Nmpk ayah kutip duit syiling, bila jump RM10 ayah cium duit tue. Aku terdiam. Patut ibu byk berubah.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualikum admin dan semua pembaca IIUM Confession. Saya gadis di penghujung 20an dan masih belum berkahwin.

Tertarik untuk luahkan tentang p0li gami dari pandangan anak anak, ye lah selalu yang kita baca dari suami isteri kan.
Ayah berkahwin kali kedua semasa semua adik beradik di sekolah rendah. Sebelum perkahwinan kedua, boleh dikatakan keluarga kami keluarga bahagia, zaman kanak kanak saya dan adik beradik memggembirakan macam orang lain.

Semua berubah 100% bila ibu tahu ayah sudah bernikah dengan yang kedua. Pergaduhan pertama dan paling teruk pernah saya nampak dalam keluarga kami. Ibu kejut kami suatu pagi dan tanya, nak ikut siapa, ayah atau ibu? Kami adik beradik terdiam.

Ayah cuma suruh mandi dan turun bawah belajar untuk peperiksaan pertengahan tahun. Kami belajar di bawah, tapi masing masing diam sambil air mata berlinang. Dengar ibu hempas pintu, baling handphone ke dinding dan macam macam lagi.

Itu permulaan bagi sepuluh tahun kehidupan selepas itu yang kami adik beradik sifatkan macam neraka. Bangun pagi dengan jeritan dan m4kian ibu, ya ibu banyak berubah. Dulu ibu seorang yang lembut, walaupun wanita bekerjaya tapi jarang kami dimarah tanpa sebab.

Kami adik beradik mula diajar membuat kerja rumah tetapi dengan m4kian dan pukvlan. Kadang kadang ibu m4ki tanpa sebab dan pernah jerit kata muka saya buruk macam tahi. Tidur malam tak pernah lena mendengar ibu dan ayah bergaduh dalam bilik. Ayah tak cukup duit. Adik bongsu baru lahir dalam keluarga kami, keluarga sana pula anak sulung lahir beberapa bulan selepas itu.

Saya lihat ayah kutip duit syiling di celah almari dan bila terjumpa RM10, ayah cium duit itu. Kami ditukarkan sekolah, dari swasta ke kerajaan. Di sekolah, saya semakin hari semakin pendiam. Murung. Kawan- kawan baik semakin lama semakin jauh.. Berbelas tahun berlalu.

Cukuplah saya ceritakan separuh dari apa yang berlaku. Kami adik beradik sudah dewasa. Semua dihantar ke asrama dan alhamdulillah kami dapat merasa hidup lebih gembira dengan kawan-kawan. Keadaan ibu juga semakin baik. Kewangan ayah ibu semakin stabil. Cuma, entahlah. Semakin saya besar semakin kuat tr4uma yang saya hadapi kesan dari waktu kecil itu.

Pernah waktu saya basuh pinggan di dapur saya dengar suara ibu menangis. Macam macam saya fikirkan, kalau kalau ibu bergaduh lagi dengan ayah. Saya habiskan membasuh dan terus cari ibu, tetapi ibu okay. Ibu sedang menonton drama di tv dan tiada kesan baru lepas menangis. Rupanya apa yang saya dengar cuma imaginasi.

Dalam percintaan, saya jadi takut. Sebab saya fikir lelaki sebaik ayah pun akan kecewakan kami. Bila pasangan buat saya sedih walaupun atas sebab remeh, saya terus memilih berpisah. Sebab saya takut, makin saya sayang makin saya akan dikecewakan. Jadi untuk tidak mengecewakan sesiapa lagi saya pilih hidup sendiri beberapa tahun kebelakangan ini.

Ibu ajar kami hidup tanpa bergantung pada ayah. Dari segi perhatian, masa, kewangan dan macam macam lagi. Cuba tanya betul betul lelaki yang berp0li gami, mereka akan jawab yang ia sangat sangat penat. Waktu raya bahagi hari untuk balik tiga kampung, tiga negeri berbeza.

Tuntutan kerja saja dah menyebabkan ayah memandu jauh setiap hari, apatah lagi untuk balik ke dua buah rumah yang jauh tempatnya. Penat mencukupkan keperluan anak – anak, beberapa orang di universiti, di asrama penuh dan di sekolah rendah. Ayah seorang ayah yang baik, dan ibu pernah kata apa yang berlaku ayah anggap satu kesilapan yang tak dapat diundur, sebab ia datang dengan tanggungjawab iaitu anak – anak.

Akhir kata, saya minta pembaca doakan masalah tr4uma dan ketakutan untuk berpasangan akan kurang dan saya akan berkahwin satu hari nanti. Saya tak salahkan ayah atau ibu atas apa yang terjadi, semua manusia buat kesilapan. Buat para lelaki, fikir lah sebaiknya.

Saya pernah jumpa beberapa rakan dibesarkan dalam keluarga berp0li gami dan mereka juga berkongsi perkara yang sama. Takut berkahwin sebab apa yang kami nampak berbeza. Buat yang perempuan, tiada yang indah menjadi orang ketiga. Takkan pernah sama dengan isteri pertama. Dan, moga moga saya dan pembaca lain juga dijauhkan dari bertemu jodoh dengan lelaki yang dah berpunya. – Cik S (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nurul izzah – Agreed! Feel you adik… tp alhamdulillah Allah swt dh kurniakan byk rezeki kpd saya dan keluarga semakin sy dewasa. Bila2 dh tua ni lagi nmpak hikmahnya. Peringatan untuk diri sendiri. Maka nikmat TuhanMu yang mana yang kamu dustakan? Good luck adik. There always rainbow after rain.

Naazhira aziz – Ibu tt jd mcm tu sbb ayah. Bkn smua prpmn ckup kuat, ckup iman, ckup tabah utk diduakan, ditiga atau diempatkan. Prmpm ni bila bhgia, dia ak jd sebaik2 umat, tp kalau dia derita, abis smua disekelilingnya turut derita.

Sbb tu org kata jntung dlm rumah tngga iala istri @ ibu sbb kalau istri bhgia sudah pasti ank2 bhgia, suami apatah lagi. Bkn sngja ibu tt, bertndak atau berkata yg kesat. Itu dtg dr tekanan. Nnti bila tt dh jd istri, dh jd ibu..tt akn fhm. Moga tt jd sekuat2 wnta. Tabah luar dan dalam.

Faizin shamsuddin – Dari sudut penceritaan confession nampak macam ayah penulis seorang yang sangat baik, manakala ibu penulis ialah seorang yang tak dapat menerima kenyataan suaminya berp0li gami. Perlu diingatkan bahawa dalam undang-undang keluarga Islam, suami memang ada hak berp0li gami dan isteri tak boleh meminta fasakh hanya kerana suami berp0li gami.

Perlu dibuktikan keculasan suami menjalankan tanggungjawab dan jika betul, barulah hakim boleh memutuskan untuk memisahkan (fasakh) pasangan tersebut. Sebanyak mana pun testimoni keluarga p0li gami yang kalian baca, testimoni keluarga mon0 gami yang berantakan pun banyak juga. Tak perlu salahkan sesuatu yang Tuhan telah syariatkan. Ayah aku pun berp0li gami juga.

Ustzh yong – Saya juga pernah mengalaminya. Saya tanamkan dlm diri saya mampu jadi seperti ibu yang tabah bila berkongsi suami dgn adik angkat sendiri. Bertahun2 saya memasakkan dlm minda.. saya mampu utk menerima sekiranya suami berkahwin lain.. tapi rupanya berpuluh-puluh tahun saya hanya menyediakan minda utk berp0li gami, bukan menyediakan emosi.

Lantas bila Allah beri ujian yang sangat sedikit dlm rumah tangga saya, saya kembali muhasabah diri. Berkongsi suami bukan mudah dan memang tidak mudah. Wpun minda saya menerima tapi emosi saya tidak kuat utk berkongsi kasih.. akhirnya saya akui… Saya tidak sekuat ibu saya. Saya membesar dlm suasana petir getir keluarga berp0li gami.

Telinga kiri utk ayah, telinga kanan utk emak. Sudut pandang lelaki dan perempuan saya terima. Namun saya tak mampu berkongsi suami. Semoga suamiku menjadikan aku satu2nya isteri sepanjang hayatku. Maafkan Su abang.. Su tidak mampu berkongsi abang dgn wanita lain selain ibumu dan anak2 kita.

Sumber IIUM