Dpt info suami bhubung rapat dgn spupu. Jump resit hotel, aku nekad minta cerrai. Mgkin sbb “anak” dia brubah.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku dan suami sudah 10 tahun berumah tangga, kami kahwin semasa umur 26 tahun. Aku berkerja sebagai civil engineer dan dia seorang technician.

Dia seorang yang soft spoken. Aku pula jenis pendiam. Kami tiada anak, aku pernah misc4rriage 3x. Keluarga mertua sangat baik. Cuma sejak 3 tahun lepas aku disahkan menghidap k4nser. Aku seorang wanita yang pentingkan penampilan diri, mengamalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, kami jarang makan diluar, aku tetap akan masak untuk suami ku walau sibuk mana pun aku.

Kerap berjemaah untuk mengeratkan kasih sayang. Tapi sejak aku jatuh s4kit, aku tak mampu terima s4kit ku, aku banyak beremosi, kerap letih. Sejak hari pertama buat kim0terapi, badan aku makin susut, rambut gugur, deria rasa berkurangan, aku down, aku lupa menjaga kebajikan suami aku. Aku hanya terbaring. Aku belum kuat nak terima ujian ini.

Aku minta maaf pada suami aku. Dia kata dia memahami aku, dia mahu aku jadi kuat dan stabilkan emosi. Aku bilang, kalau kita ada anak mesti dia tak kesunyian, dia hanya cakap “abang percaya peraturan Allah tu paling terbaik”. Suami aku punya masa silam. Aku kenal dia masa dia sudah mula berubah. Bukan hak aku untuk judge dia atas masa silam dia.

Tapi…. Masa aku jatuh s4kit tu, mungkin aku tak dapat beri perhatian cukup kepada dia. Aku dapat tahu dia berhubung dengan sepupu aku. Dia masih layan aku dengan baik. Dia kerap berjumpa wanita itu, mereka bercuti bersama, tidur di hotel mewah bersama-sama. Suami aku bukan seorang yang berduit, rumah, kereta pun atas nama aku.

Kebanyakkan perbelanjaan aku yang keluarkan duit, tapi dia tak pernah culas bab nafkah. Gaji dia digunakan untuk membayar bulanan bil, motor, beri duit kepada ibu bapa dan adik adik yang masih belajar, dan juga nafkah aku, selebihnya dihabiskan untuk topup barang dapur.

Jadi sepanjang mereka bersama wanita itu berbelanja untuk dia. Tidur di hotel mewah, makan mewah, shopping barang mahal, belikan gadget. Bila aku tanya barang siapa beli, dia jujur bagitahu wanita tu yang belanja. Aku cuma mendiamkan diri. Aku tak reti marah, aku cuma menangis, aku tahu ini semua salah aku.

Kerana tak dapat bagi dia zuriat dalam masa sama aku masih dalam rawatan. Aku tak kuat macam orang lain semasa kim0 masih mampu bekerja dan melancong. Selepas tu dia jujur dia tidur dengan wanita tu. Aku bilang aku sudah lama tahu, tapi aku tak mampu untuk berbuat apa apa. Hati aku berbelah bahagi. Aku lihat dia bahagia dengan wanita tu.

Dia meminta maaf dan berjanji takkan ulang lagi. Aku semakin pulih dan aku sudah kembali bekerja, sedaya upaya aku berikan perhatian, setiap hari aku masak dan berhias walaupun ada hari badan aku lelah sangat bila balik daripada kim0 terapi. Macam2 aku buat untuk buat dia tak rasa sunyi.

Dia pun makin gembira. Ku sangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari, belakang aku dia masih jumpa wanita tu. Setiap hari minggu mereka akan check-in. Aku jumpa receipt hotel dekat email dia. Aku berhubung dengan wanita itu, dia cakap dia tiada apa-apa dengan suami aku.

Dia cakap hanya teman pergi makan dan jalan jalan je. Kalau lihat, memang wanita tersebut tidak nampak langsung seperti wanita yang akan tergamak mengkhianati kaumnya sendiri. Wanita itu lebih cantik, muka nya ayu dan lembut, kata kata nya manis, pakaiannya menutup aurat.

Mungkin itu yang membuatkan suami aku kalah kepada n4fsu. Dia minta maaf dan merayu tidak akan mengulangi. Malangnya sudah bertahun tahun begitu. Akhirnya aku kuatkan hati, aku cuba tawarkan hati bila tiap kali dia memujuk, walau hati aku sebenarnya mahukan dia, tapi aku dah taknak tengok dia buat dosa lagi, aku bilang pergilah kahwin dengan wanita tu, lepaskan aku.

Dia cakap dia tak sayang dekat wanita tu. Akhirnya selepas abang aku berbincang dengan dia, barulah dia mahu lepaskan aku. Dia menangis sepuasnya. Masa tu aku dah tiada air mata lagi. Aku cakap, lepasni jangan s4kiti hati wanita tu pula, sayangi dia, hargai dia. Halalkan kasih sayang dan semua yang kau telah beri kepada aku. Maafkan kekurangan dan kesalahan aku semasa menjadi isteri kau ya.

Kau lelaki yang baik, cuma salah pilih jalan. Allah tahu betapa peritnya hidup selepas perpisahan, hidup terasa kosong. Separuh dari jiwaku pergi. Tapi hati aku puas, aku tahu hanya dengan cara begini akan jadi pengajaran kepada dia dan diriku.

Aku sekarang adalah c4ncer survivor, aku sedang menyambung pelajaran di luar negara. Hati belum terbuka lagi untuk menerima sesiapa tapi hidupku lebih ceria kini. – Wawa (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Sambal hitam – teringat haritu aku tgk drama tajuk syurga nur. dorg ni laki bini ada anak laki 2 org anak angkat pompuan sorang. zahirnya dorang pasangan yg sweet sgt buat kerja amal sama2. tp hanya bini dia yg tau suami dia pun ada kisah silam. pastu bini dia s4kit c4ncer jugak.

sama lah macam cite tt ni. xlama tu kantoi laki dia dh kawin lain sbnrnya. ada anak lagi. so bini dia nekad nak cerrai sbb dh byk kali kena tipu katanya. dlm proses nak cerrai laki dia eks1den lumpuh. bini dia terus hantar g kt bini muda suruh jaga.

bila laki dia sakit kewangan pun terganggu pastu bini muda dia amik duit insuran yg dpt dan pulangkan laki tu kat bini tua sbb dia nak bina hidup baru. last aku tak ingat mcm mana. aku edit.. ingat dh last laki dia m4ti sbb rindu kt anak dgn bini muda pastu terserempak kat jalan dia nak kejar naik kusi roda kena langgar. curang ni tak memerlukan alasan. aku doakan ko dapat melewati ujian ni dgn sabar dan tabah.

Kloe kloey – Punca pencerraian confessor ni bukan ketiadaan anak. Tapi sbb suami yg curang tahap ‘check-in hotel’. Di sisi tuhan hukumnya curang begitu adalah m4ti. Tapi cukup adillah rasanya kalau suami/isteri yg curang begini dianggap m4ti saja.

Melepaskan mereka yg begini adalah satu jalan paling bermaruah buat yg dicurangi. Jangan keliru. Confessor tidak disayangi saat mengalami ujian sakit tapi disimpan sebagai mesen atm saja.Tak usah fikir perkara yg lepas lagi. Mulakan yg baru.

Cik aina – Hikmah allah x beri anak. Sbb dia thu jodoh puan dgn suami tk lama. Kalau ade anak lg suaah, jd ibu tunggal, jd ibu dan ayah pada masa yg sama. Berebut hak penjagaan, perlu berhubung lg dgn bks suami utk nafkah anak, klu ank prmpuan kene jd wali bila dh besar.

Lg sedih ank ank jd korban pencerraian rmh tangga. Skarng sis bebas, cantik, berpenampilan yg baik, sorang, ade kerjaya, ada harta rumah dan kereta. cari la yg lebih layak dn having a child w the new one. In Shaa Allah. Pray for you. Lot of love

Penjaga semut – Allah lbh mmahami sis…cube sis pk…kalo sis ade ank kcik and at the same time sis kne cancer..dgn kemo lg..sis sndri pun blm tntu mmpu handle dr sndri..so anak mcm mane? Sis andaikan si suami untk jg anak? Sis yg da tua bsr pjg pun die blm mmpu nk jaga dgn baik mcm mane nk jg ank…

so jgn jdkan alasn anak sbgai fktr pncerraian…Allah lbh tau dan fhm apa yg kite perlukan..sometime fktor sp3rm x bkualiti pun blh jd misc4rriage..so x blhkn slh wanita jer…or mybe sp3rm elok ovum or ovari plak problem….lg satu nk ckp..spesies b4bi btina jadian yg ske sndol uma tgga org nie x smsti ye free hair sje ye..

sometime yg btudung litup bstokin bagai lg hare prangai ye dr yg free hair….so ksimpulan ye..sygi la dr anda sbb x de org yg mmpu sygkn dr anda slain anda sndri…

Sumber IIUM