Terlmpau manjakn isteri, time “bsama” mesti nak cepat abis, pastu marah. Bila tegur dia akan bukak video.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum pembaca. Saya berumur 35 tahun berasal dari Selangor. Sudah berkahwin selama 5 tahun.

Saya ingin memberi nasihat dan inginkan nasihat dari kalian semua. Mengapa tajuk kali ini macam ni. Saya betul betul tertekan dengan sikap isteri saya. Saya berasa menyesal kerana memanjakan isteri. Isteri saya muda dua tahun dari saya. Kami berkahwin atas suka sama suka.

Saya yang melamarnya selepas habis belajar. Saya sebelum berumah tangga, saya selalu membaca KRT dan dengar kuliah agama tentang tanggungjawab suami. Saya memang catit satu-satu kesilapan suami yang ditulis dalam itu dan belajar daripadanya.

Tetapi apa yang dipraktikkan semuanya seperti ‘backfired’ dan saya teramat penat. Contohnya, kami dua dua bekerja dalam unit beruniform. Sekarang dalam urusan rumah tangga. Sayalah yang selalu buat semuanya

Memasak – Sayalah yang selalu masak (termasuk sediakan bekal untuk pagi dan tengah hari – sebab isteri tak suka makan di luar takut tidak bersih). Saya akan bangun seawal 5 pagi untuk siapkan makanan bekal untuk dia. Saya memang belajar memasak sebelum kawin kerana niat nak kurangkan kerja bakal isteri di rumah.

Lepas kerja balik pun saya yang siapkan. Saya yang hidangkan atas meja makan dan saya jugak yang mengemas selepas makan. Saya buat semua tu atas rasa sayang kepada isteri, tetapi sampai 5 tahun ni, disebabkan saya selalu manjakan isteri, isteri sampai tak tahu masak apa2.

Even maggi pun dia mintak saya buatkan kerana dia takut minyak panas. Dah beberapa kali saya cuba mengajar, tapi dia marah, katanya memasak tu tanggung jawab suami, bukannya isteri T.T. Dia akan bukak video youtube ceramah kuat kuat yang sediakan makanan adalah tanggungjawab suami bukan isteri.

Mengemas – Hujung minggu selalunya dia akan tidur, saya yamg akan mengemas selalunya. Mop, sapu sampah, vakuum dan sebagainya. Kalau hujung minggu tu saya terpaksa kerja, memang berseleraklah rumah tu. Kalau rumah bersepah, dia akan marah marah, dia cakap tak tenang duduk di rumah kerana rumah bersepah.

Dia cakap mengemas ni tanggungjawab suami. Sekali lagi, video yang sama akan dimainkannya kalau saya bergaduh dengannya tentang rumah berselerak. Gaji saya tidak cukup untuk mengupah orang gaji atau pekerja pembersihan

Pakaian – Semua baju baju dalam rumah kami saya yang basuh. Dia cakap itu tanggungjawab suami. Dia sampai tidak tahu guna masin basuh baju, kerana dari dulu ibunya yang buatkan semuanya.

Tidur – Sebelum tidur pun saya kena kemaskan katil, kalau tak habislah saya dimarahinya. Dia akan marah marah kalau cadar tidak tegang. Terus merajuk tak nak tidur sekali.

Hubungan suami – isteri – Kami jarang sekali ‘bersama’. Awal awal perkahwinan dulu sahaja yang kerap. Sekarang ni lebih kurang sekali dalam 3 bulan. Ini kerana isteri saya tidak suka. Katanya perbuatan itu merimaskan dia. Saya dah cuba nasihat yang saya ni manusia, ada n4fsu, dan jalan yang baik melepaskan n4fsu adalah ‘bersama’ isteri.

Bila saya ingatkan tanggungjawab isteri, dia akan bagi tapi dalam keadaan tidak rela. Dan selalunya dia nak ‘cepat habiskan’. Selalunya selepas ‘bersama’ saya mesti dimarahinya. Katanya saya tidak memahaminya yang tidak suka perbuatan tu. Jadi semenjak itu saya selalu memendamkan nafsu saya.

Saya selalu menasihatinya. Bercakap dengan lembut. Saya selalu mengajaknya mengaji setiap hari. Tetapi dia masih bersifat sedemikian. Dia akan mengagung agungkan ustaz ustaz yang berbuat baik pada isteri. Dia ada cakap, kalau tak suka cara dia saya boleh angkat kaki dan cari isteri lain.

Saya selalu bergaduh dengannya. Saya memang sukakan dia seorang. Dialah first crush saya dari sekolah rendah. Tolong ajarkan saya macam mana saya boleh hadapi ujian Allah ni – Suami Belajar (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Shida samsuddin – Wah hebatnya isteri encik. Hmm kita org perempuan ni kenalah sama2 tolak ansur.. dah dpt suami ringan tulang sama2 lah ringankan beban suami. Dah sama2 cari rezeki, bahagi2kan tugas. Ustaz pn ade cakap dlm rumah tangga kena ada rasa kasih dan cinta.

Isteri penat suami tolong isteri, suami wajib buat kerja rumah? Jgn lupa suami berhak minta sorang isteri buat apa yg dirasakan berpatutan dan x salah disisi agama. Hendakkan kerukunan rumahtangga dua2 kena main peranan. Tak boleh salah seorang jadi raja dan ego

Lucio viera – Ya Allah ruginya la isteri awak ni. Tak pandai menghargai langsung. Ramai wanita yg terseksa sbb dapat suami pemalas. Cuba hargai diri awak dulu then decide. Wanita yg sayang suami ni senang je, bila suami tu baik, dia akan lagi berganda2 baik dia ke suami. Nampak gaya sorry to say, isteri awak ni a spoilt brat.

Seperti kita selalu nasihati wanita lain dalam position awak, love urself first and think about ur worth. Worth it lagi ke tak buat semua2 tu tuk isteri awak. Ye laki mmg byk tanggungjawab but that doesnt mean isteri dapat free pass masuk syurga suka2 je. Isteri pun ada tanggungjawab dia dalam islam ni.

dia merungut tu pun berdosa kot.. Also bila masa pulak masak maggi guna minyak? Dah la pemalas lagi nak mintak special maggi bagai. Ketuk kepala tu hah. Mengada sgt.

Asraf abbas – Baru je lepas dengar ceramah ustaz yaakub yusra tentang wasiat nabi pada anaknya fatimah.. betapa pahala seorang isteri berlimpah berganda jika berpenat lelah menyediakan makanan pakaian utk anak2 dan suami sementara suami bekerja mencari nafkah.. ape2 pon , berumahtangaa kene saling memerlukan, saling bantu membantu..

tp jika encik da terlalu penat..dan isteri pon xnak membantu., encik redha dan doa saja lah.. besar pahala tak terhitung menyediakan semua itu.. niatkan kerana Allah,, sambil2 masak tu selawat atau doa la lembutkan hati isteri… nak patah balik pon da xboleh,, doa sajalah s3njata yg ada,,

Nl Sulaiman – Kesilapan 1 para isteri dan suami ttg tanggungjawab adalah. Tak faham makna tanggungjawab dan kebersamaan. Maaf maaf maaf. Sy cakap sebb ini nasihat utk diri saya juga. Di awal perkahwinan, kita tak mendidik diri kita ttg 2 perkara ni antara 1 sama lain. Tak semua tapi ramai mcm ni. Samada suami kena buli atau isteri kena buli atas nama tanggungjawab.

Klu suami faham suami pembimbing dan membimbing, isteri faham dia sedang dibimbing dan tulang belakang suami.. Semua ni takkan berlaku. 5 tahun terlalu lama confessor jerat diri. Patutnya tahun pertama, ke-2,ke-3 adalah tahun mendidik suami isteri kebersamaan dalam rumahtangga.

Jadi masa nak masuk tahun ke-4 dan seterusnya, masing2 dg terbiasa dgn kebersamaan tu. Tapi takpalah.. Bende dah jadi.. Confessor buka pulak video ustazah asma harun kuat2 bagi isteri dengar. Wallahualam.

Sumber IIUM