Akak aku nie boleh “nmpk” alam sana. Semua kisah dia cerita buat aku kaku. Tp kak aku tenang je hadap.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Sori aku karang ikut bahasa aku. Harap korang semua faham Sebab aku tak reti nak susun ayat. Cerita ni panjang. Harap korang sabar iman dan teruskan membaca.

KISAH 1

Dulu aruwah akak aku. Sulung. Sekolah teknik manjung, form 6. (Nanti ada yang kecam aku sebab buka identiti sekolah ni) Aku time ni kecik lagi. Waktu first dia mula masuk sekolah tu.. Tiba2 ada terdengar suara orang cakap dengan dia “hati2 dekat sini, ramai yang memerhati”. Ini kali pertama dia terdengar orang cakap dengan dia melalui hati.

Yang sebelum ni dia tak pernah alami, tak pernah nampak apatah lagi nak rasa kewujudan alam sebelah. Dan waktu first melangkah masuk. Seolah2 kehadiran dia dihidu. Dia nampak penunggu dekat pokok pelam. Malam tu dia nampak benda duduk kat tepi tingkap tengok dia. Nampak hantu bungkus golek2 jalan raya. Time ni dia cerita dekat aku yang baru 6 tahun. Masih lagi aku teringat, menangis2 die cerita.

Sejak daripada haritu, itulah kali pertama dia diganggu dan dianugerahi pancaindera ke6. Mcm nak g1la dia nampak sejelepuk mcm tu. Hari2 yang seterusnya, benda dekat pokok pelam ada bagitahu dia. “Jangan amik pelam aku, kalau nak, amik yang gugur. Kalau tak buruk padahnya”. Sebab time ni die teringin nak makan. Lepastu akak aku amik yg gugur2 jela. Lagi satu kalau nak makan, baik abiskan.

Bende ni tak suka juga tengok kita membazir. Skip cerita. Ada satu hari akak aku pergi dewan makan. Biasala asrama. Lepas mkn malam. Naik atas. Tak silap dorm dia tingkat 4/5 kot. Ada bende ni tunggu die dekat tangga tingkat 1. Naik lagi, tingkat 2. Die ade lagi. Naik lagi dia tunggu lagi. Mungkin dia tahu akak aku nampak dia. Die bukak kepak dia. Die terbang kejar akak aku.

Spontan akak aku nampak, kelam kabut dia lari sambil jerit “Bukak pintuuuu!!” Sebab kebetulan ada orang dalam dorm tu nak tutup pintu. Lepastu kakak aku rempuh masuk. Time akak aku tutup pintu. Jarak dorang dipisahkan dengan ayat pendinding. Sebab dorm tu da kena pagar. So time akak ak tutup pintu, nampak la benda ni mendarat depan pintu. Sambil bukak mulut dia. Kira mcm sergah la.

Lepas tutup pintu dia terus nangis. Satu dorm tu tanya dia. Kau nampak apa semua. Sebab sekolah tu semua tahu akak aku ni nampak. Masing2 cuak. Akak aku cerita. Dia nampak sejenis benda hitam mcm kelawar. Alaa mcm korang tengok cerita2 fantasi omputeh semua tu. Manusia berkepak tu. Haaa mcm tu la akak aku nampak

Badan die semua hitam. Kepak dia tu mcm kain tak kain tapi jarang. Muka dia cengkung g1la mcm m4yat. Mata dia kedalam. Bila dia bukak mulut nafas dia berbau. Time ni akak aku ckp die sendiri x reti explain berbau mcm mana. Sbb mmg lagi busuk dari bangkai. Lepastu ada la sorang budak perempuan ni kene r4suk. Satu sekolah time ni kecoh. Panggil ustaz ustazah pon tak lut. Tiba2 ada la sorang ni suggest akak aku.

Sebab dia boleh nampak. Jadi ustaz ni panggil lah dia. Tanya itu ini itu ini bla bla bla (ak x tahu ustaz ni tanya apa sbb akak ak pon skip). Lepastu ustaz tu try bagi akak aku buat. Akak aku kenalkan diri dia. Dia cakap yang bende tu rasuk tu, kawan dia. Lepastu akak aku tanya, kenapa rasuk budak ni. Rupanya benda tu cakap, budak ni amik pelam tu dekat pokok. Maksudnya dia petik. Lepastu x abis. Meng4muk la benda ni sbb x minta izin dia.

Lagi satu pokok pelam die ni mmg berbuahh lebat subur betoi. Mmg betoi2 ada yang menjaga pokok ni. Haa benda tu la yg jaga. Lepastu akak aku cakap, lepasni nanti dia bagitahu pelajar dekat situ supaya minta izin kalau nak amik. Akak aku deal cara mcmni la. Lepastu benda tu terus keluar. Kisah akak aku ni jadi hot sekejap dekat sekolah sampai ramai pelajar cari dia semua. Ustaz pon terus call ayah aku sebab dia mcm tak percaya.

Ayah aku terpaksa datang sebab kes akak aku ni. Ustaz tu cerita itu ini pasal akak aku. Ayah aku diam jela. Tetiba ustaz tu tanya “awak ajar apa dekat anak awak?”. Ayah aku balas, “tak tau. Saya ajar solat jela”. Sebenarnya waktu first day akak aku sampai sekolah ni, malam nak tido tu sebab takut sangat. Dia pagar diri dia. Sebab dia nampak ada benda ni pergi tengok muka pelajar2 yg tido tu. Depan2. Semua orang tengah tido.

So benda ni tengok dari satu muka ke satu muka. DEPAN2 MUKAA weyhhh. Dok teliti apa ntah. Mungkin nak kenal ke aku x tahu la. Akak aku ckp mmg dekat 2/3 inci depan muka. So akak aku ni nak selamatkan diri dia. Dia pi pagar diri. Lepastu benda tu jalan tepi katil dia. Time ni die da menyorok dlm selimut.

Ting ting ting. Kuku dia jalan tepi katil besi. Akak aku cakap. Hitam legamm panjangg kuku dia. Mmg dasyat.. pastu benda tu tego dia. “Siapa engkau ni? Aku akan cari keturunan kau dan ikut kau sampai m4ti” Start sini la hari2 dia kene ganggu dengan makhluk2 situ.

KISAH 2

Dia cerita hampir tiap hari, tengah2 malam dia akan dengar bunyi loceng kaki, menari2 luar pintu dorm. So akak aku ni terlintas la siapa tu. Untuk pengetahuan, akak aku ni berani pengecut. Aku ni pengecut cabut lari. So ada beza eh Kemudian akak aku perasan ada satu bilik ni kena kunci. Takde siapa boleh bukak lepastu mmg pelajar tak boleh masuk. So dari sini pon dia start tertanya2 semua.

Lepastu satu hari tu benda tu tunjukkan rupa dia. Perempuan india. Berloceng kaki. Menangis2. Terketar2. Mungkin qarin dia lah kot. Jadi akak aku ni tego. “Kenapa ni”. Malam tu dia mimpi, india ni kena halau rumah dengan mak dia. Sebab dia mengandung. Mungkin bekas student skolah situ kot. Lepastu budak perempuan tu nangis2. Dia call laki tu. Laki tu x nak bertanggungjawab. Semua orang buang dia.

Lepastu dia pergi sekolah tu. Dia masuk bilik tu. Naik kerusi. Naik meja. Pasang tali. Tengah2 sangkut l3her dia tu. Dia tersepak meja tu. Bergelut la dia semua. Lepastu m4ti. Akak aku cerita benda tu tunjuk cara dia m4ti semua tu. Lidah terkeluar. Mata terbeliak. Biru leher dia semua. Terus akak aku terjaga, menangis. Rupanya bilik tu. Mmg betul bekas pelajar situ m4ti. Sekolah teknik manjung da ditukar nama sekolah. Aku tak tahu sekolah apa. Tapi mmg bilik tu tak boleh masuk sampai sekarang.

Nota: Sori kalau panjang sgt. Kalau korg nak sambung, nanti aku usahakan. Btw akak aku dlm cerita tersebut da men1nggal. Tapi aku masih selesa panggil dia akak daripada aruwah akak. Dan ayah aku pon da menlnggal juga. Al Fatihah kepada keduanya. Oh ya, nanti korang komen la cerita aku ni. Kalau komen pasal penulisan ni maaf la. Aku mmg x reti karang HAHAHA.

Okay yang ni cerita lain pulak eh. Aku ni takde cerita yang berleret2 panjang macam episod2. Selalu abis abis la. Yang ni kisahnya time akak aku mandi. Akak aku ni tabiat mandi nya dalam pukul 4/5 pagi. Sebab taknak berebut dengan pelajar lain. Jadi dia bangun awal. Jadi time nak masuk tandas ni. Nampak laa benda jerangkung atas dinding tandas tu.

Yang tempat pembahagian antara tandas2 lain tu. Dia nampak benda ni bertenggek situ. Akak aku ni spesis buat b0do je. Jadi dia buat2 x nampak nak pergi mandi. Da masuk tandas ternampak la pulak benda selongkar sampah. Ni aku tuju khas kaum hawa lah. Sebab wanita je yang ada cuti2 malaysia ni. Aku x tahu benda apa tu sebab akak aku x describe. Tapi kuku dia panjang. Lidah pon panjang terjelir2.

Rambut menggerbang mcm hantu kak limah tu. Die dok korek sampah, jilat bekas d4rah tu. Dekat sini aku nak pesan, kalau da cuti tu. Nak mandi ke, nak tukar ke. Tolong la basuh kalau korang x nak kene ikut. Sebab lepas je bende ni jilat automatik die dapat kesan siapa perempuan tu. Jadi siapa yang x basuh tu mmg dia his4p la d4rah kotor korang.

Mmg korang ada bodyguard laa lepasni. Lepastu sebelum buang tolong la balut eh Supaya tak bau. Kadangkala perempuan yang lambat datang, ada masalah gangguan benda tu selain dari masalah h0rmon (Done bagi tazkirah). Berbalik pada cerita tadi, akak aku ni lepas da syok tengok benda tu buat apa. Dia pon nak mandi lah. Nampak plak kak ti (ponti) duk jenguk dia kat sebelah. Dia mandi jela mcm biasa. Sambil ditemani kawan. Okay la ada peneman kan.

Satu hari ni, ustazah buat sportcheck untuk kaum hawa. Biasalah kaum hawa ni kadang ada yang mengelat nak solat. Konon2 cuti. Tengah2 beratur panjang nak check. Akak aku nampak benda ni bergayut. Mcm kelawar. Badan bawah. Kaki kat atas. Dia tengok akak aku. Akak aku ni diam jela. Paham la style dia mcm mana. Tengah2 sportcheck tu. Benda tu tego dia.

“Kau nampak aku kan?” Akak aku diam jela. Buat2 pekak. Karang terkejut nampak la yg dia ni boleh dgr. Pastu benda ni tengok akak aku ni takde reaction. Dia tanya. “Kau nampak aku kan?” Masih lagi dalam nada biasa. Dan akak aku masih lagi control perasaan. Lepastu benda tu tengking dia. “ENGKAU NAMPAK AKU KANN??!! Sambil duk depan dia.

Akak aku terkejut, terus nak nangis. Lepastu semua pelajar situ tengok. Kecoh la akak aku da mcm tu. Lepastu semua tanya nampak apa semua. Masing2 da takut. Akak aku diam je bila semua orang tanya. Ustazah pon tak jadi la sportcheck.. Bersurai. Aku syak. Ustazah tu pon takut juga hahaha.

Disebabkan sekarang bulan puasa. Aku ada la cerita sikit time bulan puasa ni. Time aku darjah 5. Ayah aku style dia suka minum teh panas tengah2 malam. So tukang bancuhnya aku la ye. Tapi malam tu aku rasa semacam. Sebab aku ni x boleh nampak. Tapi boleh rasa. Aku lepas da kene paksa dengan ayah aku suruh buat air. Aku pon pergi la sambil buat muka.

Tapi aku pon x berani weyh Jadi aku paksa akak aku teman. Akak aku yg teman ni anak ke4. Family aku ada 6adik beradik. Aku bongsu. Tengah2 mengelamun sambil dok syok kacau air. Tetiba nampak la akak aku duduk tangga. Aku toleh sekilas. Pastu aku dalam hati mcm lega lah ada peneman. So aku pandang balik air. Kacau balik. Tengah2 kacau. Nampak jerangkung naik tangga. Merangkak.

Sebiji2 weyh aku nampak. Yang bodohnya aku ni, boleh pulak tengok dia naik tangga dari first anak tangga sampai atas. Syahduu sgt sambil nk nangis rasa memandangkan ni first time aku nampak. Lepastu dan2 pulak akak aku mai datang dari depan pergi duk dapur kat tangga. Aku blur2 time tu. Aku tanya dia “Hg dari mana?”. Akak aku balas “depan la”. Aku balas balik “bukan kee aku suruh hg teman aku kat dapurr”.

Akak aku time ni boleh gelak2 dia cakap. “Yeee aku cabut pergi duduk depan sbb tgok hg ralit buat air”. Time ni aku da tak cakap banyak. Btw aku da cakap kann aku ni penakut. Jadi aku lari tinggal abis air pergi depan. Sampai depan aku amik bantal aku peluk. Ayah aku ni dia boleh baca firasat orang. Jadi dia tanya aku, nampak apa? Aku diam. Lepastu akak aku kecoh. Weyhh kau nampak apaaa haa bagitau aku.

Hg nampak something kan??. Lepas ayah aku desak aku pon bagitau la mcm aku cerita tadi. Ayah aku termenung. Akak aku cakap ee takut laa nak tido atass. Aku dengan dia share bilik Jadi aku da takut. Dia pon takutla. Lama juga ayah aku termenung. Dia cakap takpe ayah tido atas malam ni. Malam2 berlarutan. Aku tido dengan lenanya dekat bawah. Bunyi anjing menyalak sahut menyahut dekat luar sekadar memecahkan keheningan malam.

Tengah ayah aku termenung sambil melihat isterinya tidur. Nampak la si jerangkung ni masuk bilik. Bermula la sesi perkenalan. Ayah aku tanya, dari mana? Dia balas, bukan asal mana2. Maksudnya dia ni bebas tak terikat tak bertuan. Ayah aku balas, kau buat apa kat sini. And kauuuu tahuuu apa dia jawabb??!! Dia cakap dia cari kiteorang weyhhh!! Lepastu ayah aku tanya, buat apa kau cari anak aku? Jawapan dia ni time ayah aku cerita.

Meremang bhai aku nak cerita sekarang pon takut. Dia jawab dia datang cari aku sebab nak MAIN. Dia nak main dengan kiteorg. Lepastu ayah aku tengking. Tak boleh. Dunia kau dengan anak aku lain. Kau jangan ganggu anak aku. Lepastu benda tu akur. Pergi bilik sebelah bilik aku tidooo oiiii. Tengah sahur tu. Semua diam. Pinggan je berbunyi. Masing2 tengah takut. Aku tengah2 makan. Ayah aku tengok tangga.

Cun plak tangga tu belakang aku. Aku pon tengok belakang. Aku cakap ada apa ayah?? Ayah aku balas. Takde, dia nak turun. Dia tak berani ada ayah ni. Dia naik atas balik. Aku tanya balik, (sengaja cari peny4kit) dia ada lagi ke ayah kat tangga? Ayah aku balas. Takde, masuk bilik. Maka aku sambung lah lagi tido ruang tamu.

Untuk pengetahuan, rumah yang aku dibesarkan tu. Tempat persinggahan alam sebelah. Kiranya rumah aku ni RnR dorang la. Tahu kan sesak macam mana? Jadi yang mana berkenan nak stay. Stay la. Yang mana singgah. Singgah la tengok2 ja. Time ni ayah aku tak tahu rumah tu macam tu. Tapi orang yang pandai berubat ni la bagitau. Tapi ayah aku da beli. Nak buat macam mana. Stay lah.

Kiteorang 6beradik ada satu tabiat. Tabiat tak elok. Cerita hantu tengah2 malam. Sengaja cari penykit macam tu la. Duduk berkumpul bulatan cerita hantu itu ini. Bermula dari sulung kepada yg kedua. Lepastu tetiba. Ada orang main air dekat tandas. Aku time ni da menyempit. Air makin lama makin laju dia kocak. Akak aku jerit. Wooiiii diam la! Aku tak tahu siapa yang jerit sebab busy takut.

Sembang lagi. Aku da tak fokus. Aku tahu takut je time ni. Cerita tu semua aku da tak dengar. Dengar orang main pintu tandas. Pintu tandas rumah aku dulu ni besi walaupun rumah taman. So bunyi la, kreeeekk kreekkk kreeeeeekk. Time moyang belah mak men1nggal, dia perturunkan saka pada mak dalam tak sedar. Sebabnya dalam ahli keluarga mak, dia seorang ja ramai anak perempuan.

Iaitu kami la. 5perempuan. Yang anak no 2. Lelaki. Time nak men1nggal beria panggil mak, mak datang. Dia salam tangan mak. Ada cara salam perturunkan ilmu. Mak time ni tak tahu. Lepas men1nggal. Biasalah pakaian, barang aruwah. Mestila anak cucu cicit amik untuk pakai kan. Menipu la kalau korang tak amik.

Mak aku bawak la balik pakaian ni. Maka bermulalah sesi rumah kiteorg dilanggar todak. Tengah2 sidai baju dengan akak aku. Time ni satu family x de dekat rumah. Masing2 sekolah. Aku tak sekolah lagi waktu ni. Mak aku kerja kantin sekolah. Dekat ja dengan rumah aku. Akak aku ni no 3, sekolah petang. Tengah sidai tu. Dengar kat bilik atas. Almari buka tutup mcm kena hempas.

Gedegang gedegang mcm tu. Akak aku ni no 3 berani juga. Aku jee weyyhhh sorg yang penakutt nak m4ti Akak aku yg lain elok je hahahaha. Skip cerita. Dia pi naik atas. Akak ak naik tangga hentak kaki jugak la. Tiru benda tu. Die tendang pintu. Woii jangan ganggu kiteorg laa!!. Sunyi. Tapi satu bilik tu bersepah pakaian. Almari terbuka2. Macam rumah kena rompak.

Pakaian moyang? Takde. Tinggal sehelai. Disebabkan rumah kami laluan RnR. Tambah pula, ramai yang dengki hati dengan ayah. Yela ayah aku bisnes bengkel perabot. Jadi dorg hantar la segala bentuk s1hir. Ditambah pula dengan keturunan kami mmg jenis nampak. Maka bertambah2 la beban kami hadap benda ni. Aku ni dari kecik anggap benda ni macam biasa. Sebab memang mainan aku. Tapi heh. Tetap penakut.

Akak aku sulung mewarisi ilmu daripada ayah yang boleh nampak dan bercakap ni. Ayah aku waris daripada kedua orang tua dia. Nenek aku belah ayah bidan diraja. Orang kedah panggil dia Tok puan. Atok aku pula, pengiring istana kot? Sebab dia selalu sikat bulu kuda tunggangan Raja. (Ni korang nak percaya, percaya. Taknak terpulang. Tapi jangan cakap macam2) Orang panggil Tok Mat. Jadi keturunan aku ni boleh nampak.

Memang lahir keluar2 nampak. Tapi dalam family sorg la yg nampak. Akak aku ni merata berubat nak tutup hijab. Memang tak boleh tutup. Gifted. Satu hari akak aku sulung ni. Turun la tangga. Dia nampak la benda ni duduk kat tangga. Lepastu dia datang depan. “Yahh, ada benda duduk kat tangga la”. Time ni kan bila dia buka mulut. Macam emas tau. Sebab cerita dia gempak plus dia ni pendiam.

Jadi bila dia buka mulut. Semua mata tertumpu kat dia sorang. Lepastu ayah aku balas la, siapa? Dari mana? Akak aku balas, tak tau. Ayah aku balas balik. “Cuba pergi tanya”. Dia pi dapur. Lama. Pastu datang depan. “Ayahh dia datang dari bengkel”. Semua time ni menyempit da. Ayah aku balas, orang hantar ke? Akak aku balas, kejap. Dia pi dapur balik. Datang balik depan, “ayahh orang hantar bengkel. Dia ikut arahan tuan dia. Ikut ayah balik”.

Ayah aku balas “siapa?”. Akak aku pi balik dapur. Aku tengok da macam bilik mesyuarat da Serius semacam. Tegang. Muka ayah aku da berkerut. Tiba2 akak aku no 3 buat lawak. Weyh kata ngn dia, aku nak berkawan tau. Akak ak, sulung ni nama Hayati. Dia balas weyh g1la. Betoi ka? Hg biaq betoi? Akak aku no 3, nisa. “Haah (sambil gelak) cakap la kat dia aku nak berkawan”. Yati balas, betoi ni? Aku cakap kang hg jangan main2.

Sat aku cakap. Dia pi dapur. Tanya siapa yang hantar. Sambil sampaikan amanat akak aku si nisa. Lepastu dia datang depan. Ayah. Benda tu x mau bagitau. Dia cakap x boleh. Nanti tuan dia marah. Lepastu dia cakap haaa nisa, benda tu sengih bila cakap hg nk kawan dengan dia. Lepastu akak aku sambung, weyhh scary siottt benda tu sengih time aku ckp hg nk kawan tu. Weyhhh Lepastu nisa terkejut. WEYHH serius laaa hg bagitau dia?!!!.

Akak aku, yati. Dia balas B0do! Hg yg nak. Aku cakap la. Lepastu nisa balas weyhhh aku main2 jeee. Then ayah aku suara tinggi. Haishhh sudah la tu. Hg ni pon satu nisa. Nk berkawan dengan bende2 macam tu. Cari peny4kit!”. Lepastu semua diam. So korang puas hati tak? Penat aku taip panjang2 ni. Jadi keyboard warrior aku malam semalam. Ada lagi ni. Nanti aku karang eh. Kalau tak paham aku tulis, macam biasa. Komen Tq admin. Dan selamat berpuasa.

kredit Linda TJ via fiksyen shasha group.