20thn pendam cinta. Tahun lps ex djand4kn. Istri sedia ada mmg xtahu, tp aku nekad kejar balik.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam min. terima kasih kerana hide personal saya. Hanya ingin meluahkan perasaan yang sekian lama terpendam.

saya ada crush yang tak pernah menilai cinta saya hampir 20 tahun lalu, saya jatuh cinta pandang pertama sejak sekolah menengah, tapi pada masa tu hanya mampu memendam perasaan. Setelah berpisah disebabkan bertukar sekolah, ketika habis zaman ipta, saya kejar crush saya semula dan pada masa ni baru sempat meluahkan isi hati dan kami berkawan hampir 3 bulan.

Tapi hanya mampu sekerat jalan disebabkan dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tak pernah kenal langsung atas desakan ibu bapa dia.. saat tu, harapan dan impian saya berkecai, ada juga perempuan2 lain yang nak pada saya tapi saya abaikan kerana sangat sangat tak boleh move on dengan perkara yang berlaku. saya cuba move on dengan mencari calon baru.

tetapi hati saya tetap dekat crush lama. saya bercinta kononnya untuk ubati hati yang terluka tetapi hingga kini sekarang tetap tak boleh. ketika itu, saya berkahwin dengan perempuan pilihan saya yang mana hanya sekadar untuk tutup segala kekecewaan saya. saya cuba belajar untuk melupakan crush cinta hati saya tetapi tetap tak boleh.

Isteri sedia ada hanyalah sekadar untuk menunjukkan saya menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Saya bersikap dingin dengan isteri terutamanya perasaan dan hal kelambu. (kami dah kawin 5 tahun dan dikurniakan sepasang anak), tanggungjawab saya bab nafkah zahir tak pernah saya abaikan.

Cuma saya bersikap dingin dan berlagak seperti biasa kerana nfsu dan cinta saya tak pernah ada pada isteri tetapi hanya pada crush lama (tak boleh move on). isteri sekarang bahagia bersama saya dan sangat sayangkan saya cuma dia taktahu yang saya tak pernah ada hati dekat isteri sejak kawin. cuma menjalani hidup seperti biasa dan jalankan tanggungjawab sebagai suami.

Ibarat berpura2 dalam rumah tangga. Tahun lepas crush saya dah dij4ndakan sebab tak pernah bahagia sejak awal perkahwinan dia cuba bertahan hampir 9 tahun alam perkahwinan (4 orang anak) tapi gagal disebabkan sikap suaminya yang dingin dan masalah dengan ibu mertua. tahun lepas tu jugak lepas dapat tahu dia jadi j4nda.

Saya cuba kejar dia balik dan meluahkan kembali perasaan lama yang saya simpan hampir 20 tahun. untuk pengetahuan, cinta saya pada crush tak pernah hilang, sentiasa ingat dan sangat berharap tapi sekali lagi saya di tolak atas alasan saya suami orang namun kami berbaik dan mula menjadi kawan baik BFF yang sangat rapat.

sepanjang dia menj4nda hampir 4 kali kami keluar bersama siap overnight hampir ke subuh melepak di kedai makanan segera 24jam. Sepanjang tu, saya tak pernah amik kesempatan disebabkan cinta dan hormat padanya. Hubungan yang sangat indah saya kecapi dalam seumur hidup saya. Semua kisah dia saya tahu termasuk hal klamin yang mana ex suami dia yang dingin sejak awal perkahwinan selama mereka berkahwin.

disebabkan terlalu rapat, minggu lepas, kami hampir tersilap langkah dan nyaris melakukan perkara m4ksiat, berborak di wasap sehingga lewat pagi, bertukar gambar tanpa seurat benang, dan kami merancang untuk berzna dan dipersetujui. Namun Allah masih sayangkan hubungan antara saya dan isteri, saya tersilap langkah ketika mengatur pertemuan seterusnya dan buatkan crush frust dan sangat marah.

Akhirnya dia bl0ck segala contact. tersilap langkah disebabkan saya mula tersedar akan kesalahan saya, pada masa tu,saya minta dia padamkan segala conversation chat kami, gambar dan video. Saya bagitahu jika teruskan begini. lebih baik berkahwin daripada melakukan perbuatan ni sedangkan dari awal saya minta untuk berkahwin dengan crush.

Itu membuatkan dia marah. dah sebulan dia blok saya dan saya merayu, tak kawin pun tak apa asalkan hubungan sebagai kawan tetap macam biasa. namun dah tak diendahkan. 20 tahun mendam rasa yang tak permah padam. mohon pembaca bagi kata nasihat dan cara move on supaya hati tenang. kami sebagai suami isteri memang tidak pernah ada masalah besar, gaduh pun tak pernah.

cuma hati saya cuma pada crush lama saya yang tak pernah saya lupakan sampai sekarang. move on please wahai suami, hampir sebulan saya str3ss dan sangat2 kurang tidur. doakan saya supaya saya boleh lupakan crush.

Reaksi warganet

Norlizah – Biasa tuan, yang h4ram itu jugak seronok,indah lagi mengasyikkan.. bila tuan tersedar dari terus melakukan kesilapan bermakna ada doa untuk tuan dalam setiap doa isteri…semoga tuan sentiasa bersyukur dan belajarlah menghargai wanita yang sentiasa berada disisi tuan.

Bila seorang wanita wailah j4nda sekalipun sanggup menayangkan tubh badannya untuk tuan bermakna dia juga boleh jer berkongsi dengan lelaki lain.. alasan bercerrai kerana tidak bahagia itu hanyalah alasan…

cuba bayangkan jika tuan bercerrai dgn isteri tuan sekarang pasti tuan juga menggunakan alasan sedemikian sedangkan hakikatnya tuan sendiri yang bermasalah kerana tidak boleh menerima takdir sedangkan tidak ada cacat cela sang isteri. Semoga tuan dikurniakan akal yang matang dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Berdoalah selalu.insyaallah dipermudahkan urusan tuan kelak.

Siti noormala – Subhanallah 20thn hidup dlm kepuraan2.. tak cinta tak syg tak crush mcmana boleh keluar anak2 tu… bila berumahtangga tidak ikhlas hilanglah rasa ketenangan hati & hidup sentiasa dlm keresahan. Mana sifar belas ihsan kamu terhadap isteri & anak2. Menipu diri sendiri juga isteri & anak2!!! What a waste of life! Bahagia nii di cari dan kena usaha.

Bukan datang dgn sendiri. Berhentilah mengejar yg mmg sudah pasti bukan jodoh kamu. Kalau dia mmg allah takdirkan jodoh kamu lama dah allah temukan. Berhentilah perbuatan dia2. Umur pun bukan muda lagi. Tetapkan hati & iltizam jd yg lebih baik. Pimpin isteri & anak2 berjln ke syurga firdausi…pasti kehidupan rmhtangga tuan lebih baik tenang & bahagia…cubalah.

Ummi ros – Satu saja nk pesan kat tt… Semua tu mainan n4fsu dan sy4itan… Apa yg awak buat pada isteri.. Malaikat dah catat dlm buku sebagai d0sa.. Awak x melaksanakan tugas dan tanggungjawab seorang suami… Sekarang pilih laa awak nak tempah tiket ke syurga atau ke neraka…

Yg ex crush awak tu dijandakan… Tentu ada kisah “buruk” ketika bersama exhubby dia yg dia x citer kat awak.. Sbb tu exhubby dia j4ndakan dia… Jika awak pilih juga utk kawen dgn dia.. Rasnya nnti baru awak akan kenal hati budi dia.. Kentut busuk ke x. Ketiak masam ke x.. Kencing hancing ke x.

Adoiii.. Apa yg aku meroyan pepagi ni…geram rasa kat hati mcm jena cucuk sembilu bila kisah tt lalu kat rumah fb aku ni.. Rasa mcm nk lempang jaa klau tt ada kat depan aku…

Nurhayati ishak – cuma nak nasihatkan, kalau betul2 sayangkan rumahtangga, setiap solat minta doa kepada Allah supaya bukakan hati untuk jatuh cinta kepada iseri. Kalau ikhlas, Allah akan makbulkan. Berkenaan crush tu semuanya berpaksi pada n4fsu ja. Kalau kau jadi kawin pun dengan dia, belum tentu kau akan dapat ketenangan sebagaimana kau berasa tenang bersama isteri dan anak2 sebab kau akan dihimpit dengan perasaan bersalah.

Fikirkan balik, kau membina perkahwinan kedua kerana ikhlas dan nakkan kebahagiaan ka atau kerana n4fsu. Kalau kerana n4fsu semata2, bermakna kau takkan bahagia sampai bila2. N4fsu kaorang lelaki ni bertahan sampai bila la sangat. Ups! Lupa. N4fsu kaorang bertahan lama tapi kaurang punya senjata ja yang tak bertahan lama.

Takut nanti terkejar2 sangat cinta hati sampai cinta hati kejar orang lain pula di belakang kau sebab takda kepuasan dalam hubungan. Terimalah seadanya si isteri tu… Cuba bina cinta untuk dia. Kalau tak boleh juga, berdoa selalu2. Bangun tahajjud tengah2 malam, minta doa kpd Allah supaya hadirkan cinta dalam hati kau untuk isteri. Hati yg ikhlas allah tak pernah hampakan.

Sumber KRT