Terbela “biawk hidp”. Xsenang tp syg. Tgok dia mcm taugeh xcukup air. Ak nekad acar cara nie.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Haritu ada terbaca confession seorang lelaki yang gelarkan dirinya jantan keparat. Tak taulah cerita tu cuma rekaan atau memang betul-betul berlaku.

Link jantan keparat di bawah

Tgok wallpaper dh tukar, gmbr abg bruniform. Hilg sabar aku tmpar. Bila fikir balik dia layak utk bahgia.

Aku susah nak percaya yang menulis tu jantan keparat. Sebab penulisan dia betul-betul berkesan dan menusuk sampai ke hati. Aku pun sependapat dengan beberapa orang, yang terberkenankan ayat dia yang satu itu. Menjeruk rasa di dalam balang kesedihan. Ayat dia, fuhh. Memang gramatis, puitis.

Aku percaya yang mampu menulis ayat-ayat macamtu bukan orang yang calang-calang, dan aku percaya ‘loser’ macam dia memanglah jauh panggang dari api nak menulis macamtu. Lagi satu belum pernahlah aku jumpa jantan yang mengaku salah. Eh mana ada salah. Awek curang awek lari tu semua salah perempuan sebab tak setia. Dia? Dia jugak betul. Dia jugak tak salah.

Perempuan patutnya sabar, tunggu dia menganggur, tanggung makan minum dia, makan pakai dia. Bela dia sampai dia sedia nak cari kerja dan kumpul duit nak kahwin. Kan. Eh susahlah nak jumpa laki macamtu,serius susah. Walaupun aku tak percaya yang tulis tu jantan keparat, tapi aku suka sangat ayat dia. Ayat dia menusuk ke kalbu. Aku pun komen jugak suruh dia jadi penulis. Haha.

Dan walaupun aku tak percaya pasal tu, aku setuju mesej yang dia nak sampaikan tu. Mesej untuk wanita, gadis-gadis, cewek-cewek. Supaya pilih calon suami yang terbaik. Jangan bela biawak hidup. Sungguh, mesej dia deep sangat. Pasal harga diri wanita. Now aku nak confess pasal pengalaman aku. Ada lah kaitan jugak dengan jantan keparat tu.

Aku perempuan. Aku pernah juga terbela biawak hidup. Menyusahkan aku nak menanggung makan minum dia, baju dia seluar dia. Dan sama macam dia, aku pun pernah kena pukl. Bezanya aku tak keluarlah daripada kereta H, aku naik motor je masa tu. Aku bukan baru balik berdating, aku balik makan-makan dengan kawan tempat kerja.

Cuma masa tu dah banyak hari aku tak contact dengan jantan keparat tu, tiba-tiba malam tu dia cari aku. Cari–cari takda pulak. Beranginlah kawan. Orang yang pernah melalui je akan faham perasaan aku. Maksud aku, aku stay dengan dia even dia takda kerja. Lama pulak tu stay. Sebabnya dia dah lama dengan kita, kita rasa tak lengkap hari kita tanpa dia.

Dia dah jadi macam sebati dalam hidup. Walaupun dia tidak menyenangkan, tapi tetap rasa sayang. Bukan sekali dua putus, banyak kali tau. At the end aku tetap akan cari dia, pujuk dia, minta maaf dengan dia. Walaupun bukan salah aku pun benda tu.. Rasa b0 doh. Sebab stay dengan orang macamtu. Orang yang sembang kencang, sayangkan aku. Cintakan aku. Tapi effort nak halalkan aku takda..

Tak pernah dia teringin nak bangun awal pagi, kerja, keluarkan keringat cari rezeki. Macam lelaki sejati buat. Sumpah, betul dia cakap. Macam taugeh tak cukup air. Hidup segan m4ti tak mahu. Mana taknya. Bangun masa hari dah petang. Orang semua tidur dia tak tidur lagi, main game. Selama bertahun-tahun. Kau rasa?

Perempuan ni, bukan hadap pun nak laki kerja bagus sangat. Asal ada kerja. Asal nampak bertanggungjawab. Itu pun dah cukup untuk bina kepercayaan kami untuk berkongsi hidup.. Bila aku suruh dia minta kerja ke apa, haa mula lah. Tarik muka. Tak bercakap, berhari-hari. Bergaduh. Mak ayah dia pun jenis manjakan dia. Nak kata dia orang senang sangat pun tak juga.

Sederhana gitu. Nak dibandingkan dengan aku. Aku ni walaupun anak bongsu tapi aku terbiasa hidup berdikari. Aku nak apa, semua yang aku ada, semua aku usahakan sendiri. Nak cerita pasal kenangan, memang banyak kenangan aku dengan dia. Pahit dan manis selama bertahun-tahun. Dulu masa mula-mula aku tinggal dia, aku selalu menangis tiba-tiba.

Sebab aku tak sampai hati. Aku risaukan dia. Tapi, sampai bila aku nak terperangkap dalam kenangan tu? Sampai bila aku nak sandarkan hubungan kami pada kenangan saja. Masa depan apa cerita? Masa muda memang seronok bercinta. Usung sana usung sini. Tapi kita kena fikir masa depan kita juga..

Lelaki jenis macamtu jadi macamtu sebab dia selesa.. Perempuan manjakan dia. Mak ayah manjakan dia. Dia nak apa semua dapat. Tak perlu usaha apa-apa. Dia selesa menerima, daripada memberi. Satu cara untuk sedarkan dia, tinggalkan dia. Itu yang aku lakukan. Satu malam tu, dia pukl aku. Sebelum dia pukl tu, kami memang gaduh dah, dekat dua minggu tak text apa.

Kebetulan aku pun ada kawan baru. Baru sangat. Tak boleh nak conclude apa-apa masa tu. Just friend. Maybelah dia pernah nampak aku lunch dengan mamat tu, atau pun kawan dia pernah bagitau dia aku ada pakwe baru ke apa kan. Aku tak tau. Tahu-tahu aku balik malam tu aku kena lempang. Haha. Dia m4ki aku. Dia cakap kita putus, jangan cari dia blablabla.

Seriously besok pagi tu adalah kali pertama aku bangun dan rasa bahagia. Aku rasa bebas sebebas bebasnya. Aku rasa tak sedih langsung walaupun muka aku lebam sikit. Aku rasa gembira sangat. Kali pertama bila kami break dan aku tak rasa menyesal langsung. Aku tak terasa nak minta maaf, nak pujuk dia. Jauh sekali nak ajak getback. No.

Perempuan. Dear perempuan. Kaum sejenis aku. Apart from this, aku nak korang semua start from now. Believe in yourself. Letak diri korang di tempat yang tinggi. Bukan tempat rendah, kalau tak nanti orang mudah pijak kau. Percaya diri kau. Percaya yang kau cantik, kau baik. Kau layak dapat teman hidup yang baik juga. Yang hati dia semurni dan seikhlas hati kau.

Jangan minta maaf untuk benda yang kau tak salah. Jangan terlalu lembut hati untuk lelaki sampah yang manja tapi tak guna. Kau kena fikir masa depan kau. Hidup kau bukan setakat nak berdating siang malam je. Hidup kau jauh lagi. Kau kena fikir kau akan berkahwin, ada anak. Kau nak travel. Anak nak sekolah. Kau kena fikir semua tu. Luaskan kuasamu wanita.

Jangan tunduk dan hambakan hati kau kepada jantan keparat. Lepas aku putus dengan dia, aku still kawan dengan mamat sorang lagi tu, nama dia Jai (bukan nama sebenar) . A month later barulah dia officially asked me for a date. Dia ajak aku keluar hujung minggu tu, jemput aku di rumah. I never knew before dia ada kereta apa. Biasa jumpa, dia temankan aku makan naik motor je.

Haritu dia bawak kereta. Dia ada Triton. Kawan dekat setahun. Meanwhile my ex oftenly texting me. Dia meroyan teruk tengok aku ada pengganti dia. Easily gantikan tempat dia dalam hidup aku. Without no regrets, no turning back. Not at all. Dia cakap aku g1la harta. G1lakan kekayaan. Aku telan semua tu..

Dia tak sedar agaknya perempuan g1la harta ni yang bersama dia si penganggur tak guna selama bertahun-tahun. Lelaki tetap taknak mengaku dia salah instead of blaming us. Aku akui, bila kita dah lama dengan ex kita tu, bukanlah benda mudah nak buka hati untuk orang lain. Dah puas menangis dan dis4kiti.

Penat, penat nak mulakan something new dengan orang baru. Serius penat. Aku mulakan kisah baru dengan Jai. Jai kerja gomen. Jai handsome. Jai kelakar. Aku rasa tak yakin, layak ke aku untuk Jai. Aku rasa malu sebab bila kami keluar, Jai pakai kemas-kemas. Dengan ex sebelum ni yang keparat tu,dia serabai. Dia kuat isap r0kok.

Dia tak pernah bayarkan bila kami makan. Sebab tu bila aku first time makan dengan Jai, dia bayarkan. Aku rasa lain sangat. Aku rasa dihargai. Benda yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Yela balik2 aku je yang keluar duit. Jai temankan aku pergi mall. Dengan ex aku dulu, bila aku masuk carlorino ke, padini ke, nike ke adidas ke. Dia pilih untuk tunggu di luar.

Dengan Jai, Jai temankan aku, suggestkan aku yang mana lawa. First time dia bayarkan handbag aku, harga rm400 lebih. For me harga tu sangat mahal. Aku nak bayar sendiri sebenarnya. Tiba-tiba Jai hulurkan kad dia. For the first time aku rasa nak menangis sebab tak pernah ada orang belanja aku barang semahal tu.

Banyak kali aku nak bagi dia duit untuk handbag tu. Jai tolak. Jai selalu kongsi dengan aku hobi dia. Hobi dia memburu dalam hutan. Haa yang ni aku tak setuju. Sebab dia suka temb4k kijang dengan kawan-kawan dia. Dia ada pajero besor bapak dekat rumah buat masuk hutan bila cuti.

Walaupun aku tak suka hobi dia tu, tapi aku suka dengar cerita dia. Cerita dia selalunya lawak. Aku suka. Aku suka sebab Jai jenis yang tak boleh duduk diam. Dia sangat active. Bangun awal pagi, balik kerja jogging. Malam main badminton. Hari cuti masuk hutan. Dia tak macam ex aku yang layu tu. Suka tidur.

Suka main phone. Kuat isap rokok. Nak keluar bersukan memang taklah. Raya, Jai datang rumah aku berkenalan dengan mak ayah aku. Lepastu dia bawa aku ke rumah dia. Aku terpegun bila aku salam mak dia, mak dia peluk aku. Pegang tangan aku. Berbual ramah dengan aku. Spontan aku terkenang aku ke rumah ex aku dan mak dia buat aku macam aku tak wujud.

Aku duduk sendirian makan kuih batang buruk sambil minum air teh. Tak ada sambutan dan pelawaan. Mak ayah aku lega jumpa Jai, sebab Jai pandai ambil hati mereka. Dalam tak sedar aku mula bandingkan antara Jai dengan ex aku. Aku rasa betul sangatlah keputusan aku tinggalkan dia.

Dalam susah aku nak buka pintu hati aku pada orang baru, aku tak sedar juga bila aku mula sayangkan Jai dan selesa dengan dia. End up Jai masuk meminang dan kami menikah awal tahun ini. Rasa lain. Perasaan bila berkahwin ni lain. Aku pindah masuk rumah Jai. Jai pun rasa lain. Biasa atas meja dia ada sikat, pomade dengan perfume.

Tiba-tiba ada barang make up atas meja dia. Biasa sidai baju ada uniform kerja, t shirt, seluar dia je. Tiba-tiba ada shawl, ada bawal chiffon bersidai depan rumah dia. Biasa balik kerja sunyi. Tiba-tiba balik ada keropok lekor panas atas meja makan.bJai selalu cakap macamtu dan tergelak sendirian dia. Dia pun tak sangka dia dah kahwin, agaknya.

Aku cuba faham hidup Jai. Rumah dia memang banyak barang untuk masuk hutan. Walaupun aku tak minat sangat tapi aku cuba kemaskan barang dia. Aku cantikkan rumah dia. Dia akan ikut apa aku nak, contohnya aku suruh dia pasang kayu untuk masukkan langsir yang pakai lubang tu. Dia turut je. Aku nak bilik warna soft, dia ikut.

Aku cuba bayangkan kalau aku kahwin dengan ex aku, dia tak kerja. Mana nak datang duit nak beli barang untuk deco rumah ni semua? I learn kahwin ni bukan setakat kongsi tempat tidur saja. Tapi kita kongsi segalanya. Hati dan perasaan juga. Bulan ni dah tiga bulan aku mengandung. Aku m4buk teruk. Sampai tak pergi kerja seminggu.

Nasib baiklah Jai boleh diharap untuk kemas rumah, sidai baju, masak. Aku pernah terjaga tengah malam sebab pening. Aku mual nak muntah, aku tak sempat nak turun dari katil terus membuak muntah aku. Jai terjaga dan bersihkan aku. Dia dudukkan aku dekat sofa, bersihkan tempat tidur kami. Aku tak sedar bila air mata aku menitis di pipi.

Rasa bersalah sebab besok dia kena bangun awal pergi kerja. Aku susahkan dia. Banyak kali aku minta maaf. Dia cakap takpa. Selebihnya aku rasa bersyukur untuk semua kebahagiaan yang aku miliki sekarang. Betul kan. Kalau hati kita baik, insyaAllah Allah akan datangkan orang yang baik untuk kita.

Apa pun kita nak, pertama sekali sucikan hati kita dulu. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dia tak uji kalau kita mampu.. Ladies. Tinggalkan apa yang meny4kiti kita. Kita berhak bahagia dan dapat yang terbaik. Harga kita ni priceless sayang. Kita berharga. Mak ayah kita lahirkan kita besarkan kita bukan untuk dikecewakan oleh jantan tak guna. Bukan untuk dis4kiti..

Kita kena bijak buat pilihan. Jantan keparat, berubahlah. Perempuan bila dah tawar hati jaga-jagalah. Dia takkan pusing belakang lagi untuk pandang kau. Dia anggap kau dah mati. Dia anggap kau tak pernah kenal dia. – sisbeningging

Reaksi warganet

Mumu al qadrawi – X kisah ape org nk ckp bila kau bandingkn ex dng suami kau..akk setuju 200% cinta bkn sekadar keluar date tngk wayang pusing2 town.. Cinta yg ada masa dpn perlukan lbh dr tu.. Perlukan sumber kewangan dan tangjwb..

bkn sbb jai tu byrkn handbag kau tp dia tahu bila kau milik dia dia ada st tangjwb yg hrus di pikul.. Syabas tt n akk doakn semua perempuan yg baik layak mdpt lelaki yg baik. Akk pon dh lalui fasa mcm awk dik.. semoga allah ttp memelihara kbhgian kita semua amin.

Shakila sharkawi – Kisah sis lbh krg mcm sy..dlu knl ex bf kt tmpt praktikal,abs konvo n dpt twran keje gomen sy masih dgn die..3thn bersm..spnjg tu rsnye byk y sy belanja die..sb sy da keje tetap dan die main moto,keje main2 je..ble moto rosak sy dahulukn duit..sy jns susah berkre..so halal je la..

tp lme2 rs mcm xbest sb ble kte sembang2 hal ms dpn die mcm xde wawasan lak..ikt je la ape nk jd..hati jd tawar,clash n setakat brkwn baik je..ble da keje jauh,ad sorg laki(suami sy skrg) mtk kapel dan serius nk jdkn isteri..sy ckp ok tp bia brkwn sb nk tgk sejauh mn kesungguhan die tu..

bakal suami ms tu da keje tetap gomen jgk,ad kete dan ad cita2 tntg ms dpn..bwk jmp famili die,knl mk ayh die,adk beradik, nenek, sdara2.. alhamdulillah syukur famili bakal suami sume baik2..3thn stgh ktorg sm2 kumpul duit,rncg ms dpn dll..ms bercinta ktorg jarak jauh..weekend je jmp tu pn kdg2..tp even die duk uma bujang mcm2 bnda die bt..

lps blik keje g gym,bersukan..weekend lak kms uma,tanam pokok,potong rumput, sblm skaly blik kg jenguk famili..pendek kata xduk diam..weekend pn kol 7pg da bgn kalah sy..haha..mg byk perbezaan perwatakan ex dgn suami sy.. alhamdulillah da 6thn kami kawen perangainye msih xberubah.. rajin, bertanggungjawab,ad cita2,family man..

ex?die da kawen,keje masih xtetap..kdg ad tny khabar tp sy jwb sekadar kwn lme shj..mle2 clash dlu n dpt tw sy nk kawen die meroyan jgk tp ape nk bt,prnh bg peluang tp bt main2..pmpn ni bkn la nk harta juta2 pn,ckup ad sifat tngjwb n rajin..

law kata sy g1la harta baik cri y lg kaya..sb dlm tempoh berkawen prnh je mkn telur je..hahaha..pokok pangkalnye bt sume laki sna,cbela berubah utk jd y terbaik sb anda la ketua keluarga..silap langkah ckit blh hancur keluarga..Zafran Abu Yazid

Roziah abu samah – Biasalah, bila biawak hidup nie kena tinggal meroyan dia lain macam. Ex saya macam tu jugak, ada ke saya yang tengah belajar kena tanggung belanja bila keluar dengan dia. Bila saya dah kerja lagi lah teruk duk menanggung dia. Saya siap cari kan dia kerja, tinggal interview dan terus masuk kerja boleh pulak dia tak pergi sebab malas.

Last-last saya warning dia by my next birthday dia tak kerja saya akan tinggalkan dia, tapi dia gelak aje tak percaya. Sekali kena tinggal betul-betul dengan saya, meroyan sakan. Call office dan datang cari kat rumah berkali-kali. Nasib baik kawan-kawan tolong, jawabkan phone call cakap saya takda dan bila cari di rumah, saya dah keluar. Lama jugak baru message masuk kat otak dia yang bebal tu dan saya lega. Free at last dan tak menyesal langsung.

Sumber IIUM