia tak kan sesekali buat kerja rumah.

Walaupun angkat pinggan yang dia makan. Camtu. Jelas ya.. Ok masa A ni habis SPM. Dia sambung belajar kat kolej apa ntah. Aku lupa. Mak bapak dia nak menunaikan fardhu haji. Jadi tinggal lah si A ni dengan adik dia C. Masa bapak dia takde, kakak dia ni la yang tengok tengok kat rumah. Tengok adik la camtu.

Nak dijadikan cerita, abang ipar A ni belajar agama dengan orang Indonesia, Pak Tam namanya. Dikhabarkan sudah lama menetap di KL. Dah kahwin pun, ada anak. Cuma kadang kadang anak dia tinggal kat sana. Kadang kadang datang sini. Jadinya kakak A ni bawak la sekali A dengan C. A ni dulu tak bijak pun sekolah. Bukan no 1 dalam kelas. Sepupu sebaya pulak ramai. Makcik pula cikgu.

Makcik dia suka condemn kedudukan dalam kelas. A cakap dia tak b0 doh pun. Cuma saingan nak no 1 tu susah. Nak lawan anak doktor, anak lawyer. Duduk kat KL. Makcik dia tu orang kampung. Sekolah pun kelas paling ramai 15 orang. Kau bayangkanlah. Jadi mak A ni d3press la juga. Selalu la marah A. A ni dari kecik dia rasa dia selalu disisihkan.

Sebab macam aku cakap tadi. Family dia lebihkan adik dia. Jadi masa belajar agama dengan Pak Tam ni.. Pak Tam tengok A ni kesian. Anak yang baik tapi tidak di pandang. Camtu. Dan sejak tu Pak Tam ni selalu lah tanya khabar A. Selalu gak la A ni rujuk kalau ada masalah. Oh ya, A ni selalu ada boyfriend tapi bapaknya tak suka. Kerja bagus juga. Polis, pilot.

Kerja hebat la. Tapi bapak dia cakap kahwin dengan orang macamtu takde masa depan. Bila bila masa boleh kena tinggal atau dicerrai m4ti. Jadi lama lama, A ni malas nak bercinta. Sebab asyik kena tolak de bapak dia. Masa kawan rumah kitorang kahwin dan pindah tu, A ada cuti lama.

Sebenarnya masa tu dia kahwin secara diam dengan Pak Tam. Bini Pak Tam tahu. Anak Pak Tam tahu. Cuma keluarga A tak tahu termasuk abang ipar dia yang dikatakan ‘anak kesayangan (murid)’ Pak Tam. Dan semestinya ada drama sinetron madu dan anak tiri buat hal lepas dorang kahwin.

A cakap dia nikah pun bukan melalui kadi. Tapi Pak Tam ada kawan yang dari negara sama yang nikah kan. Ikut rukun. Kecuali wali, guna wali hakim camtu la.. Aku tak tanya masa A cerita. Yang pasti mengikut Pak Tam nikahnya sah. Dan dorang dah ‘bersama’ pun. Cuma takde anak. Pak Tam ni pula tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Takde bagi nafkah zahir.

Tapi nafkah batin je. Cel4ka kan. Aku dengar aku yang menyirap. Tiap kali gaduh, Pak Tam ni akan ugut A nak bagitahu abang ipar dia. Makan tahun juga. A cakap dia gaduh malam tadi tu A minta cerrai. Dan Pak Tam tu dah cerraikan dia. Kira jatuh talak la kan. Tapi baru je tadi Pak Tam tu SMS A cakap cerrai dia tu tak sah pun.

Dan dia masih lagi isteri Pak Tam. A ni cakap dia nak bagitahu hal sebenar kat mak bapak dia. Tapi dia takut bapak dia terkejut. Bapak dia pernah kena ser4ngan jantung sebanyak 2 kali. Kalau dia cakap hal ni takut perkara tak diingini berlaku. Aku cuma nasihatkan.. Tukar no phone dan kalau balik kampung jangan la jumpa Pak Tam cel4ka tu.

Dan masuk tahun ke 3, A tak contact dengan Pak Tam tu. Cuma tahun lepas masa raya, A ada tolong kakak dia masak kat rumah kakak dia. Sebab nak buat open house. Masa tu Pak Tam datang dan tegur A. Lama tak nampak kamu. Dan A cuma diam dan buat seperti biasa.

Jadi aku minta pendapat. Sebenarnya sah ke tidak perkahwinan A ni. Dan apa yang patut dia buat?. Tolong lah aku bantu kawan aku ni. Yang benar, Huda… – Huda (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Siti Hawa – Kahwin tu tak sah. Tapi please kena pergi mahkmah untuk disahkan perkahwinan tu kat mahkmah. Dan lepas tu buat sahkn pencerraian. Jangan kau buat main main hukum hakam…. Nasib baik takda anak. Kalau tak, anak tu tak tahu status apa. Anak halal ke h4ram ke syubhah ke.

Tapi kalau pergi mahkmah, hakim pun pening sebab dokumen apa pun tak ada. Gambar nikah tak da, saksi entah kemana dah… Tapi banyak ja kes nikah s1ndiket yang dilaporkan dekat pejabat agama.

Nur Imaan – Berpuluh ribu pasangan yang kawin kat Thai sorok sorok tanpa didaftar. Ia boleh jadi orang di sekeliling kita je.. Untuk kawan confessor ni, she made a huge mistake dengan kawin lelaki tua yang tak bertanggungjawab macam tu. Nasib tak mengandung je. Pergilah rujuk ke pejabat agama secepatnya..

Nurul Afiful Huda Othman – Bijak Pak Tam tu manipulasi keadaan si A.. Mentang mentang rasa tak dihargai, eh konon datang Pak Tam untuk menghargai. Kalau betui la ilmu dia, kenapa harus membelakangkan wali dan undang undang nikah kahwin Malaysia. Memang terjerat la si A ni.

Yang boleh buat, solat sunat taubat, hajat, tahajud. Semoga Allah bagi jalam keluaq. Selain pada tu, pergi la tanya dekat pejabat agama. Sebab depa ada ahli yang boleh bagi pendapat yang lebih sahih..

Afy Fatihah – Pertama skali, kena sahkan pernikahan yang dulu di mhkamah syariah. Selepas siasatan dan soal jawab, hakim akan putuskan samada pernikahan tuh sah ataupun tak. Kalo pernikahan tuh tak sah, dah senang keje si A.

Kalo pernikahan tuh sah, kena sahkan lafaz cerrai dari Paktam tuh pulak. Kalo lafaz cerrai tuh sah, senang keje. Kalo lafaz cerrai tuh tak sah, bole la mohon fasakh dan sebagainya. Semoga urusan uolls dipermudahkan.

Wai Mi – Hurm, c0mplicated jugak. Tapi surat nikah tak ada kan. Jadi kalau Pak Tam tu nak menyalak lantak nak kasi tau seluruh dunia. Tak yah lah ngaku sebab tak de surat nikah.. Cuma perlu refer kepada pegawai ugama mengenai fatwa or status perkahwinan macam ni sebab syarat sah nikah perlu lengkap.

Antaranya jurunikah yang bertauliah. Kita tak berani nak tentukan hukum. Kalau nk tau hukum sah ke tak nikah tu cer refer pegawai ugama. Jika pegawai ugama kata sah nikah, bolehlah kot bawa kes taklik ke mhkamah syariah. Tapi naik turun mhkamah tu akan makan masa dan kawan tt kena pakai biro guaman.

Sebab pak tam tu dah lama kan tak bagi nafkah zahir batin. Kalauu ikut taklik, dah boleh dah report pejabat agama mintak cerrai. Haish, kesian kawan tt. Semoga Allah membantu memudahkan urusan.

Sumber IIUMC