Xsmpai stahun kawin, aku tuntut fasakh. Lps apa yg berlaku, ini pesann trakhir aku padanya

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Dengan lafaz akad nikah aku sah bergelar isteri kepadanya pada 20.04.2019.. Nama aku Rayhana. Aku dan bekas suami telah berkenalan semenjak zaman sekolah menengah lagi.

Dia la “sumber inspirasiku” yang sering aku katakan dahulu semasa jiwa muda hangat dalam percintaan zaman sekolah. Aku dan dia melanjutkan pelajaran bersama setelah tamat SPM 2008.Lebih kurang 12 tahun hubungan kami direstui keluarga dan kami merancang akan bernikah dan mempunyai keluarga dan anak anak kelak.

Diizinkan Allah subhanahu wa taala kami pun bernikah ‘Perhubungan Jarak Jauh’ kerana aku bekerja di Sabah dan dia bertugas di Johor. Namun hubungan kami di duga dengan kehadiran seorang perempuan iaitu kekasih kepada suami aku. Aku dan suami bertunang hampir 2 tahun kerana suami memerlukan kebenaran untuk berkahwin.

Sepanjang tempoh bertunang terlalu banyak ujian yang aku lalui. Aku diduga dengan tanggungjawab kerja yang memerlukan aku untuk outstation ke luar daerah. Aku berkenalan dengan ramai orang kerana pekerjaanku. Dia yang pada masa itu bergelar tunangku sering menuduh aku yang bukan bukan kerana sifat cemburu nya yang keterlaluan.

Pernah suatu ketika dia menghantar satu rakaman video melalui aplikasi whatsapp pada aku. Rakaman video itu memaparkan aksi yang tidak senonoh dan dia dengan selamba menuduh perempuan di dalam video itu adalah aku. Aku mulai merasa diriku tidak dihargai dan berasa malu yang amat.

Namun kerana aku menyayangi nya, aku tidak memaklumkan perkara itu kepada kedua orang tua ku yang aku kira akan menyebabkan pertunangan kami terputus kelak. Aku mula blok dia di dalam aplikasi whatsapp dan contact. Kerana aku ingin memberi ruang kepada diriku sendiri di samping bebanan kerja yang aku tanggung sehari hari.

Namun aku masih cinta dan sayangkan dia. Hubungan pertunangan kami mulai renggang. Dia mendakwa aku tidak menghiraukan dan menjaga hak nya sebagai seorang tunang. Bukan tidak mahu menghiraukan, aku cuma sangat terkilan kerana tuduhan nya yang terlalu berat pada diriku.

Namun takdir Allah kami disatukan. Pada hari sebelum kami bernikah, aku ada bersama sama dia dan kakaknya untuk membuat persediaan terakhir membeli barangan yang patut untuk pernikahan esok hari. Telefon bimbit nya dia tinggalkan di dalam kereta yang pada masa itu aku didalam bersama sama kakaknya.

Dia singgah di kedai membeli minuman untuk kami bertiga. Dengan izin Allah telefon bimbit nya berdering dan alangkah terkejut dan terkedu aku seketika apabila tertera nama “Bakal isteriku” pada skrin telefon bimbitnya. Aku menyambut panggilan telefon tersebut dan suara perempuan itu pun kedengaran dengan berkata “Abang, abang.. abang”.

Berkali kali sebelum mem4tikan panggilan. Dan itulah bakal isterinya pada masa ini. Aku sempat bergelar isteri tidak sampai setahun dan aku sempat merasa menjadi ibu kepada anaknya kerana aku mengandung luar rahim left tubal pr3gnancy.

Sewaktu aku admit selama 2 minggu, dibedah dibuang tube kiri fall0pia sehinggalah aku keluar daripada hspital dia jarang sekali menghubungi aku. Aku boleh menghitung dalam sebulan hanya berapa kali sahaja dia menelefon tapi tidak pernah lebih daripada 5 minit dibandingkan sewaktu zaman bercinta dahulu.

Aku cuba untuk memahami suamiku itu kerana mungkin kesibukan nya bertugas sebagai anggota P0lis. Walaupun dia tidak pernah pulang untuk menjenguk ku dan tidak pulang untuk bercuti Hari Raya, aku tetap sabar menanti walaupun dalam hatiku penuh tanda tanya dan rasa kesedihan yang amat dalam.

Sambil menaip posting ini airmataku masih mengalir di pipi. Namun tidak seperti airmata yang bercucuran ketika aku mendapat tahu dia masih berhubungan dengan perempuan tersebut sehingga aku bertengkar teruk dengan suamiku itu. Kerana aku baru dapat tahu mereka sudah terlanjur dan suamiku juga mengakui hal itu benar.

Hancur remuk hatiku seorang isteri yang sah dan direstui kedua orang tua hanya Allah sahaja yang tahu. Sedangkan dia sudah berjanji padaku dahulu yang dia akan menyelesaikan hal bersama perempuan tersebut. Dia mengatakan aku lah isterinya dunia dan akhirat sambil memeluk ku dahulu namun lain yang aku dapat.

Selama beberapa bulan aku tidak berhubung dengannya walaupun kami masih berstatus suami isteri. Dia tidak pernah memberiku nafkah zahir. Jangankan batin yang aku pun sudah tidak memikirkan perasaan cinta lagi pada nya. Perempuan tersebut pernah menghantar pesanan whatsapp pada aku yang meminta untuk aku melepaskan suamiku kerana mahkotanya telah diambil.

Aku hanya mampu membalas bukan diambil tapi kamu sendiri yang menyerahkan dengan rela hati. Mana mungkin aku melepaskan suamiku yang aku sayangi pada waktu itu.bAku rela memaafkan perlakuan suamiku dengan perempuan tersebut dengan syarat suamiku bertaubat dan kembali ke pangkuanku isterinya yang sah disaksikan dan didoakan para malaikat ketika akad nikah dulu.

Namun aku juga tidak kuat ya Rabb. Aku mulai rasa rendah diri dan malu pada diriku dan keluargaku yang sudah menghidu masalah rumah tangga yang aku hadapi. Aku berserah pada takdir Allah yang maha lebih mengetahui buruk baik untuk makhluknya yang DIA cintai.

Walaupun pada zahirnya aku kelihatan kuat mampu tertawa dan senyum dihadapan kawan kawan dan keluarga, luka di dalam hatiku semakin hari semakin p4rah dan tidak mampu aku tanggung lagi. Dengan itu aku mengambil keputusan yang amat berat dalam hidupku. Aku melepaskan suamiku itu dengan cerrai Fasakh dihadapan Hakim Mahkamah Syariah.

Aku menangis saat aku memberitahu kepada Puan Hakim alasan alasan aku menuntut fasakh terhadap suami. Aku tidak tatap sedikit pun wajah suamiku itu di dalam bilik bicara. Dia mengiyakan semua alasan alasan yang aku berikan dan setuju dengan permohonan fasakh tersebut.

Kini aku menjalani iddah yang hampir tamat dan aku merasa tenang seperti ada suatu bebanan yang meronta ronta ingin keluar daripada benak hati dan fikiranku.bAku bersyukur kerana masih ada orang tua yang memberi aku kekuatan, adik beradik yang membuat aku sering tertawa dan kawan kawan yang sentiasa ada disisi ku.

Aku pernah sayangkan dia, tetapi mungkin orang lain lagi layak untuk menjaga dan menyayangi nya. Aku berterima kasih padanya kerana menghalalkan aku walau hanya sementara. Tiada perempuan mahupun lelaki yang tidak menginginkan kebahagiaan didalam mendirikan rumah tangga. Aku positif dan terus cekal menghadapi hidupku yang akan datang.

Mana mungkin aku melupakan seorang lelaki yang masih meninggalkan parut diluar dan didalam diriku. Pesanan terakhir aku padanya, ”pastikan kamu berdua berkahwin yaa, jangan pula tidak kahwin selepas ini”.. Terima kasih kepada admin sekiranya sudi untuk berkongsikan cerita ini kepada pembaca pembaca sekalian. Sekian.

Reaksi warganet

Julie Anme – Tengah tunggu azan subuh ketika membaca konfesen puan yang begitu pahit bagi mana mana perempuan sekalipun atas dunia ini. Puan, subuh memang waktu sangat bening, sunyi dan dingin sekali. Tetapi melalui waktu bening begini, bila bersama Allah di awal permulaan hari, pasti kita dapat merasa betapa suci dan kudusnya cinta Allah kepada hambanya.

Sebab itu setiap orang yang sakit, walau bagaimana dalam dan peritnya kesakitan yang ditanggung, pasti akan tertidur lena bila menjelangnya dinihari. Puan bertahajjudlah kepada Allah, insya Allah segala luka perit puan akan hilang perlahan lahan, seperti puan melihat sinar pagi…

Saya doakan puan akan bertemu jodoh yang jauh lebih elok dan berharga berbanding dengan kerikil tajam tidak berguna, yang nampak indah tapi telah menusuk hati puan selama ini.. amin2

Siti Sahida – Bersabar puan, ketentuan Allah. Jodoh, kematian adalah benda yang tidak boleh kita kawal walau sehebat mana pun kita. Tapi kita mampu kawal emosi kita, diri kita untuk bersyukur atas nikmat Allah.

Percayalah puan. Kesakitan puan hari ini akan diganti dengan kebahagiaan satu hari nanti.”NO REASON TO STAY IS A GOOD REASON TO GO”

Siti Aisyah – Pesanan pada lelaki.

1) Jujur. Kalau betul dah cinta mati kepada kekasih hati kenapa masih teruskan pernikahan mu dengan tunang. Jujur itu mudah. Kalau memang tak nak A, cakap trus terang saya dah tiada hati pada awak. Jangan sampai nikah baru nk cakap.

Bila dah nikah, kamu wajib putus kan apa sahaja hubungn Kamu dengan wanita Yang selain daripada isteri kamu. Jika kamu abaikan isteri kamu Yang sah, maka dosa lah yang Bakal kamu tanggung.

2) tekad kan hati. Sudah pilih A, lupa kan B. Kalau pilih B lupa kan A. Kamu ada pilihan. Cuba la hidup dengan keadaan tenang. Jangan ditambah beban kepada isteri kamu.

3) Kalau cinta buktikan. Buat istikharah. Pilih ikut hati dan cinta. Buakn ikut rasa kesian, sebab kemudian hari akan mengundang lagi bnyak masalah.

Ollien Nor Azlin – Bagus sis. Tindakan yang bijak. Jangan jadi buta kerana cinta kononnya.. Awal awal lagi dah nampak bermasalahnya bakal suami tu. Jenis yang menuduh nuduh ni sebenarnya dia yang insecure.

Dia yang curang, sebab tu dia tuduh tuduh. Terlepas sudahh beban. Tak payah nak sedih sedih sangat la. Cekalkan hati. Ramai lagi orang boleh hargai Kita, yang nampak kebaikkan Kita.

Sumber – Rayhana (Bukan nama sebenar) via IIUMC