Satu mlm bukak henpon ayah, aku tsentap. Bgtau ayah nk benti kerja, nak jual sayur. Reaksi ayah buat ak nekad.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Terima kasih buat admin jika confession ini disiarkan buat tatapan umum. Nama aku Ahmad. Anak bongsu dari 4 beradik.

Kakak dan abang berjaya dalam kerjaya mereka alhamdulillah. Sikit je intro pasal family sebab nak cerita pasal diri sendiri je ni, haha. Berumur lewat 20 an. Seorang bekas graduan ijazah sarjana muda perakaunan. Dan masih bujang. Berpengalaman hampir 6 tahun dalam bidang akaun/ kewangan/ audit didalam beberapa syarikat MNC (multinational corporation).

Ya dulunya aku berhasrat kerja disyarikat ternama kononnya untur career yang kukuh. Alhamdulillah perjalanan hidup aku ketika belajar sehingga ke alam pekerjaan dipermudahkan Allah. Mungkin golongan yang tidak senasib aku akan berasa iri hati juga cemburu dengan apa yang aku kecapi walaupun aku tak bahagia dengan semua ni.

Benarlah apa yang diperkatakan golongan agamawan. “jika baik dimata kamu tidak bermakna baik dimata dia. Boleh jadi tidak baik dimata kamu, mungkin baik untuk dirinya”. Setahun yang lalu aku mula berhenti kerja dalam bidang yang penuh cabaran ini. Kerana apa? Kerana aku tak bahagia dengan apa yang aku lakukan.

Kenapa aku tak bahagia? Kejap lagi aku sambung part tak bahagia tu. Years goes by, I was settled myself for self employed (bekerja sendiri). Aku meneruskan legasi orang tua aku dikampung iaitu menjual sayur! Aku bahagia jual sayur. Alhamdulillah rezeki tu ada dan sentiasa mencukupi. Aku bahagia jual sayur.

Pendapatan aku tidak sebanyak aku bekerja makan gaji dahulu tapi alhamdulillah ia mencukupi mungkin kerana berkat dan doa ibubapa. Ibu dah mennggal 9 tahun dulu. Sekarang cuma ada ayah. ayah pun dah makin unzur. Ayah selalu salurkan kasih sayang dengan membebel dan rotan (masa kecik dulu haha).

Boleh dikatakan aku seorang anak yang terlalu berkepit dengan ayah selepas ibu mennggal dunia. Someone told me, whatever you do in your life, 3 perkara ini jangan salah urutan/aturan untuk diberi keutamaan. First put Allah/islam as your priority, utamakan solat. Ingat Allah selalu dalam apa jua benda yang kau kerjakan. Second your family, keluarga terdekat.

Bila kau utamakan agama, kau juga akan utamakan hidup kekeluargaan. Sayang keluarga. Ambil berat pasal keluarga. Tolong menolong keluarga. Third barulah rakan2, saudara dan masyarakat sekeliling. Aku pegang 3 perkara ni dan aku akan cuba dan teruskan usaha supaya 3 perkara ni dalam urutan dan aturan yang betul iaitu 1. Agama 2. Keluarga 3. Rakan,saudara mara etc.

kalau urutan ni tak betul, hidup kau bermasalah. Cuba berhenti sejenak dan mula muhasabah. Get back to kenapa aku kata aku tak bahagia dengan kerjaya korporat aku dulu. Dahulunya aku kurang masa bersama keluarga bila kerja makan gaji. Hari-hari aku sibuk.

Entah apa yang aku sibuk tu pun, aku tak tahu. Siang malam meeting. Hari minggu kerja sampai kadang kala solat lewat, tak jenguk ayah, kurang ziarah adik beradik, silaturahim dengan rakan makin menjauh. Mungkin sebab tu dulu susah nak jumpa perempuan yang tahan dengan kehidupan aku yang terlalu sibuk.

(Mungkin jodoh insecvre kalau kahwin dengan aku, kemungkinan diabaikan). Setiap bulan bila gaji masuk, aku sampai terlupa gaji dah masuk. I dont even have time to spend duit gaji untuk perkara yang aku suka. Terlalu sibuk sehingga aku rasa duit dalam bank aku tiba2 banyak. Pergi kerja pagi buta balik lewat malam tido.

Jarang bercuti, jarang melepak, membeli belah pun jarang. Duit bulanan bayar bill, loan rumah, duit belanja untuk ayah, zakat etc. Thats it. Semua expenses aku dah buat automate deduction untuk kesemua account and remaining balance tu sentiasa bertambah tanpa aku sedar. Aku lifeless, duit banyak tapi aku tak ada masa.

Setiap tahun boleh kata pencapaian aku outstanding dan bonus aku sangat tinggi sebab boss aku selalu rate pencapaian aku agak tinggi. Tapi aku. Aku tak bahagia. Ayah is the main reason aku stop kerja aku. Pernah satu malam tu aku saja2 tengok call log (record keluar masuk panggilan telefon) niat masa tu nak trace number client aku balik.

Tapi aku terpandang nama ayah. Banyaknya nama ayah call masuk number aku. Kenapa susah nak nampak aku call out number ayah. Erti kata lain ayah je selalu call aku, selalu sangat. Aku pula, susah nak call ayah. Adakah aku lupa ayah atau aku hamba kerja. Masa tu aku muhasabah balik diri ni. Apa perasaan ayah bila dia selalu je dial no aku.

Mesti dia selalu ingat aku lupa dia. Salah aku. Suatu hari tu aku balik kampung dan aku cakap “Ayah, saya nak balik kampung jual sayur la. Nak berhenti kerja.” Ayah diam tapi riak wajahnya nampak bahagia. Dia cuma pesan, ikut kamu lah mana yang terbaik. ayah tak larang. Selepas 2 3 hari tu, ayah selalu telefon tanya bila aku nak berhenti kerja.

Aku rasa ayah tak sabar2 nak aku balik dan duduk dengan dia untuk jual sayur. Ayah macam dah berharap aku balik. Aku solat isthikarah, mohon petunjuk. Alhamdulillah aku dapat petunjuk untuk pulang ke kampung dan tinggal bersama ayah. Aku berhenti kerja dan sekarang aku adalah penjual sayur yang bahagia.

Hari2 jumpa customer, senyum aku tak pernah lekang sebab aku seronok dengan kerja yang aku buat. Ayah selalu ikut aku pergi meniaga sebab dia bosan duduk rumah. Aku tak akan bagi ayah buat kerja. Ayah cuma ikut dan jadi teman aku untuk bersembang sahaja. Ramai kawan2 ayah tegur kenapa aku end up jual sayur walaupun aku dah ada pelajaran dan pengalaman kerja yang baik.

Aku cuma senyum dan balas, rezeki dekat sini. Dekat dengan ayah. Selepas subuh meniaga, sebelum zohor dah balik. Petang supplier datang hantar sayur2 kampung untuk dijual esok pagi. Malam ada masa pergi masjid dengan ayah, belajar agama. Aku suka dengan kehidupan aku sekarang. Aku boleh rasa tenang. Dan bahagia dengan apa yang aku kerjakan ni.

Apa yang aku tekankan disini buat pembaca sekalian, Pencapaian kita hari ni tidak akan berkekalan hingga pengakhiran. Kadang kita diatas kadang juga kita dibawah. Boleh jadi hari ni kita seorang leader/boss yang berjaya, mungkin esok lusa kita dibuang kerja atas sebab tertentu kita tak tahu.

Boleh jadi hari ni kita punya keluarga bahagia. Mungkin esok mereka semua tinggalkan kita menghadap Yang Maha Esa. Kehidupan sentiasa berubah. Sentiasa ada naik turun yakni menguji keimanan kita dan ketakwaan kita. Sentiasalah ingat akan Allah dan jangan abaikan ibubapa dan keluarga.

Rezeki setinggi gunung bukan penentu kebahagiaan jika Allah tak redha. Sentiasa positif dan harapnya kisah aku ni menjadi satu iktibar dan inspirasi buat pembaca. InshaAllah tahun 2019 aku mungkin akan mendirikan rumah tangga. Doakan aku berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Aku doakan pembaca sekalian juga mendapat kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat. Amin. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari aku hambaNya. Dan yang baik itu datangnya dari Dia Yang Maha Esa. Ikhlas… – Ahmad

Reaksi warganet

Ahmad muhammad – Cerita yg sgt berinspirasi, aku kerja bank, dah hampir 14 tahun, mula2 kerja aku blh terima tp lama2, aku dah tak ada jiw4 kerja ni, str3ss memanjang, asyik kena push dgn target, hari2 balik lewat, weekend pun kerja, walau gaji lebat (hampir 10k) tp aku tak gembira, tiap tahun berazam nak resign.

cuma skrg aku tanam azam nak pencen dan x mau lagi kerja bila capai umur max 45 tahun, skrg 38. Aku paksa buat force saving tiap bulan 40% dr gaji, alhamdulillah, saving aku pon agak blh dibanggakan jumlahnya, aku beli beberapa properties.

terkini dah beli 7, dah jual 4 tinggal 3, tak pernah pakai kereta baru, beli 2nd je, bukan jenis beli barang branded dan makan tpt hipster, br habis master, dan berazam sambung phd bila dah tak kerja nanti. Wish me luck.

Ainzatiey azahani – ko jual sayur mad, aku tukang beli sayur ko. sama macam ko jugak, dulu aku keje dengan orang, pastu buat keputusan nak keje sendiri. masuk je 2019, aku dah mula keje beli sayur sebab aku pembekal makanan untuk budak prasekolah. sekarang masa keje fleksibel la, sbelum zohor keje aku dah setel.

siap hantar stok sayur kat kantin sekolah, aku balikla. kat rumah, buat billing dan failing sikit pasal stok sayur tadi, then buat keje rumah plak. bahagia sebab disamping keje, boleh tolong kat rumah. mad, murah tak sayur ko jual? jadi supplier aku lah camtu. esok nak kena kua beli sayur lagi ni. hehe

Yuni aryanty – Lebih kurang la Kita mad, berhenti kerja.. org dok kata eh Ada master..belajar tinggi2.. tp xkeje.. pernah kerja.. as a lecturer.. but end up jadi consultant unit trust.. tapi alhamdulillah.. sy bukan kejar sales.. bukan kejar komisen.. i value the time that I have with family..

flexible working hour..Tak tukar kereta.. x mewah mcm dlu.. xde baju branded.. handbag branded.. make up biasa2.. I enjoy the moment with kids.. I learn new things.. I rather give value to my customer.. even my husband. Dulu kerja dgn company France.. gaji n bonus boleh tahan.. end up kami balik dok kampung dekat dgn mak..

walaupun x mewah.. xde apa.. just a basic.. dalam hati selalu minta keberkatan.. biar sikit tapi cukup.. alhamdulillah.. setiap org define bahagia from different perspective. Sepenuhnya berharap pd rezeki Allah.. Dan hanya berharap utk dapat anak2 soleh solehah.. Moga mad terus bahagia dan membahagiakan.

Marini marissa – Saya tersangat suka confession ni teramat amat amat amat amat amat suka. Dah lama saya nak kehidupan yang sama tapi dah terikat dgn hutang rumah. Sekarang hanya focus utk being debt free and saya pun nak berenti kerja dan focus dgn berniaga kecil dan hidup sederhana tanpa hutang dengan keluarga.

Kerja MNC mmg nampak hebat, setiap hari deal dgn people around the world.. tapi tekanan jugak hebat. Mcm confessor kata kerja kerja kerja. Public holiday pun kena kerja sebab org luar negara mana cuti sama dgn kita.

Saya suka sbnrnya kerja saya suka sebab busy tapi hidup yang sibuk ni tak kemana. Umur dah menjelang 40 tahun tapi masih belum bersedia nak punya anak sebab terlalu sibuk takut tak ada masa untuk uruskan anak. Saya doakan confessor terus hidup dengan bahagia.

Allah mudahkan dan murahkan rezeki confessor sampai bila bila. Jadi peniaga dan petani moden. Saya selalu pikir nak balik kampung tanam avocado, tanam herbs, keluarkan product herbs sendiri, bela kambing, bela ayam utk hasilkan organic eggs. Semua dalam kepala tak tau bila nak execute huhu

Sumber IIUM