Anak dh tiga, suami minta aku carikn “madu”. Beranikn diri ty rakan opis. Jwpn diberi buat aku nekad jump kluarganya.

Assalamualaikum wtb pembaca sekalian. Terima kasih sudi membaca penulisan ini. Cerita ini ditulis dari hati yang paling dalam yang tidak punya rasa.
Perkenalkan diri sebagai Maryam, berumur 40-an. Berasal dari negeri sebelah Selatan. Aku berkhawin di usia yang agak muda. Awal 20-an. Setelah tamat ijazah aku terus berkhawin. Disaat anak-anak lain sedang berusaha membalas jasa dan pengorbanan ibuayah mereka.

Sehinggakan ayahku bertanya padaku samada aku yakin atau tidak untuk berkhawin sekarang. Aku nekad. Kerana lelaki ini seorang yang sangat baik hasil dari cerita kenalanku. Dia merupakan kenalan rakanku. Suami ku bernama Samad. Kami bertunang 2 bulan dan terus bernikah. Aku dibawa ke negerinya. Cinta berputik selepas khawin dalam melalaui proses perkenalan yang sebenar.

Bermulalah kehidupan kami suami isteri tidak terlepas dengan ujian kesempitan wang di awal perkhawinan kami. Kami susah tapi kami bahagia. Dia bekerja dan aku juga bekerja. Aku cuba tampung mana boleh walau gaji aku tak besar mana. Setahun kemudian aku disahkan hamil anak pertama kami. Gembira dan bahagia. Hari bertambah hari. Aku rasa semakin kurang berdaya untuk melakukan hal-hal kerja rumah.

Siang hari aku bekerja, balik petang ready makan suami. Suami pula taknak makan lewat. Lepas suami makan kemas dapur, kemudian urus baju suami untuk ketempat kerja esoknya. Begitulah rutin aku setiap hari. Hujung minggu pula basuh baju,lipat baju masak yang special skit untuk suami dan wajib pergi ziarah mak dia yang tidak jauh dari rumah lebih kurang sejam perjalanan.

Namun kugagahi untuk hadapi. 9 bulan berlalu. Aku selamat dib3dah untuk mengeluarkan seorang puteri. Ibuku dari datang kerumah kami untuk menjaga aku dalam pantang. Mentua yang dekat ada datang ziarah tengok cucu. Aku terasa sangat terhutang budi dengan ibuku kerana sepanjang tempoh berpantang dia menjaga diriku dan makan minum aku dengan baik sekali.

Suamiku bukan jenis pandai buat kerja macam ni. Sehinggakan makan minum suami aku pun ibuku yang sediakan. Makan pagi, dan dinner setiap hari. Aku terharu. Kadang terbit dalam hati ini mula rasa s4kit hati dengan Samad kerana dia sepatutnya membantu ibuku apa yang patut. Dia Cuma tahu pergi kerja dan balik kerja.

Sehinggakan baju dia pun ibuku yang basuhkan. Memang semua benda aku siapkan sebelum ini. Dia Cuma tahu benda dah siap. Aku cuba menolak perasaan negative pada Samad. Dua tahun kemudia aku hamil lagi. Cerita yang sama juga terjadi. Sehinggakan aku melahirkan anak yang ketiga. Samad ni jenis yang tidak tahu buat kerja lain selain kerja pejabat dia.

Anak-anak nangis malam tidak pernah sekali dia bangun untuk tengokkan anak. Never. Alasannya kalau dia tidur, dia akan tidur m4ti. Dia tidak reti tolong lipat baju, masukkan baju dalam mesin ker. Itu semua aku kena buat. Aku penat. Tapi aku hadapi. Kerana aku patuh pada suami. aku takut ALLAH marah.

Pinggan yang dia makan pun main letak dalam sinki jer. Bila anak –anak dah mula membesar aku cuba ajar anak aku untuk basuh pinggan sendiri, basuh kasut sendiri, tapi seperti tidak dipersetujui Samad. Dia nak anak dia belajar sahaja. Dia nak anak dia pandai akedemik sahaja. Satu hari anak kami umur 12 tahun. Pagi aku tegur suruh basuh kasut sekolah.

Bila tengha hari dia pergi main sampai kepetang. Aku pesan angkat kasut sebelum hujan petang. Tapi tidak diendah. Sehiggakan malam itu hujan. Malam tu Samad baru balik kerja dan nampak kasut anak dia basah ditimpa hujan. Dia marah aku dengan suara yang kuat.

Aku cuba membela diri tapi ditengking dengan ayat “jangan salahkan anak!’’ dia jarang marah aku dengan menegking atau suara tinggi. Setelah cukup 10 tahun perkhawinan kami disinari dengan 3 orang cahaya mata. Semuanya melalui kaedah bersalin b3dah. Aku bahagia seadanya. Kehidupan kami pun semakin baik. Berkat kesungguhan samad pun keluarga kami makin senang.

Namun suatu hal tidak terjangka. Suatu malam samad menyatakan hasratnya untuk bernikah lagi. Aku diam terkedu tidak terkata. Aku terus diam bebrapa minggu. Kerana aku tidak boleh mengatakan tidak pada hukum yang ALLAH tetapkan Harus. Namun aku masih tidak kuat untuk menundukkan n4fsu hati ini yang tidak ingin berkongsi.

Hati aku bagai dicarik-carik dan disiat-siat. Seminggu kemudian aku bertanya mengapa hendak berkhawin lagi. Katanya nak anak ramai. Ya, benar. Aku tidak mampu beranak lagi. Dia kerja selalu out station. Katanya nak isteri yang boleh dia bawa kesana kesini selalu bila kerja luar. Dia minta aku carikan siapa yang aku ingin jadikan madu. Jelas.

Dia belum punya calon. Tapi keinginan beristeri itu tinggi. Setelah beberapa bulan, aku minta dia listkan ciri2 isteri kedua yang dia inginkan. Aku mula usha kawan2 aku yang terlajak bujang. Kerana lebih baik aku sendiri cari dengan siapa aku nak berkongsi daripada aku pening kepala nak bergaduh nanti.

Lama sungguh pencarian aku memakan tahun. Dan dia tidak pernah mengalah. Aku tahu, dalam diam dia juga mencari kerana aku pernah tengok perbualannya dengan kawannya dan disertakan dengan gambar perempuan. 3 tahun aku mencari. Suatu hari dia mengungkit. Katanya penat bekerja kesana ke sini sorang diri tiada isteri di malam hari.

Dia menuduh aku tidak kesian dengan dirinya. Sengaja membiarkan dia bekerja sorang diri. Dia tidak tahu usaha aku. Aku telan pahit ini. Aku berdoa semoga dia ditemukan dengan isteri yang baik, waktu itu hati aku mula rasa kosong. Sampai hati suamiku perlakukan aku seperti tidak punya rasa.

Aku mula perhatikan seorang rakan sekerja aku yang baru masuk. Berumur lewat 20 an. Bernama siti Bila kutanya kenapa belum berkhawin dia cuma senyum tanpa kata. Suatu hari aku pura-pura berbual tentang orang hidup bermadu. Dan aku. Tanya pendapatnya andai kamu dilamar sebagai isteri kedua apa kamu terima dan sanggup.

Katanya “kalau sudah ALLAH tentukan begitu, kuasa apa yang mampu mengatakan tidak. Sayang tidak bererti memiliki sepenuhnya. Jangan kita tamak dan haloba.” Aku terkedu. Adakah ini orangnya. Aku nekad. Aku nyatakan hasrat padanya. Dia katakana semuanya berurusan dengan mak ayahnya. Aku kerumahnya. Ibunya seperti keberatan.

Tidak pula si Ayah, seperti menyetujuinya sahaja. Aku mengadu hal ini padanya. Panjang lebar ucapannya. Tapi apa yang aku sangat terkesan ayatnya “jangan terlalu khawatir, ini semua urusan Allah. Pasti ada sebab Allah gerakkan hati Ibu saya begitu. Jangan terlalu sedih. Jika ALLAH sudah menyatakan satu cukup untuk dia maka satulah sahaja untuk dia walau seingin apa pun dia”.

Saya pulang kerumah dengan menangis. Bertahun lamanya saya khawatir banyak hal. Saya bersedih berpanjangan. Walau usia SITI jauh lebih muda dari kami tapi ucapannya jauh lebih matang dari kami” aku pulang dan bgthu suami yang lamaranku ditolak lagi.

Nampak kesal sungguh dia. Bertahun sudah pencarianku. Belum dipertemukan. Aku nyatakan pada suami. aku bersedia sahaja. Tapi aku sudah tidak punya waktu untuk mencari. Doakan kesejahteraan aku dalam meneruskan hidup ini. – Maryam (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Puan yaya – Walaupun namamu maryam.. Namun kita bukanlah manusia sekuat maryam ibu nabi isa. Dia dah sah sah masuk syurga. Habis kita ni? Maafkan saya jika berbicara terlanjur kata. Kita manusia biasa. Wanita yg Allah kurniakan akal fikiran dan hebat dalam pelajaran.

Ada ijazah semestinya adik seorang yang bijak dalam pelajaran. Namun adik belum hebat dalam percaturan kehidupan rumahtangga. Bahagia boleh di cari. Sengsara juga boleh di cari.

Siti rhaman – Urus diri sendiri pun tidak pandai. Nak ada isteri dua pula. Sudahlah pakaian sendiri pun tak boleh jaga, ada hati nak berkahwin lagi. Buat penulis, kalau diri sendiri pun terasa penat, jangan k3jam letakkan beban yang sama pada orang lain. Kalau dia nak kahwin, cari sendiri lah.

Biar pmpn tu jaga dia pulak. Takkan penulis nak ulang skrip yang sama, dah kahwin baru tahu samad tu tak reti semua benda? Kalau diri sendiri tidak larat lagi, berhenti saja lah.

Mohd shahidan – Tak nafikan masih ramai laki yg anggap dia raja.. Aku sbg laki pun geleng kepala walaupun aku ni bukan rajin.. Pernah penumpang rumah saudara.. Terkejut bila semua pakaian dan kasut sekolah aku diambil basuh, jemur dan iron oleh anak perempuannya.. Lepas tu terus aku cakap tak perlu buat semua tu..

Aku boleh buat sendiri dan aku buat cara aku tersendiri.. Tidak memenatkan.. Bila kahwin.. Nak kata rajin tidaklah.. Memang aku pemalas tapi tidaklah sampai menyusahkan org lain untuk keperluan diri sendiri.. Bab kata wife kalau nampak aku buat kerja rumah, mesti ngigau.

Huda rosli – “Aku penat. Tapi aku hadapi. Kerana aku patuh pada suami. aku takut ALLAH marah” . Maaf puan confessor pada pendapat saya pemahaman puan tentang patuh kepada suami ni agak sempit.. Allah maha pengasih tidak akan menzalimi hambanya yg bergelar isteri..

Ramai isteri yg menz4limi diri sendiri kerana memegang perkataan patuh kepada suami kerana takut dimurkai Allah tanpa memahami konteks patuh yg sebenarnya dalam islam.. Saya doakan puan terus diberi kekuatan dan luahkanlah apa yg terbuku di hati dengan komunikasi dua hala bersama suami

Sumber IIUM