Lepas laki kantoi, aku buat report. Minta fasakh. Suami rayu minta maaf, aku diam smbil tgn je brjalan.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi assalamualaikum. Nama aku Marlia. Panggil aku Lia. Tak kiralah Lia ke kak Lia ke. Ikut sukalah. Tapi aku suka bahasakan diri aku kak Lia.

Tapi kat sini aku bubuh aku je lah ye. Aku tulis ni bukan nak buka pekung di dada apatah lagi nak aibkan orang. Nauzubillah. Bukan cara aku nak aib kan orang. Cuma aku nak isteri isteri kat luar sana tahu hak diorang dan apa tindakan dorang boleh buat terhadap vavi vavi yang cuba menyondol suami depa tu. Aku nikah 2016. Masa tu aku baru lepas putus cinta dengan mamat bunga dari utara tanah air.

Aku masa tu taknak nikah pun. Tapi dah mak aku meratib siang malam suruh aku nikah sebab mak aku nak nasib aku terbela. Yelah mak ayah aku makin tua. Siapa nak jaga aku. Betul dah nawaitu mak aku tu. Tapi masa tu aku cam muda lagi. So aku cam tak setuju. Tapi dah mak aku nangis nangis semua tu. Aku pun terpaksalah anggukkan.

Tak sampai hati kot tengok mak nangis. Aku ni dah lah pahala pun kurang. Buat baik pun jarang. Tiber nak bagi mak nangis siang malam. Tempah neraka betul. Last last aku angguk je la dengan siapa mak aku nak jodohkan. Aku percaya mata orang tua ni mata yang terbaik. Manusia yang akan bertarung ny4wa untuk aku tentunya mak aku. So pilihan pertama aku reject walaupun dia pegawai Felda.

Aku reject sebab aku rasa dia asyik tanya pasal kebun dengan tanah ayah aku je. ah jadahhh. Mak aku atur pulak dengan anak sedara kawan dia. Kire sedara jauh tah cemana aku pun tak pandai susun. Yang aku tau kalau ikut pangkat, kitorang ni 3 pupu. Yang kalini aku setuju. Setuju tu pun bukan setuju sangat.

Satu aku kesian tengok mak aku menggagau cari jodoh kat aku. Pastu mak aku cam meratib suruh aku nikah. Takut takde orang boleh bela aku. Aku pulak rasa, macam ok je kalau aku hidup sorang sampai tua masa tu. Tapi tulah. Lepas istikharah, aku mimpi mak lelaki tu bagi aku gari emas. So aku pun terimalah sebab aku nampak gari emas tu besau. kakakaka. Tak lah. Aku kire tu lah jawapan istikharah aku kot.

Maka aku pun selamat lah bernikah. Laki aku ni kerja pasar malam je. Kire takde masa lah nak honeymoon ke apa. Maka startlah disaster dalam hidup aku. Aku takleh adapt dengan cara kerja laki aku. Setiap manusia diberi 24 jam. Laki aku kerja 20 jam. 4 jam je kat rumah. Dari 12 tengah hari sampailah 4 petang. Yang lain kerja. Tidur pun time kerja. Masa dengan aku takde.

Nak bercinta dan nikmat berkasih sayang langsung takde. Murung weh hidup aku masa tu. Dapur tarak, apa pun tarak masa tu. Makan macam kucing. Laki aku gayut dekat pagar je pagi dengan tengah hari. Pastu aku amik je la. Then aku lekat anak sulung aku. Tapi tak lama 7 minggu je. Lepas tu aku gugur. Disebabkan kecuaian laki aku bertangguh aku suruh pasang kepala paip ke mesin basuh.

Aku pulak gigih pergi angkat tak silap aku 7 baldi air aku masuk mesin tu. Aku serba salah weh. Tak basuh, baju laki aku niaga ikan kot. Tau je la bau camne. Dengan basah lagi. Risau taik lalat je. Then gugur. Dua bulan lepas tu aku lekat lagi. Dan kalini aku selamat melahirkan seketul puteri yang sangat comel dimata aku. Tapi kalini pun gembira kami tak lama.

Suami aku kena buang kerja sebab dia cuti lama since anak aku kena prolonged j4undice. Menggagau kami cari makan minum susu pampers anak. Aku tak mampu nak susukan anak aku sangat sebab anak aku besar. Memang brape kali tah nak pitam. Dah pulak tu anak aku jenis allergic teruk. Makan ayam tak boleh ikan tak boleh. Kire kalau orang pantang 44 hari untuk pantang makan.

Aku pantang makan sampai 6 bulan. Susu anak aku dalam 70-80 setin. Aku tebal muka mintak idea dari mak ayah aku. So mak ayah aku serahkan 30 ekar sawit untuk laki aku uruskan. Kire ambik upahlah. Dari situ, orang kampung pun berminat nak pakai laki aku suruh uruskan kebun dorang. Lepas beberapa bulan, rezeki makin mencurah curah.

Laki aku slow slow buka perniagaan sendiri. Sampailah tahun lepas perniagaan laki aku mencecah puluh k sebulan. Then aku bersalin anak aku yang kedua. Disini bermula ujian paling hebat Allah bagi dalam hidup aku. Sepanjang aku mengandung aku urus semua keluar masuk stock. Tapi dah bersalin kan. Aku cutilah 4 bulan.

Pastu dengar lah soseh soseh ipar duai aku kata aku kulikan mak aku jaga anak anak aku. So aku lajak lagi cuti sebulan lagi. Total aku cuti 5 bulanlah. Nak masuk je kerja aku tengok ada pompuan. Aku tergamam. Laki aku langsung takde cakap pape kat aku. Aku terus mintak laki aku berhentikan pompuan tu sebab aku tak suka. Dan aku memang ada trust issue bab duit ni. Tapi laki aku jerkah aku.

Jerit dekat aku kata aku penghalang dia. Buat semua benda tak boleh. Aku bukan apa, aku tengok kakak dia bisnes ratus ribu. Takde pun nak pakai kerani bagai. Dia pulak gelabah nak pakai kerani. Bisnes sales puluh ribu pun kalau dah tanggung gaji pekerja ramai ramai mana nak nampak untung. Untung terletak berapa banyak sales masuk bukan pada bilangan pekerja.

Alah kedai kampung buat apa lah pakai kerani. Makin lama aku makin heran dengan sistem pengurusan suami aku. Semua dia serah dekat kerani dia bulat bulat. Aku dah macam mula tak sedap hati. Aku bimbang kalau suami aku terlalu percaya, mesti akan ada kes duit punyalah. Yang ni aku dapat baca. Puas m4ki pun sudah, pujuk pun sudah.

Suami aku tetap taknak berhentikan kerani tu. Sampailah satu hari kerani tu tanya aku. Kalau suami aku tinggalkan aku, aku boleh hidup ke?. Aku pelik. Jadah tanya sampai ke situ. Ah ni lain dah ni. Aku gebang je laa. Aku ni memang jenis sembang nak A je. Sebab aku nak tengok hati orang tu. Kalau hati orang tu bersih, walaupun dia meluat tapi dia takkan tunjuk.

Kalau jenis tunjuk irritate ni memang senang lah nak detect dia tu ada niat lain. Then aku duduk kat office laki aku. Aku kata aku nak urus duit. Actually aku dah dapat baca, at the end keje aku membongkang je tidur kat office tu. Sebab laki aku ni singgit pun akan mintak balek. Tapi since nafkah aku dah 4 bulan tak berbayo, aku nekad aku nak tau apa masalah syarikat laki aku ni sebenarnya.

Bukan aku tak tau kedai tu penuh dengan orang. Tapi kemana duitnya? jeng jeng jeng…. Aku istikharah. Mintak Allah tunjuk kat mana lompang. Then aku jumpa resit orang hutang berlambak lambak. Aku kire ada 10k kot. Aku tanya kenapa tak mintak. Semua lepas tangan. Then a few days later, kerani tu cuti dalam 5 hari. Aku bongkar semua.

Aku tengok gaji dia yang sepatutnya 600 (aku ulang kedai aku kedai dalam kampung ye) jadi 1000. Aku semak inventory satu kedai. Ada a few product yang tak masuk pun dalam sistem. Nilai barang 200++ per barang. Aku terduduk. Bdoh sangat ke laki aku sampai rm 1 mintak dengan aku tapi beribu short dia tak sedar?

Aku semak lagi gaji pompuan tu sampai aku dapat total short RM 700++. Aku tunjuk dekat suami aku. Suami aku setuju untuk berhentikan dia kerja. Tapi duit masih tak tally. Masih terumbang ambing. Aku pun tak tau silap dekat mana lagi. Dalam pada tu aku dapat tahu cubaan cubaan musuh nak hancurkan suami aku. Nak rembat pekerja dan nak rembat pelanggan suami aku.

Aku makin resah. Ya Allah, apalah lagi yang tak kena. Dari awal aku dapat rasa ada yang tak beres. Aku tanya suami aku, suami aku ada perempuan lain ke?. Kotlah aliran tunai ni pergi ke perempuan lain kan. Mana lah tau. Tapi suami aku m4ti m4ti cakap takde. Bukan dengan aku je. Dengan mak ayah aku pun dia kata macam tu. Siap kata aku je berperasangka dan curiga. Kitorang pun iyekan je lah.

Then mak aku asyik tekan aku cakap aku yang banyak fikir lah segala. Tapi aku tak tau kenapa. Firasat aku cakap memang ada perempuan lain. Tapi siapa? kerani ke? Takkan kot. Sebab kerani tu dah tua. Lagipun suami aku suruh aku pakai purdah, jubah pun jubah hitam je. So maknanya takkan lah dia suka kerani yang pakai seluar ketat dan tshirt lengan pendek. Tak boleh jadi.

Tak mungkin. Fikir ku. Puas aku google macam macam. Cara nak check phone suami lah apaa lah. Macam macam lah aku check. Last last aku jumpa cara untuk copy whatsapp suami aku masuk phone aku. Sebab suami selalu tuduh aku tak percaya dia kalau aku minta phone dia. Alasan suami selalu pakai habis battery. Aku tengok elok je toktektoktek.

Eh tak boleh jadi ni. Aku buat solat hajat. Minta bantuan Allah dalam segala hal. Dan disinilah kejutan yang Allah bagi sampai buat aku terduduk. Aku yang konon dah sedia sangat tu tetiba lemah lutut. Longlai. Satu perempuan yang kenalkan diri sebagai Lin call aku. Dia kata dia kawan suami aku. Aku terkejut, sebab aku tak pernah tahu pun.

Ape tak cukup ke isteri untuk luahkan perasaan? Kenapa nak berkawan lagi? Lin cerita dia janda anak dua dari bandar pusat bandar J. Suami aku berhubung dengan dia lebih setahun. Lin kata dia suka kawan dengan suami aku. Suami aku selalu tanya dia dah makan ke belum. Selalu ambil berat pasal dia. Dia pun cakap ramai sangat lelaki minat dekat dia.

Tapi dia takut nak nikah sebab takut jumpa lelaki yang kecewakan dia lagi. Aku tanya suami aku, siapa lin?. Suami aku kata Lin ni nak hancurkan rumah tangga aku. Aku termakan cakap suami aku. Aku nasihatkan Lin supaya jangan bangga kalau lelaki minat. Itu tanda kita kerap terlihat. Aku suruh dia block suami aku. Dia pulak suruh aku pakai hp suami aku block no dia.

Aku hairan. Menggagau betul ke laki aku cari dia? Atas nasihat pekerja aku, pekerja aku kata biasalah bisnes tengah naik memanglah banyak perempuan yang kacau suami aku. So aku pun block je Lin dan buat kerja macam biasa. Sampai lah 5/10 baru ni, kebetulan barang aku beli online sampai. Tapi tempat nak ambik tu jauh.

So, aku kerja separuh hari. Ambik mak dan anak anak, then pergi ambil barang. Pastu aku straight jelah balik kedai bawak anak anak. Konon nak jumpa dengan bapak dorang. Sampai je kedai, suami aku sambut macam biasa. Cakap nak bawak anak aku pergi naik bas sekolah pusing pusing. Pastu aku buka lah yang aku belajar cara nak copy whatsapp ke phone aku tu.

Aku bukak je terus naik nama Lin. Laki aku hantar berkeping gambar anak aku dengan dia dalam bas tu. Perempuan tu bahasakan diri dia sebagai mama Lin kat anak aku. Allah hancurnya hati aku masa tu. Nak turun je bas tu laki aku buat voice note, “jap lagi whatsapp Lin. I love you!”. Aku tak cakap banyak dah. Laki aku turun je bas. Aku rampas terus phone.

Aku bukak whatsapp dia terus aku tayang kan bukti yang aku dapat. Aku ambik laptop dan printer aku, isi dalam kereta. Suami aku tak terkata dah masa tu. Phone suami aku. Aku tak pulang. M4mpos dia. Perkara pertama aku buat aku report polis. Aku report perempuan tu atas alasan mengganggu rumah tangga aku. Then aku call mak mertua aku. Aku cerita semua.

Aku pesan dekat mak mertua aku agar suami aku jangan balik haritu. Balik rumah aku semak phone suami aku. Aku selongkar habis. Alangkah terkejutnya aku ada lebih 20 keping gambar lin. Dan ada diantaranya gambar lin tu tak pakai baju hanyalah baju dalam saja. Apa pose dia tak bagi suami aku you name it. Semua ada.

Hati aku berderai. Terus hilang rasa sayang pada suami aku. Aku tengok first gambar yang dihantar dengan baju dalam berwarna merah, 17 March. Maksudnya waktu tu aku baru bersalin anak aku yang kedua. Alangkah tergamaknya. Patutlah suami aku tinggal aku dalam labour room sorang sorang. Sampai time aku nak oper4te sebab jantung baby drop pun dia hilang.

Belum kire time aku appointment dengan pakar aku berjalan terhuyung hayang dengan HB low. Dia takde. Allah. Ini rupanya. Keesokkan harinya aku terus buat report polis atas suami aku kerana mend3ra emosi dan m3ntal aku. Aku report perempuan tu atas kesalahan berkelakuan lcah dan sebagainya. (oh aku study akta dulu baru aku buat report.) Untuk sekadar rekod rujukan mhkamah dan pejabat agama.

Dan haritu jugak aku pergi ke mhkamah syariah buat tuntutan fasakh dan aku nak teruskan dakwaan pada perempuan tu. Setahu aku perempuan tu akan berhadapan dengan 2 tahun penjara untuk kes syariah dan 5 tahun penjara untuk kesalahan sivil. Petang tu aku pergi jalan jalan macam biasa since aku memang takde hati dah kan. So aku memang tak rasa benda dah la. Aku bawak anak anak aku main kat taman.

Tiber balik tu laki aku dah tunggu. Terus block kereta aku. Dia turun dan minta maaf. Mulut aku tak terkata dah. Tangan je berjalan. Aku tak ingat berapa kali aku lempang dia. Aku m4ki dia cukup cukup. Pada aku, cukuplah dia dah dua kan cinta aku dengan perempuan yang mudah mudah nak bgel depan orang macam tu. Kenapa kongsi anak aku pulak dengan perempuan tu.

Siap bermama mama lagi. Siial betul aku rasa masa tu. Jujur aku kata suami aku waktu tu memang tak sedar diuntung. Dari barang rumah, barang office, modal niaga, semua duit aku. Bahkan anak aku, aku dan mak ayah aku yang tanggung. Ada hati nak ber betina lain. Perempuan tu siang malam mesej aku mintak ampun. Dia minta aku fikirkan anak anak dia. Ah jadahhh.

Masa dia hantar gambar bdoh tu ada ke dia fikir jantan yang tengok tu bapak pada anak anak aku? Tapi disebabkan dia merayu segala. Suami aku pun merayu. Aku bagi peluang. Bukan untuk aku. Untuk anak anak aku. Anak anak aku terlalu rapat dengan bapaknya. Susah aku nak buat anak anak lupakan dia. Tak boleh pun dah satu hal. Putuskan hubungan anak dan ayah salah sangat disisi agama.

Kalau tak, memang aku buat dah. Cumanya lepas ni tiadalah suami aku yang teraju segala aset aku. Semua aku ambik balik. Suami aku hanya jadi pekerja je lepas ni. Aku ingat, suami aku yang terciduk dengan kerani. Rupanya selain dari asbab tu, rezeki suami memang tak berkat atas pengkhianatan yang dia buat pada aku. Ingatlah para suami.

Sekali kau khianat dan aniaya isteri, seburuk mana pun isteri kau, bala Allah akan sertaimu. Jujur sampai saat ni aku simpan soft copy dan print gambar perempuan tu yang hanya berbaju dalam tu. Report polis dan segala detail pend3raan m3ntal aku yang suami aku buat pun aku simpan dipejabat peguam aku. Dia buat sekali lagi. Memang aku akan kerjakan dia cukup cukup.

Macam mana aku ambik suami aku masa dia takde kerja dulu. Aku akan make sure dia papa kedana balek. Masa tu baru boleh mana mana manusia nak ambik dia balik. Time tu. rm 2 pun dah tak laku kot. Buat para isteri, korang kena tahu hak korang. Betul kita cari duit bukan sebab nak prepare laki cari lain. Tapi kalau kita ada duit, kita boleh cari lawyer terbaik untuk bela nasib kita atas apa pun penganiayaan pada kita.

Kita boleh buat apa kita nak. Kita boleh pilih apa yang kita nak. Bangun. Jangan selesa sangat. Jangan bagi suami rasa dia hebat sangat. At least kita nak mencantik pun tak jadi masalah kalau kita ada duit. Bukan untuk orang. Untuk diri sendiri jugak.. Hormat suami, tapi dalam masa yang sama hormat diri sendiri. Selflove itu penting. Harap jadi pengajaran. Sekian. – Marlia (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fuadda roslan – weiiii… seriously ni post yg plg best penah aku baca.. mmg hebat la confessor ni.. ayat2 dia buat pembaca rasa bersemangat “girl power!”.. setuju sgt.. selain dari bole hired lawyer terbaik, tindakan dia study akta tu mmg sgt2 bagus.. zaman sekarang fakta mmg kena kuat.. bukti kena kukuh.. tang dia kata dia lempang & m4ki laki dia tu, perghhh mmg terbaik la..

xde kasi can la.. no lembik2 lgsg.. apepun TT moga anda dpt ketemu jodoh yg jauh lebih baik dari suami yg skrg ni.. mungkin stay sementara anak2 nk membesar kan.. esok diorg dh dewasa, dh fhm situasi sbnr, xde nya diorg nk salah kan TT kalo TT dpt suami yg lebih baik.. goodluck!

Mie Salmiza – ’Macam mana aku ambik suami aku masa dia takde kerja dulu. Aku akan make sure dia papa kedana balek. Masa tu baru boleh mana mana manusia nak ambik dia balik. Time tu. rm 2 pun dah tak laku kot’’. Aku suka ayat kau! Syabas. Kau power beb!

Azian Zainuddin – Terbaik la. Tak pernah lagi jumpa kes isteri yang tangkas macam ni. Terus bertindak pergi buat report polis ke atas atas kedua pihak. Kebanyakan kes ada drama air mata dulu.

Pentingnya ada ilmu. Tak perlu belajar sampai U tapi cukup sekadar bijak mencari tahu macam confessor. Zaman sekarang ni semua orang ada smartphone. Maklumat dihujung jari.

Zeeta Joned – Memula memang macam berani dan lantang awak ni. Sedikit sebanyak saya faham why awak bagi peluang. Kawan saya pernah jadi macam confessor. Siap nak halau kuar rumah tanpa bawak apa apa.

Lama lama setelah beberapa siri kecurangan lagi dan lagi suami dia (now ex) keluar sehelai sepinggang tak kisah lagi pasal harta or papa kedana. Walaupun kawan saya merayu, bekas suami dia cannot go dah dengan dia.

Aida Hayati – Teringat kisah KRT yang laki dia bawa bakal madu jumpa si isteri. Si isteri tunjukkan geran tanah, umah, kereta atas nama dia. Siap bawak slip gaji laki dia yang hujung hujung bulan tinggal dua ratus hinggit tu lepas tolak semua expenses. Hahaha.

End up tak jadi kawin lagi satu. Kalau buat lagi in future, bini dia jadikan slip gaji tu profile picture. Hahah

Lina Sirdi – Elok sangat diframekan segala bukti dan tampal dekat dinding rumah. Biar si laki tu tengok hari hari. Bravo sistur bukan jenis yang duk meratap kenangkan nasib.

Sumber IIUMC