Rela jd pak snggup sbb isteri hamiI bkn benih ak. Itu pn sbb mak mertua bg ssuatu buat ak lemah. last ini yg aku dpt.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Hi assalamualaikum. Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi. Belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup. Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja.

Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Ibunya juga merayu rayu utk terima anaknya bg ttup aib dan mulut jiran setempat. Kata2 ibu dia buat aku lemah, xdpt tolak dan rela jd pak sanggup. Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dr benih aku, tetapi aku anggap mcm anak aku sendiri.

Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku xpernah sesekali bertanya pada isteri siapa lelaki tu, dan mengapa pilih aku jd pak sanggup. Selepas isteri bersalin, kami berpindah. Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi rumah macam tongkang pecah.

Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu. Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat. Tak nak memasak. Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.

Tak nak sembahyang. Keluar rumah tak nak tutup aurat. Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran-jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok. Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih.

Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari-hari beli di luar. Settle satu masalah. Hari-hari kami brbalah sebab sikap cemburunya. Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku.

Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam-diam sebab tak nak brbalah dengan isteri. Aku dah slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.

Opss..sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali.

Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu. “Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit.

Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah. Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri. “Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.

Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak. Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri k4ntoi ada jantan lain. Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu.

Kawan dia boleh makan suap-suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu. 4 bulan lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia. Anak-anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu.

Kini kami dalam proses berpisah. Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan. Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah. Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak.

Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang. Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja. Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab b4tin, seminggu 3 kali aku bagi.

Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat. Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan,

daripada aku terus menambah dosa, lebih baik kami berpisah. Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal. Pemergian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku.

Aku jarang online, banyak k0rbankan masa dengan kawan-kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar. Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku.

Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah.

Reaksi warganet

ezni iznu – Alhamdulillah sekurang kurangnya dah tamat pertelagahan antara kalian berdua. Perit memang akan perit, tapi dari terpalit dengan d0sa orang lain akan buat mental kita lagi penat. Awak pon dah buat sehabis baik. Semoga ada jodoh kedua lagi terbaik atas kebaikan yang telah encik k0rbankan ..amin

Sabrina joe – Anggap la ini sebagai ganjaran untuk mematangkan awak dalam menempuh kehidupan. Biar la dia pergi dgn apa yg dia kejarkan tu. awak boleh dapat yg lebih baik nanti. Biasa la tempoh nak sedih mesti ada kan. Move on.

Selama ni pun apa la sgt sumbangan dia sbgai isteri. Tak payah nak kenang sgt. Fokus pada kebahagian diri n kerjaya. Time2 cam ni ramai org d3rita tak da mkan dik. Baik awak pk kerja n masa depan.

Noraini ismail – Banyakkan sabar..jngn merungut kenapa itu kenapa ini.. Apa yg berlaku adalah perancangan Allah SWT.. ikhlas kn hati terima segalanya.. percayalah rencana Allah SWT kita tidak tahu. Ada mungkin Allah nk bagi yang terbaik selepas ni …

Yg baik bagi kita belum tentu baik bagi Allah..dan yg buruk bagi kita..Tapi mungkin baik bagi Pandangan Allah SWT.. Sesungguhnya Allah SWT yg lebih mengetahui..

Zairul azmi – Kesilapan anda.. dah tahu dia melakukan z1na awat tak sebat dengan rot4n 100 kali.. baru perangai bisikan sy4itan itu boleh dih4puskan.. tapi memang pelik dan amat pelik pompuan ini perangai nya amat pelik sekali dah dapat lelaki baik tetap mahu melakukan z1na..

Sumber dunia kini