“Rupanya duit aku adlh duit aku”. Rasa mcm pnampor besar higgap kat muka. Hidup selama nie salah. Aku nekad utk keluar.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum. Lately ni selalu sangat lalu lalang dekat wall aku pasal tanggung biawak hidup.

Aku pun tak pasti adakah itu satu petunjuk untuk aku move on atau apa. Yang pasti memang sekarang ni aku tengah tanggung biawak hidup yang tengah sesedap rasa tengok youtube dari pagi sampai ke malam. Haha. Okaylah aku mulakan dengan pengenalan diri aku.

Aku dah berkahwin selama 12 tahun, 9 bulan 9 hari dan dikurniakan 3 orang anak yang soleh solehah InshaaALLAH. Aku berkahwin atas pilihan sendiri walaupun ada banyak pilihan lain minta dipilih tapi aku pilih dia demi kesungguhan dia tapi aku masih sempat mintak izin seseorang untuk berkahwin. Hahaha.

Suami aku tidak berpelajaran tinggi kira beza dengan aku punya level pendidikan 2 tangga ke belakang. Dimana dia hanya Sijil holder and aku Degree holder. Pada awalnya mak abah aku agak tak setuju untuk aku berkahwin sebab aku masih ada satu semester setengah untuk dihabiskan.

Tapi memandangkan demi memenuhi hasrat ibunda suami aku untuk melihat kami berkahwin kerana beliau sedang menghidap s4kit yang agak kronik, maka mak abah aku pun setuju. Suami aku ketika itu menguruskan perniagaan bapanya yang aku kira agak terjamin (di ketika itu) demi kelangsungan hidup kami nanti.

Selepas 5 hari kami berkahwin, ibunda tersayang pergi menghadap ilahi maka tinggallah kami meneruskan hidup tanpa ibunda tetapi bersama ibunda tiri dan adik beradik (lain ibu) serta ayahanda (berlainan rumah tapi satu taman).

Suami aku anak tunggal ibunda maka semua harta ibunda jatuh kepada suami secara total kerana Ayahanda punya harta lain yang banyak dan tiada keinginan untuk mengambil haknya. Selepas 6 tahun berkahwin dan kami punya anak yang ketiga, perniagaan bapa suami merudum dek kerana bertukar kerajaan ketika itu dan semua kontrak-kontrak sudah tidak dapat diteruskan seperti biasa.

Maka suami aku jugak mula beralih arah ke cabang pekerjaan yang lain iaitu membawa Uber (hujung tahun 2015). Bermulalah episod bibit Biawak Hidup disini. Okay bila start bawak Uber, dia punya masa ikut suka hati dialah kan. Sebab dia lah boss dia lah kuli. So bila dah pukul 4 petang baru bangun n start bawak Uber pukul 5 petang, lepas tu pukul 12 malam baru habis keja.

Macam tu lah setiap hari. Dia memang jenis tak reti bangun pagi langsung and malam pun dah pukul 4 baru tido so celah mana pulak nak bangun pagi2 kan. (Since kahwin pun dia punya putaran masa tidur memang begitu). Cuma waktu kerja dengan Ayahanda dia, sempatlah aku kejut setiap hari untuk ingatkan pergi kerja.

Sering aku menjeruk rasa bila dia ada masalah displin macam ni, sebab Ayahanda selalu melepaskan marahnya pada aku. Aku str3ss wei!! Thats y bila dia bawak Uber, aku dah malas nak bising demi nak jaga hati aku sendiri. Huhu. Kes ni berlarutan la sampai ke tahun 2020. G4duh berapa banyak kali pun aku dah tak kira, end up aku dah penat nak g4duh.

Aku buat semua kerja rumah dari start kahwin sampai berbelas tahun ni. Aku yang uruskan anak-anak, aku yang jadi cikgu diaorang, supir diorang. Semua aku… Bila aku mula berkira and pertikaikan, dia fed up dengan aku and cari perempuan lain yang boleh faham dia. Faham lah sangat kan.

Waktu kantoi dia ada perempuan lain tu, aku tak tau kenapa aku sayang g1la kat dia lagi. Jadi aku biarkan dia ber4smara dana sampai dia bosan, lepas 5 bulan dengan perempuan tu, dia clash, and back to normal suami and daddy. And kitorang teruskan hidup macam biasa. Dan start dari kes tu, aku dah tak pandai nak melawan.

Tinggi suara. N taat memang macam bidadari kiriman syurga. Sampai susu anak pun aku tak mampu nak suruh dia buatkan. Sebab aku takut dia cari perempuan lain lagi. B0 doh g1laa aku rasa!! Cut the story short. Gaji aku makin lama makin naik dari 2k sekarang dah jadi 5k. Alhamdulillah. Tapi bila gaji makin naik rupanya beban aku makin besar.

Suami aku dah takde kesungguhan nak kerja langsung! Bulan2 dia akn habiskan duit gaji aku untuk tanggung semua keperluan keluarga, dan balance tgh bulan nak makan, baru dia akn pulun cari duit around 100/day. Itu je. Aku ni, aku tak tau mana aku dapat kekuatan untuk teruskan hidup macam tu. Sampailahh PKP. Suami aku dah mula tak kerja dari march sampai sekarang Nov’20.

Aku pulak kena work from home. Waktu awal2 PKP tu, lagi lah sengsara. Nak kena ajar anak2 aku buat homework. Pastu waktu lunch kelam kabut masak. Kadang2 tak sempat nak makan dah kena masuk kerja balik. Pastu urus house chores jugak. Time tu memang aku depr3ss sangat! Rasa nak nangis semua ada. Tapi aku tahan.

Sebab aku sorang je yang faham perasaan aku ketika itu. Suami aku? Duduk rumah, goyang kaki, baring, layan n3tflix, tengok y0utbe sampai dia tido balik. Macam tu la hari2. Ko rasa?? Ohh. Mesti ada yang tertanya. Bagaimana kami survive with one sided income?? Alhamdulillah. Maha suci Allah. Allah la maha pemberi. Aku diberikan 1 month bonus.

So income aku memang banyak. Dengan wfh je kan. Takde expenses yang incurred sangat. So duit tulah aku survived tanggung kelaurga. Renovate rumah sikit. Ohh. Duit suami pun ada jugak. Disebbkan dia dari keluarga yang have have. Maka dia ada sebijik rumah yang disewakan. So dengan moratorium yang gov bagi, duit 900 sebulan sewa rumah tu la dia gunakan untuk tanggung keluarga jugak.

Itu pun kena tunggu duit aku habis dulu, baru guna duit dia k! Huhu. Ohh duit epf pun dia keluarkan. Tapi tak bagi guna. Dia nak simpan beranak dalam akaun. Kuangjaqq sangat kann? Hahahahaha. Habis PKP jadi PKPB lepas tu PKP ape tah aku tak ingat. Lebih kurang 102 days after the real MCO tu (june), aku follow family aku pergi rumah kakak aku.

Without husband. Nasib baik dia bagi. Dia ni jenis tak suka bercampur dengan in laws or even family ‘tiri’ dia pun lah. Jenis suka duduk rumah je! Nak balik rumah mak aku 2 minggu sekali pun jenuh bermasam muka. Huhu. Okok back to business, bila aku dengan semua adik beradik n mak aku, tiba-tiba terbuka cerita.

Jenis aku selalu tak cerita. Jenis cover baik punya demi nama suami. Bidadari kiriman tuhan kan. Hahaha. Tah kenapa hari tu, aku cerita. Dan bermulalah turning point aku di ketika itu. Aku macam kena tampo! Penampo besar hinggap kat muka aku… Rupanya ape yang hidup aku lalui selama ni salah dan tak betul!

Rupanya duit aku adalah duit aku. Bukan milik sesiapa. Rupanya suami wajib tanggung semuanya termasuk makan minum, pakaian, perbelanjaan keluarga. Bukan aku yang perlu bersusah payah. Allahuuu. Aku tak tau atau aku tak sedar. Huhuhu. Dannn hati yang tawar selama ni jadi makin payau. Aku dah tak ikhlas.

Aku dah tak kuasa. Bermulalah kehidupan kami yang hambar. Tapi dia tak perasan. Bermulalah hidup aku di bawah dia di atas. Aku mula pindah home office aku dari dalam bilik, ke ruang bawah. Aku tak mampu untuk selalu bertembung. Aku kira beberapa patah je sehari yang kami tuturkan. Bagi dia itu hanya biasa sebab dia lebih tumpukan pada game, y0utbe. Itu sahaja.

Anak2 memang tak pernah rapat dengan dia. So keadaaan itu tak jadi issue langsung sebab aku ada. Aku yang uruskan mereka. Akhirnya after few months of planning, aku nekad untuk akhiri pernikahan ini tanpa pengetahuan dia. Aku mula berbicara dengan l4wyer. Aku akan mula kan setiap langkah perpisahan ini dengan berhati-hati dan hujung december ni aku nekad untuk keluar.

Aku dah mula cari rumah sewa. Aku akn bawa semua anak-anak untuk mulakan hidup baru nanti. Kenapa tanpa pengetahuan dia? Sebab aku lebih pentingkan kestabilan emosi aku dari menjadi bidadari kiriman syurga lagi. Bila issue mula berbangkit, aku pasti akan ada ketidak tenteraman hidup aku selepas itu.

Berg4duh dan merayu akan jadi tajuk utama hidup aku selepas itu. Aku tak mahu sebab aku perlu bekerja demi meneruskan hidup ini. Kestabilan emosi aku sangat penting dalam menangani kr1sis ini. Jadi, aku perlu keluar dari rumah ini tanpa pengetahuan dia. Dan kita jumpa sahaja di mhkamah ye buat suami yang bergelar biawak hidup.

Korang semua tolong doakan semuanya akan baik-baik sahaja ye. Semoga hidup aku selepas ini akan terus dipermudahkan oleh allah. Inshaaallah Aamiin. Ohh seseorang yang aku minta izin untuk berkahwin tu masih single gais, masih menanti after 15 years kot. Doakan yang baik2 ye semua. Thank you.– Nananininunu (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Noor hazulizan – Move on sis.. Kdg2 prmpn bkn nk bermewah pun. Tu, duit mungkin salah satu sbb tawar hati. Klu duduk rmh, xringan tulang, xmembantu langsung si isteri apa guna hidup berdua. Hidup rmh tangga semua kna share. Bkn duit saja tp tanggungjawab dlm rmh semua kna buat sama2. Klu dh rasa penat, ckp berkali2, asik nk bergaduh, ulang silap yg sama.

Isteri mna yg tahan. Bkn 1 hari tp hari2 nk mengadap benda yg sama. Wanita yg bekerja lg terbeban, dh la sama2 cari rezeki, dia tanggung sorg2 bab belanja, dlm rmh pun dia galas sorg. Xsemua mampu nk buat. Baik diorg bela ank sendiri dr biawak hidup.

Kakok jeruk – Baca yg atas2 tu rase syok dah..yg last bawah tu mmg mengundang k3caman pembaca nampaknya..sepatutnya xyah mention pun yg tu..selesaikan 1,1 dulu sis..niat nak akhiri perkahwinan tu kena betul..jangan kerana ada yg menunggu tu.. takot nanti yg dikejar x dapat..yg dikendong berciciran.. kes cerrai ni bukan senang nak selesai kalau 1 pihak lagi x bg kerjasama…

risau takot suami sis baca nanti dia sabitkan sis ada sk4ndal x pasal je.. lagi panjang jadi kes..kalau nak terus kawen dengan penunggu lepas habis idah pun xpe tp diam2 dulu..nanti bila kena k3cam kat sini emosi sis jugak yg terganggu.. apepun, selesaikan 1,1 tu paling penting..uruskan kes cerrai, hadhanah & nafkah anak2 dulu..

Irma hazwanis – Ramai yg kata tinggalkan suami time suami susah lah apa. Tp korg tak fhm erti dh tawar hati kot. Cuba korg bygkan suami korg jenis setiap hari tidurnya pukul 4-5 pagi ikut suka dia akan bangun pun ikut suka dia nak bangun kul berapa. Anak2 dia xkisahkan apetah lagi bini. Dgn tanggungjawab pun dia abaikan mentang2 isteri dia kerja.

Entah lah, pasal perenggan last org tu tunggu 15 tahun tu aku xberkenan sbb nmpak sgt tt ni menaruh harapan ke apa haha. Tp bab biawak hidup tu aku fhm sgt perangai suami mcm tu. Siap pernah ade record curang lagi tu

Ayusha omar – Tiada jaminan dlm hidup ni sis..sblm ni gaji byk,ada business tbe2 drop. Tu biasa. Rezeki semua Allah yg tetapkn..suami just menyalurkn rezeki yg dtgnye dri Allah. Kalau sis bkehendakkn sesuatu..minta pd Dia. Bkn pd manusia. Kdg apa klebihan pd kita pn 1 ujian jgk.

Sekelip mata Allah nk tarik,kjb je..cth sng..tbe2 sis sakit kr0nik..c4ncer ke, mgkin yg sis h1na tu la yg akn jga sis.. Duit gaji 5angka pn dh x guna dh,pape pn doa,minta petunjuk dri Allah..smoga Allah permudahkn urusan sis.

Sumber IIUM