“Ayah hy tahu tabur benih” . Bini dh 2, anak 16. Mak redha. Aku tkejut dgn tindakn ayah.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Ini sekadar luahan hati yang rasanya sudah tidak tertanggung lagi, kisah mengenai keluarga saya yang menjadi m4ngsa kehendak p0li gami ayah.

Kami adik beradik seibu sebapa seramai 12 orang, 11 orang lelaki manakala cuma saya seorang sahaja perempuan. Kami ini dilahir dan dibesarkan sebagai anak peneroka Felda disebelah pantai timur, dengan kuantiti adik beradik seramai pasukan bolasepak, maka pahamlah bagaimana situasi kami semua ketika mebesar.

Bermulanya kisah ayah nak berp0li gami ni semasa ayah bekerja sampingan sebagai security guard, maka bermulalah perkenalan yang membawa kepada perkahwinan ayah yang ke-dua dengan mama (mama gelaran untuk ibu tiri kami). Ayah maklumkan kepada mak, ayah akan berkahwin dengan mama, dan mak tidak boleh halang kerana lelaki mempunyai hak untuk berkahwin lebih dari satu.

Untuk pengetahuan semua, mak saya teramat baik dan lurus orangnya, semua kehendak ayah dituruti, tidak lah pernah saya dengar mak membebel marahkan ayah seperti tipikal mak-mak lain yang selalu marahkan suami jika kemahuan disanggah. Berlainan dengan mak saya, dia sentiasa menurut perintah ayah walaupun sering melawan nasihat misi supaya ikat peranakan atau merancang memandangkan kami adik beradik kelahiran terlalu rapat dan semakin ramai.

Tetapi ayah lebih awal dulu memarahi mak jika mak menyuarakan nasihat misi. Kata ayah “Berdosa hukumnya merancang anak, kerana menghalang pertambahan umat islam yang akan menjadi kekuatan dan penambah suara umat Islam kelak”. Agak-agak kalian sudah boleh meneka bagaimana perilaku ayahanda saya ni kan. Bagaimana peribadi dia kan. Ayah saya terlibat dengan politk serta berjawatan pula di cawangan daerah kami tinggal.

Maka, dipendekkan kata, ayah saya ni amatlah dikenali ramai dek kerana urusan parti. Semasa ayah ingin berkahwin dengan mama, ketika itu saya baru darjah 2 (8 tahun). Diusia semuda itu, apalah yang saya paham tentang p0li gami, apalah yang saya tahu tentang kehidupan yang lagi akan menambah garam kepada kehidupan kami sekeluarga. Mama berkerja sebagai security guard juga ketika itu, mama ini masih anak dara lewat usia, datang dari keluarga baik-baik (pendapat saya sahaja sebab masa kenal mama, dia memakai tudung labuh).

Ayah dan mama berkenalan ditempat kerja kerana mereka bekerja ditempat yang sama. Cinta kerjaya barangkali. Hari-hari bertemu, hari-hari memadu cinta, membawa kepada perkahwinan mereka berdua. Mak yang diminta untuk pergi meminang sedangkan ketika itu mak baru sahaja melahirkan adik, mak menolak untuk pergi kerana masih dalam berpantang. Nenek sebelah ayah sanggup pergi meminang dan diteruskan pernikahan pada hari yang sama.

Nenek marah betul pada ayah, disumpah-sumpahnya ayah dihadapan kami. Nenek asalnya tidak mahu pergi, tetapi mak yang meminta nenek sebagai ganti. Nenek sayangkan mak, mak ini yatim piatu, dulu tinggal dengan bapa saudara, nenek yang pergi pinangkan mak untuk ayah. Walau saya kecil, tapi saya seorang sahaja anak perempuan, maka nenek selalu bercerita kepada saya urusan rumahtangga mak dan ayah.

Walau ketika itu saya lebih banyak angguk dari bertanya, sekarang saya memahami kenapa nenek saya yang alim tu boleh menyumpah seranah ayah saya, anaknya sendiri. Nenek juga benci betul dengan mama masa tu, tapi sekarang, ketika saya menulis ini, hubungan nenek sudah neutral dengan mama. Pada permulaan perkahwinan antara ayah dan mama, mama terpaksa berhenti kerja kerana bunting pelamin, demi kemudahan mama isteri baru ayah, ayah sewakan sebuah rumah ditaman perumahan yang berdekatan dengan tempat kami tinggal (anggaran jarak 15-20km).

Namun, selepas kelahiran anak mama yang ke-3, (2 lelaki + perempuan), dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, sewa rumah yang semakin mahal, ayah membuat keputusan untuk membawa mama dan anak-anaknya tinggal bersama kami di rumah Felda tu. Dirumah yang seluas nya sekangkang kera, ketika itu kami adik beradik masih 10 orang tambah mak seorang, jadi seisi rumah sudah pun 11 orang belum ditambah ayah dan keluarga mama. Maka saya berketawalah seorang diri bila nampak lori barang-barang mama sampai depan rumah.

Kami diarahkan mak untuk kosongkan bilik adik beradik lelaki 2 hari sebelum mama masuk. Semua perabut dari almari, katil 2 tingkat, rak-rak buku, rak-rak kain semua dipindah samada kebilik saya bilik perempuan atau kelaluan kebahagian dapur. Dirumah kami, bilik hanyalah ada 3, bilik adik beradik lelaki, bilik saya yang digunakan sebagai bilik solat juga, serta bilik mak dan ayah. Maka apabila mama mula pindah masuk kerumah kami, bilik adik-beradik lelaki terpaksa diberikan kepada mama, lagipun bilik itu lebih besar berbanding bilik saya.

Sebelum kejadian ini pun, adik beradik lelaki memang tidur bergelimpangan diruang tamu, bilik mereka itu hanyalah digunakan untuk menyimpan dan menyalin baju, serta tempat untuk meletakkan buku dan peralatan sekolah. Apabila bilik mereka muktamad diserahkan kepada mama, segala keserabutan didalam rumah semakin bertambah, dengan perabut bilik lelaki merata-merata sehingga ke dapur, ditambah dengan perabut mama pula.

Dengan sofa, meja makan, cabinet tv dan pelbagai lagi memenuhi ruang tamu yang amat lah sempit. Kami tiada sofa dan meja makan sebelum itu. Terima kasih kepada mama, kini kami ada. Setiap hari saya makan dimeja makan, seronok betul rasa masa tu, rasa macam orang kaya. Maka dengan perpindahan mama kerumah menjadikan seisi rumah seramai yang adik beradik 10 orang ditambah anak mama 3 orang, mak, mama dan ayah, maka berjumlah 16 orang sebumbung pada ketika itu.

16 orang dengan 3 bilik satu bilik air. Bilik saya lah yang menjadi tempat adik beradik lelaki untuk menyalin baju, solat dan sebagainya. Istilah privasi itu sudah tiada dalam hidup saya selepas itu. Saya memilih menyalin pakaian semuanya didalam bilik mandi termasuklah menyalin pakaian sekolah, seringkali pakaian sekolah basah dek jatuh diatas lantai. Kawan-kawan perempuan saya, didalam bilik mereka ada bilik mandi berasingan.

Saya bilik berasingan pun tiada. Masalah semakin bertambah apabila felda memulakan sistem penanaman semula (pokok sawit yang lama dim4tikan dan akan ditanam dengan anak pokok yang baru). Peneroka diberi pilihan samada untuk menyerahkan urusan penanaman semula kepada pengurusan felda atau ingin mengusahakan sendiri. Ayah dengan acah-acah hebat, memilih untuk mengusahakan sediri tanah ladang.

Katanya tidak mahu dibelenggu hutang Felda berlarutan, kerana Felda memberi bantuan sara hidup bulanan berjumlah RM1200 pada mana-mana peneroka yang meyerahkan pengurusan kepada Felda. Kata ayah lagi, dengan Rm1200 mana cukup untuk perbelanjaan bulanan, jika usahakan sendiri, pastinya hasil lebih banyak. Kata dia lah, dia yang kata. Bukan saya yang kata.

Perangai ayah ni bukan boleh dinasihat, bukan boleh ditegur, bila terasa diri terlalu berilmu yang melimpah ruah, terasa hebat dengan hal duniawi dan ukrawi, apa sahaja teguran pastinya dibidas, pastinya di marah semula kami adik beradik jikalau abang-abang ada yang menegur ayah tentang apa yang ayah nak buat. Begitu jugalah nasib mak, tidak dapat meluahkan walau sekelumit pendapat.

Berkenaan hal penanaman semula Felda ni, ayah berkeras untuk usahakan ladang sendiri, katanya dia ada anak lelaki ramai, semua boleh bantu dia nanti. Buat apa susah-susah suruh felda buat, hmmmm… mengeluh panjang mak dan abang-abang. Bila mula untuk penanaman semula, Felda mula berikan wang insentif pengurusan ladang sebanyak RM 16K sebagai permulaan untuk membeli segala keperluan pengurusan ladang termasuklah baja, anak benih, racun dan sebagainya.

Sepatutnya, dengan wang yang sebanyak itu, ayah seharusnya membeli keperluan perladangan, tetapi ayah gunakan sepenuhnya wang tersebut untuk membina rumah mama ditapak belakang rumah kami, didalam tanah yang sama, cuma tapak yang berlainan. Hasilnya ladang terbiar, tidak terurus dan tidak mendatangkan hasil langsung. Hasil yang ada bergantung kepada pokok lama, sepatutnya pokok lama itu pelu digantikan dengan anak pokok yang baru.

Bertahun lama nya juga bergantung hasil kepada pokok lama tersebut, anggaran RM400-Rm500 sebulan, sedangkan peneroka yang menguruskan ladang sendiri, sudah boleh ambil hasil dari pokok baru. Perihal ladang ayah sampai ke pengetahuan pengurus Felda, ayah di beri amaran, jika tidak ditanam pokok yang baru dalam masa tiga bulan, tanah ladang akan dirampas oleh Felda. Masa tu baru nampak ayah bersungguh meminjam wang dari semua orang yang dia kenal, saudara, kawan-kawan, keluarga mak, keluarga mama dan termasuklah nenek.

Akhirnya yang sanggup memberi pinjam adalah nenek, nasiblah nenek ada tanah bendang yang tak diusahakan, terpaksa dijual dengan harga murah, kerana mahukan wang secepat mungkin. Semasa pembinaan rumah mama, mama sarat mengandungkan anak mama yang ke-4, rumah mama dibina dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Mestilah tidak adil, sebab anak mama semua kecil-kecil lagi masa tu, kami yang bersusun-susun ni bilik air nya cuma ada satu sahaja.

Disebabkan saya yang selalu lantang bersuara, saya meminta pada ayah untuk buatkan bilik tambahan untuk rumah kami, supaya bilik kami menjadi 4 buah, mak pun menyokong cadangan saya tu, tapi kami dimarahnya bertubi-tubi katanya kami tak bersyukur. Ya Allah, geramnya rasa hati, berbakul saya sumpah seranah ayah haritu, tapi menyumpah dibelakang sahaja. Didepan ayah, paling dasyat pun, saya palingkan muka dan berlalu pergi. Biarlah ayah dengan dunia perasan hebat tu.

Walhal begitu kehidupan kami sekeluarga, Allah kurniakan saya abang-abang yang bertanggungjawab, yang budiman dan mulia hatinya. Mereka mendahulukan segala keperluan mak dan adik-adik dari kepentingan sendiri. Abang yang sulung (Along) telah berhenti sekolah sejak darjah 6, mula berkerja di bengkel motosikal semasa usia 15 tahun, bekerja dari pagi bawa ke malam, kesemua gaji along diserahkan kepada mak untuk belanja dapur dan juga bayar bil elektrik.

Along pernah terlibat dengan ddah dulu, tapi sekarang sudah berhenti sepenuhnya, hanya bergantung kepada program meth4 done kerajaan dan berbayar jika berkemampuan. Jika tiada wang untuk membeli methadone, dia perlu beratur seawal pagi di klinik daerah untuk mendapatkan meth4 done. Manakala, 2 orang lagi abang, De dengan Chik, masing-masing kerja di pasar mini dan carwash. Sepenuhnya gaji mereka digunakan untuk bantuan duit belanja dan yuran sekolah adik-adik.

Mereka keduanya bersekolah sehingga tingkatan 2 sahaja, apalah kerja dapat dibuat dengan kelayakan yang mereka ada. De bekerja di pasarmini, gaji pula dibayar ikut hari, jika cuti, tiadalah gaji, semestinya tidak menyimpan kerana gaji dibayar hari. Duit hari-hari dibagi pada mak, keperluan sendiri memang diabaikan. Chik pula bekerja di carwash, gaji ikut bilangan customer, kalau customer ramai, ikut gaji basic (RM 45 sehari), tapi kalau customer kurang, musim hujan, dapatlah kadang RM20-RM30 sahaja.

Pun duit gaji Chik diberi kepada mak, Cuma sedikit wang diambil untuk simpan buat bayar motor yang digunakan berulang alik ke tempat kerja, Abang-abang saya pula yang runsing pasal duit dan belanja harian jika gaji tidak menentu. Ayah pula sibuk kehulu kehilir membawa bendera. Tak usahlah ayah sibuk mengibar bendera hijau tu, kalau anak sendiri pun tidak terurus.

Abang saya Angah berperangai lain sedikit berbanding abang-abang yang lain. Perilakunya saling tak tumpah seperti ayah, gatal nak berkahwin walau diusia masih muda. Kerja hanyalah sebagai jaga. Dengan simpanan tiada, duit sepenuhnya dihabiskan untuk keperluan sendiri. Tidak difikirkan adik beradik yang lain. Yang dia tahu, habiskan semua wang gaji untuk kegunaan sendiri. Bila nak kahwin, merayu-merayu minta bantuan Along, untuk bantu sedikit wang hantaran. Usaha dengan susah payah minta mak dan ayah pergi meminang anak dara orang.

Wang hantaran RM10k, boleh pula angah minta mak dan ayah minta diskaun, (eh angah, engko ingat ni beli baju ke ade diskaun-diskaun!!) Beruntung dan bernasib baiklah kerana keluarga bakal kakak ipar tu memahami dan menetapkan hantaran hanya RM8K, itupun angah masih menagih simpati untuk minta kurangkan lagi hantaran. Nak meminang anak orang, dia ingat cukup dengan RM5k tu agaknya, sudahlah Along bantu bagi wang.

Nenek pula dirayu-rayu untuk cukupkan bakinya. Sungguh memalukanlah sikap angah ni, saling tak tumpah seperti ayah, dalam setandan pisang, ada juga seekor yang buruk perangai. Kenduri sebelah lelaki sememangnya tidak dapat dibuat oleh kerana kekurangan wang, usahkan kenduri kahwin, doa selamat pun tidak dapat dibuat. Sesudah berkahwin, Angah dan isteri (KakNgah) terpaksa tinggal bersama kami serumah.

Hal ini kerana, kakak ipar juga yatim piatu, dulu dia dibesarkan oleh nenek, selepas nenek men1nggal, dia dibesarkan oleh bapa saudara, jadi mustahil lah angah nak pergi duduk dirumah bapa saudara isterinya. Maka mereka berdua memilihlah untuk duduk serumah dengan kami kerana mereka takkan mampu untuk menyewa dengan angah tiada simpanan, kakngah pula tidak bekerja. Maka kronologi mudahnya, selepas mama pindah keluar dari rumah kami, si kakak ipar pula datang duduk bersama.

Sesudahnya, bermulalah episode bilik tidak cukup, berebut bilik air itu selalu, sehingga saya sering malas pulang kerumah sesudah habis sekolah, serabut dengan rumah yang terlalu ramai. Penat nak hadap semua ni. Kakak Ipar berjanji untuk bekerja demi membantu angah, namun rezeki anak memihak kepadanya, dia bunting pelamin. Belum sempat dia mencari kerja, dia sudah mula mabuk-mabuk dan keletihan.

Urusan kerja rumah, sememangnya dia tidak dapat membantu, kerana alahannya sangat teruk, dia langsung tidak dapat bangun dari katil, sering muntah dan lesu sepanjang hari. Mak terpaksa hantar makanan kepadanya didalam bilik, begitulah sehari-hari. Saya memahami, dia bukan sengaja untuk tidak membantu urusan rumah, dia sangat letih dengan kandungannya, Angah pula tidak banyak membantu.

Saya bukanlah nak marah atau apa, Cuma kadang-kadang terasa amat letih, kerana hanya saya sahaja mak harapkan untuk menguruskan rumah, sedangkan saya juga ada urusan persekolahan yang perlu dilaksanakan. Tapi saya sentiasa pujuk hati sendiri, diharap adalah pahala dengan ujian yang Allah berikan. Perihal adik-adik saya, mereka menguruskan baju dan beg sekolah sendiri, tidak meminta bantuan mak atau saya. Adik-adik yang besar membantu mengosok pakaian adik-adik yang lain.

Mereka sangat berdikari, abang-abang saya juga baik hatinya. Selalu belikan saya topup, apa yang saya perlukan, saya hanya perlu minta, samada cepat atau lambat, mereka akan belikan untuk saya. Sebab kebaikan mereka pada saya, saya tak pernah berkira jika saya susah dan letih untuk mereka. Jika malam hari mereka lewat pulang dan kelaparan, saya akan masakkan untuk mereka, nasi goreng, maggi atau apa sahaja asalkan dapat mengisi kelaparan mereka.

Seluar baju kerja mereka juga saya yang basuhkan, saya tidak berkira dengan mereka, keranalah merekalah yang menjadi tulang belakang kami adik beradik yang lain (kecuali anganh, kerana dia memang sebijik perangai macam ayah). Along menolak untuk berkahwin, semata-mata untuk pastikan kami adik-beradik cukup makan, pakai, belanja sekolah dan sebagainya. Tapi angah lain, sesudah berkahwin dan punyai anak pun, perangai tidak bertangungjawab itu masih ada, setiap kali tiba hujung bulan, Along lah yang diharapkan untuk membeli susu dan pampers.

Kakak ipar juga diajar angah untuk meminta-minta pada Along kalau bekalan habis. Along pula berlembut orangnya, baik hati serta sayangkan anak sedara. Mak pun sama, sayangkan cucunya, tak kisahlah kalau perangai angah tu melampau batas. Gaji yang sedikit digunakan untuk tukar henpon baru, paling terbaru ni dengar-dengar duduk main judi internet. Duit gaji dihabiskan untuk beli matawang judi tu. Keperluan anak isteri memang diletak tepi. Tidak peduli kalau anak isteri itu cukup makan atau tidak.

Yelah, kenapa nak peduli, sewa rumah tak perlu bayar, makan minum tak perlu keluar sesen pun, keperluan anak langsung diharapkan along. Lebih baik kakak ipar tu berkahwin dengan along, dari berkahwin dengan angah, tabur benih sahaja yang pandai. Mujurlah kakak ipar itu seorang yang baik dan tidak kisah, tidak peduli dengan keperluan sendiri, sepatutnya angah bersyukur tahu dapat isteri seperti kakak ipar.

Tapi itulah, kadang-kadang nak marah serba tak kena, angah dengan kakak ipar ni kadang-kadang cetek juga pemikiran nya, tapi siapalah kita nak menidakkan rezeki yang Allah swt nak beri. Anaknya baru usia 4 bulan, sudahnya kakak ipar mengandung pula. Bila dah mengandung, bermula semula perihal m4buk2 dan segala keletihan. Urusan anaknya digalas dibahu mak dan saya.

Kadang-kadang adik lelaki yang mandikan anaknya yang baru berapa bulan tu ketika saya dan mak tiada dirumah. Kalau ada masa mak sibuk atau tidak berapa sihat, saya lah yang ditunggu dari balik sekolah untuk mandikan anaknya. Kadang-kadang tengah malam, anaknya menangis kuat, angah dan kakak ipar tak bangun untuk buatkan susu, boleh dipekakkan telinga menahan bunyi tangisan anaknya itu.

Saya yang sebelah bilik pun tersedar, saya paham, dulu saya yang bangun buatkan susu, jadi sekarang saya juga yang harus buatkan. Bersabarlah wahai hati. Senangkan hidup, buat anak tak perlu fikirkan kos, tak perlu fikirkan pampers, susu dan sebagainya, bila buat anak, orang lain yang jaga, mudahkan hidup. Harap jangan salah paham, saya bukan marah atau benci, Cuma saya letih. Saya letih.

Setahun lepas mama bersalin anak ke-4. Ayah ambil motosikal besar, saya tidak tahu bagaimana urusan dia, samada dia beli dikedai atau sambung bayar, saya memang tidak tahu. Yang saya tahu, ayah sangat berlagak dapat naik motor besar itu. Yelah, parti hijau tu selalu buat konvoi merata-rata. Ayah kadang-kadang berkhidmat sebagai marshall jika parti ada membuat program. Naik motor besar lagi nampak hebat berbanding naik kapchai kan, biar papa asal bergaya. Bulanan motor tu hampir RM500 sebulan.

Bayangkan dengan RM500 tu, banyak nya kami sekeluarga boleh guna, motor lama dia, bukan nya rosak, masih elok, tapi sebab nak berlagak punya pasal, rela menghabiskan wang yang cuma setitik dua titik itu digunakan untuk membayar motor. Motor lama dijual, tidak diberi pun pada De, De bukan ada motor, nak pergi kerja terpaksa tumpang chik, balik kerja tumpang kawan sebab chik balik lambat. Nama saja ayah, tapi hanya sekadar gelaran.

Sikap langsung tak bertanggungjawab. Mama tu, usia sahaja muda, tapi kelihatan seperti sangat tua, Nampak tak terurus. Ayah bukan pernah belikan mama keperluan. Mama itu bertudung labuh, tudung labuh yang samalah dipakai selalu berulang-ulang. Kadang-kadang bau sangat hapak disebabkan lama tak berbasuh. Lipstick memang tak pakai, muka pun kusam, agaknya pencuci muka/bedak pun ayah tak sediakan. Anak-anak mama, memang lagilah tak terurus, langsung baju seluar ikut pakai je, mama tak sempat nak peduli, sebab kelahiran anak-anak mama setiap tahun.

Mak nampak jauh lebih cantik sebab abang-abang lengkap kan keperluan mak, duit yang abang beri, saya akan beli keperluan saya dan mak. Kami selalu ada baju dan tudung baru. Elektrik rumah mama di sambung dan berkongsi meter dengan rumah kami, segala keperluan elektrik rumah mama, semua ditanggung oleh abang-abang, bil bulanan mencapai juga kadang-kadang Rm200-300 sebulan. Mama memang takkan pernah bayar, ayah jauh sekali untuk bertanya.

Ayah hanya tumpu belanja makan rumah mama, rumah kami memang ayah tidak pernah jenguk, yang ayah tahu, giliran balik rumah mak, ayah akan makan sahaja. Sejak ayah berkahwin dengan mama, telah lama mak berhenti meminta wang dari ayah, macam yang saya bagitahu, mak saya ni baik orangnya, mak cakap biarlah keperluan mama didahulukan, sebab mak dah ada anak-anak lelaki mak yang bantu.

Saya kadang-kadang terasa juga dengan sikap mak, membiarkan sangat perangai ayah sebegitu, sehinggakan abang-abang menjadi mangsa, diusia muda sudah berhenti sekolah, duit yang seharusnya dsimpan untuk berkahwin, diguna belanja untuk adik beradik. Kalau kakak-kakak semua lihat lah abang-abang saya, mereka bukan tak hensem, semua nya hensem, tapi mereka macam tak punyai masa untuk bercinta. Sibuk sangat pikirkan adik-adik.

Kawan-kawan saya ada je yang berminat dengan abang, tapi selalunya abang tak layan, bukan sebab abang sombong, tapi dia tahu, seperti cinta itu tidak kemana selagi adik-adik masih dalam tanggungan. Pada Ramadhan yang lalu, saya meniaga dibazar Ramadhan menjual kuih dan air soya mak, mama pun buat kuih juga untuk dijual oleh anak sulung mama (perempuan, 10 tahun), kami berkongsi kemah dan meja yang sama, sewa dibayar oleh along.

Adik-adik tiri saya tidak berdosa, kami semua adik beradik sayangkan mereka semua seperti adik beradik kami yang lain. Kalau mama tidak sihat, dirumah kami lah mereka makan dan minum, kami lah yang menjaga mereka semasa mama didalam pantang. Adik beradik tiri saya tidak berdosa, kalau mereka susah, adalah kerana ayah saya yang tidak bertangungjawab, saya selalu dipesan abang-abang untuk bertanya perihal adik-adik jika mereka tidak cukup belanja sekolah, namun adik-adik tiri saya bagus didikan mama pada diorang semua, walaupun susah, tidak meminta2, hanya makan bila dipelawa.

Lagi2 anak mama yang sulung ni, usia baru 10tahun, tapi sudah pandai berdikari. Bijak tak seperti budak-budak sebayanya. Sudah pandai mencari duit poket dengan meniaga kecil-kecil disekolah jual kerepek. Sering tanya khabar mereka, saya bimbang mereka juga terpaksa melalui zaman kanak-kanak seperti kami. Diusia semuda dia, dia seharusnya tidak perlu bersusahan untuk mencari wang.

Sekarang ssudah Ramadhan pun, dia masih berniaga waktu petang didepan rumah, menjual kerepek, air dan goreng pisang dengan mama. Ya Allah, panjangnya kisah saya, maafkan adik ye kakak2 sekalian, adik hanya ingin meluahkan perasaan, saya kasihan kan mak, kasihankan mama, abang-abang, adik-adik dan adik tiri saya, kami hidup susah sememangnya Allah telah tetapkan, Cuma perilaku ayah lagi memburukkan keadaan, ayah menjaga hubungan dengan Allah, sentiasa ke masjid.

Tetapi amanah dan tangungjawab terutamanya kami anak2 dia ni, Allah sahaja yang tahu, dan biar Allah sahaja yang membalasnya, sebelum terpanggil untuk saya menulis disini, saya hanya mampu menulis dlm buku diari. Ingin meluahkan pada kawan-kawan tidak sesekali, (saya tidak akan membuka aib keluarga saya), hanya Allah sahaja tempat saya mengadu, ingin solat lama-lama, solat penuh dengan privasi, kerana saya ingin masa bersendirian dengan Allah, itupun sering menjadi halangan kerana isu bilik berkongsi.

Kalau ingin bangun solat lewat malam, didalam bilik, ada adik lelaki yang tidur beralaskan toto, diluar pula, abang-abang bergelimpangan tidur, kadang-kadang saya bersolat diruang dapur disebelah katil 2 tingkat itu. Saya bersyukur Allah kurniakan saya kehidupan yang baik, walau tidak sempurna, tapi saya gembira. Panjang kan kisah saya, belum habis lagi, buat pengetahuan semua.

Tahun ini, bulan Julai 2019 yang lalu, mama telah pon selamat melahirkan anak yang ke 5, mak saya pula melahirkan anak yang ke-11, Mac, maka 11 orang + 5 orang, adik beradik kami semua ada 16 orang, 2 perempuan, 14 orang lelaki. Pandai ayah kami buat anak. Lahir sibongsu anak mama ni, ayah pos dalam facebook, (ayah saya ada facebook), lahirnya pejuang agama yang bakal berjuang dijalan Allah swt. “Dasar penunggang agama”

Eii pakcik.. nak anak ramai takde salahnya.. tapi kamu mampukah? “Kalau kita dilahirkan miskin, bukan salah kita, tapi kalau anak kita dilahirkan miskin, siapa salah? kita sendiri lah salah!!!” jangan salah paham, bukan saya nak hidup bermewahan pun, saya biasa sahaja, baju sekolah saya adalah baju sekolah yang sama saya guna masa tingkatan 4, hari-hari kena nila baju, baju adik2 semua kena nila.

Kalau tak dinila, nampak lah baju tu cuma sehelai dan dipakai berulang-ulang sehingga lusuh. Betul baju sekolah bukannya mahal sangat, berbelas ringgit saja sepasang kalau beli dekat TenTen, tapi kalau dah ramai adik beradik, semua pun bersekolah, kasut lagi, beg lagi, belum lagi adik-adik punya aktiviti disekolah, bahan-bahan keperluan belajar. Apa ayah tak pernah berfikir ke? 3 adik lelaki saya yang paling kecil (seibu), sejak dari tadika, semua urusan sekolah diuruskan oleh Along, dari yuran segala bagai sehingga ke seluar dalam.

Ayah? Ayah sibuk tabur benih tanpa henti. Semoga apa yang saya tulis disini biarlah habis disini, dapatlah saya meluahkan perasaan yang terbuku sekian lama. Penat dah saya menghadapi situasi berulang-ulang, saya perempuan yang sudah dewasa. Tapi masih lagi selalu tidak cukup makan, selalu terpaksa mengalah untuk adik-adik makan dahulu. Selalu perlu berfikir jika ada kemahuan yang diperlukan, kadang-kadang keperluan sekolah saya abaikan.

Orang selalu cerita, zaman dulu, makan nasi dengan garam, zaman dulu lagi susah.. ye betul, saya tak nafikan, zaman dahulu ramai oang yang hidup susah. Makan beulamkan air dan garam, tapi itu zaman dulu, zaman dahulu, zaman mak ayah kita semua masih budak-budak. Tapi kalau zaman sekarang masih susah juga, seperti keluarga kami ni, kalau ada makanan, sekali hidang sahaja dah habis ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bermakna kami ni memang susah.

Belum lah sampai tahap nak makan nasi dengan air garam. Cuma lauk ikan bilis keras dan ikan masin tu perkara biasa. Abang2 saya semua tiada sijil SPM apatah lagi nak sambung belajar untuk mencari peluang kerja yang lebih baik. Mereka semua berhenti sebelum sempat menduduki peperiksaan SPM. Oleh kerana mak tidak mampu untuk membayar segala yuran sekolah dan peperiksaan, mereka berhenti sekolah dengan rela hati tanpa mengungkitnya sehingga kehari ini.

Mak tidak memaksa, bila mereka ingin berhenti, mak tak berdaya untuk menghalang. Mereka tidak sanggup untuk bebankan mak kerana dahulu mak menjual kuih dihantar kekedai makan untuk tampung kami sekolah. Buat masa ni, hanya sayalah yang mampu bertahan sehingga SPM, itu pun sebab Along, De & Chik berkeras dan bejanji akan usahakan wang sehingga saya habis SPM dan sambung belajar. Dan mereka menunaikan janji tanpa culas sehingga hari ini.

Hanya Allah swt sahajalah yang lebih tahu kemuliaan hati abang2 saya. Moga menjadi asbab mereka ke syurga. Amin. Saya selalu tanamkan dalam hati saya, walau saya diuji dengan sikap ayah yang sebegitu, masih banyak yang saya perlu syukuri. walau kami Selalu merasa ketidakcukupan sejak kecil, tapi Saya mempunyai hubungan adik beradik yang akrab. Hubungan ksih sayang antara kami semua tak boleh dibeli.

Kami saling menghormati diantara satu sama yang lain, kami menyayangi sesama sendiri, tidak pernah rasa kekurangan perhatian oleh mak dan abang-abang. Sejak kecik, kami selalu disisihkan kerana di kampung kami, budak-budak yang adik beradik ramai ni selalu dipulaukan, diorang tak mau kawan dengn kami sebab kami miskin sungguh. Adik beradik ramai lelaki, kalau main depan rumah orang, sekejap sahaja dimarah jiran dan disuruh main tempat lain.

Takut hilang barang katanya. Yelah anak lelaki keluarga orang susah ni, memang selalu dipandang serong, tapi tak salahkan jiran2, sebab keluarga kami memang susah, kami adik beradik juga masa kecil kelakuan tidak baik. selalu kami curi buah rambutan dekat kebun-kebun yang jauh dari rumah orang, pokok rambutan dekat rumah tak sempat merah buahnya, dah habis dipokok, kami sentiasa lapar.

Makan buah rambutan pula kena menyorok, jangan sampai emak tahu, nanti kena bedal, biasa kena bedal dah sejak dari kecil, sebab selalu ikut abang-abang pergi mencuri buah dikebun orang. Buah betik, pulasan, durian, duku, ikut saja apa yang melintas. Kami adik beradik akan pergi curi makan. Malu nak cerita, tapi itulah hakikatnya. Mungkin abang-abang saya tidak mahu adik-adik yang masih kecil sekarang ni ikut jejak kami masa dulu-dulu.

Pernah lah sekali emak dapat tahu yang kami curi buah kebun orang sebab tuan kebun datang bagitahu emak yang kami curi makan dalam kebun dia. Sudahlah curi buahan dia, makan pula dikebun dia, kantoi pulak tu, lepas kantoi bertempiaran lari. Balik rumah jauh sebab berjalan kaki, sampai rumah tuan kebun sudah berada di rumah.

Mak kutip duit syiling bayar pada tuan kebun RM10, mak libas belakang kami semua dengan tiub motor yang guna untuk ikat galah sampai hancur, mak sambung pula dengan getah paip, sambil libas belakang, mak menangis air mata mengalir-mengalir. Mak cakap mak tahu kita susah, tapi jangan mencuri, abang-abang semua senyap tidak berani melawan, saya masa tu 6 tahun(tadika), saya lah paling menjawab, cakap lapar nak makan, kat rumah bukan ada menda makan pon”.

Mak sambung bedal lagi, Along tahan dengan badan dia dari saya kena bedal dengan mak. Rasa bersalah juga sebab menjawab cakap mak, tapi tulah, dah terlepas cakap. Sepanjang hari mak senyap, mak malu dan sedih dengan perangai kami semua. Kebun yang kami pergi curi makan tu pula kebun pakcik yang boleh tahan mulutnya. Dijaja satu kampung kata kami yang selalu mencuri kebun dia.

Dikatanya kami curi kelapa. Kami berapa kali je pergi kebun dia sebab kebun dia tepi jalan, dituduhnya kami juga curi kelapa dia selalu kami nak curi kelapa buat apa, nak minum air kelapa? Parang nak kupas pon takde, nak ambil buat santan? takkan nak bawa balik pada mak, memang kene baling dengan kelapa lah nanti. Kami cuma pergi makan buah rambutan je, sebab kami cuma nak makan tapi nak buat macam mana, kesilapan kami, akhirnya mak menanggung malu.

Ketika riuh2 ni berlaku, ladang kelapa sawit ayah upah orang Indonesia buat uruskan, sebab ayah kerja jaga. Buat 2 kerja pon tak cukup juga sebab anak ramai,duit ayah banyak dihabiskan untuk perjuangan parti hijau. apekejadah entah. Engkau nak berparti pun.. engkau tengoklah anak-anak engkau dulu. cukup makan ke tidak, nak berlagak senang, anak2 mencuri makan dikebun orang, tak sedar diri…

ade hati selalu keluar belanja orang makan.. saya tahu ayah selalu belanja kawan-kawan makan. sebab pernah dengar mak bergaduh dgn ayah pasal duit. Walau saya budak2 masa tu. Saya dah paham ape yang berlaku. Cuma ayah yang dah tua ketika itu belum reti nak berubah. Saya ni sejak kecil pakai baju lelaki, tak pernah dipakaikan baju perempuan. pakai lah baju abang-abang yang masih elok. Kadang-kadang baju nye terbesar, terlabuh, getah tercabut.

Nak merasa pakai baju perempuan? tunggu hari raya. dapatlah pakai baju kurung. itupun kalau beli, pernah je pakai baju kurung terpakai. Nak merasa kasut raya? takdenya. pakailah selipar jepun tu. Pernah sekali selipar jepun tu dah putus sangat dah. tak boleh pakai. Mak bagi duit syiling pergi beli dekat kedai. Abang-abang temankan, kedai jauh kena jalan kaki, selipar dah takde, along bagi selipar dia pada saya utk pakai, dia berkaki ayam sampai kedai.

selipar along tu besar. pastu bergilir2 dengan Angah. Kedai tu jauh. dalam 2km duit cukup-cukup untuk beli selipar, perginya berlima, nak belinya cuma selipar. Sebenarnya kami ni dapat tengok barang-barang dekat kedai runcit pon dah seronok dah walau tak membeli pun. Semoga Allah swt sahaja lah yang membalas budi pekerti abang2 saya. MashaAllah, panjangnya cerita saya. Panjangnya.. maaf kan adik ye kakak-abang2 semua. Adik cuma ingin luahkan perasaan.

kadang-kadang saya mula merasai depress bila balik rumah. Mak ade anak kecil, kakak ipar pon ade anak kecil. Jadi urusan dirumah tu terletak diatas bahu saya. Tahun ni saya SPM, dari mengemas rumah, kemas barang adik2, tolong jagakan adik yang paling kecil, dan yang Allah swt paling menduga kami, adik yang paling bongsu ni cp (cer3bral p4lsy), tak mampu untuk bangun tanpa bantuan. Perlukan sokongan sepenuhnya.

Dengan nama Allah swt, saya tidak pernah rasa marah pd Allah swt jika saya diuji sebegini. Saya sayangkan adik bongsu saya. Saya cuma berharap pd Allah swt, murahkan lah rezeki kami sekeluarga, supaya kami mampu hantar adik kami ke terapi nanti. Kami mampu menjaga dia sehingga ke akhir hayat. Saya lah yang membantu mak sepenuhnya menjaga adik, kerana kakak ipar sibuk dgn anak kecilnya sendiri.

Mak pula sibuk dgn kerepek pisang, kerepek ubi. (mak dah tak berniaga nasi lemak sbb mak buat kerepek bungkus hantar kedai runcit) Adik beradik yang lain masih bersekolah, abang2 pula bekerja sepenuh masa. Maka sayalah yang menjaga adik bila pulang dari sekolah. Sudah lama saya tidak tidur disiang hari melainkan tidur disekolah.

Ayah terkilan sebab adik dilahirkan cacat, ayah cakap mak dah tua, sepatutnya mak tak dapat anak dah, mungkin usia mak buat adik cacat. Saya terbaca whatsapp ayah dgn mama, ketika tu ayah minta saya tengok hp dia kenapa tak de data internet, masa tu tu lah saya godek2 hp ayah. Saya kuatkan dalam hati, sekiranya terjadi apa2 kepada mak, saya akan sepnuhnya menjaga adik saya sehingga akhir hayat saya. Jika saya tidak punyai jodoh sekalipun, saya redha.

Biarlah tanggungjwab saya menjaga adik saya yang bongsu ini. Terasa ingin berhenti belajar, sebab seperti tiada kesudahan hidup saya. Jika saya dapat sambung belajar, bagaimana adik2 saya sekelian, dengan mak yang dah semakin tua. Dengan adik bongsu yang begitu. Banyak yang saya perlu korbankan. Semoga Allah swt berikan saya kekuatan.

kisah saya tiada kesudahan kerana tiada kesimpulan. Tiada titik noktah kerana tiada kata putus. Saya juga tidak mencari jalan penyelesaian. Cuma saya perlukan ruang untuk meluah, meluah apa yang terbuku dihati. Saya akan menulis lagi, saya pasti menulis lagi kerana saya tahu, tiada tempat untuk saya luahkan perasaan.

Jika ada yang mengenali saya disebabkan luahan ini, janganlah bertanya kepada saya, saya pasti akan menafikan, kalian tahu apa yang saya rasa, mungkin luahan ini, mengiyakan segalanya. Banyak kali saya menulis perenggan, banyak kali juga saya memadamnya, dari sebelum spm saya menulis sedikit demi sedikit, namun yang dipadam lebih banyak lagi. Yang dipadam itu tentunya lebih duka dari apa yang abang kakak telah baca.

Maafkan segala kekhilafan saya dalam menulis, saya sayangkan keluarga saya, saya tidak membenci mereka, tidak juga membenci ayah, cuma duri dalam hati itu semakin bernanah. Dan saya bimbang, luka itu tidak mampu saya tanggung lagi. Jika dengan mengakhiri hayat saya dapat menyelesaikan masalah, sudah lama saya lakukan. tapi dengan berbuat begitu, tidaklah dapat menghilangkan segala kesedihan, kesengsaraan saya.

tapi hanya memindahkan derita itu kepada keluarga yang amat sayangkan saya, mak yang sentiasa menyayangi saya, abang-abang yang sentiasa menyokong, adik-adik yang sentiasa gembira dengan kehadiran saya. Semoga dengan luahan ini, dapatlah saya melepaskan sedikit beban dihati. Semoga kelak, biarlah syurga menjadi tempat berehat buat saya. Terima kasih, – Anak yang terluka (Bukan nama sebenar)

Sumber IIUM