Suami balik bwk bgkusan. aku pelik. Trmenung di tamn, ad org tegur terus aku nekad.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum WBT. Ini pengalaman aku sebagai pedoman dan iktibar kepada pasangan yang mahu kahwin atau yang sudah berkahwin. Janganla rasa bosan ya baca.

Aku mendirikan rumah tangga di usia yang muda. 20 tahun masa tu. Masa tu kasih sayang kami tiada apa yang mampu gugat. Terlalu menyayangi dan menyintai. Meriah perkahwinan kami dan bahagia sangat-sangat. Kami duduk sementara rumah ibu mertua lepas tu menyewa di tempat lain. Tak lama kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan. Indah sungguh rasanya. Selepas 3 tahun kahwin, kami beli rumah.

Rumah flat kos rendah. itu je kemampuan kami. Aku kerani biasa. Dia makan gaji dengan keluarganya. Berniaga pasar. Tapi kami bahagia sangat. Komitmen kami dah semakin tinggi. Anak lagi. Duit pengasuh, makan minum, susu, pampers, bayar kereta. Mesti la kan kalau dah ada anak. Selalu juge meminjam sana sini. Tapi kami bahagia. Susah senang sama-sama. Itula janji kami. Ditambah masa tu aku diberitakan hamil anak ke dua.

Seronoknya kami. Perjalanan kami seperti biasa. Seperti pasangan yang bahagia dan selalu orang kata kami ni sweet couple. Masa bersalin anak ke dua lelaki pulak tu. Sepasang la katakan. Dapat plak kunci rumah. Seronok la lagi. Lepas habis pantang terus pindah rumah baru. Maka, bermula satu episod ke satu episod. Diduga dengan kewangan yang meruncing. Anak dah dua. Dengan kos sekolah lagi. Semua mesti tahukan banyak nak dibayar. Dengan gaji kami yang tak seberapa.

Ditambah lagi suami juga sudah berhenti berniaga dan bekerja di tempat lain. Gaji bulanan yang kecil. Dia bukan ada kelulusan. Baru kerja sebagai pemandu forklift. Hasil pertolongan kawan-kawan. Nasib ada lesen memandu kereta. Kalau tak susah juga dapat. Masa ni kami dah mula meminjam Ah L0ng. Tolak gaji bulan-bulan. Tahula Ah L0ng ni kan bukan murah. Dari situ banyak bayaran tertunggak termasuk kereta dan rumah.

Dan lain-lain. Masa tu kami korek lobang sana tutup lobang sini. Macam tu la. Tapi kami tak pernah gaduh dan hanya macam tu la. Sayang kami tetap macam tu. Kalau keluar bawa anak-anak, macam orang ada duit je lagaknya. Gembira. Bahagia je. Satu hari tu, suami aku balik kerja. Dia kerja shift malam masa tu. Balik je binggg tidur. Aku kemas rumah macam biasa. Layan anak-anak.

Tengah kemas nampak ada satu kotak hitam atas meja. Aku bukak. Dalam tu ada macam serbuk putih kaca tu berpeket, gunting dan plastic kecik. hati dah tahu ini benda tak elok. Walau tak pernah tengok pun sebelum ini. Tapi rasa benda tak elok. Aku terus kejutkan suami dan tanya. Dia diam sekejab. Kemudian die cakap dia baru start jual benda ni. Baru sebulan. Nak tambah duit belanja.

Duit tu untuk bayar hutang bukan makan kata dia. Aku cakap ddah kan ni? Dia cakap. Ubat penenang. Bahasa dia. Aku bising dan bebel. Suami aku cakap bagi la dia masa untuk berhenti dan dia akan berhenti sebab dia tak boleh berhenti macam tu saja. Suami aku jelaskan dengan nada lembut. Suami aku memang begitu walau badan die tegap. tapi tutur dia buat kau faham Aku fikir.

Baikla. Aku bagi dia masa. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tiada tanda mahu berhenti. Aku mula dihantui risau yang melampau. Rumah ada je orang datang. Waktu malam biasanya. Sampai pagi. Kalau keluar jalan-jalan dengan anak-anak tak kan sampainya tempat yang nak dituju. Pusing sana hantar barang dia dulu. Kurang dua jam. Anak-anak selalu member0ntak.

Yala budak-budak kalau nak jalan-jalan suka la. Sampai tidur bangun balik dalam kereta. Nak kata susut hutang tak juga. Aku dah mula rasa bengang, marah dan s4kit hati. Aku mula suarakan. Dia mula marah. Aku diamkan jela. Dia banyak habiskan masa di luar dengan kawan-kawan yang datang rumah. Satu hari tu masa hantar aku pergi kerja.

Dia selalu hantar aku pergi kerja. Balik kampung. Kemana-mana aja. Semua urusan bayar bil dia yang uruskan. Aku banyak pada anak-anak, rumah la. Masa hantar aku tu aku cakapla mak die minta pergi kedai sebab hari tu dia cuti. Tiba-tiba dia naik angin cakap aku mengadu dengan mak dia pasal dia. Aku cakap tak ada. Terus dia sepak aku sampai bengkak pipi aku. Dah tentu aku menangis. Dia minta maaf la malam tu.

Aku ni masa tu cakap tak pe. Awak tak sengajakan. Sayang kan. Aku maafkan dia. Lepas tu ada kenduri kat kampung aku, kena balik. kami pun balik la dengan anak-anak. Tapi dia hantar je aku. Kata ada hal. Masa kat kampung mak aku nampak lebam. Dia bising la. Aku cakap jatuh tangga. Mak tak percaya. Tapi aku biarkan saja. Selesai kenduri, malam tu pukul 4 pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari balai p0lis mengatakan suami aku ditangkap kerana ddah dan diminta datang sekarang.

Tergamam. Tanpa fikir banyak aku pinjam kereta saudara aku dan memandu pagi-pagi buta sorang-sorang sebab keluarga aku tak tau hal ddah ni. Sampai di balai aku diminta 3 ribu untuk ikat jamin. Mana nak cari duit. Aku tanya suami dia kata dia pun tak da. Tanpa fikir panjang aku telefon rakan aku minta tolong. Nasib dia kesian aku dan bagi aku pinjam. Lepas ikat jamin kami terus balik ke kampung.

Kat kampung mak dah bising. Dan mereka dah tahu hal sebenar. Mak minta aku tinggalkan suami aku. aku diam saja. Buntu. Suami aku semalaman merayu berjanji tak ulangi lagi. Aku pening. Esok pagi aku cakap dengan mak aku. Mak aku ikut suami balik dengan anak-anak. Mak aku marah sangat. Adik beradik aku pun. Aku buat tak tau. Aku sayang suami aku. Suami aku dah janjikan.

Dia tak macam ni dulu. Aku yakin dia boleh berubah. Tapi itu semua hanya pembohongan terbesar dia. Selepas itu dia masih buat lagi dan semakin teruk. Jiwa, hati aku bagai di ccuk-ccuk dengan pisau dengan kelakuan dia. Aku tak boleh cerita dengan sesiapa. Malukan. Jiwa aku terganggu.. Dia rasa tak bersalah. Selalu keluar masuk pnjara. Aku jamin. Janji. Buat lagi. Janji lagi. Masuk pnjara lagi.

Itula pusingan dia. Dia pulak dah berhenti kerja. Tak kerja. Semua aku bayar. Bagi kat dia duit untuk bayar bill dia pakai. aku masa tu tak tau nak buat apa. Dengan dia malam keluar esok pagi baru balik. Dia dengan anak-anak baik. Macam biasa. Tapi akula yang merana. S4kit dada. Aku tahan demi anak-anak. Demi sayang aku pada dia. Rasa nak bercerrai ada. Tapi datang dan pergi. Kejab nak cerrai kejab sayang.

Pelik hati ku ini dikaburi sayang yang melampau pada suami aku. Satu hari tu kami gaduh besar. Kerana aku dah tak boleh terima dah. Dia pukl aku dan keluar rumah tak balik hampir sebulan. Masa sebulan tu la aku rasa kosong. Anak-anak tanya ayah mana. Aku pulak terumbang ambing. Aku dah biasa dengan dia. Marah ke apa ke dia ada juga. Kawan yang tahu suruh aku cari dia. Merata aku cari dia dengan anak-anak.

Dia langsung tak hubungi kami. Aku tertekan yang sangat-sangat. Aku cari kawan-kawan dia. Akhirnya ada yang simpati. Bantu kami. Ketemukan kami. Tapiii…Pertemuan ini lagi meny4kitkan. Dia kata dia dah ada perempuan lain dan ingin cerraikan aku. Aku? Aku rasa semua rasa s4kit yang s4kit dalam dunia tu datang sekali terus direct ke dada. Masa tu soalan aku.. Apa salah aku?

Pengorbanan aku ini balasnya? Dia cakap kekasih dia tak mahu bermadu dan perlu cerraikan aku. Masa tu aku balik bawa anak-anak. Meratap. Meratap kehilangan kekasih yang paling aku sayang. Dua minggu aku tak tidur. Aku pergi kerja macam biasa. Aku bergantung ubat tahan s4kit. Aku rasa panas dalam dada ni. Minum 10 cawan teh o ais sejuk sekali harung. Sampai tekak rasa sejuk g1la. Suara hilang.

Aku memandu malam-malam berjam-jam sambil nangis dalam kereta. Anak aku tinggalkan. Mereka tidur dirumah. Hari-hari suami hantar pesanan ringkas bila nak naik pejabat agama. Aku mula berfikir. Aku tak nak cerrai. Aku nak suami aku balik. Aku usaha nak baik pulihkan hubungan kami. Aku cari suami aku lagi. Bincang dengan dia. Aku cakap awak balikla rumah. Dua kali seminggu pun tak pe. Dia setuju.

Setiap kali dia balik aku masak kan dia sedap-sedap. Aku layan dia baik-baik. Ada juga dia tak balik aku masak. Aku sabar lagi. Aku tak mintak duit pun masa tu. Sebab aku baru dinaikkan pangkat. Aku ada duit. Dia tak tahu. Aku hanya nak dia saja. Dia tak bagi pun duit. Kadang dia balik dia cerita dia gaduh dengan kekasih dia la. Aku dengar je walau s4kit hati. Aku cakap pujukla baik-baik.

Aku tak nak aku jadi macam terlalu marah dia walau hati ini s4kitnya Allah je tahu. Bulan berikutnya dia mula ambil barang kami dalam rumah untuk bagi kekasih dia. Dia mula mintak kereta yang aku bayar tiap bulan. Nama dia tapi aku yang bayar. Dia mula pkul aku. Masa tu aku mengandung. Aku keguguran. Aku dah bagitahu aku mengandung. Dia percaya itu bukan anak dia. Masa keguguran aku sedih sangat.

Aku ingat anak bole bantu die untuk kembali pada aku. Aku masa tu rasa sangat pedih, s4kit yang teramat s4kit. Sampai aku rasa nak bnuh diri pun ada. Makan panadol dua papan. makan ubat tahan s4kit 10 biji. Apa salah aku. Kenapa buat aku macam ni? Nasib Allah masih panjangkan umur aku masa tu. Kami terus tak sehaluan dan semakin jauh. Aku sangat kecewa. Dan dia masih tetap memaksa dan nak cerraikan aku.

Satu ketika, aku duduk di satu taman untuk tenangkan fikiran sebentar dengan bawa anak-anak. Masa tu ada hamba Allah ni tanya soalan yang buat aku terpina. Dah solat? Solat? Masa tu aku fikir dah lama aku tak solat. Lama sangat. Bukan ke syurga aku bawah telapak kaki suami aku? tak cukup ke.. Singkat sesingkatnya akal aku waktu tu.

Kadang Allah bagi ujian tanda peringatan. Kata dia. Orang tu terus balik tinggalkan aku terpinga-pinga. Tu je nak tanya? Aku tk nak fikir siapa orang tu. Aku fikir malam tu. Aku tak pernah berdoa kan. tak pernah tanya Dia.

Aku nangis sampai tertidur. Esok aku beli la buku solat. Aku buat solat Istikharah. Aku buang kejap masalah aku.Walau tak sangat tapi rasa ketenangan itu wujud. Masih lagi melayan gangguan pesanan ringkas dan panggilan dia yang mendesak kepejabat agama. Masih tak balik. Satu malam, aku terima pentunjuk. Masa tu dah dekat sebulan selepas aku mula dekatkan diri pada pencipta aku.

Petunjuk dalam mimpi tu menunjukkan dia bukan milik aku lagi. Aku tersedar dalam keadaan terduduk waktu itu masa bukak mata tanpa sedar. Bukan semasa baring. Aku anggap itula petunjuk dia bukan milik aku lagi. Kemudian, dalam pada itu aku hantar pesanan ringkas ke dia. Aku cakap. Kita jumpa di pejabat agama untuk proses percerraian. Dia kata ok.

Selepas beberapa hari kami ke pejabat agama, lalui sesi kaunseling dan sebagainya dan tak berjaya pulihkan keadaan kami. Dan seterusnya pada satu tarikh maka tal4k telah jatuh ke atas aku dengan t4lak satu. Keluar dari mahkamah syariah aku menangis sepuas hati. Melepaskan semuanya. Aku dah bergelar ibu tunggal selepas 8 tahun dalam perkahwinan.

Aku lalui 3 hari selepas bercerrai dengan bingung. Selepas 3 hari aku terima panggilan dari balai p0lis lagi kata dia di tangkap lagi. Aku beritahu aku bukan isteri dia dan biar kan dia di dalam tu. Aku bagitahu keluarga dia. Masing-masing kata biarkan die dalam pnjara. Selepas seminggu ntah macam mana dia keluar dari pjara , mencari aku nak rujuk. Apa? Senangnya.. mana kekasih kesayangan kau.

Kau dah aku panggil dia. Dia cakap tak nak susahkan dia? Apa??? kuat betol ddah tu permainkan akal kau kan. Aku dah tak mau ada apa-apa hubungan dengan kau. Sejak itu, die sering ganggu hidup aku kat rumah, di pejabat dan di mana saja. Aku terpaksa duduk uma sedara sini, adik sana, abang situ, balik kampung nak elak dari dia yang boleh dipanggilkan g1la t4lak tu.

Gangguan dia sangat extr3me sampai ada masa nak huns p1sau ke lehr aku kalau tak nak balik dengan dia. Report p0lis jangan cakapla. Banyak dah buat. Anak-anak. Aku terpaksa bagitahu keadaan sebenar kami. Aku serabut dengan perangai dia. Aku letakkan anak-anak rumah mak aku. Aku dah nekad. Aku tak nak terluka lagi. Aku sewakan rumah aku dan aku sendiri sewa di bilik sewa yang dia tak tahu aku dimana.

Aku tukar tempat kerja. Dia ganggu anak-anak aku di kampung. Tapi aku cakap kalau kau ganggu anak-anak aku larikan dan report balai. Dia tak ganggu la anak-anak. Sejak itu aku fokus pada kerja. Dia masih ganggu tapi dengan anak- anak la. tapi tak la melampau. Aku malas nak panjangkan cerita.

Aku nak fokus dengan kerja. Selepas itu dia ganggu nak jaga anak. Pada mulanya aku tak bagi. Tapi sebab die suka mengganggu, Aku bagi anak perempuan kami untuk dijaga olehnya. Sorang satu. berat hati tapi apa mampu aku buat. Hampir 2 tahun aku dah mer4na. Aku penat. Tapi sekali sekala aku ambil anak aku juga. Perjalanan hidup aku, aku teruskan dengan berkerja keras pagi malam.

hujung minggu. Kumpul duit belanja aku anak-anak, simpan sikit-sikit hingga aku mampu beli kereta sendiri, pergi bercuti sampai iluar negara. Di naikkan pangkat. Aku syukur dengan apa aku ada sekarang. Aku dengar dia dah kahwin dengan kekasih dia tu balik. Sejak itu anak aku tak dapat aku jumpa. Duit nafkah anak tak de pun dia bayar. Biarla Allah hitung kan nanti.

Tak guna tuntut jika tahu dia takkan bayar. Bukan tak pernah mintak. Duit Eddah dan Mutaah juga di tak nak bayar. Sebab kata aku curang. Dia dengan isteri baru dia macam-macam la kata aku. Emmm.. Bila dah banyak ambil ddah macam-macam benda bole buat cerita. Sampai sekarang pun dia masih buat cerita yang dia bercerrai sebab aku curang. Tak pela. Terima kasih terusan bagi pahala pada aku.

Nak tutup aib sendiri dengan buat cerita nak nampak dia baik. Aku malas nak gaduh lagi. Jadi aku biar kan jela. Selama aku dicerraikan, banyak hutang aku terpaksa tanggung sebab dulu dia kan berniaga, jadi semua nama aku. Dia? Mana nak bayarkan. Aku jual rumah flat aku juga untuk langsaikan hutang. Aku aku percaya pada rezeki Allah. Janji aku usaha. Aku usaha dan jalankan tanggungjawab aku pada anak dan mak aku.

Aku belajar serba sedikit agama. Dari satu tangga ke satu tangga aku meniti. Aku cuba bayar dan selesaikan satu demi satu hutang aku. Ya. saat jadi ibu tunggal ramai yang mengata dari membantu. Aku malas ambil kisah sangat. Adalah juga aku sedih. Sorang-sorang jalani semua ini. Tapi aku ada teman-teman yang baik yang selalu ambil kisah. Jadi, aku tak nak fikir sangat.

Bila mereka nampak bekas suami aku susah. Kerja macam-macam lagila aku yang dikatanya. Aku dah lalui s4kit yang semua tak rasa. Yalaa benda tu kan dah lepas. Mana orang ingat. Sampai ada keluarga sendiri pulau kan aku percaya kata-kata bekas suami. Pahala lagi. Aku malas nak fikir banyak tentang mereka bukan aku minta bantuan, duit pada merek pun selama ni.

Sekarang ni aku dah berkahwin dan ada rumah dan syarikat kecil-kecilan sendiri. Dapat suami yang baik dan terima aku seadanya dengan anak aku. Aku pastikan aku tidak lupa Allah dan cuba jaga perkahwinan baru ku ini sebaiknya. Menjadi keluarga yang bahagia ini kena seiring dengan tuntutan agama.

Pengalaman aku yang lepas banyak mengajar aku macam-macam untuk teruskan hidup. Betulla apa yang kita dengar selama ini. Peratus percerraian tinggi adalah sebab tak solat bukan sebab wang. Bila aku dan bekas suami pernah tiada pegangan agama maka rumahtangga sebahagia macam mana pun tetap akan runtuh. Aku bersyukur ada sahabat-sahabat yang memberi semangat.

Mak yang memahami aku dari mula. Bila aku dah senang sikit, aku tak pernah lupakan mereka. Tanpa mereka siapa aku sekarang. Jangan dekati ddah. Kebanyakkan susah kembali ke pangkal jalan. Bukanla semua. Tapi kebanyakkan. Jangan mudah percaya seseorang sangat. Setiap orang yang dengan kita tak kira siapa, perlu ada dalam diri sikap berhati-hati dan jangan mudah percaya.

Penting. Jangan all out bagi sayang dan cinta. Pastikan ada gab untuk kita. 80/20 or 90/10. Supaya bila kecewa tak la terlalu s4kit dan masih ada akal untuk berfikir. Jangan jadi macam aku. Yang pasti, kasih Allah tak pernah hilang. Tak pernah lelah walau kita banyak kali lupakan dia.

Harap cerita aku ni bole beri panduan pada semua. Zaman sekarang ni lagi banyak cabaran. Allah je boleh bantu dan guide kita.. Aku bersyukur Allah bagi aku peluang lagi tuk kenal Dia. Terima Kasih baca.. – Aralyn (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Asyika mitra – Masa mula2 baca confession tu rasa kesian kat tt, tapi bila baca part serahkan anak pompuan kat suami tu sy dah bengang dha.. Mls nak baca dah,… Seriously tak paham la nape pompuan ni kdg2 amik keputusan b0 doh sgt…

as a parents, takda benda yg penting dr keselamatan anak2 kita. Sy nak blk rmh mak pun, angkut sekali anak2 sy walaupun mertua jaga mrk dgn baik, ini kan pula ex husband yg drvg add1ct, kaki pkul lg.

Permaisuri hati – Takutnye dgn nasib anak perempuan tu. Dah xkisah dah cerita yg lainnye.. Skang point nye nasib anak perempuan puan tu .. Takut kena jual ke..apa2 ke.. xgamak nak sebut..
Mak x risau ke mak.. idup dah ok tu.. rasa boleh dah cari n tuntut hak penjagaan.. atau hak penjagaan mmg dah pd puan tp sbb laki mintak haritu terus bg sbb xnak bising ke.. lg sng. Tinggal cari je n ambil balik.. Pleasee..

Zairulhusni wan – Bila sampai perenggan serah ank pada ex suami, cerita lain mcm perasaan confessor, kena lempang n etc dah xpenting dah..harung lah sb itu pilihan puan berkali2..cuma 1 je, semua org kat sini concern psl ank ppuan Tu..tlg dgr nasihat semua org disini ttg perkara yg sgtttt penting n confessor terlepas pandang, ANAK PPUAN. Tlg la ambil blk. Pastu xperlu buat confession 2 nak rasional ape2 dah..selesai dl bab ank ppuan Tu baru cerita blk.

Sumber IIUM