Susah mcm mane, tiga benda nie aku kena buat. Kalau bab nie, eg0 aku mmg tinggi.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan hi semua. Aku Khabib (bukan nama sebenar) seorang suami kepada seorang isteri dan tiga orang anak.

Aku dan wife dah kahwin 12 tahun. Mula-mula kawin, walaupun dua2 bekerja, hidup kami memang strggle. Lebih2 lagi masa tu dua2 tengah sambung belajar. Dengan macam2 nak kena bayar, insurans kereta, sewa rumah, duit pengasuh anak, nafkah kat mak ayah dan juga yuran pengajian.

Walau susah, aku ada satu prinsip, yakni susah macam mana sekali pun, aku takkan usik gaji wife aku. Lebih2 lagi dalam agama, ada 3 perkara yang menjadi tanggungjawab nafkah seorang suami, iaitu rumah, makanan dan 2 persalinan pakaian untuk setahun.

So untuk ketiga perkara ni aku pegang kemas2, gigit dengan gigi geraham, susah macam mana pun aku yang kena setelkan, bukan isteri. Rumah aku bayar full (takde kongsi2) walaupun duduk rumah flat sempit, duit belanja dapur aku yang setelkan, insurans kereta dan juga hal2 lain.

Tak pernah aku minta kongsi bayar walaupun aku tahu wife aku pun ada income. Gaji dia, yang aku tahu ada portion yang dia berikan untuk mak ayah dia, berbelanja sikit2 dan selebihnya dia simpan. Walaupun masa tu dia tahu duit gaji aku sentiasa habis, dan dia ada juga offer duit dia pada aku, aku memang akan tolak.

Ya, aku ada eg0, aku takkan makan duit isteri. Bagi aku, kalau tak cukup duit isi minyak kereta (kereta buruk second hand je waktu tu), aku rela naik motor pergi kerja. Kalau motor pun takde minyak, aku lagi rela kayuh basikal. Bagi aku, as a gentleman, memang tanggungjawab aku cari nafkah untuk keluarga.

Pendek kata, memang duit gaji utama aku masa tu memang 100% habis dekat keluarga. Nak duit poket lebih siket untuk diri sendiri, aku buat part time waktu malam. Kerja kuat, tapi bukan menumpang isteri!. Masa berlalu. Beberapa tahun lalu aku dah tamat pengajian peringkat tertinggi, dan sekarang bekerja di syarikat multinational.

Gaji aku dah lima angka. Wife aku pun sama, seorang pensyarah di IPTA tempatan. Rumah 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada continental. Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama. Sehingga saat aku menulis ini pun, aku masih tidak tahu berapa gaji isteri aku.

Duit dia adalah hak dia. Aku cuma pesan, dia nak beli apa dengan duit dia, dia punya suka cuma jangan membazir. Dan kalau nak beli benda yang besar2 atau buat investment, wajib refer aku dulu (supaya aku tahu dan elak dari jadi mngsa penipuan).

Alhamdulillah dia faham kehendak aku. Hari ini, bila aku imbas kembali saat2 susah dahulu, dan apa yang telah aku kecapi hari ini, bagi aku rahsianya adalah bahagiakan keluarga dengan ikhlas. Jangan takut tiada duit, sebab rezki Allah yang bagi, tugas kita cuma usaha, usaha dan usaha! Jangan bedal harta isteri.

N4bi bersabda “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Benar, wanita diuji ketika susah, dan lelaki diuji ketika senang. Tak terkecuali dengan aku. Bila senang tak semena2 ramai pula yang mengg0da. Ada d4ra, dan ada yang j4nda. Masing2 sanggup untuk jadi kedua mahupun ketiga. Ikut n4fsu, memang terg0da. Ikut iman, inilah ujian.

Apa yang aku ada sekarang sudah cukup membahagiakan, isteri dan anak2 yang sihat dan comel2, dan aku sama sekali tidak akan berk0mpromi dengan sesiapapun untuk anugerah dan amanah yang telah Tuhan berikan ini. Pesanku buat para suami, jadilah Gentleman! Susah tak apa, yang penting usaha, usaha, dan usaha sampai jaya.. agi idup agi ngelaban! – Khabib (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Baharuddin – Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. First sekali nak bagi a big applause n a big congratulations kepada Tuan Confessor.
Sifirnya mudah bila faham islam dan hidup dengan asas islam. Sepanjang membaca confession Tuan, saya nak pesan “isteri diuji ketika susah, dan suami diuji ketika senang”, tapi alhamdulillah Tuan dah siap mention.

Selain berpegang kepada prinsip Tuan yg sedia ada, berpegang jugalah kepada “isteri diuji ketika susah, suami diuji ketika senang”. Jgn mudah2 nak bagi pihak ketiga bersenang-senang dengan apa yang Tuan ada skrg. Bila ada pihak yg cuba ‘menyalat.

ingatlah pengorbanan isteri saat susah dahulu. Hanya isteri dan family yang layak menikmatinya. Thank you for your sharing Sir. Saya doakan Tuan Confessor sentiasa dipermudahkan dunia dan akhirat. Bahagia sentiasa bersama family.

Aida azmi – Alhamdulillah..isteri sbnrnya xkisah pun nak berkongsi..tapi kalau dapat suami yang jenis apa pun xpeduli, sakit jgk hati..kalau isteri balik 1-2pagi sebab nak cari extra income tp suami tidor di rumah dengan alasan penat..

padahal gaji isteri jauh berganda2 dari suami..rezki masing2.. dugaan dan ujian masing2..tahniah confessor sbb pegang agama dalam rumahtangga dan hidup..kunci yang nyata dan benar.

Fitrah ahmad – Sis bangga dgn Khabib… sgt brtanggungjwb dn phm hukum…
Alhamdulillah, trnyata Allah swt mmbls kegigihan anda dlm mnmpung keperluan kluarga yg utama dgn mnggandakn imbuhahn yg mmg layak utk anda…tahniah dn syabas. Sis doakn anda trus mnikmati kebhgiaan hgga ke syurga…

Andai smua para suami spt anda maka tiadalh yg mnjd mngsa bvli sang suami..
Eg0 yg brasas..utk setrusnya tatang dn kasihi ank isteri dgn sebaik mngkin…Alhamdulillah.

Almari comel – Syabas! Sebenarnya ramai lelaki2 macam anda di Malaysia. Masih punya harapan utk negara dan bangsa tercinta. Moga berjaya mendidik anak anak lelaki yang sebegini rupa supaya spesies lelaki melayu seperti ini semakin ramai dan spesies biawak semakin pupus.

Sebenarnya lelaki lelaki melayu zaman dahulu macam ni kan. Eg0 di tempat yang sepatutnya cuma kemanjaan berlebihan pada anak lelaki zaman zaman sekarang menjadikan mereka eg0 di tempat yang salah.

Sumber IIUM