Aku pgwai krjaan gred 41, laki hnya pen0reh getah je. Laki xmmpu bagi lebih, terasanya aku

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum Warga pembaca sekalian. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini. Namaku Zainab (bukan nama sebenar). Aku adalah pegawai kerajaan gred 41 di mana gajiku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berkahwin sebelum aku dapat kerja.

Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai pen0reh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari. Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam aku yang ada degree dari universiti tempatan.

Suamiku memang baik. Solat tak tinggal. Takde sk4ndal. Kawan-kawan perempuan pun takde. Tak pernah naik suara terhadap aku dan anak-anak, jauh sekali nak naik tangan. Dia selalu tolong aku uruskan rumahtangga. Anak-anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska.

Kadang-kadang urusan dapur dia yang tolong settlekan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa-sisa tumpahan makanan anak-anak aku. Pendek kata, semua perfect lah. Kiranya aku balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah settle bila aku balik kerja.

Cuma kadang-kadang aku rasa kecil hati. Sebab duit gajiku habis di hari kedua selepas terima gaji. Aku bayar loan perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pampers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak aku RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun aku hanyalah RM50.

Dalam masa 1 hari duit gaji aku habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak reward diri sendiri pun tak dapat. Nak makan KFC dan MCD jauh sekali. Suamiku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik.

Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam aku pun tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli. Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu.

Kadang-kadang aku malu kepada staff-staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19. Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drvgstore.

Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah. Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak.

Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik. Duit beli baju anak-anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan. Dan aku ikat perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakn aku terkena gastrik.

Aku str3ss. Kadang-kadang aku terfikir seolah-olah aku ni ketua keluarga yang terpaksa menanggung semuanya. Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu overthingking? Berdosakah aku berfikiran begini?

Derhakakah aku terhadap suamiku? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur? Tolong berikan aku kata-kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih.

Reaksi warganet

Nurul ain – syukur xdpt suami kaya..skdr cukup mkn xblebih2an tp Allah bg rezeki ank2 yg comel, suami pulak penyayang kat ank2 x prnh merungut bila kena urus hal ank2, xpnh demand or request nk mkn apa2..mkn apa yg ada ja..

Alhamdulillah. mngkin bentuk rezeki mcmni yg paling aku perlu dn lbh baik utk aku.kdg bnda yg kita xsuka tu la yg sbnrnya baik utk kita.bsangka baik ja la in shaa Allah Dia tmbh yg lain suatu hr nnti

Aidil noan – bljr utk redha… bljr utk melihat kebaikan suami dn memadam kekurangannya… bkn dia xnk memberi tetapi itu shj yg termampu dia beri… jd sbg isteri, doakan dia agar sihat tubuh badan dia dn Allah murahkn rezeki dia dn rezeki kamu sekelurga…

Percayalah dgn keredhaan dn hati yg ikhlas dn lapang bila berkongsi nafkah dgn suami… InsyaAllah puan x akn putus rezeki… malah akan sentiasa cukup smp bila2… lapangkn dada dn jgn penat berdoa yer…

Rahmah Kz – Suami aku pun penoreh getah juga. dan dari hasil menoreh tu la aku simpan sedikit, wlaupun 1ringit lama2 jdi bnyak juga,duit dari tabung tu la tuk kegunaan bila musim hujan turun.
Lagi satu bersyukur lah rezeki yg Allah beri jangan mengeluh.insyaallah kan ada rezeki yg tak terduga.

Macam kehidupan rumah tangga aku ni.perangai suami awak sama macam suami sy..jenis tk bersosial jadi awk jaga baik2 suami seperti tu.jangan mengeluh, berdoa dan bersyukur, semakin lama kita bersabar dalam ujian rumah tangga maka Allah kn beri hadiah tuk awak.

Ayu borhan – nak komen banyak pun x berani. cuma cakap syukurnye dpt suami mcm tu..bukan x dak kerja..urusan rumahtangga pun elok terurus.. gaji saya pun x dak sampai 4k tapi semua urus sendiri..anak..bill..mak ayah.. rumah.. kereta.. syukur la semua masih cukup setakat ini..

urusan semua pun buat sendiri.. balik umah mnaa dpt rehat2..kaki bukan takat goyang2..longgar dah screw ni nak kesana sini belari terkejar2 uruskan semua. Gred pun rendah je.. bukan 41.. syukur la jenabbbb..satu lagi jenab..mtk kaunseling yg berkelayakan..bukan dok meluah masalah dalaman ke saluran yg belum pasti akan membuahkan jalan penyelesaian yg elok..

sayang rumahtangga tu. hargailaa.. zaman skrg lelaki gaji besar kerja helok pakai smart pun belum tentu dpt buat terbaik mcm suami jenab.. lagi besar pangkat.. gaji lagi banyak dugaan jenab..tggjawab pun beso..silap2 x dpt nak uruskan anak..kerja2 rumah pelbagai.

Che dolemon – Alhamdulillah.. puan dapat suami yg baik. Tak ada sk4ndal dengan perempuan lain.tak de nk simpan gambar pelik2 perempuan dlm hp…haaa siap pakej jaga anak lagi tu..balik kerja boleh puan berehat kan?.. syukur.. syukur… nikmat mana lagi yg mahu didustakan? pn jgn fikir semua lelaki bergaji besar nak belikan baju n barang make up atau barang keperluan isteri..

itu belum lagi yang buat isteri macam khadam…tak pe la puan hidup atas batas kemampuan, boleh makan setiap hari, anak2 pun sihat membesar depan mata.. semoga Allah bahagiakan hidup puan seisi keluarga..amin…insha Allah sabar… tak lama lagi naik dg44 ada rezeki lebih, reward diri sendiri pula..

Sumber lamanmaya