Dilema kenang kkasih lama, 6bulan kawin aku masih xdisentuh. Tiba2 rasa kesian kat suami.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai assalamualaikum. Ini adalah cerita dari kawan baik aku… identiti dirahsiakan dan aku cuma jadi perantara je untuk post kan cerita ni di iium.

Kalau dipublish alhamdulillah. Moga jadi pengajaran dari cerita Aleya dan Fariq. Aku di bawah adalah Aleya. Aku Aleya, baru berkahwin 6 bulan. Belum dikurniakan zuriat. Hari ini aku nak kongsi sedikit cerita tentang hidup aku yang suram dan jahil sampai lah aku jumpa dan kahwin dengan suami aku sekarang. Maaf kalau agak panjang.

Cerita bermula ketika aku kenal dengan Fariq. Ya itu ex ‘boyfriend’ aku dan harini, saat confession ni dibaca oleh kalian dia telahpun mennggal dunia dua tahun yang lalu. Dia mennggal bulan jun tahun 2018.. Dengan Fariq hubungan kami terbina hampir 8 tahun lamanya, Fariq lelaki yang paling aku sayang seumur hidup aku selepas ayah aku.

Aku tak pernah bayangkan macaM mana hidup aku tanpa Fariq dan akhirnya apa yang paling aku takut betul betul terjadi. Fariq tinggalkan aku dalam keadaan aku langsung tak sedia. Aku terduduk menangis dunia aku gelap, aku tak rasa kaki aku pijak bumi saat berita kem4tian Fariq sampai di telinga aku.

Fariq ibarat rumah kedua untuk aku selepas keluarga aku. Aku selalu cakap dengan Fariq aku boleh hilang segala yang aku ada didunia tapi bukan hilang Fariq. Allah maha mendengar kata kata aku mungkin aku dah terlalu hanyut dan dibutakan dengan cinta kemudian Allah uji aku dengan kehilangan Fariq mungkin untuk menarik aku kembali semula kejalan Allah.

Hidup dengan Fariq hari hari aku rasa macam dekat syurga, Fariq sayang aku, setia dengan aku, takpernah abaikan aku. Semua kehendak kemahuan aku tak sekali pun Fariq menidakkan. Maaf aku cakap kehidupan aku dengan Fariq betul betul macam suami isteri. Kami bercinta sehinga ke tempat tidur paling sedih langsung kami tak pernah rasa bersalah dan ulang benda sama selalu.

Aku dengan Fariq tak pernah rancang nak kahwin pun. Langsung tak pernah terfikir nak halal kan hubungan. Kami betul betul hanyut dalam tipu daya sy4itan. Fariq lelaki baik, puasa, solat jumaat takpernah culas, nafkah keluarga dan ibu ayah dia tak pernah abaikan. Rezeki Fariq selalu melimpah. Dia ramai kawan, ramai yang sayang dan ramai yang selesa dengan dia.

Dan di usia dia awal 20an waktu tu Fariq dah ada kerja yang tetap dalam setahun lebih lepas membina kerjaya Fariq makin stabil dan waktu tu dah mampu beli rumah kereta boleh bawak aku travel sana sini. Oh yaa Fariq tua 5 tahun dari aku.. Jangan lah cakap Fariq kurang didikan agama.. Fariq dibesarkan dari keluarga yang baik dan begitu mementingkan agama.

Tapi entahlah mungkin bila dengan aku Fariq selalu tersilap langkah. Dan aku selalu salahkan diri aku kalau Fariq tak dengan aku mungkin hidup dia baik baik dan kem4tian dia pun tak terf1tnah. Fariq meningal sehari selepas aku bertolak ke Indonesia untuk bff holiday. Lepas hantar aku ke airport Fariq balik dan kami contact macam biasa.

Esok pagi nya aku mesej Fariq untuk wish morning dan tanya keadaan dia. Dia balas 2 atau 3 jam selepas tu dia bagi tahu dia baru bangun tidur, selepas solat subuh tadi dia rasa mengantok sangat tak macam hari hari biasa, Selalunya lepas solat Fariq akan buat aktiviti lain, dia keluar jogging atau home workout and buat sarapan, kemas rumah tapi hari tu dia kata dia penat mengantuk.

Moody dan terpaksa call tempat kerja bagitahu tak dapat masuk sebab dia tak ada hati nak pergi kerja. Dia kata dia rasa kosong. Aku tak syak apa apa sebab aku rasa normal je manusia bila ada rasa macam tu. Takkan hari hari kita nak rasa okay sentiasa. Tapi lepas dari dua tiga mesej Fariq terus hilang aku tunggu tapi Fariq tetap diam dan aku call semua tak dijawab.

Aku send mesej aku suruh rehat dan makan. Kalau rasa tak sehat nak demam ke apa makan lah penadol atau kalau rasa teruk pergilah klinik. Aku mintak maaf dengan dia sebab aku tak ada untuk tenangkan dan jaga dia. Berlarutan sampai 3 hari dan esoknya hari keempat jadinya aku akan balik malaysia esok. Langsung tak ada WhatsApp atau call dari Fariq.

Aku pelik, aku risau sebab Fariq sorang sahaja duduk di KL keluarga semua berada di selatan dan utara tanah air. Aku buntu taktahu mana Fariq pergi aku jadi risau sangat. Esoknya sesampai aku dekat malaysia aku terus mintak kawan aku hantar aku kerumah Fariq. Aku tak tahu aku kuat atau tak nak teruskan cerita ni. Kereta motor semua tersusun elok macam tak bergerak langsung.

Aku buka pintu terus terbau satu bau yang menusuk sangat. Aku jerit pangil Fariq langsung tak jawab, aku minta kawan aku teman cari Fariq dalam rumah atas dan bawah (rumah dua tingkat) tiba tiba kawan aku Ijal menjerit pangil aku naik atas sambil dia tutup hidung, nampak takot dan gabra. Fariq terbaring tepi almari baju dalam keadaan m4yat nya membengkak dan berbau.

Aku dah tak hirau busuk atau takot atau geli aku terduduk kat tepi m4yat Fariq dalam keadaan tak tahu nak rasa apa, aku speechless, speatah kata aku tak mampu nak cakap. Aku tak tahu aku sedih ke kecewa ke apa ke aku taktahu. Aku buntu.. kawan kawan aku call p0lis untuk uruskan m4yat. Shera pujuk aku untuk bangun jangan duduk dekat situ sebab kejap lagi p0lis sampai nanti takot tergangu kerja polis dan for3nsic.

Kaki aku tak rasa jejak bumi. Aku langsung takboleh nak bukak mulut untuk cakap apa pun air mata je berjurai jurai meratap kem4tian lelaki yang aku cinta dan kem4tian nya seperti tu dan menjadi buah mulut jiran tetanga. Fariq semasa hayat adalah lelaki yang betul betul menjaga penampilan, jaga kesihatan, sentiasa kemas.

Kalau duduk rumah pun dia sentiasa nak kemas dan wanggi. Sepanjang 8 tahun dengan Fariq takpernah sekali pun aku nampak dia dalam keadaan tak terurus tapi kem4tian dia betul betul buat hati aku koyakkk.. itu lah pertama kali aku nampak Fariq dalam keadaan macam tu tapi Fariq tetap sama dimata aku. Lelaki yang aku kenal yang jaga serba serbi berkaitan diri dia.

Aku tetap nampak Fariq handsome dan wanggi walaupun hati aku terluka dengar kata kata orang sekeliling yang ada kat tempat kejadian. Busuk lah m4yat reput dan sebagainya dan yang buat aku s4kit waktu tu bukan kernaa kem4tian Fariq, ye kem4tian Fariq dah tentu merobek jiwa aku tapi aku tambah hancur bila orang h1na dan umpat kem4tian lelaki yang paling aku cinta.

Aku ada disisi Fariq sampai lah keluarga datang untuk tuntut m4yat dan aku ikot kebmikan m4yat di kampung orang tua nya semua nya sampai selesai… Fast forward, sejak dari hari kem4tian Fariq sampai hari ini tak pernah sehari pun aku hidup dalam keadaan tenang dan aman. Aku betul betul rasa nak jadi g1la. Aku tak boleh move on.

Awal awal kejadian dua tahun lepas setiap hari aku mimpi buruk, aku mimpi macam macam pasal Fariq, aku teringat ingat m4yat Fariq.. terbau bau sentiasa. Tak selera makan dan aku hilang hampir 20kg. Keluar masuk hspital sebab selalu pengsan dan d4rah rendah. Aku s4kit.. aku betul betul rasa s4kit, jiw4 aku hancur. Aku berhenti kerja, aku stop contact dengan kawan kawan.

Aku tak keluar rumah. Aku betul betul tertekan. Apa yang aku buat hari hari aku cari kekuatan dengan doa, solat, aku hidup kan Malam malam aku dengan solat malam yang mana sebelum ni penuh dan cuma bergelumang dengan mksiat. Hari hari aku doakan Fariq dan mintak Allah ampunkan dia dan tempatkan dia di tempat baik baik.

Aku tak boleh lupakan Fariq benar benar kem4tian dia meragut seluruh jiw4 aku, hidup aku, aku rasa aku hilang diri aku. Cinta aku dekat Fariq langsung tak ada tandingan sampai aku pernah cakap dengan Fariq mak dia pun tak sayang dia macam mana aku sayang dia. Korang boleh imagine tak macam mana bermakna nya Fariq dalma hidup aku?

Sampai harini pun semua orang dah move on dengan kem4tian Fariq termasuk keluarga dia tapi aku tak. Ajar kan aku macam mana untuk aku buang dan lupakan lelaki terbaik yang paling memberi makna dalam hidup aku? Macam mana?! Aku taip sambil nangis, aku tak kuat. Tahun lepas bulan 12 aku dikahwinkan dengan anak kepada dua pupu mak aku, Zamir..

Perkahwinan diatur keluarga aku menurut sebab tak mampu nak kata tidak. Aku dah cukup pasrah dengan hidup aku, aku letakkan takdir aku sepenuhnya pada Tuhan. Aku tak kan usaha, takkan cuba ubah atau apa pun. Aku dah mengalah aku taknak tahu apa apa dan peduli tentang apa pun.

Kehancuran hati aku memang membawa pada hancurnya hidup aku.. mak aku dengan dua pupu mak aku sama sama bincang untuk pulihkan aku dan mintak Zamir bantu aku untuk bina balik diri aku.. tapi mana lah mungkin boleh. Yang aku nak Fariq bukan Zamir. Mak aku tak tahu doa aku hari hari mintak Allah hadirkan aku seorang Fariq yang sama dengan Fariq aku.

Doa aku hari hari pun dah salah dan ibarat aku tak redha, tapi hakikat memang aku tak redha. Fariq aku tak ada gantinya. Zamir, entahlah aku tak tahu nak describe 6 bulan kahwin aku langsung tak ada hati nak kenal dia. Yang aku tahu dia jaga aku dengan baik. Dalam tempoh 6 bulan tak pernah sekali pun aku izinkan Zamir sentuh aku dan kami belum pernah ada hubungan suami isteri.

Tiap malam waktu tidur aku selalu sedih tengok muka Zamir, kenapalah Allah takdirkan kau untuk aku padahal aku ni penuh cel4 dan h1na, aku bukan perempuan baik aku tak bersih. Aku dah bergelumang dosa bertahun tahun. Zamir selalu imamkan solat aku tapi dalam doa aku tak ada pun aku doakan Zamir semua nya aku doakan Fariq. Zamir maafkan aku sebab jadi isteri yang gagal.

Aku tak tahu apa yang membuatkan aku layak untuk jadi isteri kau. Bagi aku masa untuk aku pulih dan belajar cintakan kau atau kau boleh tinggalkan aku kalau kau mahu. Kau baik kau ada semua nya aku yakin ada perempuan lagi baik untuk kau. Terima kasih Zamir sebab ambil berat dan jaga aku dengan baik. Kau sabar, kau tabah.

Aku layan kau teruk, aku tak buat langsung tangungjawab aku sebagai isteri tapi kau tetap sabar. Cium dahi aku setiap malam, cium tangan aku selepas solat. Aku sedih sebab aku terpaksa layan kau teruk. Maafkan aku Zamir sebab dekat hati aku langsung tak ada cinta yang tersisa. Harini aku nampak banyak hikmah dari ujian atas kem4tian Fariq, aku jadi lebih dewasa, aku lebih mengabdikan diri pada Tuhan.

Solat 5 waktu susah untuk aku tinggal sebab solat je buat aku tenang, aku menangis waktu solat mennagis waktu doa, mengadu dengan Allah tu dah jadi rutin harian selama dua tahun. Bangun malam untuk solat malam, aku lebih banyak puasa sebab aku memang tak selera nak makan. Kalau selera pun aku tetap makan sikit sebab semua benda buat aku ingat Fariq.

Aku rasa dah cukup dua tahun aku bersedih dan s3ksa diri sendiri. Korang doakan aku pulih, aku nak hidup cara baru, aku nak ada semangat baru. Aku nak bina hidup baru dengan Zamir.Insha’Allah kalau dia masih dan diizinkan Tuhan untuk aku. Aku nak cuba sayang kan Zamir. Aku nak buat semua benda dengan Zamir dan dua tiga hari ni aku dah try terima Zamir.

Aku baru buatkan dia sarapan pagi tadi. Terima kasih sebab dah baca cerita aku. Doakan aku jadi wanita baik dan isteri solehah untuk suami aku. Untuk Fariq moga tenang dan bahagia disisi Tuhan. Saya setiasa doakan awak hari2 saya sedekahkan alfatihan dan tiga empat kali saya akan bacakan yasin dan tahlil untuk awak dalam semingu. Jaga diri ye Fariq. Till we meet again.. – Aleya (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur hela – “Cinta aku dekat Fariq langsung tak ada tandingan sampai aku pernah cakap dengan Fariq mak dia pun tak sayang dia macam mana aku sayang dia.” Jangan mencintai makhluk melebih lebih. Kalau Rasulullah takpe lah jugak..

Sy tak berkenan bila org bukak aib org yg dah mati, tapi awak sendiri cakap sebab nak ambik pengajaran kan. Jadi takpe lah.. percayalah, hati tu Allah yg pegang. Jangan nak degil cakap “aku syg fariq aku syg fariq je”. Hati ni bukan milik kita.. Semoga berbahagia..

Mohd noor – Masalah pada kau, dah ada suami yang halal tapi kau masih kenang & harap kat lelaki lain yang tak halal, yang dah takde. Cukup2lah dosa besar yang kau dah buat. Dosa z1na antara dosa yang dibayar cash kat dunia.

Anggap keadaan kau sekarang yang dah ada suami baik tu sebagai peluang kedua dari Allah. Tapi tak tahulah nak cakap, kalau kau sendiri tak habis2 dengan fariq. Nauzubillah, moga Allah pelihara aib kita sampai hujung ny4wa.

Dzarul azfan – ubahlah doa tu kak, mintak bukakkan hati utk Zamir, suami ko yg skg ni. Jgn dikenang hbgn h4ram yg lalu. Allah tnjukkan kat ko cara d mennggal, suruh bertaubat, move on, bknnya suruh ko x redho. Phm bacaan dlm solat, kena khusyuk, minta dgn Allah elok2..

Taubat pulak kne taubat nasuha, jgn dikenang romantis2 zaman lampau.. tentu2nya h4ram mse tu. Bnda haram mmg manis, syaitan suka, lagi digalaknya.. Cuma Allah penentu semuanya bila ny4wa ditarik. Jgn tnya netizn phm ke x dgn kisah cinta kau kak, rmai je lebih daripada alami bnda cmni. Cuma ada yg xnk bukak cter.

Skg pilihan kat tgn sndiri, kalau xnk z4limi laki tu, kak jujur dgn dia.. kalau dia redho, d terima je. Kalau x nk jujur dgn dia tntg msa lampau, kak doa byk2 mtk hati tu tenang, jd isteri solehah. Jgn myesal pulak ble suami yg ni Allah ambil.. ye kak..

Sumber IIUM