Lps Bf benti kerja, selalu nmpk Bf lambai tgn dr umah tgkat 4. Abg burger tegur umh tue kosong dh, penyewa dh mnnggal.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Izinkan aku berrkongsi certot di dalam nie. Peristiwa berlaku sebulan sebelum kobid melanda negara kita.

Masa tu kita semua bersenang lenang bergumbira bagai tiada masalah dalam hidup. Pergi kerja bukan fikir hal kerja,tapi sibuk fikir nak order makanan apa minuman viral apa dari foodpanda. Sebelum balik kerja dah set dalam kepala ni nak singgah mana untuk bungkus bawak balik.

Dalam otak fikir melantak je lah! Waktu itu aku dengan rakan karib,Qaseh masih bekerja di kedai kasut. Pergi balik kerja kami naik motor bersama. Qaseh ni orangnya lurus bendul. Senang sikit nak tipu dia..sebab apa aku cakap semua dia angguk,semua dia percaya.

Suka menyakat dan jadikan dia bahan gurauan. Memang aku nakal sejak kecik. Qaseh pulak orangnya pendiam dan baik budi bahasa. Tapi ke mana pun dia pergi mesti kena buli. Aku sorang je yang kekal berkawan dengan dia. Qaseh selesa dah dengan aku. Maklumlah aku sorang je yg sanggup jemput dan hantar dia pergii balik kerja.

Aku fikir itu je sebab dia tak nak lari mencari kawan baru. Suatu malam tu lepas hantar Qaseh balik kerja aku terima pesanan whatsapp dari dia. Kebetulan esoknya aku cuti. Kalau aku tak kerja dia akan naik Bas Smart pergi balik kerja. Dah 2 tahun macam tu.

Qaseh : Maaf tau. Aku dah tak kerja situ lagi. Kau jaga diri baik-baik tau,Cah?

Aku : Tokey dah tau ke,babe? Suka hati kau je nak berenti tak bagi surat dulu. Nanti gaji kau sangkut!!.

Qaseh : Aku takde nanti kau jangan lupa isi minyak motor. Tidur awal. Malam jangan main game,besok kau susah bangun. Terima kasih selama ni jaga aku,teman aku,bawak aku sana-sini. Kau baik sangat layan aku macam adik beradik kau. Aku risau bila aku takde..kau macam mana? (Nada tangisan sayu-sayu dari hujung talian)

Aku : Apa kau cakap ni,babe? Aku tau lah bukan b0 doh sangat pun aku ni!!

Qaseh : Kalau aku pergi ke mana sekali pun..aku akan tengok kau dari jauh. Bye Cah. Aku sayang kau.

Aku : suka hati kau lah!!.

Itulah chat terakhir antara aku dan Qaseh. Koyak betul perasaan aku sebab dia tak bincang tak cakap apa pun, tetiber berhenti kerja macam tu je!! Hari pertama aku pergi kerja lepas Qaseh berhenti kerja tanpa sebab tu aku lalu je depan flat 5 tingkat tempat tinggal Qaseh.

Hati aku masih bengkak! Pagi tu aku bangun lambat sebab malam tidur lewat layankan game online dgn member sama sekolah dulu. Tak sempat nak iron baju aku pakai je sebab dah lambat. Biasanya aku berenti kejap tunggu Qaseh,selalunya dia yg tunggu aku. Pagi tu aku press je minyak.

Tak sempat nak toleh mana-mana. Tapi aku rasa seram semacam masa lalu tepi public phone yg hampir roboh di tepi simpang blok 4. Tiap hari kat situlah Qaseh tunggu aku. Rumah aku tepi pasar je. Jarak 3kilometer dari flat Qaseh duduk. Hari pertama dan kedua aku sibuk sangat sampai tak sempat fikir pasal Qaseh.

Kerja bertimbun sebab dia takde,aku buat la berdua dengan Rizal budak lepasan SPM tu. Hari ketiga ada budak tunggu result SPM masuk kerja. Ringan sikit kerja aku. Aku belek whatsapp terakhir perbualan aku dengan Qaseh, tetiber rasa rindu kat dia. 2 tahun kot kami pergi balik kerja sama-sama.

Bohong lah kalau aku kata tak rindu. Malam tu aku balik macam biasa lalu kawasan rumah flat tempat tinggal Qaseh. Yang pasti akan lalu pondok telefon berkarat yang tinggal tiang dan rangka je tepi jalan. Aku sengaja lalu depan blok 4 yang menghadap ke jalan besar. Aku perlahankan motor dan sesaje pandang ke tingkat 3 rumah si Qaseh.

Langsir pink masih tergantung menutupi tingkap nako. Sejenis tingkap zaman tok nenek yg banyak kepingan cermin kaca tu. Entah betul tak sebutan aku nako tu. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada sesusuk tubuh paras pinggang sedang memerhatikan aku. Entah bila langsir pink terselak menampakkan separuh muka dan badan seseorang.

Enjin motor aku tiba-tiba terpadam. Aku cuba henjut nak bagi hidup…Pranggg!!!! Sekeping kaca nako dari tingkap rumah Qaseh jatuh berderai. Tanjat gegerl!!! Kus semangat..hampir sangat kaca tu jatuh tempat aku. Aku pandang ke atas. Kali ni lebih jelas menampakkan separuh dari wajah Qaseh selepas kaca nako jatuh ke bawah.

Dalam suram cahaya tiang TNB,aku nampak dalam samar-samar tanpa cahaya dalam rumahnya..Qaseh melambaikan tangannya pada aku. Terfikir juga nak jerit suruh turun nak ajak ‘nak ke taknak lepak mamak’.. Dah malam kot!! Tutup kedai jam 10 tadi aku terus gerak balik. Baru terasa perut tu kempas kempis mintak diisi.

Aku dongak ke atas nak bagi isyarat bahasa org bisu yang paling sempoi,suruh Qaseh turun. Nak ajak dia lepak mamak seround. Ehh!! Hilang dah minah ni??!! Suasana gelap gelita dalam rumahnya. Aku cuba hidupkan motor. Beres!! Jom balik. Nanti aku rendam maggie kari. Bye Qaseh.

Esok malam aku lalu lagi macam biasa. Tingkap nako rumah Qaseh masih terbuka. Cuma lampu je tak pernah pasang. “Kau tak bayar bil letrik ke minah oiii,” aku bercakap sensorang. Gerai burger di hujung blok 4 ada lah 5 orang mamat pandang-pandang aku sambil mendongak ke atas.

Bila aku toleh diorang tunduk buat-buat tak nampak aku. Ewahhh,nak mengorat bukan macam tu caranya! Kalau gentle datang la dekat tanya lapar ke dik,haa order la burger nanti abang bayar…aku control ayu sambil senyum sensorang macam beruk makyeh.

Bila aku toleh ke atas nampak Qaseh berdiri macam semalam. Tersorok-sorok mukanya. Mata dan bahagian atas tak jelas sangat. Yang aku nampak hidung, mulut dan dagu. Itu pun gelap sebab dia tak pasang lampu. Aku keluarkan handphone android harga 699 dan cuba cari nama Qaseh yg aku save namanya RATU AIRMATA.

Ada la sebabnya aku save cenggitu,ahaks. Aku dail sambil dongak ke atas lagi. Aku lambai ala-ala ratu cantik.. sebab ada 4 mamat hensem dengan sorang abang gemuk tepi tu. Haruslah control. Selalunya aku lalu gerai burger tu tak ramai kawan brader burger tu lepak. Baru malam ni melonggok main gitar la,menyanyi la..

lepas tu pandang-pandang aku secara berjemaah. Haishh,taulah aku cantik. “NOMBOR YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN….” aku terus campak handphone dalam beg. Lagi sekali aku dongak dan kali ni cermin nako semua tertutup rapat dan Qaseh dah hilang dari pandangan.

Tak sempat aku nak suruh dia chat aku. Selama aku kenal Qaseh dalam 2 tahun ni aku tak pernah naik ke atas walau pun kadang aku rasa nak tercirit atau nak terkucil. Banyak kali dia ajak aku singgah tapi aku lebih selesa dengan tandas bertema doraemon di rumah.

Rasa tenang dan ceria walau pun tandas aku sekangkang kera je keluasannya. Selepas hari tu sebulan aku tak singgah blok 4 lagi. Rasa bengang jugak la sebab Qaseh dah tukar nombor hp pun tak bagi tahu aku. Tiap malam balik kerja aku singgah nak ajak dia borak nak ajak makan. Tapi dia tau tengok aku macam tu je dari atas.

Dia tahu kot aku ni tak boleh naik tangga sangat. Lutut kiri aku ni pasang skru besi dah 4 tahun sebab pernah eksidn dulu. Kalau tingkat 1 tu aku gagah jugak la nak naik. Rabu hari aku cuti hari tu sesajer pergi pasar malam berhampiran flat. Ronda-ronda nak cari kebab dengan takoyaki. Kalau takde kebab aku bantai je burger. Nampaknya takde rezeki aku makan kebab malam tu.

Aku cari gerai burger. “Burger daging mayo lebih taknak sayur,bang” aku tengok lengang je gerai abang burger ni. “Adik ni yang selalu datang flat blok 4 naik Ex5 tu kan?” Abang burger ni nak mengayat aku ke? Aku angguk-angguk sambil senyum. “Kami dah lama nak tanya,apa yg adik pandang selalu tu??

Adik lambai siapa??” Abang tokey mula interview aku. Dua orang kawan dia pandang aku sambil memasang telinga. Lain macam soalan abang tokey ni. Aku tergaru-garu kepala sambil pandang diorang bertiga. “Saya panggil kawan la. Kawan duduk tingkat tiga rumah tengah tu. Kenapa?”

Muka mamat bertiga tu dari berkilat kena asap kuali burger bertukar jadi pucat. Melopomg mulut kawan abang tokey. “Kenapa ni? Apa yang tak kena?? Rumah nombor 304 tu rumah sewa kawan saya. Dia baru berhenti kerja. Saya singgah selalu tu nak ajak dia lepak mamak,”. “Rumah langsir pink tu kan?” Mamat bulat muka manis tu tanya. Aku angguk.

Terus diorang tepuk dahi berenti buat kerja kejap. Aku pelik dah. Apa yg diorang nak sampaikan?? Abang tokey suruh mamat berdua tu siapkan order. Dia tinggalkan kerja datang dekat dengan muka serius. Aku panik. Nak minta nombor hp pun senyumlah sikit,bro.

“Dik. Kawan kamu yang duduk rumah 304 tu dah takde. Sejam lepas kamu hantar dia balik… dia jatuh dari tingkap umah tu. Nako rumah tu takde besi palang apa pun,cermin je semata….dia..,”. “Abang jangan merepek bukan-bukan,bang!! Dia tu kawan baik saya. Hari-hari dia lambai saya dari tingkap tu,saya..”

“Betul,dik. Dia dah takde. Malam tu abang dengan Leman Gemuk ni lah yang call ambulans dengan p0lis. Dia pasang langsir malam tu…agaknya tergelincir ke apa…3 hari abang tutup gerai,dik.” Tiba-tiba abang Leman Gemuk datang dekat nak menyampuk, “tiap malam kami nampak bayang-bayang arwah berdiri kat tepi langsir tu…yg seram tu…dia tunjuk jari SATU..lambai-lambai ke bawah.

Tu,dia buat macam selalu..order burger tengah malam kalau dia lapar…” “Abang dah tak meniaga kat flat tu lagi. Seram,dik. Bapak seram siut!!! Tulah, abang dah masuk pasar malam. Tak sanggup malam2 buta tengok tangan dia terjulur keluar order 1 burger,” abang tokey mengakhiri perbualan malam tu.

Sedih babe. Baru tahu kau dah takde. Menangis aku sepanjang jalan nak balik ke rumah. Baru aku ingat dari hari pertama dan kedua aku tak singgah pun flat tu. Tak ambil tahu pun apa terjadi. Rupa-rupanya Qaseh dah takde. Tiap malam aku singgah tu…..yang lambai aku tu……

Aku teringat chat terakhir malam kejadian. Aku sayang kau jugak. Kalau aku tahu malam tu malam terakhir Qaseh wujud dalam muka bumi ni…aku takkan berkasar dengan dia. Aku akan cakap aku sayang dia. Sekian karya saya yang tak seberapa. Terima kasih admin. Terima kasih ahli group yang sudi baca. – maya syasya

Reaksi warganet

Nazwa rahim – sedih baca mnangis saya… apapun terbaik lah dik..kisah persahabatan yg tr4gik, karang lah lg kalau ada crita

As aziz – dlm gmba tu block sy menyewa dlu2. kt pudu ulu. mmg ade public phone kt situ.

Saya imah -Innalillahiwainnailaihiraji’un,
Kawan dunia akhirat, Sedihnya, orang yang baik Allah cepat2 jemput bertemu dengan Nya……

sitimariyam – kisah benar ka ni?? sedihnyaaa…. tapi best baca, penulisan ayat pun sempoi & x boring
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiu’n
Al-Fatihah

Sumber FS group