Stahun kawin, isteri msih tak ku “sentuh”. Bila tgok muka isteri aku bpaling. Xsggup aku nak terangkn.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum warga net… Jarang sekali aku ingin meluahkan perasaan ku di media s0sial kerana meluahkan perasaan di media sosial, bagiku ibarat menuang air di daun keladi….

Bercerita la apa pun, menangislah sampai keluar air mata d4rah sekalipun ianya tidak dapat mengubah apa yang telah terjadi… Namun segala tanggapan aku berubah setelah aku di invite masuk ke dalam satu group luahan hati. Lalu aku mengambil keputusan untuk berbual (FB Mesengger) dengan adminnya.

Terima kasih CPA kerana sudi meluangkan sedikit masa dan sabar mendengar luahan hati aku ini. Terima kasih juga atas nasihat dan pandangan CPA supaya aku selesaikan perkara ini dengan tenang dan logik. Benar, sememangnya meluahkan rasa hati di media s0sial tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku tetapi dengan meluahkan apa yang terbuku di hati sekurang-kurangnya ia dapat membantu aku membentuk masa hadapan yang lebih baik.

Kenapa tidak mengadu sahaja pada Tuhan…? Bohong jika aku tidak pernah menangis di sejadah memohon petunjuk Ilahi… Tiap kali solat wajib mahupun sunat satu perkara itu tidak pernah lekang di bibirku mohon dariNya pertunjuk apa perlu aku buat untuk selesaikan kemelut di jiwaku.

Owh, aku lupa untuk perkenalkan diriku pada kalian. Namaku Muiz, berusia 28 tahun dan bekerja di sektor awam. Isteriku seorang ustazah. Anak ke 3 dalam 4 orang adik beradik. Hampir setahun aku menikahi dia, tetapi sekali pun aku tidak pernah ‘menyentuhi’ dia selayaknya sebagai seorang isteri.

Kelmarin aku terbaca satu coretan peribadi isteriku di nota handphone nya lalu aku menangis. Ianya menambah lagi beban di hatiku… Ayatnya lebih kurang bergini… “Abang, kenapa setelah aku menjadi isterimu yang sah kamu tidak lagi menyentuh ku… Kenapa setiap kali aku memandangmu, pasti kamu akan mengalih perhatian mu kepada sesuatu yang lain…

Tidak sama sewaktu kita sama-sama berada di IPT dulu. Sangat jauh bezanya ketika kita di alam pertunangan dulu. Kenapa abang…? Kini hampir setahun kita hidup ibarat orang asing… Jika sudah tidak mencintai aku lagi… Lepaskan aku abang. Untuk aku melangkah meletakkan fasakh mungkin itu amat mustahil bagi aku kerana aku sangat mengasihimu abang.

Tiada kurang nafkah zahir dan tanggungjawab mu melainkan satu… Nafkah b4tinku bang… Kamu langsung tidak pernah memberikannya padaku… Kenapa…? Apa kurangnya aku dan apa masalahmu bang…? Ceritakan padaku agar kita dapat selesaikan segalanya bersama… Kan sudah janji tiada akan ada rahsia antara kita…!”

Sebenarnya ianya panjang lagi tapi cukuplah itu sahaja yang aku berikan kerana yang lain-lainnya itu hanyalah cerita tentang kisah cinta kami dan ungkit mengungkit kesalahan masing-masing… Biasalah kan, perempuan memang bijak dalam perkara itu. 100 tahun punya cerita pun masih mampu dia susun satu-satu untuk kita ingat dan itulah yang membuatkan aku sayangkan isteri ku ini.

Kenapa…? Jika kalian ingin tahu jawapannya adalah sememangnya aku tidak mampu untuk menyentuh nya kerana dia d4rah dagingku sendiri yang berlainan ibu dan juga taraf…!! Allahuakbar berat sungguh ujian ku ini. Dia ibarat adik ku… D4rah yang mengalir dalam d4rahnya sama dengan apa yang mengalir dalam tubuhku.

Aku dan isteri adalah dari benih yang sama walaupun tarafnya yang berbeza. Aku…? Aku adalah anak h4ram hasil daripada benih bapanya iaitu bapa mentuaku sekarang dengan ibuku. Bapa mentuaku seorang yang sangat di hormati oleh orang kampung. Tambahan lagi dengan pangkat Haji di depannya membuatkan dia sangat di segani.

“Ain (bukan nama sebenar), ayah Ain telah melakukan hubungan sulit bersama ibu abang sehingga abang dilahirkan ke dunia… Abang takut untuk ‘bersama’ Ain bimbang jika perkahwinan kita tidak sah..!!’ Adakah itu jawapan yang harus aku berikan kepada luahan hati isteriku…?

Berterus terang dengannya bahawa aku adalah anak hasil daripada hubungan terlarang antara bapanya dengan ibuku mungkin nampak sangat mudah tetapi bagiku ianya ibarat meniti di bilah ped4ng. S4kit dan sukarnya untuk aku lepasi hingga ke hujung… Mungkin selepas tahu kebenarannya aku sekeluarga akan dibenci oleh keluarganya lebih-lebih lagi ibu mertuaku…

Mungkin juga isteriku akan turut membenciku dan itu adalah satu perkara yang paling sakit untukku terima kerana aku sangat menyayangi dia. Semuanya bermula pada hari pernikahan aku… Sepatutnya pada tarikh tersebut ibu tidak dapat hadir. Mungkin sudah ketentuan Ilahi ibu hadir juga untuk melihat satu-satunya anak lelaki yang dia ada mengakhiri zaman bujang.

Ketika sesi ‘batal air sembahyang’ di lakukan, ibu tiba dengan bapa tiriku. Bapa tiriku merupakan warga Singapore dan ibu terus ikut menetap di sana. Atas desakan datuk dan nenek, aku di tinggalkan di bawah jagaan mereka. Maka membesar lah aku dengan kasih sayang datuk dan nenek ibarat menatang minyak yang penuh.

sehinggakan urusan merisik, meminang dan majlis kahwin ku 100% juga diuruskan oleh mereka berdua. Berbalik pada hari perkahwinan ku… Sedang aku bergembira meraikan hari bahagiaku, tiba-tiba ibu minta izin untuk mennggalkan majlis tanpa bertemu dengan ke dua-dua besannya.

Puas ku pujuk supaya mereka bertemu namun ditolak keras oleh ibu alasannya adik perempuan ku kurang sihat (asma) dan perlu segera mendapat rawatan. Rupanya ibu ternampak gambar kahwin mentuaku yang tergantung di ruang tamu. Malam itu, selepas maghrib ibu menghubungi aku dan menceritakan segalanya yang telah berlaku apa menyebabkan namaku berbinkan dengan salah satu nama Allah.

Jujurnya aku langsung tidak terkejut mendengar cerita ibu, sememangnya aku sudah sedia maklum dengan taraf kelahiranku kerana nenek telah menceritakan segalanya sejak aku berusia 12 tahun lagi, cuma aku yang tidak mahu bertanya pada ibu bimbang ibu akan lebih terluka.

Tetapi apa yang membuat aku terdiam seribu bahasa lelaki yang di maksudkan oleh ibu itu telah pun bergelar bapa mentuaku yang sah. Apa harus aku lakukan…? Melihat bapa mentuaku ibarat aku melihat masa silam ibu. Sanggup dia mennggalkan ibu selepas berseronok dengan ibu. Sanggup dia melemparkan beberapa ratusan ringgit supaya aku di ggurkan.

K3jam nya dia kerana sanggup memuaskan n4fsu serakahnya ketika isterinya sedang mengandungkan zuriatnya yang kedua iaitu kakak kepada isteriku. Ibu yang ketika itu tidak mengetahui bahawa bapa mentuaku sudah pun beristeri dengan rela hati menyerahkan maruahnya kerana terlalu sayang.

Setelah mengetahui ibu hamil, bapa mentuaku tidak mahu bertanggungjawab lalu berterus terang dengan ibu bahawa dia telah pun beristeri. Ibu merayu agar bapa mentuaku menerimanya dan ibu sanggup bermadu. Malang nya bapa mentuaku tidak perdulikan ibu lalu mennggalkan ibu bersama ratusan duit supaya aku diggurkan.

Lelaki itu kemudian menghilangkan diri. Tinggallah ibu bersama maruah yang telah tercalar. Rezeki ibu mendapat seorang suami yang sangat sayangkan ibu dan menganggap aku sebagai anak kandungnya sendiri. Dan hari ini, aku berada di dalam keluarga nya… Apa harus aku lakukan…? Aku keliru dengan status aku dan isteri… Apakah sah perkahwinan aku?

Ibu sudah pun melupakan dan memaafi dia, terpulanglah padaku untuk aku selesaikannya. Ibu minta aku pergi ke jabatan agama Islam untuk bertanyakan tentang status perkahwinan aku. Memang itulah yang sewajarnya aku lakukan tetapi aku masih tidak kuat dan belum bersedia kerana sebelum aku melangkah ke sana, aku harus berterusan terang dengan isteriku terlebih dahulu.

Segalanya telah aku cerita pada CPA. Lalu CPA meminta kebenaran untuk menulis dan menyiarkan kisahku sebagai satu iktibar kepada para pembaca. Mungkin dengan cara ini juga aku akan dapat pandangan daripada komen dan pendapat netizn yang membacanya supaya setiap keputusan aku tidak meluka kan hati sesiapa…

Sesungguhnya aku buntu bagaimana caranya untuk aku selamatkan perkahwinan ku… Apakah status hubungan aku dan isteri… Sah kah perkahwinan kami…? Jika sah, haruskah aku berterus terang dengan isteri atau pendamkan sahaja apa yang telah berlaku dan jika tidak sah, bagaimana caranya untuk aku selesaikannya… Bantulah aku…

Kepada pembaca, sebelum kalian terfikir untuk melakukan satu d0sa besar yang melibatkan orang lain contohnya seperti z1na… Berfikir lah kalian berkali-kali kerana kesannya bukan kalian sahaja yang merasainya tetapi seluruh keturunan kalian juga akan turut terpalit.

Benar, ibu dan bapa mentuaku sekarang telah bertaubat dan insaf tetapi ianya tidak mampu memadam semua d0sa silam yang telah mereka lakukan kerana sehingga kini aku dan isteri turut menanggung kesannya… Jadikanlah kisahku ini sebagai iktibar buat kalian. Allahuakbar… – Muiz yang buntu… (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

indra putra – selesaikan segera. esok isnin..terus ke pejabat agama. jgn sayur siput sedut sangatlah. mende mcm ni bukan kene tunggu 365 hari. awak ni pun. bukan org pejabat agama nak judge awak. tp, jika teruskan perkahwinan, mende ni akan menghantui awak. so, pada sayalah..

just keep it for yourself dan lepaskan isteri. biar awak dan org tertentu saja yg tahu. rahsiakan to the grave. jgn tunggu 365 hari lagi ya. esok isnin.. terus pergi pejabat agama. korang muda lagi.

Ulie uni – Kalau sy jd awak Muiz sy ke pjbt agama tp tanpa pengetahuan isteri. Sehingga dpt kata putus yg perkahwinan awak ni sah pun jgn bgtau isteri melainkan awak tetap tak boleh bg nafkah batin kerana masih merasakan dia adik awak. Jika itu yg terjadi maka berpisah sajelah.

Tapi tetap rahsiakan sbb musababnya utk elak perkara lain pula yg jadi spt dibenci isteri dll. Cari alasan lain spt awak s4kit dan tak mampu atau apa2 saje. Mmg nmpk mcm x adil bila dia x tau tp dr mengelakkan lebih bnyk aib yg terbuka bg sy itulah jln yg lebih selamat.

Nur hajarul – Nak komen bab sah tak sah tu aku pun tak pandai. Cuma nasihat aku, pergilah pejabat agama dan tanya pendapat mereka yang ahli. Kau jangan terus buat andaian sendiri. Tanya dulu dekat ustaz di pejabat agama tu. Bila kau dah tahu, kau bawa ain pulak dan buatlah ikut apa yang sepatutnya tindakan masa tu nanti.

Moga dipermudahkan urusan kau orang berdua. Lama kau diamkan hal ni, kau berdua juga yang tanggung sakit dan terseksa hati tu. Kau boleh muiz. Boleh! Jangan give up dan insyaAllah Allah akan tolong kau dan ain.

Sumber IIUM