“Biarlh rumahku retak”. Ibu ayah sibuk. Aku atur hidup sendiri. Masa tunang, family suami yg sarungkn cincin.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Thanks admin jika kisah saya disiarkan. Dah lama jadi silent reader di page ni. Boleh panggil saya Mai (bukan nama sebenar).

Saya yakin setiap orang ada impian masing-masing. Ada kemahuan masing-masing. Setiap orang lalui jalan yang tidak sama, pengalaman yang berbeza-beza. Saya sudah berkahwin, ada anak 3 orang. Sepasang kembar perempuan. 1 lelaki. Dah nak raya kan? Ini lah masa nak jumpa semua saudara-mara. Dah 6 tahun saya cuba untuk jawab soalan,

“Kenapa tak kerja?”. “Cukup ke belanja anak?”. “Tolong lah suami cari duit”. “Tak takut ke kena tinggal suami?” Etc. Etc. Walaupun saya jawab dengan baik, tetap juga memaksa dan memerli status saya sebagai stay-at-home mom. Saya tak pernah menyiakan degree saya, walaupun saya sudah tak kerja sebagai ph4rmacist.

saya anggap itu satu ilmu perubatan yang boleh saya apply untuk diri dan keluarga. Saya dibesarkan bibik semenjak masih bayi. Ibu dan ayah keluar kerja. Kadang pergi outstation singapore, vietnam. Tinggalkan saya dan abang saya kepada bibik. Masa saya 4 tahun, abang saya umur 12 tahun lebih suka duduk dgn makcik. Dia ada kawan sebaya dia.

Masa tu, Bibik tinggalkan saya dan lari ikut teman lelaki. Saya menangis sekuat hati , tertidur sampai ayah balik malam tu. Meng4muk ayah waktu tu. Lepastu dapat bibik baru, umur 8 tahun, bibik kata nak pergi beli kelapa. Dia kunci pintu, saya main sorang-sorang dalam rumah. Lepas ibu ayah balik malam tu, perlaku kekecohan banyak barang mereka kena curi, almari bibik kosong.

Saya masa tu baru sedar yang saya kena tinggal.. tapi ibu ayah tetap upah bibik baru. Bibik baru.. bibik yang paling saya sayang.. selalu peluk saya. Ibu saya tak pernah peluk semenjak dari saya kecil. Bibik tidur dengan saya, main dengan saya, simpan rahsia saya, masak untuk saya, datang sekolah masa saya bertanding public speaking atau ambil report card.

Bila saya s4kit, dia lah yang jaga saya.. bagi saya, bibik itulah ibu, bibik itulah ayah. Ibu ayah kandung? Bayang pun tak ada. Abang? Sibuk member0ntak melawan ibu ayah, buat perkara-perkara tak elok. Masa saya 14 tahun, ibu ayah stop kontrak bibik tu. Mereka kata saya dah besar,boleh jaga diri sendiri.

Semenjak tu semua urusan diri, sekolah, rumah, saya buat sendiri. Masa saya nak tunang, ibu ayah kata mereka sibuk. Suruh keluarga pihak lelaki sarung je cincin tanpa ibu ayah. Ya, saya seorang diri di rumah bertunang tanpa ibu ayah. Tarikh, dan urusan kahwin saya decide sendiri. Masa nikah, ayah datang jadi wali. Lepas tu ayah terus pergi kerja… tak apa, saya faham.

Ibu ayah tak mahu ada keluarga, jadi saya bina keluarga sendiri. Sejujurnya, benda ni effect saya kuat. Bagilah saya 1 Billion sekalipun, saya tak akan dan tak mahu orang lain jaga anak-anak saya. Tapi… orang lain, saudara sebaya saya tak faham… mereka anggap saya tak sensitif dgn perasaan mereka yang ibu bekerja.

Saya tak pernah berkata buruk tentang ibu bekerja. Buat sajalah apa mereka mahu, keinginan dia dgn saya kan tidak sama? Perbelanjaan harian, ya, kami sekadar cukup makan. Selalu saja keluar jalan-jalan ke tempat yang tak perlu pakai duit banyak. Itupun,kami dah bahagia. Rumah kami kecil, 2 bilik. Berbeza dengan rumah ibu ayah.

Walaupun ibu ayah dan saudara selalu pandang rendah rumah kami, ada retak sikit, sempit. Tapi kami anak-beranak selesa dgn rumah kami. Inilah syurga kami.. Saya selalu pesan kepada anak-anak, biarlah dinding rumah retak.. janganlah keluarga kita yang retak. Orang mungkin tak faham, tapi jika mereka ada ditempat saya dibesarkan..

mungkin mereka akan faham. Suami saya ada insurans, dan simpan setiap bulan sejumlah amaun di akaun saya sekiranya berlaku apa-apa padanya. Sekiranya dia tinggalkan saya, modal sudah saya simpan untuk buka gerai.. hasil kerja masa bujang. Kalau buka gerai, boleh bawa anak-anak saya sekali. Tak mahu mereka dijaga orang lain..

Itu, sekiranya KALAU suami tiba-tiba pergi.. Tapi bukanlah niat untuk terus tidak bekerja.. insyaAllah selepas anak remaja, saya akan mula bekerja semula. Cuma saya tidak mahu ketika mereka masih kecil. Itu saja… maaf kalau saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sejujurnya, saya tak mahu apa yang saya lalui, akan dilalui juga oleh anak-anak. Ibu ayah saya hanyalah satu bayangan ‘str4ngers’.

Bagaikan hampir saja tidak wujud… perasaan ditinggalkan seorang diri di rumah.. sunyi. Saya bernasib baik kerana masih berada dilandasan yang betul. Tapi abang, dia sudah jauh terpesong.. alk0hol dan r0kok bagaikan meal harian. Spm tidak ada disebabkan berhenti sekolah masa member0ntak pada ibu ayah.

Perempuan-perempuan dia ratah setiap hari bagai makan ayam goreng.. kalau kami terserempak, tidak ada sepatah yang keluar. Masing-masing buat hal sendiri… sedih. Setiap ramadan dan hari raya mesti sedih.. tapi saya dah ada keluarga sendiri, keluarga mertua.. kepada merekalah saya menumpang kasih..

Dan ini lah sebab kenapa saya berkeras untuk tidak tinggalkan anak-anak.. saya harap sangat mereka faham, tapi tak mungkin saya dapat cerita pada setiap seorang panjang begini.. cerita saya ni biasa saja, tetapi ia menjawab kenapa sesetengah orang pilih duduk di rumah.. – Mai (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fatimah zaharah – Saya ingat hidup bila takdak mak ayah ni sedih. Rupanya lagi sedih bila ada mak ayah tapi seperti bayangan sahaja. Betapa banyak onak kehidupan yang puan lalui selama ni. Sabarlah kerana setiap ujian yang dilalui dgn penuh kesabaran pasti akan ada kemanisan di akhir cerita.

Abaikan parasit2 di sekeliling puan berkata2 kerana bukanlah mereka yang akan menghulur pertolongan dikala kita kesempitan. Teruskan kehidupan puan bersama keluarga puan yang sedang puan bina dengan penuh kegembiraan. Salam Ramadhan puan Mai.

Noorsyazana mohd – Allahu.. i feel u dear.. tapi bukan sebab masa kecik kita sama, tak. Sy dibesarkan dalam keluarga yang cukup kasih sayang, jadi sy nak anak2 sy pun macam tu. Hampir 2 tahun masih belum bekerja professional yang kena dengan bidang sebab nak fokus pada anak dulu. Ramai ja yang persoalkan, anggap saja mereka tak faham.

Ada yang cakap kesiannya ruginya takde kwsp lah apa lah. Ya Allah. Diorang ni ingat sy ni duk rumah saja2 ke ? Sy part time home tutor, sehari 3 atau 4 jam saja kelas sy ambik. Tu pun time nak keluar kerja tunggu time tak jammed sangat so that sy tak payah nak buang masa lama atas jalan, atau dalam erti kata lain, tak menambahkan masa berpisah dengan anak.

Balik kerja memang tak tengok kiri kanan tak teringin pun nak drive tru ke apa sebab nak cepat-cepat jumpa anak. Sampai macam tu skali. Tu pun ada yang kata ehh ruginya bayar pengasuh harga macam orang lain tapi hantar anak sekejap2. Kalau diorang dah hantar awal pagi, boleh rehat2. Big NO for me.

Pada sy lebih rugi kalau sy tak spend masa dengan anak. Setiap kali sebelum hantar anak sy akan layan anak df dulu dalam kereta, time ambik pun sama. Punya lah taknak anak rasa macam sy tak fokus dekat dia sangat. Bila sampai rumah, sy akan layan anak saja. Sambil-sambil layan dia mengempeng, sy WAHM pulak. Sy jual insuran, kek, cadar, macam-macam lah yang boleh jual online.

Alhamdulillah, saya bahagia dengan cara saya. Biarlah apa orang nak kata. Bukan diorang nak tolong bayar komitmen sy pun. Setakat ni Tak pernah lagi skip bayar ptptn, asb, pengasuh,mesin air,bil telefon. Siap ada lebihan boleh belanja family lagi. Jom kita remove t0ksik and neg4tive people dari hudup kita, biar sentiasa p0sitive je baru kita akan tenang je.

Hafizah ibrahim – Ye btl. Biarlah mrk yg mengata dan btanya. Kita ada acuan sdiri. Saya bekerja, hantar anak kpd pengasuh. Alhamdulillah pengasuh2 anak2 saya baik semuanya, rezeki saya. Sbb itu saya rela berkorban bangun dini hari utk myediakan bekal buat anak2 dan suami. Setiap hari pergi dn blk sek anak2 saya urus sdiri dan pd waktu itulah saya bercerita, mberi nasihat dan berkongsi rasa.

Anak2 semuanya saya susukan sdiri tidak minum susu formula (siap bekalan susu ibu di rumah pengasuh – susah payah saya perah semasa di tempat kerja). Saya jg mengajar sdiri anak2 mengenal huruf abc dan alif ba ta, belajar bersama2 mrk selain membuat aktiviti bersama jg sewaktu cuti sek. Saya jg mendidik ansk2 membuat kerja seawal usia 8 thn.

Kini, anak2 meniti usia dewasa sdg menuntut ilmu di ipta ttpi msh ttp ttggal bersama saya di rumah dan ttp mahu ibunya mjadi rakan belajar. Apa yg saya korbankan lbh 20 thn lalu, alhamdulillah mhasilkan anak2 yg kini mjadi rakan karib saya. Kita kena meluangkan byk masa dgn anak2 sejak mrk kecil supaya stlh dewasa mrk ttp ingatkan kita. Kita kena stiasa keep im touch dgn anak2.

Wpun bekerja, anak2 tahu dan fhm pengorbanan ibu mrk. Sbb itu, sewaktu anak2 msh kecil saya mmg kurang masa dgn kwn2 kecuali di tempat kerja. Wpun saya kurang kwn (hanya ada beberapa org yg rapat dan sehaluan shj), namun anak2 adalah rakan saya kini – rakan yg paling akrab. Itulah corak pendidikan yg diterapkan oleh arwah ibu dan bapa saya: stiasa melakukam aktiviti bersama anak2, maka anak2 akan stiasa mengenang dan mengingati kita krn byk memori bersama. Wallaualam

Sumber IIUM