Dah ada tnya psal harta wlpn jnazh suami masih ada. Aku harp mrk xterkedu bila file itu dibuka nnti

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua… Admin tolong post luahan hati saya supaya di jadikan sebagai satu iktibar kepada semua pembaca terutama sekali para suami.

Terima kasih kepada penulis kerana telah menyusun kembali luahan hati saya menjadi satu petikkan yang baik. Para pembaca yang dihormati… M4ti itu pasti tetapi kita tidak tahu bila dan di mana. Sebelum kita di jemput ilahi, tunaikan lah beberapa kewajipan kita supaya dapat permudahkan urusan ahli keluarga yang masih hidup. Salah satunya ialah wasiat.

Wasiatkanlah nama pewaris yang berhak untuk menggalas amanah menjaga harta peninggalan dan zuriat kita supaya tidak menjadi rebutan selepas kem4tian kita nanti. Mewasiatkan harta kita tidak akan merugikan sesiapa dan harta itu masih menjadi hak kita selagi kita hidup kerana ianya (wasiat) hanya akan sah selepas kem4tian kita.

Sanggupkah kita melihat anak dan isteri kita terpaksa menjadi pengemis untuk menggunakan hak mereka sendiri? Sanggupkah kita melihat ahli keluarga kita, mak, ayah dan adik beradik kita bermusuhan dengan anak anak dan isteri kita hanya kerana harta dunia sedangkan sebelum kita mennggal kan dunia semuanya baik baik sahaja.

Baru baru ini saya telah mengikuti kisah perebutan harta antara balu seorang artis dengan ipar dan mentua nya. Tidak sangka ia belaku kepada saya sendiri. Saya masih ingat lagi kejadian itu. Suami baru ‘pergi’. Jen4zah masih ada lagi, mereka sudah bertanya tentang harta.

Mana geran geran rumah (2 buah rumah baru habis bayar)…? Mana geran geran kereta (4×4 dan Estima)…? Mana geran motor (motor besar dan Yamaha RXZ)…? Mana sijil Insurance hidup aruwah…? Mana kad kad bank dan buku tabung Haji aruwah…?

Sedikit pun mereka tidak bertanya kami anak beranak sudah makan ke belum sebab dari pagi uruskan jnazah di hspital (s4kit jantung). Sedikit pun tidak bertanya kepada kami ada ke duit nak uruskan jenzah mungkin kerana mereka lihat jenzah dah siap di kapankan,

Sedangkan semua urusan kami sendiri yang selesaikan bukan pihak hspital di atas permintaan anak anak dan sahabat aruwah ingin uruskan sendiri di rumah. Anak anak aruwah dan saya sendiri yang ingin memandikan aruwah buat kali terakhir di rumah. Tiba sahaja mereka dari kampung terus tanya tentang harta…

Sedikit pun tak tanya tentang hutang piutang aruwah… Saya serahkan juga semua yang diminta tanpa sikit pun bantahan… Sebab saya bimbang jika saya berkeras mereka akan bising bising sedangkan jenzah masih ada… Biarlah aruwah ‘pergi’ dengan tenang dahulu… Selesai sahaja urusan pengkebumian, terus mereka gerak pulang membawa kesemua dokumen tersebut.

Kata mereka biar lah di bahagi mengikut faraid. Mereka tidak tanya pun saya adakah saya perlukan duit atau tidak untuk belanja sebaliknya minta saya pula yang selesaikan pelbagai hutang aruwah. Alhamdulillah, setahu saya aruwah tiada hutang peribadi. Jika ada ianya hutang syarikat dan saya akan selesaikan memandangkan SSM syarikat juga telah di tukarkan kepada nama saya selepas kali pertama aruwah diser4ng jantung hujung tahun lepas.

Saya harap mereka tidak akan terkejut setelah buka file itu nanti kerana rumah, akaun di bank, kereta dan motor telah di hibbah, Dan di wasiatkan kepada saya sebagai pewaris dan pemegang amanah sementara anak anak saya cukup umur (3 orang anak lelaki berusia 11, 15 dan 17 tahun). Sebenarnya, bukan tiada bahagian untuk ibu dan ayah aruwah. Aruwah masih ada KWSP sewaktu aruwah bekerja dahulu.

Memang saya sendiri yang melarang aruwah meletakkan nama saya dan anak anak sebagai pewaris kerana sebahagian daripada duit itu di carum sewaktu aruwah masih bujang iaitu sebelum bertemu dan berkahwin dengan saya. Maka saya ingin duit itu di bahagi mengikut faraid jika berlaku sesuatu kepada aruwah. Begitu juga dengan duit di bank dan tabung Haji.

Memang sudah niat saya untuk menyerahkan sedikit daripadanya kepada ibu dan ayah aruwah memandangkan nama saya sebagai pewaris. Mereka kata, bukan nak ambil semua harta tu daripada saya cuma mereka bimbang jika saya akan salah guna barang pennggalan aruwah sebelum ianya di faraid dan sama seperti kisah balu seorang artis yang mengambil sejumlah wang aruwah suaminya.

Tetapi bagi saya, tindakkan balu artis tersebut tidak salah kerana selama tempoh iddah, kita tidak digalakkan untuk kerap keluar daripada rumah supaya tidak menjadi sumber fitnah. Jadi duit itulah akan di gunakan untuk menampung setiap perbelanjaan rumah ataupun membayar hutang piutang (jika ada) aruwah. Lebih lebih lagi jika si balu seorang yang tidak mempunyai kerja.

Sekarang sudah sebulan berlalu. Mereka masih lagi memegang dokumen tersebut. Saya pernah hubungi abang ipar bertanyakan tentang dokument tersebut. Saya memerlukan duit untuk melangsaikan hutang hutang aruwah. Menurutnya dia ingin membawa dokumen itu berjumpa dengan peguam dan Amanah Raya untuk sahkan kesahihan wasiat tersebut.

Mujurlah saya ada simpanan peribadi sendiri dan beberapa utas barangan kemas untuk melangsaikan segala hutang syarikat dan beberapa hutang peribadi aruwah, (Bil telefon, bil air, bil electric dan beberapa kad kreadit nama aruwah) kerana saya tidak mahu r0h aruwah tersiksa kerana hutang sedangkan aruwah adalah suami, ayah dan anak yang sangat baik.

Jadi saya putuskan biarlah mereka ingin buat apa yang mereka mahu. Jika benar itu adalah hak saya, ianya akan kembali ke tangan saya jua. Doakan segala urusan saya dipermudahkan. Terima kasih. – Balu si M4ti (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Noor Azura – Sedeynya saya baca. Banyak banyak bersabar ye puan. Jika ada duit lebih, harap puan lantik peguam. Jika tak pun ada je peguam yang boleh membantu tanpa harga yang tinggi. Kalau boleh biar selesai dalam tempoh 6 bulan ni sebelum harta aruwah dibekukan dan proses tukar nama pada kenderaan misalnya selesai jika ada yang belum selesai.

Bagi yang perlu difaraidkan, seperti KWSP cuma penama iaitu orang yang diwakilkan untuk menguruskan, bukan dia dapat semuanya. Kadang dia tak berhak pun. Contoh penama abang si m4ti, bila anak lelaki ada, automatik adik beradik takde hak kan. Bila ade peguam, cepat sikit.

Sebab kita kadang tak tau step step nak selesaikan proses ni. Nak faraid perlu melalui mahkamah juga bukan main cakap je.. Segala hutang aruwah yang dah dibayar, urusan pengebumian dan untuk pacak batu nisan seumpamanya, sila catat dan simpan resit. Ini juga akan ditolak dulu sebelum harta difaraidkan.

Jangan lupa dapatkan harta sepencarian sebelum nak wartakan faraid. Apapun syukur sangat sebab suami dah hibahkan. Moga dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga. Saya doakan.

Rose Bud – Nasib baik aruwah suami bijak dah buat hibah. Kalau tak buat hibah maka proses faraid akan berlaku Dan harta benda dibekukan malah boleh berlanjutan hingga bertahun tahun kalau ada ahli keluarga yang tak setuju.

Tapi kalau dah buat hibah memang dah tak boleh dicabar penama warisnya. Memang sepatutnya dapat terus semua harta benda yang dihibahkan itu. Jadi ahli keluarga suami puan tu tinggal merenung sijil sijil dokumen tu jelah ye. Puan boleh je ambil dokumen tu tapi biarlah diorang renung puas puas dulu, kesian pulak.

Personally bagi saya common sense sepatutnya kalau suami mennggal bagi lah harta tu untuk anak isteri. Buat apa lah family suami nak ambik kan. Masing masing ada life, ada kerja tapi Tiba tiba nak ambil Hak isteri tu tak malu ke. Pengajaran untuk semua jugak ni buat la hibah takut je keluarga dianiyai.

Ez Ezan – Nasihat saya hasil daripada isu perebutan harta walaupun telah dihibahkan, atau telah diwasiatkan. Yang masih hidup. Tolong fikir kedua dua pihak. Pihak mana keluarga kamu dan keluarga baru kamu (Isteri dan anak).

Selalu dengar lawyer, pihak insurance hanya menasihatkan untuk hibah kepada keluarga baru kami. Tapi jangan lupa dengan jasa. Ingat bukan semua adik beradik kamu dan ibu bapa kamu g1la harta. Tak semua. Juga belum tentu balu kamu g1la harta atau tidak.

Itu belum masuk yang dicucuk cucuk orang ketiga. Jadi sebelum mati lantiklah lawyer uruskan pembahagian harta sebaiknya. Mesti ada black n white. Ini hasil pengalaman keluarga saya.

Normah Daud – Perkara seperti ini memang tidak pelik zaman sekarang ni. Berlaku kepada sepupu pompuan saya, kebetulan perkahwinan dia dengan aruwah suami takde anak. Bertahun tahun beliau menjaga suami yang kena strok, tak usahkan nak tolong jaga bertanya kabar pun tidak adik bradik sominya. Bila dengar m4ti aje baru datang semua dan bertanya harta harta aruwah dan lain lain.

Paksa jual dan bahagi ikut faraid bimbang siisteri salah guna, sehinggakan rumah tempat berteduh pun disuruh jual. Tak ada ke rasa kemanusiaan belas ihsan kepada istri yang banyak berkorban semasa h4yat sominya. Jadi jangan pelik sebab tu suami suami ambik iktibar dari kisah kisah macam ni kalau sayangkan istri dan anak anak, lebih lebih lagi yang takda anak atau bukan anak lelaki.

Ismahanim Binti Ismail – Penama bagi KWSP adalah hanya bertindak sebagai pengurus wang tersebut. Penama akan mengeluarkan wang tersebut dari akaun KWSP dan WAJIB memfaraidkan ikut portion faraid yang telah ditetapkan oleh syarak.

WASIAT pula hanya boleh dibuat kepada bukan ahli waris dan hanya boleh dibuat ke atas 1/3 daripada harta keseluruhan. Oleh sebab itu term yang betul untuk melindungi kepentingan ahli waris adalah HIBAH dan untuk melindungi kepentingan tuan punya harta term yang betul adalah HIBAH BERSYARAT.

Sumber IIUMC