Gaji aku 6k, tiap bulan transfer semua kat suami. Sorok2 adala rm500. Dh mcm mgemis, tiber rs nk bnuh diri.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan hai semua. Aku sebenarnya tak tahu nak luah kat mana.

Penat aku search laman kaunseling untuk aku tanya menda-menda hal ehwal rumah tangga, tapi semua macam susah nak dapat respon. Aku harap ada la yang sudi berikan sepatah dua kata komen macamana nak stop jadi isteri yang b0 doh. Aku berkahwin dengan suami aku atas pilihan keluarga. Tahun ini masuk tahun ke 6 kami berkahwin. Dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sebulan selepas berkahwin aku terima tawaran kerja yang pertama. Gaji aku yang dua ribu cuma ketika itu semua aku serahkan kepada suami kerana katanya kita boleh gabungkan gaji dan beli apa yang kita suka. Aku naif waktu itu, maka aku serahkan semuanya. Tapi alhamdulillah waktu itu, nafkah masih berjalan seperti biasa.

Masuk tahun ke 2 berkahwin, aku tukar pekerjaan. Alhamdulillah gaji naik sikit dari 2000 ke 2500. Macam biasa, aku diminta serahkan semuanya sehingga aku cuma ada seratus dua sahaja di dalam tangan. Aku masih okay, masih b0 doh dan terus positif kononnya ingin membantu suamiku membayar segala macam bil dan bayaran bulanan.

Nafkah masih berjalan, jadi ketika itu, aku masih merasa cukup. Hari ini, masuk tahun ke 6 perkahwinan, aku sudah berada di tahap yang agak selesa. Suamiku masih di tempat yang sama dengan gaji yang sama. Katanya untuk kestabilan dia harus stay disitu.

Sedangkan aku, bertungkus lumus kerja dan cari kerja yang lebih baik untuk dapat gaji yang lebih tinggi supaya aku ada baki lebih selepas semua gajiku diserahkan padanya. Gaji aku kini mencecah 6000. Tetapi, atas dasar ehsan dan permintaan, aku terpaksa serahkan hampir kesemua gaji tersebut sehingga yang tinggal sekarang cuma 500 sahaja untuk aku.

Nafkah juga sudah tidak diendahkan kerana katanya aku sudah banyak lebihan duit. Kalau tak cukup minta padanya. Gaji aku, tapi akhirnya masih perlu meminta-minta nafkah. Kadang di marah lagi katanya aku boros. RM500 baki gaji aku itu sajalah aku berjimat untuk ulang alik ke tempat kerja, bayar makan, parking bulanan dan apa-apa melibatkan kerja aku.

Sehingga aku rasa terlalu miskin walaupun bergaji tinggi. Bila aku suarakan hak aku, suamiku mula berang. Katanya komitmen kami tinggi. Dia perlukan sokongan dari aku untuk sama-sama bayar komitmen. Tapi.. apa yang aku nampak, kehidupan suamiku lebih mewah walaupun gajinya separuh dari gajiku sedangkan aku, gaji tinggi tetapi diserahkan padanya.

Kadang-kadang mampu bawa bekal sahaja ke tempat kerja sementara tunggu gaji lagi. Aku dah mula rasa tak reda. Dah mula rasa diperguna. Suami aku baik. Sangat baik. Dia banyak sediakan semua kelengkapan rumah untukku dan anak-anak. Dibelikan aku macam-macam. Tapi aku tahu semua itu datang dari gajiku juga.

Tapi aku masih bersyukur. B0 dohkan aku. Ketika aku berpantang dikampung, aku masih serahkan gaji pada suamiku. Hidupnya bahagia di sana seakan lelaki bujang, berjimba bersama kawan, sedangkan aku, nak upah orang datang mengurut pun fikir sepuluh kali.

Suamiku juga pernah kantoi menyimpan video-video luc4h dan berjanji tidak akan ulangi. Tetapi aku masih merasa dia masih melayan semua itu. Tapi aku tetap berdoa supaya dia insaf dan betul-betul stop semua itu. Aku betul-betul terh1na bab tu, tapi entahlah. Kenapa aku masih b0 doh?

Dia juga per0kok. Aku menangis merayu-rayu minta dia berhenti mer0kok dan aku katakan aku sanggup bnuh diri jika dia tidak mahu berhenti. Alih-alih aku pula dipersalah. Katanya terlalu memaksa untuk dia berubah, Tak ingat Tuhan menda begitu pun nak bnuh diri. Haha.

Marah-marah aku dan mula merajuk tidak ingin bercakap denganku lagi. Last-last, aku yang minta maaf dan janji tak akan paksa apa-apa dalam hidupnya. Aku masih berdoa supaya dia berubah. Haha, b0 dohnya aku. Suamiku juga ramai kawan yang bujang dan suka pr0vok suamiku untuk cari sc4ndal.

Dasar kawan tak guna dan aku minta suamiku stop berkawan dengan mereka. Aku minta pilih antara aku atau kawan, dan dia pilih kawan. Hahaha, sekali lagi, aku b0 doh. Aku mula alami simptom depr3ssion. Rasa hidup tak berguna, kerja kuat tapi tetap miskin. Gaji banyak tapi tak guna asyik kena kebas.

Bulan lepas, aku cuma transfer separuh sahaja gajiku padanya, kataku biar aku bayar yang lain sendiri. Alih-alih disuruh aku bayar semuanya sehingga habislah gajiku. Terpaksa minta semula yang aku dah beri padanya. Sekali lagi, b0 dohnya aku. Bulan ini, aku dah tekad, aku tak kan transfer apa-apa lagi.

Aku bayar yang aku mahu bayar sahaja. Apa lagi bergaduh lah kami dan sehingga saat ini aku mula rasa aku hanya dimanipulasi dan diperb0 dohi oleh suami sendiri. Tuan tuan dan puan puan, aku tidak tahu apa perlu aku lakukan untuk fokus tentang diri sendiri. Aku penat fikirkan dia.

Buat masa ini, bukan sebab kukuh untuk berpisah kalau semata bab gaji. Dan aku pun tak nak berpisah. Aku cuma nak cari bahagia aku sendiri. Cuma aku tak tahu bagaimana. Aku kalau boleh dah malas nak ambil tahu apa-apa tentang suamiku, tapi fikirkan anak-anak yang sedang membesar, aku cuba juga jadi terbaik walau kadang-kadang semua itu fake cuma.

Aku dah malas nak fikir. Nak masak, nak jaga anak, nak buat kerja. Aku nak bahagiakan diri sendiri sahaja. Aku penat jadi orang b0 doh dan terus diperb0 doh. Dan sekarang aku pun tak tahu apa lagi function aku sebagai isteri. Entahlah. Next week, aku dah nak start jumpa doktor untuk depr3ssion.

Aku dah penat menagis sebab jadi b0 doh. Aku nak bahagia dan aku tak nak fikirkan sesiapa lagi termasuk suamiku. Dia pilih kawan. Aku pilih bahagiakan diriku. Doakan aku kuat. Dan mohon kata-kata semangat untuk perempuan naif, b0 doh dan hampir nak g1la macam aku ni untuk terus berjuang untuk diri sendiri.

Aku fikirkan anak-anak sahaja waktu ini. Apa lagi aku nak harapkan. Selebihnya, aku harap aku boleh m4ti cepat bawa anak-anakku bersama. Tapi jap, aku kena taubat dulu sebab ngumpat suami aku kat sini dan aku kena ganti puasa dulu. Aku harap esok-esok, kalau ditakdirkan aku m4ti, aku dapat m4ti dengan anak-anak dalam husnulkhotimah. Aamiin. Okay. Itu aje. Terima kasih guys! Doakan aku. – Mia (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur humaira – Gaji puan adalah hak puan. Komitmen rumah tangga yang wajib (makan minum, tmpt tinggal, dll) adalah tnaggungjawab dia. Urusan rumah dan anak adalah tanggungjawab bersama. Hak gaji puan adalah hak mutlak puan melainkan sebelum puan kerja dulu, puan ada perjanjian ngan dia (sebagai balasan puan kerja.

Puan kena tolong bayar komitmen), ingat nafkah tu tetap dia punya tanggungjawab. Ramai betul terlepas bab ni. Puan kena usaha dari segi tanya kepada orng lebih arif, try pergi kaunseling keluarga, bincng hati ke hati dgn suami dan mcm2 cara lain. Tapi semua tu kena ada dia sekali bkn puan sorng je.

Tapi lepas semua dh puan cuba tapi takde effect, puan fikir lah masak2. Kalau dalam Islam nak didik isteri pun suami ada caranya dan last sekali faham2 la. Saya doakan yang terbaik untuk puan. Hidup bukan untuk diz4limi.

Siti norfatimah – Benci lelaki2 begini.. saya ada satu pengalaman lbh krg mcmni.. mereka gabung satu akaun, dan suaminya pura2 mampu utk buka cawangan.. bila diselidiki gaji si suami cuma rm2900 yg selebihnya gaji isteri.. puan tahu kan selebihnya dia habis ke mana? Bangkit lah puan..

kita org perempuan tak m4ti klau hidup takde suami t0ksik mcmni.. puan ada segala2nya.. suami utk melindungi isteri, bkn yg “meny4kiti” isteri begini.. belajar la berdikari puan.. buang ke lombong je suami mcmni.. doa saya bersama puan.. sungguh2 ni dtg dr hati saya.. fikirlah yg terbaik ye.

Nana kiut2 – Mohon dengan Allah dik minta Allah tunjukkan jalan keluar apa yg harus awak buat selepas ni
Cukup2 la menjadi hamba… awak berhak utk bahagia. Xperlu lagi nak tranfer duit tu kepada suami….simpan untuk diri sendiri dan anak2….biarkan dia… pandai2 a dia nak hidup ngan gaji dia ada tu ajer…

kiranya pendapatan awak banyak juga.. cukup untuk awak ngan anak2….xperlu peduli lagi sbb dia sbb dia dah buat pilihan iaitu kawan dari keluarga…kak doakan Allah permudahkan segala urusan awak dan jangan sekali kali fikir nak mati…pergi berjumpa doktor untuk berubat…agar ada sinar bahagia buat awak dan anak2

Iman property – Salam, saya pun no komen hal nih. Walau baik mana lelaki. Kalau dia tidak memahami konsep tangungjawab dia. Bagi saya dia gagal. kos2 basic seperti rumah , makan dan keperluan pendidikan anak sepatutnya jatuh pada lelaki untuk diuruskan dgn duit lelaki itu sendiri. Kalau tak cukup barulah jika isteri ada belas kasihan untuk membantu.

Saya lebih percaya pada rezeki allah swt. Pada lelaki yg bergelar suami. Layan lah isteri, anak, ibubapa anda seadanya. Maksud sy, klu ada hanya rm 10 lebih dari semua kos, berikanlah atau beli hadiah yg pada isteri, anak, ibu bapa walaupun harga rm 2.10. Buat mereka gembira. Insyaallah allah akan ganti dari sumber lain yg tak diduga.

Sumber IIUM