Lepas 23 thun, mndengar buat pertama kalinya. Terkejutnya aku bingitnya dunia. Nak pitam dbuatnya. Xsngka sebising nie dunia.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, hai semua. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Aku cuma nak luahkan tapi aku tak tahu nak salurkan ke mana.

Jadi aku ambil keputusan untuk buat confession sebab aku boleh luahkan tanpa batasan. Sebagai pengenalan, aku seorang pekak atau bahasa sopannya kurang pendengaran. Aku lahir normal tapi hilang pendengaran semasa berusia kurang 1 tahun kerana demam panas dan jngkitan.
Apa aku nak kongsikan hari ini pengalaman aku…… jeng jeng jeng.

Pengalaman aku masa aku pertama kali dapat semula pendengaran aku. Aku berusia 23 tahun dan aku baru sahaja menjalani pembdahan bulan lepas untuk aku dapat mendengar semula. Aku ingat itu merupakan “The Best Day of My Life” but turns out to be one of my worst nightm4re.

Aku hampir rasa nak pitam masa pertama kali aku mula mendengar, overwhelming sangat perasaan dapat mendengar. Aku tak sangka dunia normal sebising ni. Aku tak sangka kuat rupanya bunyi degup jantung. Aku tak sangka setiap pergerakan mengeluarkan bunyi. Bising! Terlalu bingit untuk aku yang baru dapat mendengar.

Masa on the way keluar hspital, aku seperti mkhluk asing baru datang ke bumi. Tak pernah aku sangka kuat g1la rupanya bunyi enjin kereta. Bunyi orang bercakap di sekeliling. Semua bunyi buat aku terkejut. Dan akhirnya aku mengalami p4nic att4ck depan pintu hospital.

So aku warded kembali sebab doctor kata mungkin aku discharge too soon and tak dapat nak adapt lagi hidup boleh mendengar. Apa paling mengejutkan pada aku adalah bunyi kencing dan juga bunyi buang hajat. Kuatnya! Malu aku sorang sorang dalam tandas memikirkan betapa kuat bunyi tu sewaktu aku tak boleh mendengar dan orang sekeliling boleh dengar apa aku buat dalam tandas!

Sebulan dah berlalu tapi aku masih dalam fasa “adapting” dan sekarang aku sangat ins3cure dengan cara aku bercakap. Baru aku tahu pelik rupanya orang pekak bercakap. Aku rasa mesti semua yang bercakap dengan aku tahan gelak bila berdepan dengan aku sebab cara aku cakap tak seperti mereka.

Aku mula faham kenapa Allah melarang mengumpat. Sebab bila aku dapat mendengar aku mula faham apa yang mereka g0sipkan dari jarak jauh, dan benda tu tak pleasant untuk didengar. Sebelum ni aku hanya boleh baca gerak bibir mereka yang dekat dengan aku. Tapi kali ini aku boleh mendengar dari jauh.

Aku rasa seperti aku kufur nikmat sebab aku harap aku tak dapat dengar kembali. Sebab dalam masa sebulan ni aku rasa d3pr3ssed teruk. Dunia normal terlampau bising untuk aku. Aku rindu masa aku tak boleh dengar apa apa, jadi aku tak perlu kesah pun.

Sekarang aku nak pergi kedai makan pun aku takut sebab bunyi bunyi dikedai makan masih terlalu bising pada aku. Benda yang buat aku happy hanyalah bila first time aku dengar suara mak aku, bunyi azan dan orang mengaji. Indah rupanya. Aku minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan confession aku.

Jujur aku taktahu nak luahkan macam mana dan kat mana perasaan ni. Aku tak nak mak aku sedih bila aku cakap aku tak suka mendengar sebab dia dah habis banyak duit dan tenaga untuk aku. Aku harap aku boleh adapt dan teruskan hidup sebagai seorang manusia normal. – Iman (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Nur Sumayyah – Confession lain dari yang lain. Of course saya terkejut dengar pengakuan awak yang pelik dengan suasana yang normal bagi orang biasa. Semoga awak mampu biasakn diri dengan suasana yang baru.. Jika terdengar suatu yang negatif. Cuba cari dan dengar sesuatu yang positif.

Buang fikiran negatif dari otak awak, yang menyatakan nikmat pendengaran ni suatu yang buruk. Cuba cari bunyi atau suasana persekitaran yang awak suka. Macam awak katakan. Suka mndengar kalam Allah. Banyakkan mendengar bacaan Al quran dari orang lain@ bacaan sendiri.. Jangan lupa, betulkan pemikiran awak tentang nikmat mndengar ni..

Cik Ros – Pergi la bercuti. Duduk kat resort atau dekat dengan alam. Bunyi alam tenang sebab semulajadi. Pancaindera ni anugerah Allah yang tak ternilai. Bersyukurlah dah dapat semula. Kurangkan berfikir tentang orang lain. Fokus dekat diri dan alam ciptaan Allah je.

Kalau kau masih nak fokus apa orang tu cakap. Apa orang tu dengar kau kencing bunyi menumis selama ni? Apa orang tu mengumpat mengata? Apa org tu masak bla bla bla. Jangan kata kau, org yang normal pun boleh str3ss. Kesimpulannya berhenti berfikir tentang orang lain.

Azwanita Mohd Nasir – Pakai earplug dik and adjust pelan pelan untuk bunyi dekat sekeliling. Especially time keluar rumah. Pelan pelan adapt. U can get through this. Tak teruk pun bunyi kentut tu. Sila biasakan diri. Haha

Mashitah Mashie – Iman, tahniah sebab dah boleh dengar.. Dah boleh dengar suara mak, azan dan boleh dengar orang mengaji. Best kan?.. Tapi Iman mungkin susah lagi nak adapt dengan keadaan sekarang. Sebab gegendang telinga tu macam baby lagi. Baby kan masa kecik kecik tu telinga mereka sangat snsitif.

Kita nak bercakap pun kna slow slow. Takut terkejut, rasanya gitu laa yang jadi dekat awak dik.. So untuk kurangkan Rasa kuat sangat bunyi tu, apa kata guna earphone. Tapi tak payah lah bukak lagu. Juz letak earphone dekat telinga. So boleh kurang sikit bunyi tu. Try tau. Kalau ok, alhamdulillah. Iman Cuba eh. Take care iman.

Norliana Mohd Ali – Dulu masa belajar tumpang Sekolah Kanak kanak pekak (tak ingat nama penuh) di Bangunan Ainomichi, Kelana Jaya, saya perhatikan cara mereka bercakap. Dia tak bercakap macam biasa. More to menjerit, tak tentu butir. Tapi kuat, ye la kan tak mendengar. Time rehat pun ada lampu menyala.

So dia tahu la time rehat. Lampu tu di setiap kelas… Agaknya bila tak mendengar, automatik cara percakapan pun pelik sebab tak tau cara huruf tu dibunyikan. Tapi mesti ada peringkat peringkat tertentu dah diajar agaknya. Sebab masa tu tengok macam budak sekolah rendah je. Kenangan… tapi nampak normal je budak budak tu..

Sambal Hitam Pahang – Kali pertama aku baca luahan orang pekak dapat dengar semula. Teringat tentang cerita suami yang boring isteri dia bisu lepas tu mintak supaya isteri boleh bercakap. lepas isteri boleh bercakap baru dia tau rimas dengar bebelan isterinya.

Apa pun kita bersyukur atas nikmatNya. Aku harap ko dapat adapt dengan suasana baru ni dengan tenang. Jangan jadi tekanan pulak. Beginilah dunia bersuara. Ko pergi tepi laut dengar bunyi ombak, pergi taman burung dengar siulan unggas, pergi pasar dengar orang jerit ikan ikan, ayam ayam.

Mungkin amik masa yang panjang jugak untuk ko biasakan diri. Mintak la doctor buat rujukan dengan kaunseling ke psik0 logi ke untuk bantuan meluahkan perasaan. Right place and right person.

Sumber IIUMC