Lps ayah mnnggal. Adik bradik abah dtg amik semuanya. Mak trkejut xsngka. Tindakn paklong aku kenang selamanya.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Namaku Ilya. Asal Perak. Aku anak sulung dari 5 beradik. Mak aku surirumah. Abah kerja company swasta. Hidup kami bahagia sehinggalah umur aku 9 tahun.

Abah disahkan mennggal dunia akibat jantung. Kami hilang tempat bergantung. Mak aku tak kerja, time tu aku baru DARJAH TIGA, dan adik bongsu aku baru umur setahun lebih! Jadi, di sinilah erti hidup bermula. Semua pakcik makcik aku sebelah abah terus tak hiraukan kami. Mereka ambil rumah yg kami diami tu, termasuklah kereta aruwah abah.

Dulu ketika abah masih hidup, kami semua rapat sangat-sangat, sehinggalah abah mennggal, mak pun tak sangka mereka sanggup buat macam tu pada kami. Kebetulan, abah mennggal secara tiba-tiba, tanpa mennggalkan sebarang wasiat, dan untuk pengetahuan pembaca semua, duit KWSP aruwah abah aku pun hampir mereka sapu (sebab abah aku tak letak penama).

End uplepas campur tangan abg mak aku, barulah kami dapat apa yg sewajarnya dapat (walaupun sikit, kami tetap dapat) Sejak dari itu, abg mak aku iaitu paklong aku, terus bawak kami anak-beranak balik tinggal di kampung asal mak aku, di Kedah. Paklong dan maklong yg sediakan makan pakai kami.

Mereka yg menjaga kami sejak arwah abah mennggal, dari kecil sehingga sekarang, umur aku dah 26 tahun, dan adik bongsu aku dah 18 tahun. Pakcik makcik sebelah arwah abah? Langsung tak hiraukan kami. Paklong dan maklong aku kerja kerajaan. Mempunyai anak 3 org. Tapi, mereka jaga aku dan adik-adik aku macam anak mereka sendiri. Mereka jaga kami yg anak yatim ni.

Pergi sekolah, mereka yg hulurkan duit. Makan pakai mereka yg sediakan. Paklong aku siap bina satu rumah sebelah rumah nenek supaya mudah dia nak jaga kami. Duduk dekat-dekat senang katanya. Maklong aku langsung tak bantah bila suami dia dahulukan kami. Malah dia support suami dia utk jaga kami. Anak-anak Paklong aku pun baik sangat-sangat.

Pernah adik kedua aku cerita, ketika mereka di sekolah, duit makan adik aku hilang, jadi anak Paklong aku yg hulur duit kat adik aku utk makan (masa tu aku dah naik sekolah menengah, mereka masih di sekolah rendah). Serius aku cakap, family Paklong aku sangat-sangat baik, dari bapak sehinggalah ke anak bongsu, semua baik!

Mereka membela anak yatim. Dari aku sekolah rendah, sampai sekarang aku dah kerja, Paklong and maklong aku tetap ambil berat pasal aku. Aku sambung Diploma, Degree dan Master, semuanya guna duit Paklong maklong aku. Dia langsung tak berkira kalau bab pelajaran. Adik-adik aku masuk universiti pun, dia yg tanggung.

Mak aku? Mak aku ada. Bukan dia tak kerja. Dia pun kerja sebagai penoreh getah. Mak aku pun sara kami. Tapi banyak yg Paklong and maklong aku topup bagi pihak mak. Mak aku beruntung dapat abg dan kakak ipar yg sangat baik (langsung tak berkira dgn anak yatim).

Dan skrg, Alhamdulillah, lepas aku habis pengajian Master, aku terus dapat kerja dan sekarang aku pulak yg sara adik-adik aku. Aku dah boleh balas jasa Paklong and Paklong aku sikit-sikit. Nak tahu apa yg Paklong and maklong aku dapat sejak dia membela anak yatim? Allah maha Kaya, rezeki mereka melimpah ruah. Naik pangkat sangat mudah, dan anak-anak mereka pun sangat berjaya sekarang.

Dan sekarang, paklong dan maklong aku telah pun bergelar Datuk Seri, diatas segala pengorbanan dan contribution mereka ke atas negera, mereka dapat pangkat dunia, dan diatas semua pengorbanan mereka ke atas anak yatim, Allah naikkan darjat mereka, semua org menghormati mereka tanpa ada yg mencela, sehingga satu saat aku pernah ke kawasan pedalaman di Kedah, aku pernah dengar org kampung memuji Paklong aku atas keprihatinan beliau ke atas rakyat.

Allahuakhbar, aku sangat bangga walaupun org kampung tu tak kenal pun aku sebenarnya anak saudara kpd Paklong aku. Paklong and Maklong aku bukak account ASBloanfinancing dekat kami lima beradik. Tahun pertama, mereka bayar. Tahun kedua, kami sendiri bayar guna dividen. Ada ka manusia yg sebaik Paklong Maklong aku di dunia ini?

Bayangkan kalau seorang buat loan 100k, lima org dah berapa k kena bayar utk tahun pertama? Itu belum masuk ASB anak-anak mereka lagi. Allahuakhabar. Betapa mulianya mereka. Aku masih ingat, ketika aku nak sambung Master dia Shah Alam, aku kena cari rumah sewa. Masa registration, Paklong and Maklong aku yg hantar aku, dia jejak ja dalam rumah sewa tu, dia terus tak berkenan.

Sebab apa? Sebab rumah tu dekat tingkat 11. Lift pun ada 3 jer, itu pun satu dah rosak. Plus ramai foreigners dekat flat tu. Safety memang zero. End up, Paklong aku call kawan dia, mintak tolong cari rumah sewa lain, and Alhamdulillah, aku dapat rumah sewa baru. Fully furnished, ground floor lagi, sewa mahal sikit la.

Tapi Paklong and Maklong aku terus tulis cheque RM10,000 utk owner tu, lepastu cakap “Kakak belajaq ja, tak payah pikiaq pasal rumah, abah dah settle) – Aku panggil Paklong and Maklong aku : abah and mama – Allah, mulianya hati mereka. Patutlah rezeki limpah ruah. Langsung tak berkira dgn kami anak yatim.

So, kepada pembaca semua. Bantulah mereka yg susah especially anak yatim. Allah akan naikkah darjat anda. Paklong and Maklong aku dulu bukan org senang. Tapi semenjak mereka menyara kami adik beradik dari tahun 2001, sampailah sekarang, tahun 2018, pelbagai anugerah yg mereka peroleh, rezeki tak henti-henti, dtg bergolek, dan Alhamdulillah, mereka still humble, down to earth, tak riak dan masih menjadi idola utk aku dan adik-adik.

Buat Paklong dan Maklong, nama kalian sentiasa yg teratas dalam doa kakak dan adik-adik. Syurga buat kalian. Kakak, adik-adik dan mak sayang abah dan mama dunia akhirat. pasal keluarga sebelah aruwah abah aku. Mereka terdiri daripada 8 org lelaki, dan seorang saja perempuan. Aku pun tak pasti apa jadi dekat mereka, tapi yg aku tahu, daripada 9 beradik, sekarang cuma tinggal 4 beradik saja.

Yg lain semua dah mennggal dunia sebab peny4kit. Yg perempuan tu tak kahwin sampai sekarang. Andartu maksud kata lainnyanya. Frankly speaking, aku tak tahu nak cerita apa pasal mereka, sebab kami memang total lost contact. Yg bercerita pasal mennggal dunia tu pun, ex jiran aku yg call bertanya khabar dekat mak aku. Dan mak aku tak suka membawang, so kalau jiran call, memang tanya khabar jela.

Tak lebih dari tu. Kalau aku nak cerita pasal mereka, aku kena ubah tajuk jadi “Balasan Makan Harta Anak Yatim” hehe.
Mengenai Paklong dan Maklong aku, mereka bukan wakil rakyat. Maklong aku cikgu. Dari jadi cikgu biasa, sekarang dah naik pangkat jadi Penolong Kanan. Paklong aku pula, orang kampung panggil raja tanah haha sebab beliau kerja bahagian tu.

Time raya, Paklong aku selalu cakap takmau cuti lama-lama. Sebab ramai orang balik kampung time raya saja, time itulah mereka nak urus semua masalah tanah dekat pejabat tanah. So kalau pegawai cuti, siapa nak sign dokumen-dokumen tu semua? Kalau tak sign, macamana masalah tanah nak settle? Oleh sebab itulah, Paklong aku jarang cuti raya lama-lama. Paklong aku kerja dekat daerah lain. Bukan daerah kampung aku.

Tapi kadang-kadang, orang kampung aku pun datang rumah Paklong aku tanya mengenai masalah tanah. Ambil advice kata orang. Sebab tu orang kampung sayang sangat kat Paklong aku, sebab beliau memang suka tolong orang. Untuk pengetahuan semua, aku pernah menunaikan umrah pada usia 24 tahun. Ya, aku pergi dengan Paklong dan Maklong aku. Mereka yang ajak. Mereka sponser semua. Allah, betapa dasyatnya rezeki mereka.

Aku ingat lagi, aku sambung Degree dekat Dungun. Bayangkanlah, Kedah ke Dungun berapa jam baru nak sampai. Paklong and Maklong aku yang hantar aku register. Mereka drive pergi dan balik, sanggup ambil cuti sebab nak hantar aku belajar. Padahal mereka busy. Time aku convo tak payah cakap la, mereka pi sampai dua buah kereta, Paklong aku bawak dari nenek aku sampaila mak saudara yg lain, semua ikut.

Punyala nak meraikan hari bersejarah aku. Time adik aku pun sama, mereka yang hantar adik aku sambung mengaji dekat kolej swasta, yuran semua mereka yang tanggung. Siap tolong belikan motor untuk adik aku ulang alik ke kelas. Mereka sangat pandai urus kewangan. Aku pun belajar dari mereka. Macamana nak menyimpan di usia muda macam aku. Semua mereka ajar.

ASB tu sangat membantu kita sebenarnya. Tapi bila dah makan tahun, duit dalam ASB dah beranak, jangan lupa keluarkan zakat. Tu pesan Paklong aku. Jangan ingat semua tu duit kita. Dalam duit kita, ada hak orang lain. So, beringatlah. Mak aku bukannya tak segan dengan Paklong aku. Pernah suatu hari, mak aku cakap nak keluarkan simpanan dia, nak bagi Paklong aku sebab yela abang dia tu dah banyak sangat bantu kami.

Tapi Paklong aku marah. Beliau cakap “Hang simpanla duit tu, nanti kalau aku m4ti, aku boleh m4ti dengan tenang sebab hampa dah ada simpanan elok”. Mak aku menangis terharu yakmat. Sebab tu kalau anak-anak Paklong aku demam, mak aku yang kalut. Tuam kepala la, masak bubur la, bagi makan ubat la, semua mak aku buat.

Anak-anak Paklong aku pun walau belajar jauh-jauh, sebulan sekali mesti call mak aku tanya khabar. Alhamdulillah, walau kami tak mampu balas dengan duit, at least kami balas dengan kasih sayang. Tahun depan aku bakal mendirikan rumah tangga. Itupun Paklong aku yang kalut atur itu atur ini. Bulan lepas beliau dah transfer duit kenduri RM20k dekat aku utk prepare kenduri.

Maka nikmat Tuhan yang mana mahu kamu dustakan? Sampai aku nak kahwin pun beliau ambil tahu. Sebelum beliau setuju nak bagi aku kahwin, beliau tanya dulu “Boyfriend kakak pernah jerkah kakak dak?” Itulah Paklong aku, betapa dia sayang dekat kami, sampai macam tu sekali dia jaga kami. Beliau takmau orang sakiti anak-anaknya.

Aku 5 beradik – 4 perempuan, sorang lelaki. Yg lelaki tu la banyak tolong Paklong aku. Dia banyak tolong Paklong aku uruskan kebun-kebun, pokok getah, uruskan kereta, rumah, and ubat-ubat Paklong aku. Kami tak mampu nak balas segala kebaikan Paklong dan Maklong aku, hanya Allah yg dapat membalas, tapi kami tetap akan menyenangkan mereka, in shaa Allah.

Kami takkan lupa segala jasa dan pengorbanan mereka. Jika mahu aku senaraikan satu-satu kebaikan Paklong dan Maklong aku, satu lembaran ini tidak cukup untuk aku tulis semuanya. Ini confession aku yang terakhir. Jadi jangan cepat berputus asa atas dugaan yg Tuhan berikan. Akan ada orang yg Allah utuskan untuk membantu kita bangkit.

Buatlah kebaikan di dunia, kerana di akhirat pelbagai ganjaran yg menunggu kita. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan Paklong, Maklong dan keluarga aku, semoga doa kalian melantun kepada kalian juga. – Ilya

Reaksi warganet

Azie yanty – dari confession hari tu sampai yang ni,menitik air mata baca..alhamdulillah sy pun bertuah seperti confessor,ramai yg mengambil berat dan peduli tentang kami..semoga Allah mengurniakan darjat tertinggi dan pahala berganda utk makcik2 dan pakcik2 saudara sy yang banyak membantu meringankan urusan kami semua selama ini.

Aisya saad – Terkesannya cerita ni. Dari part 1 lagi. Kalau ikut gaji cikgu and pegawai kerajaan berapa la sgt. Tp hati dia sgt mulia. Moga kita semua ada hati yg sgt2 mulia ni. Good for u and yr siblings pandai balas jasa. Moga Allah selamatkan kalian dan beri hati suci murni pada keluarga kita semua.

Rosida yusuf – Terharu membaca bingkisan tentang kebaikan yang memberi dan yang menerima…saya menangis…Allahuakbar. Betapa besar kurniaan Allah kepada hamba2Nya yang ikhlas memelihara dan membesarkan anak-anak yatim.

Semoga confession adik ini bakal menjadi contoh tauladan yang baik kepada waris-waris di luar sana agar tidak lagi mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap sesiapa yang memerlukan. Setiap pertanggungjawaban akan disoal di akhirat nanti.

Sumber IIUM