Suami aku bekas bnduan. Bapa mertua bila marah mesti ungkit kish lama. Smpai aku tfikir diaorg nk ak bcerrai ke.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku N. Dah berkahwin. Aku nak share pengalaman aku berkahwin dengan seorang yang punya masa silam.

Ya, aku berkahwin dengan seorang bekas b4nduan. Aku kenal dia masa kitaorang kerja di tempat yang sama. Dan dia dah bagitahu awal2 ‘siapa’ dia yang sebenarnya. Masa aku kenal dia, dia dah kembali ke pangkal jalan. Dalam pemerhatian aku, Dia seorang yang jaga solat.

Dia juga sangat2 menghormati mak dia. sebelum kitaorang serius, dia ada ingatkan, aku ne tak takut ke kalau2 dia buat silap yang sama pada masa hadapan?Aku masa tu, terfikir juga. Kalau aku dah kahwin dengan dia, aku tak boleh patah balik dah masa tu. Tapi masa depan kita tak dapat nak ramal.

Aku ambil keputusan nak kahwin dengan dia walaupun dia punya masa silam. Aku kahwin dengan dia yang sekarang. bukan dengan dia di masa lalu. Dia istiqamah dalam beribadah. Aku yakin dia boleh bimbing aku. Masa kitaorang masih dalam sesi berkawan tu, banyak la tentangan hebat yang aku dapat selepas family aku tau tentang masa silam dia.

Terutamanya mak aku. yelah, mak mana tak sayang anak kan? Aku cuba yakinkan mak aku yang dia dah berubah. Tapi gagal. Macam2 mak aku buat supaya aku tinggalkan dia. Tapi tulah, kalau dah jodoh, dihalang macam mana pun tetap bersatu juga. Sampaikan hari2 penting aku tunang dan kahwin, mak aku tarik muka dengan aku.

Aku rasa s4kitnya tak dapat restu dari mak aku. Lepas kahwin, aku ikut suami. kitaorang berhijrah jauh dari kampung. Masa tu lama jugaklah tak jumpa dengan mak. berhubung sekadar chat tanya khabar macam tu je. Suami faham dia bukan menantu pilihan. Aku minta suami bagi mak ruang dan masa untuk terima dia.

Selepas setahun kitaorang kahwin, alhamdulilah nampak perubahan dari mak aku. Mak aku mula terima dia sebagai menantu walaupun tak akrab mana tapi aku yakin, mak aku dah boleh terima dia. Alhamdulillah syukur ya Allah. Allah dah makbulkan doa2 kami suami isteri.

Aku ingat tentangan daripada mak tulah ujian paling besar aku berkahwin dengan suami. Rupanya ada lagi yang lebih besar. Sebelum kahwin, family suami semua okay. Restu aku dengan suami. Tapi selepas kahwin, masing masing tunjuk ‘belang’. Awal perkahwinan, adik suami buka cerita macam2 tentang suami masa bujang.

Cerita tentang aib suami. Sampaikan adik suami tu terlepas cakap dengan aku, “kalau aku jadi kau, lama dah aku tinggalkan dia. Buat apa nak stay dengan orang macam tu?” Aku masa tu hanya mampu senyum. Aku terfikir, dia nak kami bercerrai ke? Aku yang dah sedia maklum dengan suami yang dulu, buat endah tak endah je dengan cerita dia walaupun menyakitkan.

Tapi lama kelamaan aku dapat tahu yang adik suami tu ada d3ndam lama kat suami. Dia sangat2 benci dengan kisah silam suami yang bagi dia dah calarkan maruah keluarga. Dia tak nak tengok suami bahagia. Sebab tu dia cuba hasut aku supaya aku tinggalkan abang dia. Sampai sekarang dia masih cuba ‘ccuk’ jarum.

Tak cukup dengan adik ipar. aku diuji lagi sekali oleh bapa mertua. Bapa mertua sangat2 memegang kisah silam suami. Bila suami tegur bapa mertua, bapa mertua akan balas dengan kisah silam suami. Bapa mertua cakap suami tak layak nak tegur dia. Sampaikan kadang2 tu, bapa mertua tak mengaku suami tu anak dia.

Allahu. Suami tegur bab agama, bapa mertua kata tak layak. Bapa mertua cakap suami tu pen4gih, peminum 4rak. Tak layak bercakap pasal agama dengan dia, ahli ner4ka, tak layak masuk syurga. Allahu. Aku tahu suami kecewa. Suami selalu meluah, dia risau kata2 bapa mertua tu jadi 1 doa untuk dia. Aku sebagai isteri ne, terluka juga.

Bapa mertua akan cakap macam tu bila suami tegur kesalahan bapa mertua. Terutama bab agama. Sebagai anak, takkan suami nak biar bapa mertua terus terusan buat perkara bid’4h. Tapi bila suami tegur walaupun dengan cara baik, bapa mertua tetap akan lawan. Lawan dengan masa silam suami.

Sehingga selalu jadi pertengkaran dua beranak. Aku sebagai isteri cuma mampu cakap kat suami, sabar je. Ne ujian kita. Walau macam mana pun, dia tetap bapa. Aku pula kadang2 tu rasa macam hilang rasa hormat kat bapa mertua. Bapa mertua slumber sumpah seranah suami. Aku paling s4kit bila bapa mertua nak sangat suami masuk penj4ra lagi. Allahu.

Aku nak kata apa pun tak boleh. Aku tahu suami tegur sebab apa. Walaupun pun penerimaan bapa mertua tu tak seindah yang diharapkan. Perkahwinan kitaorang masih baru. Belum dikurniakan anak. Dan oleh sebab kisah silam suami tu, adik ipar lain pula cakap suami dil4knat Allah takde anak sebab suami dulu penjen4yah.

Menangis rasa hati dengar suami dihiina sedemikian rupa. Hanya sebahagian ipar2 aku yang bersyukur dengan perubahan suami. Alhamdulillah. Aku tahu benda ini akan aku lalui sepanjang bersama dengan suami. Masa ini dan akan datang. Aku tak pernah putus berdoa supaya aku dan suami dipermudahkan segalanya. Aku hanya insan biasa. Begitu juga suami.

Aku tak cakap suami selepas berubah dia dah tak buat silap. Tapi silap suami sekarang tak sebesar silap dia yang dulu. Bapa mertua, ipar2 semua macam tu sebab bagi diaorang, darjat suami cuma bawah tapak kaki. Tak layak untuk dihormati.

Aku tahu kisah silam suami yang suami dah tinggalkan satu masa dulu, akan jadi bayang2 di masa sekarang dan akan datang. Korang doakan kami suami isteri dipermudahkan segala urusan ye. Dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Semoga kami sama2 kuat hadap semua ujian hidup ne. Semoga hati kami tak pernah berpaling dari Dia. Aku insan lemah yang tersakiti, – Nur (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Peah peah – Kalau dah macam tu sekali penerimaan ahli keluarga suami, jarakkan sedikit tempoh masa berjumpa atau berkumpul dgn keluarga belah suami. Demi menjaga silaturrahim dan utk elakkan sumpah ser4nah dan c4ci m4ki dari pihak keluarga suami.

Sesekali berjumpa oklah, atau bertanya khabar. Tak perlu kerap sangat. Nanti lebih memberi mudarat dari kebaikan. Suami pun tak nak ayah kandung sendiri asyik ulang/sebut perkara/benda tak baik padanya

Nur summayah – Alhamdulillah dan tahniah krn suami awak mampu berubah & istiqomah.. Cukupla suami awak tegur skali je fil awak,selanjutnya teruskan berdoa.. Awak jgn rapat sgt dgn adik ipar yg kuat menghasut tu,cukup sekadar bertegur sapa dan ckp hal yg penting saja..

Teruskn ambil hati ibu awak,ibu mana yg x risau ttg anak yg dikandung dan dijaga bagai minyak yg penuh,utk dilepaskn kpd jagaan suami yg punya masa silam yg kelam.. Teruskan berbuat kebaikkan,dan mintak ibu awak supaya mndoakan awak serta suami utk terus kekal istiqomah dlm kebaikkan..

Jika keluarga mertua begitu berfikiran negatif & seringkali mengeluarkn kata hinaan & doa yg x baik.. Cukup la sekadar ziarah dan tnya khabar.. Jgn rapat sgt.. Biar masa yg menentukan..
Teruskan berdoa.. Setiap org yg melangkah utk bertaubat pasti ada ujianNya..

Sentiasa mohon kekuatan dr Allah utk segalan bantuan,pertolongan & perlindungan.. Semoga awak dan suami dikurniakan anak2 yg soleh & solehah,mnjadi penyejuk mata hati..

Siti munirah – Itu ujian utk suami dgn puan. Kalau kata berjauhan itu blh meredakan yg s4kit elok la berjauhan.. Allah x pandang dosa lampau suami. Allah pandang usaha Dan istiqamah suami dlm usaha utk berubah.siapa Kita utk judge dosa silam dia.Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.

Siapa Kita juga utk judge pahala dosa dia..puan teruskan berjuang bersama suami.harap kesabaran ini akan membuahkan rezeki anak yg soleh Dan solehah utk puan Dan suami

Nafidah said – Confessor sgt berani memperjudikan hidup dgn bekas pen4gih ddah yg ada rekod jen4yh. Sepatutnya keluarga nya memberi sokongan moral. Berbuat baik dgn nya dan berbangga ilmu yg dia dpt semasa duduk didalam. Sebaliknya pula sgt lah kesat dan kasar.

cakap baik baik kpd suami jauhi drpd keluarga nya yg melukakan hati dan perasaan nya juga hati dan perasaan conffesor juga. Apa guna jika c4ci cel4 yg dpt. Takut mengangu fasa suami tengah berubah.

Sumber IIUM