“Ada mkn apa2 ke dik”..ty sorang akak saat ambil result spm. Bila tgok kptsan aku tdudk mnangis. Kesian kat mak byk bkorban.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hai semua, nama aku Maz (bukan nama sebenar). Harini aku terdetik nak tulis tentang macam mana aku dapat markah cemerlang didalam peperiksaan besar.

Terlebih dahulu, aku ingin kenalkan diri aku. Sekarang aku berumur 28 tahun. Bekerja sebagai Medical Officer (doktor) di Hospital di Selangor. Sudah berkahwin dan ada seorang anak berumur 2 tahun. Dari kecil aku tinggal dipusat bandar di selangor. Di sekolah, aku mendapat 8A didalam PMR, semua A didalam SPM (9A). Kemudian aku dapat biasiswa MARA didalam jurusan perubatan didalam negara.

Aku mendapat pointer 4flat semasa asasi dan mendapat markah yang baik semasa degree sehingga graduate. Aku sebenarnya bukanlah pelajar genius atau senang tangkap dan ingat. Aku juga pemalas untuk belajar atau membuat kerja rumah. Semua aku buat adalah kerana ‘terpaksa”, selain ingin membuktikan diri aku boleh.

Mula dari tingkatan 1 lagi aku sudah terpaksa rajin belajar sebab aku taknak sekelas dengan budak yang tidak matang yang suka main dan ada masalah sosial. Disebabkan markah UPSR aku yang sederhana (3A2B) dan emakku lambat mendaftarkan aku ke sekolah menengah itu, aku ditempatkan di kelas terakhir daripada 8 kelas. Aku tersangatlah malu pada orang kelas lain kerana merasakan diri aku b0 doh.

Dari situ aku paksa diri aku untuk belajar rajin-rajin atas kerana aku tidak mahu dipandang rendah. Aku belajar bersungguh sungguh sebelum peperiksaan akhir dan mendapat markah pertama didalam kelas. Cikgu melihat markahku dan aku dapat dinaikkan ke kelas kedua semasa tingkatan 2. Di tingkatan 3, disebabkan aku duduk bersebelahan dan berdekatan budak bijak pandai, semua yang aku tidak faham aku terus soal pada mereka.

Kelebihan pada orang pandai ini, mereka cepat faham dan boleh menerangkan semula secara ringkas dan jelas. Sangat mudah untuk aku faham. Jadinya, semua pelajaran jadi mudah. Dan aku dapat skor markah yang baik dan mendapat 8A didalam PMR. Aku mendapat tawaran masuk ke MRSM di Johor. Manakala beberapa kawanku yang bijak pandai mendapat MRSM bitara (MRSM untuk budak bijak) kerana markah PMR mereka cemerlang.

Mungkin MRSM tahu markah sebenar bukan hanya 8A. Disinilah aku ingin menceritakan bahagaimana kesusahan dan perit getir aku untuk mendapat semua A didalam SPM. Disekolahku (MRSM), hanya 26 orang saja mendapat semua A didalam SPM. Aku ranking ke 16 mengikut berapa A+, A, A- aku dapat. Biar aku ingatkan semula, aku bukanlah budak bijak yang senang tangkap. Semasa di sekolah itu, setiap malam aku menangis kerana aku homes1ck.

Aku tersangat manja kerana aku anak ke3 dari 4 adik beradik. Hari-hari aku menangis atas banyak sebab kerana aku terlalu sensitif. Biasalah h0rmon remaja, semua nak sensitif. Bila aku sedih, aku akan menelefon emakku dan menangis sambil mengadu sampai aku penat sebelum tidur. Hampir setiap malam aku mengadu. Aku bawa hp terlarang dan pandai menyorokkannya. Emakku penat melayanku tapi tak pernah paksa untuk aku pindah sekolah di Shah Alam semula.

Dia cuma jadi pendengar yang setia dan nasihatkan aku untuk sabar. Semasa peperiksaan setiap semester, GPA aku cuma 3.0 ke 3.3 saja. Kalau cikgu memberi kami homework, aku cuma meniru kawan-kawanku yang rajin kerana aku tidak reti buat. Aku juga malas untuk belajar kerana aku banyak yang tidak faham dan ketinggalan didalam pelajaran.

Kadang-kadang semasa cikgu mengajar aku tidur kerana mengantuk (duduk asrama memang penat) dan semasa prep aku tak buat kerja sekolah dan suka berjalan jalan (bukan fly) Aku juga pernah fail subjek fizik, kimia dan mendapat markah rendah untuk biologi. Aku tidak peduli pun masa itu sebab bagi aku ada lagi orang lain yang fail. Manakala kerana aku minat math dan addmath, aku tidak pernah fail malah selalu dapat A.

Tapi didalam kelas aku selalu dapat nombor bawah. Dari situ aku jadi rendah diri dan disisihkan. Di sekolah itu ada 9kelas (hanya 20 pelajar setiap kelas) dan 3 darinya adalah kelas mentor. Mentor bermaksud mereka yang terpilih yang mendapat pointer 3.5 keatas ditugaskan untuk mengajar kami & belajar bersama-sama. Biasa MRSM akan cepat habiskan silibus mengajar kerana 3 bulan terakhir sebelum SPM akan ada study week.

Setiap hari kami diberi contoh soalan SPM atau soalan ‘past year’ dan akan berbincang dengan cikgu untuk jawapan. Dan kami juga didedahkan dengan pelbagai ceramah kesedaran/cara menjawab. Tibalah masa study week, aku cuba menjawab soalan. Tapi rasanya terlalu susah. Cuba lagi jawab soalan lain, semua susah! Bila kira markah, aku fail!. Tapi aku tidak sedar lagi dan berusaha biasa saja.

Satu hari semasa studyweek, aku mendapat perkhabaran emakku jatuh dari tangga di kampung (kebetulan kampungku di johor juga) dan retak tulang belakang sehingga tidak boleh bergerak. Dia dibawa ke hspital berdekatan. Cikgu memberitahuku bahawa emakku berada dihspital. Serta merta aku merayu pada cikgu untuk membenarkan aku melawatnya. Keadaanya kr1tikal. Dia tidak boleh bangun atau duduk dan memerlukan bantuan oksigen.

Aku tidak pasti diagnpsisnya pada masa itu. Yang aku tahu satu tulang belakangnya hancur dan satu lagi retak. Rawatan yang ada adalah tukar tulang belakang kepada besi tapi pemb3dahan itu sangatlah berisiko dan tidak boleh dibuat di Johor. Dia perlu ke HUKM untuk pembedahan jika setuju. Aku sempat melawatnya sebelum proses pertukaran hspital.

Ayahku menguruskan proses pertukarannya. Nasib baik dia ada kenalan seorang doktor pakar yang boleh membantunya diHUKM nanti. Aku menangis kuat (aku yang terlalu sensitif dan manja) dan merasa kesal tidak boleh menjaga emakku. Emakku menyuruh aku untuk fokus pada SPM kerana dia baik-baik saja katanya. Dia senyum paksa, mungkin dalam kes4kitan.

Balik dari berjumpa emakku aku jadi pendiam. Aku nangis saja. Cuba jawab soalan pun tak reti. Macam mana nak skor?. Dari situ aku mula sedar, betapa jauhnya aku ketinggalan. Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni? Aku nak buat apa kalau dapat markah teruk? Tak kesian ke dekat mak ayah aku? sekarang aku nak malukan mereka?

Bayangkan 3 bulan terakhir aku nak kejar balik semua yang aku dah tertinggal. Kimia, biologi, fizik, addmath, sejarah dan math adalah terlalu banyak. Balik tu aku terus ke surau, untuk sembahyang zohor. Aku buat sembahyang taubat & hajat aku minta banyak-banyak. Antara doaku

Supaya aku senang untuk terima pelajaran & benda baru yang baik. Dapat kawan yang boleh bantu aku. Supaya aku sihat dan boleh belajar. Supaya dengar/ lihat/ cakap benda yang baik. Supaya tidak lalai lagi dan fokus. Supaya aku diberi masa yang cukup untuk belajar. Dan yang paling penting supaya urusan emakku dipermudahkan.

Aku menangis tersedu sedu di surau itu, aku tutup muka aku kerana aku taknak ditanya kerana malas melayan kalau orang tanya kenapa. Aku teringat satu ceramah dimana penceramah itu dapat capai apa yang dihajatinya selepas dia mengamalkan membaca surah Yaasin setiap hari. Mulai dari hari itu aku cuba. Setiap hari aku akan bangun pukul 6am. Orang lain bangun lebih awal kerana mereka ingin merebut tandas.

Tapi ada satu tandas kurang dilawati kerana setiap hari burung akan masuk melalui tingkap dan akan berak di penutup jamban dan baunya busuk. Itulah tandas ‘kegemaran’ku kerana tak perlu menunggu giliran selain aku biasa mandi dalam 5 minit saja. Gosok gigi dan cuci muka di sinki luar. Jadinya aku siap 6:15am dan terus ke surau sekolah. Di surau aku solat subuh, membaca matsurat dan surah Yaasin, selain membuat solat hajat setiap hari.

Kebiasaannya berlanjutan sehingga pukul 7am dan terus kekelas berseorangan. Bagi aku, aku tiada masa untuk tunggu sesiapa kerana akulah yang ketinggalan itu. Di kelas, aku buka semula semua soalan past year, sambil membuka buku untuk mencari jawapan cara untuk menjawab. Aku dedikasikan setiap hari untuk setiap subjek. Contohnya hari ini aku perlu belajar kimia. Jadi aku tidak sentuh subjek lain.

Pusing-pusing aku masih tidak boleh faham subjek kimia. Bertapa susahnya YaAllah! Aku buka semula buku tingakatan 4, baca dari helaian muka surat pertama sehingga muka surat akhir. Sehari aku baca dalam 10 ke 15 muka surat dan faham, cukup seminggu aku sudah khatam. Rupanya kimia ini mudah. Setiap ayat yang aku tidak faham aku akan bertanyakan kawanku, mentor atau cikgu.

Cukup dengan kimia, fizik pula lebih kepada logik. Kebanyakan aku hanya menjawab soalan past year dan membuat huraian dari soalan. Setiap soalan memberi ilmu baru yang sepatutnya aku belajar dulu. Biologi bagiku banyak soalan ulangan dan direct (Bila kita banyak menjawab soalan, kita akan perasan banyak soalan telah diulang) tapi subjektif perlu banyak membaca.

Aku paling tidak suka kepada sejarah kerana perlu membuat huraian. Ia adalah ris1ko bagiku kerana markahnya yang besar dan jika kita tidak tahu, semua markah itu akan hilang begitu saja. Jadinya aku perlu membaca semula dari kulit ke kulit buku sejarah tingkatan 4 dan 5. Aku sangat penat. Tapi setiap aku solat, ia seperti tenaga aku dicas semula. Setiap kali aku pergi solat aku akan baca matsurat, solat sunat hajat dan berdoa bersungguh sungguh, sudah solat aku sambung belajar.

Malam aku tidur pukul 1am dan bangun 6am setiap hari minggu. Aku penat dan homes1ck. Setiap hari aku menangis sendirian. Emakku sedang dirawat diHUKM. Aku ingin melihat emakku gembira nanti tapi perjuanganku belum tamat. Aku terlalu sibuk tidak tahupun perkembangannya. Aku bertanya kepada cikguku, dia memberitahuku bahawa emakku menyuruhku untuk fokus belajar dan jangan risau tentangnya.

Hanya doa dan pergantungan aku pada Allah saja yang dapat menguatkan aku untuk teruskan usaha. Sehingga hari SPM, Allah memberiku masa yang bagiku cukup untuk aku belajar sedikit ilmunya yang sangat luas itu. Aku menjawab soalan dengan mudah. Aku tahu apa yang perlu aku fokus dan ingat dalam masa yang singkat itu. Allah mudahkan untuk aku mengingat fakta-fakta penting.

Berlainan dengan semasa mula-mula aku menjawab soalan past year 3bulan dahulu. Tiba hari mengambil keputusan SPM. Aku mengajak emakku untuk pergi ambil keputusan tapi dia sibuk (dia bekerja). Aku menumpang kereta kawanku yang tinggal berdekatan untuk ke Johor. Sesi mengambil keputusan itu adalah sesi yang paling manis yang takkan dapat aku lupa sampai bila-bila.

Hanya staf sekolah yang bertanggungjawab memberikan salinan keputusan kepada kami kerana cikgu ada urusan mengajar. Kakak itu bertanya kepadaku “adik rasa keputusan adik berapa? Adik ada makan apa-apa ke?” aku yang berdebar-debar menjawab “saya tak tahu kak, bagitahulah keputusan” haha. Dapat saja keputusan aku terduduk menanangis disitu(nangis lagi). aku mendapat 4A+, 3A, dan 2A-.

Aku rasa tersangat-sangat puas kerana bagiku semua usahaku berbaloi. Allah SAW masih memberi aku masa untuk aku belajar. Segala kesabaranku, penat lelah, tangisanku berbaloi!. Aku bukan budak bijak pandai, aku hanyalah budak biasa yang sedar diri disaat akhir. Emakku mesti gembira. Aku layak mohon biasiswa.

Sudah terlalu panjang aku bercerita, aku akan ringkaskan kisahku di asasi dan degree. Lagipun tujuan aku menulis lebih kepada untuk bercerita tentang kisahku sewaktu SPM. Oleh kerana aku tau lelahnya belajar untuk orang yang kurang bijak seperti aku lagi-lagi jika last minit, jadinya aku mengambil pengajaran dan belajar lebih awal semasa di univeriti.

Semua kerja yang diberi aku akan buat dan tidak meniru. Mana yang tidak tahu aku terus bertanya. fokus semasa kelas itu penting. Secara ringkasnya, tips untuk senang belajar untuk orang yang biasa-biasa.. Banyak berdoa supaya dipermudahkan untuk senang masuk (boleh cuba amalkan baca surah Yaasin setiap hari).

Tak perlu terlalu layan gosip. Jangan bercinta selagi belum masanya. Selalu senyum dan selalu membantu (insyaAllah Allah akan balas dari rezeki lain). Fokus dan buat kerja yang diberi mengikut masanya. Buat list what to do. Mungkin ini saja yang saya ingat. Setakat ini saja perkongsian saya sebagai seorang yang biasa-biasa saja. Emak saya sekarang alhamdulillah sihat.

Ini cerita 11 tahun yang lepas. Saja saya berkongsi supaya orang faham bukan senang untuk mendapat sesuatu yang kita hajati. Mungkin nampak mudah bagi orang lain tapi sebenarnya ujian ini bagi saya terutama untuk menimba ilmu itu memang biasa sangat ditemani dengan air mata, tapi kita perlu pastikan ianya berbaloi. Sekian terima kasih. – Maz (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nabilah yahayah – Turn point kan…saya pon teruk gler result pmr..mmg xde A…sume b,c,d,n e for English.. haha… balik umah Kene basuh2 kaw2 mak ayah banding2kan dgn kwn2 sekampung..kwn2 sek rendah saya dulu Sume dpt 8A….hari2 nangis…nyesal dah xde guna..masa tu selalu mengamuk dlm hati… yang dibandingkan tu diorang boleh la 8 subjek je..

kite sek agama ada 2o subjek.. hahahha.. tp alhamdulillah tu turning point saya utk belajar btul2 n saya jd pelajar cemerlang untuk exam SMA form 4…saya dapat pangkat 1: 6 dan terpilih antara pelajar cemerlang di seluruh Pahang.. masa tu baru saya tahu yg saya ni boleh bidang agama berbanding akademik.. takpe..

teruskan usaha…fighting for SPM… alhamdulillah..dpt jd pelajar cemerlang. 5A plg tinggi dalam sek..masa tu 2 org je yg plg tinggi pencapaian..lepas tu dua2 sambung stam..n rezki Allah..dua2 sambung di USIM…rezki Allah xkan sape boleh tahu… walaupun permulaannya pahit.. alhamdulillah akhirnya manis..

Lili syafiqah – Kadang2 ni semua rezeki jgk. Dan juga takdir. Pengalaman aku, struggle separuh ny4wa masa matrik kekonon nk jdi dokter, sbb org ckp ckp word hard paid off kan, tp utk aku entah mcmmna ditakdirkan kecundang. Kuang3.. Ini semua rezeki, tak semua org akan dpt apa yg dia usaha dan kadang2 org tu tak payah pulun lebih2 pon tup2 rezeki mai dpn hidong. Ini semua dah tertulis… utk confessor, tahniah anda dpt apa yg anda usaha.

Hafiz aiman – Aruwah ummi walaupun dirinya ada 2 degree dan 1 master. Dirinya tak pernah paksa saya ketika di bangku sekolah rendah untuk pentingkan akademik. Tapi aruwah sentiasa beri ruang dalam hidup saya untuk mencari kepuasan di bangku sekolah rendah. Dari darjah 1 sampai darjah 6 saya lebihkan pencapaian sukan dari pencapaian akademik.

Aruwah tak pernah marah bila dia lihat result peperiksaan saya teruk. Tapi aruwah bertindak cemerlang dalam menjaga emosi anak-anaknya. Kerana kesemua adik beradik saya dilayan sama rata. Kamu dapat straight A ke kamu dapat straight D ke tetap akan diraikan dengan pelukan, ciuman dan makanan kegemaran. Kerana aruwah begitu pentingkan anak-anaknya dengan menjaga kehadiran ke sekolah dan kelakuan di sekolah.

Disebabkan anak-anaknya rekod 2 perkara itu sama iaitu cemerlang jadi pencapaian kami sama sahaja tanpa diskriminasi. Kesemua keempat – empat abang dan akak saya semua dapat straight A dalam UPSR. Sedangkan saya hanya dapat result suam2 kuku dan ada D. Sebab itu kehidupan saya sentiasa positif. Positif inilah yang membantu saya sepanjang mendaki menara ilmu.

Aruwah ummi walaupun seorang yang berpelajaran tinggi tetap dia tidak mengongkong anak – anaknya supaya mengikut jejak langkahnya. Tapi selepas subuh aruwah akan memberi wasiat ingat ini wahai anak ummi. Dalam hidup ini ikut kamulah nak jadi apa sekalipun yang kamu mahu tapi jadilah seperti mana yang Allah mahu.

Maka dari wasiat ini walaupun aruwah ummi ahli kaunseling dan aruwah abi ahli agama. Tetap kelapan – lapan dari kami tiada seorang pun mengikut jejak langkah mereka. 6 orang ahli perubatan, seorang ahli pendidikan dan seorang lagi ahli kejuruteraan. Falsafah aruwah ummi iaitu kemahuan hari ini adalah kejayaan hari esok. Bila diturunkan kepada anaknya kami jadikan ia satu motivasi sepanjang zaman. Pentingnya menjaga emosi anak.

Sumber IIUM