Ular hitam keluar dgn aku masa aku lahir. Pakcik bgtau tue “kembar” aku. Dlm mimpi “kembar” aku bpesn buat aku sentap.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kisah ini, latar belakang suasana tahun 1990. Yang dah ada masa tu mungkin masih ingat keadaan mcm mna. Tiada internet. Tiada handphone.

Pergi sana sini naik bas atau kereta tambang. Kalau dekat kampung sy, ada basikal seumpama ada motor pd masa kini. Ada motor seumpama ada kereta masa kini. Ada kereta pula memg dah di cop orang senang. Hutan masih tebal masa itu, jd kebanyakan orang cari makan dengan sumber hutan. Mcm kampung sy pd masa itu bru di teroka sebenarnya. Jd di kelilingi hutan.

Yg lahir hujung 90an dan seterusnya mungkin xdpt merasa keadaan masa itu… “Nak ke mana tu? Perut dah memboyot macam tu, tak reti nak duduk diam?” Nek Jah sangat tak puas hati dengan Mak Eton. Perut dah makin ke depan, menunggu hari nak bersalin tapi masih gagah berjalan ke sana sini. Walaupun ini kali ke7 anak sulungnya itu bakal memberinya cucu tetapi sebagai seorang ibu Nek Jah tetap berasa risau.

“Nak ke bandar mak. Nak tambah beli barang untuk bersalin nanti” Tenang Mak Eton menjawab ibunya sambil terkial-kial memakai kasut di kaki. “Tengok tu, nak pakai kasut pun dah tak nampak kaki. Apatah lagi nak berjalan.” Nek Jah masih tak berpuas hati sambil melilau ke dalam rumah anaknya. “Ni, laki kau mana? Kau pergi seorang je ke?” Mulut bercakap, matanya masih ke dalam rumah mencari menantunya.

“Abang Fatah masuk ke dalam hutan. Cari rotan, nak tambah rotan yang ada tu. Katanya minggu depan tauke Ah Chai datang ambil rotan. Dapatlah belanja lebih sikit untuk belanja bersalin nanti.” “Dah tu kau nak pergi seorang lah ni? Risau lah aku. Kejap, aku panggil si Midah. Biar Midah teman kau.” Usai bercakap, Nek Jah terus hilang menuju ke rumah anak nombor duanya yang hanya di sebelah rumah Mak Eton.

Rumah Nek Jah anak beranak ni sebelah menyebelah je. Rumah Nek Jah no28, rumah Mak Eton no29 manakala rumah adik kedua Mak Eton, Si Midah pula rumah no30. Selang 30 minit kemudian, si Midah muncul dengan muka mencuka. “Kau nak pergi mana kak? Tak pasal-pasal aku kena bebel dengan mak”. “Aku nak beli barang untuk budak dalam perut ni ha. Tarikh jangka aku nak bersalin dah tak lama.

Lagi 2 minggu je. Nak tunggu abang ipar kau tu? Entah bila lah agaknya nak cukup barang budak ni”. “Yelah, aku pun ada barang nak beli. Sambil tu boleh lah teman kau. Tapi kita nak naik apa ni?” “Kita tunggu je lah dekat simpang sana. Kalau ada kereta sapu, kita naik je senang sikit nak bawa barang nanti. Tapi kalau tak ada, kita naik bas je lah”.

Mengah Mak Eton menjawab pertanyaan adiknya sambil menapak dari halaman rumah ke simpang kampung. Midah hanya menuruti langkah kakaknya itu. “Haa kak! Tu macam kereta si Nasir, boleh kita tumpang” Teriak Midah sambil melambai kereta proton saga Nasir. “Hah Midah, Mak Eton nak ke mana?” Sapa Nasir sejurus lepas berhenti di depan Midah dan Mak Eton.

“Nak ke bandar, beli barang” Jawab Midah. “Boleh lah kalau macam tu. Aku pun nak ke bandar juga ni”. Usai membeli barang kepunyaannya, baru si Midah mencari kakaknya. Leka membeli belah sampai lupa akan pesan Nek Jah untuk memerhati Mak Eton. Puas menapak baru berjumpa dengan kakaknya di kedai emas.

“Kak, banyaknya barang kau beli. Tak larat nak bawa nanti” Terbeliak mata Midah memerhati bungkusan plastik di sebelah kakaknya yang sedang memilih anting-anting emas. “Tu, kau pilih anting emas tu buat apa? Kau cukup duit ke?” Perhatian Midah beralih pula pada tangan kakaknya apabila kakaknya tidak membalas tegurannya tadi.

“Aku nak beli untuk anak dara aku yang 3 orang dekat rumah tu. Kesian anak dara aku, dah dara pun masih tak ada perhiasan diri”. Midah hanya mampu mengeluh lalu duduk sama dan turut membelek rantai emas. Sampai sahaja di rumah, Nek Jah sudah menunggu di pangkin bawah pokok cempedak rumah Mak Eton.

“Lewatnya kamu balik, aku risau tau”. “Mak ni, membebel je. Kami dah tua, anak dah bersepah. Kami tau la jaga diri” Jawab Midah sambil mengasingkan barang kepunyaan dia dan Mak Eton yang dia tolong bawakan. “Menjawab je kau Midah. Antara ramai-ramai anak aku, kau ni yang kuat menjawab” Tempelak Nek Jah sambil menuding jari ke arah Midah.

Mak Eton hanya tersenyum sambil memandang adiknya yang di marahi Nek Jah. Adiknya yang seorang ini memang agak keras kepala, mulut pula ringan. “Malaslah aku nak duduk sini lama-lama. Aku nak balik, laki aku entah makan entah tidak dekat rumah tu” Midah turun dari pangkin sambil mengemas beg plastik di tangan supaya mudah di bawa.

“Laki anak kau dah makan dekat rumah aku tadi. Nak tunggu kau balik? Kebulur lah anak laki kau” Perli Nek Jah, matanya menjeling Midah. Midah berlalu pergi sambil mulutnya bising membebel sendiri. “Kau dah makan? Kalau belum aku masak lebih tadi. Ada banyak lagi lauk tu, nanti aku hantarkan” Pelawa Nek Jah.

“Tak payahlah mak, aku dah makan tadi dengan Midah dekat bandar. Cuma aku nak berehat je ni. Rasa macam sakit sangat pula pinggang ni” Adu Mak Eton sambil mengurut pinggang dan belikatnya. “Ha, sakit-sakit juga. Tadi kau banyak berjalan entah-entah nak terberanak” Sela Nek Jah sambil tangannya ligat mengobek sirih pinang.

“Takkanlah mak, tarikh jangka bersalin lagi 2 minggu kot”. “Hah yelah. Aku cakap je. Pergilah kau berehat, aku pun nak balik. Tu ha anak-anak adik kau tu. Jah4nam nanti rumah aku, di biarnya budak-budak tu main” Nek Jah merujuk pada anak-anak Rohaya, adik Mak Eton yang ke3 tinggal sekali dengan Nek Jah. “Biasalah tu budak-budak mak. Lagi-lagi anak si Aya tu dua-dua lelaki, lasak.

Anak-anak aku yang perempuan ni pun boleh s4kit kepala di buatnya” Mak Eton cuba membela adik ke3nya. “Dahlah mak, aku nak berehat. Betul-betul s4kit ni” Mak Eton menghabiskan ayat sebelum Nek Jah membebel lagi. “Ha yelah. Nanti ada apa-apa teriak je panggil si Midah dekat sebelah tu. Aku ni kalau rajin, nak pergi ke kebun kejap lagi. Nak tengok ubi kayu yang aku tanam hari tu.

Jangan-jangan dah di sondol dengan b4bi”. “Yelah, tapi jangan lama kalau mak nak pergi nanti. Aku ni rasa lain macam je ni” Usai berpesan, Mak Eton berlalu masuk ke rumah melalui pintu dapur. Selang beberapa ketika Mak Eton merehatkan badan, suaminya Fatah pulang dari mencari rotan.

“Kenapa awak baring ni? Tak sihat ke?” Fatah tak dapat menyembunyikan rasa hairan melihat isterinya berbaring siang-siang begini. Selalunya waktu begini isterinya itu sibuk melicinkan rotan dengan minyak hitam ataupun mengukur rotan untuk di jual. Kadang-kadang sibuk dengan pokok bunganya, membersihkan halaman rumahlah.

“S4kit pingganglah abang. Lain macam je s4kitnya.” Adu Mak Eton pada si suami. “Awak ni biar betul. Ke sebab awak banyak berjalan ke bandar tadi” Tebak Fatah. “Mungkin juga. Abang dah makan ke? Saya tak masak apa-apa.” Rasa bersalah pula Mak Eton pada suaminya. “Belum makan lagi. Tak apa, nanti saya tengok-tengok apa yang ada di dapur tu” Jawab Fatah sambil berlalu ke dapur.

“Abang! Ooo abang!” Jerit Mak Eton dari bilik mengejutkan Fatah yang baru nak menyenduk nasi ke pinggan. “Kenapa awak ni? Terjerit-jerit, terkejut saya” Marah Fatah setelah bergegas berada ke dalam bilik tidur mereka. “Abang pergi tengok mak ada tak. Saya rasa lain macam sangat ni” Berkerut-kerut dahi Mak Eton menyempurnakan ayat sambil menahan s4kit yang mendatang.

Tak tunggu lama, Fatah bergegas ke rumah mentuanya yang di sebelah. Selang seminit dia muncul semula. “Kejap lagi mak datang” Fatah hilang punca mahu berbuat apa. Dia hanya duduk di sebelah sambil memegang tangan Mak Eton. “Mana? Dekat mana?” Kedengaran suara Nek Jah di pintu dapur. “Dalam bilik ni mak” Sahut Fatah yang masih menggenggam tangan isterinya.

“Yang lain jangan masuk.” Tegah Nek Jah apabila suami Rohaya dan Pak Man suami Nek Jah mahu turut masuk ke dalam bilik. “Macam nak bersalin dah kau ni. Tulah berjalan banyak lagi, kan budak tu dah cepat turun” Sempat lagi Nek Jah membebel. “Ooo Din!” Jerit Nek Jah memanggil suami Rohaya. “Ada apa mak?” Din hanya menjengah di sebalik pintu, tak berani mahu masuk.

“Kau pergi panggil misi Lijah dekat klinik tu. Kakak ipar kau ni dah nak bersalin” Arah Nek Jah. Terkocoh-kocoh si Din berlari anak ingin ke klinik desa di kampung mereka. “Eh Din! Kau nak jalan kaki ke?!” Jerit Pak Man. “Yelah pak. Habis nak buat macam mana lagi?” Jawab si Din sambil garu kepala. Si Din ni sengal sebenarnya. Agak lurus bendul.

“Tu basikal tua aku bawah rumah tu nak buat apa?!” Marah ayah mentuanya sambil bercekak pinggang. Sambil tersengih Din berlari anak ke bawah rumah mentuanya mengusung basikal. “Tak pergi lagi kau Din!” Marah Nek Jah dari tingkap bilik Mak Eton. Apalagi bagaikan angin Din menunggang basikal gara-gara takut di marahi Nek Jah.

“Hah Midah! Naik cepat, masak air. Nanti nak mandikan budak ni” Arah Nek Jah yang masih berdiri di tingkap bilik Mak Eton, apabila melihat Midah yang baru berada di hujung halaman rumah Mak Eton. “Kakak bersalin dah ke mak?” Jerit Midah sambil menanggalkan selipar di pintu dapur. “Belum. Tapi aku rasa tak lama dah ni. Aku dah suruh laki si Aya panggil misi Lijah, jadi bidan.” Jawab Nek Jah kuat supaya suaranya sampai ke dapur.

Selang 10minit, misi Lijah sampai. “Mana orang yang nak bersalinnya?” Mengah misi Lijah bertanya sambil menjejakkan kaki di tangga sebelah hadapan rumah. “Dalam bilik, misi” Jawab Din yang berada di belakang misi Lijah. “Ha yelah” Misi Lijah terus masuk ke dalam bilik. “Memang nak bersalin dah ni” Beritahu misi Lijah setelah melakukan pemeriksaan.

“Air panas dah ada ke?” Tanya misi Lijah. “Sudah misi.” Jawab Midah yang berada di sebelah misi Lijah. Misi Lijah hanya menganggukkan kepala sambil mencari-cari sesuatu di dalam peti kecemasannya. “Aduh, saya tertinggal barang. Abang Din tolong ambilkan barang dekat klinik. Ada di bilik ubat, dalam beg warna kuning”

“Persiapan lain dah siap? Lampin baju baby?” Tanya misi Lijah pada Nek Jah. “Midah ambilkan baju, lampin.” Arah Nek Jah pada Midah. “Nasib baik saya tak jadi nak ke hspital hari ini. Kalau tak, saya tak ada dekat sini hari ini” Beritahu misi Lijah, berasa lega. Risau juga dia kalau ada apa-apa terjadi di kampung yang di bawah tanggungjawabnya, nanti dia boleh di kenakan tindakan oleh orang atasan.

Selang 10minit muncul si Din, gopoh gapah dia naik tangga depan rumah. “Mana barang yang saya suruh ambil?” Misi Lijah terus bertanya apabila melihat muka Din. “Saya tak tahu misi. Saya cari tak jumpa. Marilah saya hantar misi. Misi cari sendiri”. “Aishh awak ni” Antara mahu atau tidak, misi Lijah terpaksa berdiri dan menuruti belakang Din.

Baru dua minit misi Lijah berlalu, Mak Eton memgerang kes4kitan yang teramat. “Nak keluar dah budak ni, misi Lijah pula tak ada” Tangan Nek Jah memeriksa laluan kepala baby. “Fatah, kau pegang bini kau. Aku sambut budak ni. Nak tak nak aku kena jadi bidan hari ni. Midah, sedia lampin untuk budak ni nanti. Ambil sekali dengan gunting, nak gunting tali pusat nanti”

“Teran nak teran” Arah Nek Jah pada Mak Eton. Selang beberapa minit, membuak-buak d4rah keluar di ikuti dengan bayi perempuan. Tapi hairan, senyap. Bayi tak menangis. “Aku dah cakap, jaga pantang masa mengandung. Kau tengok anak kau ni, hitam legam. Ni mesti sebab kau gosok rotan dengan minyak hitam.” Bebel Nek Jah.

“Bapaknya tolong. Cucu kita ni tak menangis.” Nek Jah meminta tolong pada Pak Man. Pak Man ambil cucu perempuan mereka yang baru lahir dari tangan Nek Jah. Di tepuk-tepuk punggung cucunya, barulah kedengaran tangisan nyaring si kecil. “Awak potong tali pusat, saya pegang budak ni” Arah Pak Man. “Midah, nah! Mandikan anak buah kau ni” Tapi tiada sambutan.

“Midah! Apa kau buat tu? Kau tak dengar aku suruh kau buat apa?!” Marah Nek Jah melihat tingkah laku Midah. “Mak, tengok ni. Apa yang hitam-hitam ni?” Midah menunjuk sesuatu di atas kain alas. “Macam anak ular je mak” Tegur Midah lagi sambil menguis-nguis benda hitam tersebut. Nek Jah saling berbalas pandang dengan Pak Man.

“Biarkan dia di situ Midah, mungkin lahir sekali dengan budak ni. Tengok pun dia masih di dalam selaput” Kata Pak Man. “Pergi mandikan anak buah kau ni dulu. Yang tu nanti kita pikir mahu buat apa” Giliran Pak Man memberi arahan pada Midah. Usai sahaja Midah mandikan bayi kecil itu, misi Lijah pun sampai.

“Aduh, dah keluar dah ha. Saya minta maaf banyak-banyak. Nasib baik tak jadi apa-apa. Saya jalan kaki, boleh pula tayar basikal tu pancit” Serba salah misi Lijah di buatnya. “Tak apa misi, saya pun dah biasa jadi bidan” Jawab Nek Jah. Misi Lijah hanya tersenyum dan memeriksa Mak Eton yang sedang terbaring lesu. Midah memberi bayi kecil kepada misi Lijah untuk di periksa.

“Mak” panggil Midah sambil tangannya mencari sesuatu. “Apa dia Midah” Berkerut dahi Nek Jah melihat kelakuan Midah. “Anak ular tadi mana mak?” Tanya Midah dengan suara yang separuh berbisik. “Di situ lah tadi. Tiada siapa pun yang usik” Jawab Pak Man. Mereka tiga beranak mencari-cari si anak ular tadi. Tapi ternyata GHAIB.

“Biarlah, mungkin itu takdir dia. Lagipun niat aku tadi salah. Aku mahu buang dan tanam benda tu tadi” Jawab Pak Man sambil menghela nafas. “Mak ni, sampai hati cakap anak aku hitam legam. Elok je aku tengok ni” Ujar Mak Eton sambil menyusukan anaknya. “Tadi legam sebab lahir sekali dengan minyak hitam.” Jawab Nek Jah. “Betul kak. Tadi masa aku nak mandikan memang hitam legam. Ni aku dah mandikan, cerahlah sikit.

Tapi masih gelap kalau nak bandingkan dengan anak-anak kau yang lain” Tambah Midah menyokong penyataan Nek Jah. Nek Jah hanya mengangguk sambil memikirkan sesuatu. “Bila aku pikir-pikir semula, hitamnya sama macam hitam anak ular tadi tu” Akhirnya terluah juga apa yang ada di pikiran Nek Jah. “Isshh awak ni. Merepek je. Dah jom balik. Anak kita nak berehat” Tegur Pak Man seraya bangun dan keluar dari bilik. Itulah kelahiran aku yang agak dramatik.

3 TAHUN KEMUDIAN…

“Eton, tengok-tengokkan adik kau ni sekejap. Mak nak cuci baju” Arah Mak Eton sambil mengumpul pakaian kotor yang mahu di cuci. “Tinggal je situ, dia dah tidur kan” Jawab Eton malas sambil meniarap membuat kerja sekolah. “Dah tidur tu lah mak suruh tengokkan. Takut tersedak susu dalam buaian tu nanti.” Pesan Mak Eton sebelum berlalu ke bilik air.

Eton hanya mencebikkan bibir tanpa memandang ibunya. Selang beberapa ketika, Eton yang sedang leka membuat kerja sekolah di kejutkan oleh jeritan adik no2nya. Si Lina. “Aarrgghh!! Ular!!” Jerit Lina sambil terjelepok di sebelah Eton. Niatnya tadi mahu menyergah Eton, tapi alih-alih dia pula yang terkejut.

“Kau ni kenapa Lina?!” Bengang apabila konsentrasinya mahu menelaah pelajaran di ganggu. “Tu!!” Tunjuk Lina dengan tangan terketar-ketar tanpa mampu berkata. Pandangan mata Eton di arahkan ke arah jari telunjuk Lina sebelum dia memerhati arah yang di tunjuk oleh Lina. Eton bingkas bangun dari meniarap. Ada ular hitam sebesar 2jari sedang berlingkar di tali buaian adik bongsu mereka.

Tanpa lengah, “Mak!!!! Ular nak makan adik!!” Melompat kedua-duanya mencari Mak Eton di bilik air di sisi dapur rumah. “Ular apa?!” Tanpa mahu menjawab, Eton dan Lina menarik tangan Mak Eton ke ruang depan rumah. Terkesima Mak Eton melihat ular di tali buaian anaknya. “Pergi panggil nenek” Arah Mak Eton pada Eton dan Lina dengan suara perlahan takut mengejutkan anak kecil yang sedang tidur.

Sedang dia berkira-kira mahu berbuat apa, ular tersebut merungkai lingkarannya. Perlahan kepalanya di angkat ke arah Mak Eton. Muncul Nek Jah dan Pak Man, “Ular jenis apa ini?” Suara Pak Man antara dengar dan tidak. Perlahan-lahan ular tersebut menuruni tali buaian sampai ke kain buaian. Setelah badannya mencecah lantai, perlahan dia menuju ke pintu depan.

Tangan Eton sudah tersedia p4rang panjang manakala tangan Lina sudah tersedia kayu sebesar lengan lelaki dewasa. Mereka mahu memukul ular itu. “Eh jangan! Biarkan, dia sudah pergi.” “Mungkin hanya mahu menjenguk kembarnya” Ujar Pak Man sambil memerhati ekor ular yang semakin menghilang.

Mendengar kata Pak Man, Mak Eton berkejar ke pintu depan. Ternyata ular itu sudah ghaib sepertimana dia ghaib pada hari dia lahir dengan kembar manusianya. Mustahil untuk ular itu pantas berlalu pergi kerna sekeliling rumah Mak Eton tiada rumput atau semak walau sedikit pun.

3 TAHUN SELEPAS ITU…..

Si anak sudah berusia 6 tahun. Amat manja memandangkan dia anak yang bongsu. Menjadi kesayangan Mak Eton dan Fatah. Putih nama di beri, kerna kulitnya yang gelap. Tidak mahu dia berasa tersisih, biarlah namanya menjadi penyeri. “Mak, kenapa Putih tak boleh pergi sekolah?” Putih duduk di riba Mak Eton, memerhati kanak-kanak yang lain pulang dari tadika.

“Bukan tak boleh tapi nanti lah. Putih kan selalu tak sihat” Pujuk Mak Eton sambil berbalas pandang dengan suaminya. Putih hanya diam, dia turun dari riba ibunya dan bermain di halaman rumah. “Jangan main pasir banyak sangat, nanti susah lagi nak bernafas” Laung Mak Eton. Risau dia dengan s4kit asma kr0nik yang Putih alami.

“Awak tengok-tengokkan dia main, saya nak ke kebun” Beritahu Fatah pada Mak Eton. “Tak apa kot dia main di situ. Saya nak ke belakang, tanam sirih kejap. Anak sirih yang saya tanam dulu tu pun dah boleh di pindahkan” Usul Mak Eton yang sememangnya tak boleh duduk diam. Fatah hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu.

Sedang leka bercucuk tanam, Mak Eton di kejutkan dengan suara Midah. “Kakak!! Tengok tu si Putih! Ada ular tu!!” Perkataan ular membuatkan Mak Eton menghempas anak benih sirih dan berlari ke halaman rumah. Dalam sepuluh langkah dari Putih, Mak Eton terkaku. Kakinya lemah melihat ular berlingkar di sebelah Putih. Mahu saja dia terjelepok di situ.

Putih leka bermain, seolah-olah tiada apa bahaya yang mengganggu. Pak Man dan Nek Jah muncul dari belakang Mak Eton. Midah juga hanya mampu memerhati dari jauh. Perlahan Pak Man bergerak mencari kayu. Manakala Nek Jah berusaha memanggil cucunya. Mungkin berasa dirinya di perhatikan, ular tersebut menguraikan lingkarannya perlahan-lahan. Dan bergerak pergi menuju ke arah jalan masuk ke rumah Mak Eton.

Apabila ular itu bergerak, baru Putih perasan akan kewujudan ular itu. “Mak!!! Ular!!!” Putih bingkas bangun dan mendapatkan Mak Eton. Menangis teresak-esak si Putih di pelukan Mak Eton. Pak Man hanya memerhati ular itu berlalu pergi. Sekali lagi. Sambil memegang kejap kayu di tangan. “Dia datang lagi. Menjenguk kembarnya” Nek Jah hanya menganggukkan kepala mendengar kata suaminya.

20 TAHUN KEMUDIAN…

“Abang, kakak! Tidurlah! Mama mengantuk ni, esok mama kerja.” Putih memanggil anak-anaknya masuk tidur. Usai memastikan anak-anaknya tidur, barulah Putih boleh tidur. Dan hanyut di buai mimpi.

BERTEMU DALAM MIMPI….

Sedang menunggu giliran mahu menaiki bas, tiba-tiba Putih di sapa oleh satu suara. “Kau nak pergi kerja dah ke?” Tegur suara itu. Putih menoleh ke belakang, tiada sesiapa. Di kiri dan kanan juga tiada siapa. “Aku dekat bawah ni” Putih mengalihkan pandangan ke sebelah kanan tapi lebih bawah. Hampir terjerit Putih melihat ular hitam besar berlingkar separas pinggangnya.

“Bila masa kau ada dekat situ hah ular?! Tadi aku tak nampak kau pun?!” Marah si Putih. “Dah lama aku perhatikan kau” Jawab si ular. Leka memerhati si ular, bas yang sepatutnya Putih naiki sudah berlalu pergi. “Iisshhh, ini gara-gara kau ular! Aku tertinggal bas! Macam mana aku nak pergi kerja!” Tengking si Putih pada si ular.

“Aku nak bawa kau ke suatu tempat” Ular tidak mempedulikan amarah si Putih. Belum sempat Putih menjawab, tiba-tiba Putih berasa alam di sekelilingnya berubah. Daripada berada di perhentian bas di tengah kota berubah ke hutan belantara. “Aku ini kembar kau. Kau ingat tak?”

“Mmmm…dulu…aruwah bapak selalu masuk ke dalam hutan? Cari rotanlah, cari kayulah, pasang jeratlah”. Aku hanya menganggukkan kepala, rindu dekat aruwah bapak tiba-tiba mencengkam tangkai hati. “Kau pandang mata aku” Arah si ular. Putih hanya menuruti kata. Tidak semena-mena, di dalam mata si ular seumpama video player. Putih nampak pergerakan yang seolah-olah di rakam dengan lensa kamera mata si ular.

“Masa aruwah bapak masuk ke dalam hutan, aku selalu ada dengan dia” Ya, benar kata si ular. Putih dapat melihat melalui mata si ular. Aruwah bapak menebas jalan, si ular menyusur dari tepi. Aruwah bapak menyalakan kayu api dan berdiang di unggun api, si ular berlingkar di sisi aruwah bapak.

Ularnya besar, bayangkan lingkarannya setinggi orang lelaki dewasa duduk bersila. Bila aruwah bapak menahan jaring untuk menangkap ikan, si ular berendam dalam air di kejauhan memerhati. Tiba-tiba aku rasa sebak. Kau ular, tapi kau selalu dapat menemani aruwah bapak kemana pergi, aku manusia tapi aku banyak khilaf dari menjalankan tanggungjawab aku.

Nasib baik kau ular, kalau tak aku peluk-peluk dah kau. Sedang aku beremosi, suasana sekeliling kembali kepada asal. Terdengar suara si ular. “Pergilah kau. Dunia kita berbeza walaupun kita kembar. Yang pergi biarkan pergi. Yang berlalu biarkan berlalu. Yang masih ada, kau jagalah sebaiknya”

Terus Putih terjaga dari tidur. “Apa yang aku mimpi tadi? Ular? Kembar? Aruwah bapak?” Putih menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Putih bingkas dari katil, di capai handphone. Aplikasi whatsapp di buka, menaip sesuatu. ‘Kak Lina, ada ke adik beradik kita yang ada kembar ular? Rasa macam mak pernah cerita. Tapi siapa?’. Sent.

Selang beberapa minit, Putih menerima balasan. ‘Adik beradik kita yang ada kembar ular?’. ‘Kau tanya aku siapa?’. ‘Kau lah, kau tak ingat ke?’. Ya, aku! Secara perlahan-lahan memori aku terimbas kembali. 3 tahun sekali dia datang menjenguk aku. Last dia datang masa umur aku 6 tahun. Lepas tu dah tak ada. Macam mana aku nak ingat. Tiba-tiba aku teringat balik pesan si ular.

“Pergilah kau. Dunia kita berbeza walaupun kita kembar. Yang pergi biarkan pergi. Yang berlalu biarkan berlalu. Yang masih ada, kau jagalah sebaiknya” Yang masih ada? Mak? Ya, MAK! Aku sudah kehilangan bapak, tapi aku masih ada mak. Si ular umpama boleh baca pikiran aku yang merindui aruwah bapak. Aku perasan, kami berkomunikasi tanpa menggerakkan mulut. Tapi hanya suara masing-masing bergema di dalam pikiran masing-masing.

Masa aku mimpi ni, hampir dua tahun aku tak balik kampung jenguk mak. Aku sibuk dengan kerja, aku jenis work4holic. Sibuk dengan anak-anak, sibuk dengan suami. Tapi dia muncul, walau hanya sekadar dalam mimpi dan mengingatkan aku yang aku masih ada tanggungjawab yang lagi besar.

Itu pesan terakhir, mungkin juga perjumpaan terakhir. Sudah 4 tahun aku menunggu kalau dia muncul lagi hatta di dalam mimpi, tapi tiada. Masih hidup kah dia? Atau sudah ‘pergi’ untuk selama-lamanya? “Yang masih ada, jagalah sebaiknya”. Aku akan pegang kata-katamu! – kredit esya helena

Reaksi warganet

Jonas latinas – thanks for sharing. tak sangka cerita begini mmg wujud. dulu2 selalu dah baca cerita kembar ular ni di variasari. tp rata2 kejadian aneh mcm ni kejadiannya di indonesia. mungkin di malaysia kita org masih tak bersedia bercerita.

di tahun 2020 ini awak adalah org pertama yg mengaku salah seorg yg mengalami kejadian aneh spt ini. satu pengalaman baru bg saya setelah umur lebih 40 tahun. dulu2 biasa sangat dah baca cerita camni di variasari

Esya helena – Oo iya…satu lg…sy lupa…mls nk edit post …si ular ni ular jantan ya sbb mase berkomunikasi dlm mimpi tu…suara lelaki…cuma sy xdpt pastikan ‘dia’ ular jenis apa…

Sumber FS Group