“PKP datg lg, mana laa rezeki aku”. konon bahagiakn lsteri rezki brtmbah. Tp Sbbkn Prkara ni, dlm 2 Hari je abis gaji aku.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Orang kata rezeki lebih murah kalau kita sentiasa ‘memberi’ kepada orang lain. Ya benar memberi itu banyak kelebihannya.

Namun adakalanya kita sendiri pun sesak dan kekurangan untuk sentiasa memberi kepada yang memerlukan. Jangan sesakkan fikiran dengan konsep memberi ini. Apa yang anda kena set dalam minda adalah, setiap wang yang kita miliki sebenarnya bukanlah sepenuhnya hak milik kita.

Bila tahu konsep ini, dengan redha hati, sedekahkanlah kepada yang lebih memerlukan. Lihat luahan seorang pembaca ini. Semoga dijadikan iktibar. Assalamualaikum. Amat dihargai jika confession aku ni di publish. I want everyone to read this badly. Aku seorang lelaki yang dah berkahwin 2 tahun lebih. Belum dikurniakan anak lagi.

Umur aku sekarang 30 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta di KL dalam bidang IT. Gaji yang sedang2 ataupon dengan bahasa kasarnye, CIPUT. Setiap orang mempunyai cabaran dalam hidup, dan cabaran aku adalah dari segi financial. Setiap bulan, rutin bulanan aku selepas dapat gaji adalah untuk survive hingga ke hari gaji seterusnya.

Mula2, aku masih lagi positif, tapi lama kelamaan, aku makin muak dgn rutin ni dan aku mula menyoalkan macam2 perkara. Aku rasa sedih dan rasa useless dengan hidup aku. Aku rasa macam hidup aku ni sangat b0 doh dan p4thetic. Setiap bulan lepas bayar segala komitmen, duit aku hanya tinggal berapa ratus je untuk mengharungi hari2 seterusnya.

Bila dah setel barang2 rumah, lagi lah sikit duit untuk aku survive. Kadang kala aku terpaksa pinjam duit kawan sebab terlalu terdesak. Kadang2 aku miskin sangat sampai nak potong rambut pon aku berkira2. Betapa p4theticnye hidup aku. Aku sejenis yang sentiasa memenuhi permintaan isteri aku.

Kalau dia nak makan itu ini, aku akan cari atau masakkan. Kononnya orang kata, kalau layan isteri baik2, rezeki bertambah. Tapi, mana rezeki aku? Masih lagi sesak. Aku sentiasa tolong isteri aku buat kerja2 rumah, aku masak, aku penuhi permintaan dia. Aku bahagiakan isteri aku. Dan aku MASIH sesak.

Kadang2 aku sedih kalau aku tak dapat penuhi permintaan isteri aku. Aku rasa useless. Aku takut kalau ada laki lain yang mampu beri ape yang isteri aku nak. Aku rasa p4thetic. Konon kalau bahagiakan isteri, rezeki bertambah. Macam mane aku nak bahagia kan isteri aku kalau aku sendiri tak mampu.

Duit untuk parents setiap bulan aku bagi 100 sorang. Untuk berkat, murah rezeki. Bertahun tunggu, masih sama. Masih sesak. Masih p4thetic. Apa salah aku? Aku tak layak hidup senang ke? I need an answer please.. Aku try cari side income. Buat business kecil2. Langsung tak laku.

Bukan aku tak usaha. Aku usaha. Tapi semua tak menjadi. Padahal aku cari duit halal. Jujurnya sekarang, aku tak nampak point jadi baik. Eventhough aku solat, takde ape yang berubah. Aku tolong orang, tapi aku sendiri tak stabil. Sekarang aku macam acuh tak acuh dengan benda2 wajib. Aku tak rasa macam nak buat semua tu.

Sebab aku penat. Aku stuck dgn life aku. Aku kesian dgn istri aku dapat suami p4thetic macam aku. Aku tak paham. Ape masalah sebenarnye. Kawan2 aku semua happy. Berduit. Keje bagus2 gaji ribu2, bonus setiap tahun. Bawak bini jalan2, bercuti. Tapi tak pernah solat, tak jaga aurat bini, gaul bebas. Tapi mereka hidup senang.

Kawan2 ofis aku yang menggatal sana sini padahal dah kawin, gaji tak pernah habis. Aku? 2 hari gaji, papa kedana terus. Aku buat confession ni sebab aku tak tahan. Aku dah sampai kemuncak aku. Tadi bini ajak makan luar, aku tengok dompet aku, tinggal RM5. Minyak kereta tinggal 2 bar. Akaun bank tinggal berapa belas.

Macam mana aku nak survive? Macam mana aku nak provide untuk bini aku. Mana rezeki aku? Lihat apa kata warganet selepas membaca luahan lelaki ini. Lagi satu, ada banyak cara lain yang lebih ringkas untuk anda pastikan rezeki anda bertambah-tambah. Kena amalkan.

Sediakan Makanan Kucing – Dekat luar rumah kita, sediakanlah sebekas makanan dan semangkuk air di luar rumah kita. Ini khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah kita. Itu rezeki dia. Tapi kucing di rumah jangan pula diabaikan.

Asingkan Gaji – Setiap kali dapat gaji, asingkan sedikit untuk disedekahkan kepada yang memerlukan. Tak payah susah-susah cari orang jauh untuk didermakan, bagi sahaja pada adik-adik atau anak-anak buah yang masih belajar. Tak payah banyak, ikut mana yang anda mampu!

Duit Kecil – Sentiasa sediakan duit kecil di dalam dompet untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.

Kotak Kecil – Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil. Setiap kali anda berbuat tidak baik atau melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini.

Majlis Keramaian – Jika mengunjungi majlis keramaian, selain sedekahkan duit pada tuan rumah, cara lain yang anda boleh buat adalah sedekahkan air mineral kepada semua tetamu. Paling afdal untuk buat adalah ketika urusan pengkebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan makanan dan minuman. Anda sangat membantu!

‘Keep The Change’- Ini bukan berlagak kaya tapi niatkan sahaja untuk bersedekah. Tiap kali beli makanan dari peniaga kecil, tak payahlah ambil bakinya. Niatkan sahaja bersedekah. Buat orang lain gembira pun ada berkat dan pahalanya.

Beli Al Quran – Jika ada wang lebih, belikanlah Al Quran atau sejadah dan sedekahkanlah kepada mana-mana masjid atau surau. Jika ada yang baca atau gunakan ketika solat, ada bahagian untuk anda.

Amal Al Fatihah – Jadikan amalan baca Al Fatihah setiap pagi. Sedekahkan pada kedua ibu bapa kita tidak kira yang masih ada ataupun telah mennggal dunia. Amalkan.

Reaksi warganet

Lynn mahsuri – Astaghfirullahalazim… Istighfar byk2 bro! Knp ko nk pertikaikan kerja Pemberi rezeki? Ko ingt rezeki tu dlm bentuk duit je ke? Rezeki utk kita semua tk pernah putus… Cuma kita je yg tak pernah brsyukur dgn apa yg ada! Tiap bln ko masih tak putus terima gaji, ko pernah trpikir org yg tk dpt gaji langsung??

Kita bribadah di dunia utk mendapat kekayaan di akhirat… Bukan nya kita solat utk jdi kaya raya kat dunia! Kaya raya itu ujian, hidup susah pun ujian… Betul kan niat dulu… Kita brbuat sesuatu utk mendapat redha Allah, bkn utk mendapat balasan atas apa yg kita buat.

Kartini rashid – Jngn sesekali bndingkan diri kita ngn urang lain. Lagi2 bab rezeki.. Semakin kita syukuri rezeki yg Allah takdirkn semakin nampk rezeki yg x d jangka.. Jngn trlalu mngharap apa2..

sntiasa brsangka baik sentiasa sbb kita adalh yg trbaik dr orng yg susah d seluruh dunia ni.. Alhamdulillah syukur atas segala nikmatmu ya Allah jadiknlh hambamu hamba yg sentiasa bersyukur atas segala nikmatmu dn ujianmu.. Aamiin.

Khairul hamdi – Biarkan Rezeki orang.. kita susah macamana pun..dah elok jaga solat..jaga lah..saya Pernah jumpa org cakap camtu..”kita (nelayan) solat elok, hidup begini begitu..Tengok orang tu (kontraktor) hidup nya mewah serba cukup,rumah ada kereta ada..kita takde apa..” lebihkurang itu ayat dia..

saya nak Cakap pun x pndai tapi dulu2 mmg Rezeki byk..solat kejap ada kejap kelaut.. Sekarang solat alhamdulillah.. tapi Rezeki nya jauh..jauh sangat nk banding dulu..tapi saya tak kan kembali seperti dulu (tak jaga solat) kalau hanya untuk wang..kita JANGAN putus asa.. jangan terpedaya bisikkan sy4itan..

dunia sementara cuma.. bertahan lah.. tapi jgn berlebih2 terhadap isteri.. biarlah seadanya.. insyaallah moga Allah tambah Rezeki tuan Aminn..duit mmg bukan segala nya.. TETAPI segala2 nya mmg perlukan duit..mahu tak mahu kena cari..

Nini eni – Pi blaja agama dik. Tanya diri kau, kau solat sebab dunia ke sebab akhirat? Kalau kau solat utk dapatkan dunia, kau akan dapat dunia, akhirat belum tentu sbb i dont think Allah suka ibadah kau ni motif dia utk benda lain. Dlm solat punyalah kau sembang sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.

Walk the talk. Rezeki harta kau akn dpt sbb mmg dah tertulis utk kau dgn syarat kau kena ikhtiar dgn bersabar, bkn sbb kau bahagiakan isteri kau ka or mak bpk kau dgn harta. Kau bahagiakan mak bpk or bini kau, bertambah berkatlah hidup, itulah rezeki. Kau ada masa nak beribadat, tu rezeki. Kau sihat, tu pun rezeki.

Sbb kau tak ada harta byk la kau ada masa nk beribadat. Kau nak ke jadi mcm kwn2 kau yg berharta tapi amalan utk akhirat xbuat? Kau patut bersyukur Allah syg pd kau, diberikan ujian demi ujian. Kalau kau bersabar, byk pahala kau dapat. Untung2 mati dapat syurga.

Tapi instead kau sia2kan ujian ni dgn byk bunyi n lynkn sgt hasutan s3tan tu. Mls nk sembang byk2, kau org islam, kau xseharusnya berpikir mcm mana kau pikir kalau kau ada iman.

Sumber KRT