Tgh makn mak dtg sep4k pinggan, dendm betul mak kat aku smpai pggl aku ank babii.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kalau korang baca, mesti korang akan fikir ni kisah fiksyen novel sebab kisah ni macam kisah anak teraniayai dalam sebuah novel atau dalam drama.

Untuk pengetahuan korang, kisah aku ni rasanya dah banyak dah tersiar dalam page IIUMC ni kan? Kisah tentang anak teraniayai kerana ibu bapa yang tak bagi perhatian, ibu bapa benci anak kandung, kisah anak luar nikah yang disisihkan oleh ibu bapa kandungnya dan seumpamanya itu korang dah baca tapi ini kisah aku. Aku berusia 30 tahun. Seorang perempuan.

Bekerja sebagai peniaga pakaian secara kecil-kecilan. Ada kedai tapi kedai yang disewa dengan harga RM800 sebulan. Aku baru saje buka kedai pakaian ni dengan modal takdelah banyak ribu pun tapi bolehlah masukkan pelbagai jenis pakaian walaupun nampak sikit. Dan alhamdulillah bisnes pakaian ni menjadi.

Aku tinggal seorang diri. Tinggal di kedai yang aku buat pengadang untuk aku tidur dan solat serta memasak. Keluasan kedai jadi sempit sebab aku tinggal situ tapi tak kisahla. Kenapa aku tinggal di kedai? Sebab aku tak mampu nak bayar sewa rumah yang mungkin berharga RM400. Kalau nak sewa rumah juga, itu makan duit juga.

Mana nak cari duit sewa untuk kedai, untuk rumah lagi dan untuk buat modal jualan beli stok pakaian lagi lepas tu nak makan lagi. Tak cukup. Aku kena pandai merancang duit juga ni. Dulu aku tinggal dengan ibu bapa dan dua kakak dan abang serta seorang adik perempuan. Aku anak ketiga. Aku pindah keluar dari rumah tu pada usia aku 26 tahun.

Masa tu aku betul-betul nekad dah nak keluar. Ikutkan pada masa tu aku boleh keluar awal dan menyewa rumah tetapi aku macam tak boleh keluar lagi haha. Aku keluar apabila aku dah ada duit cukup untuk buka bisnes dan pada masa yang sama aku tak nak terikat dengan adik-beradik aku yang macam penyembur r4cun dan aku juga tak nak terus-menerus jadi anak d3rhaka dekat mak ayah aku.

Kononnya aku nak hidup berdikarilah biarlah masa tu hati rasa takut aja. Lepas aje aku pindah, diaorang sudah ‘abaikan’ aku. Diaorang tak pedulikan aku dah. Aku rasa seronok sangat-sangat. Aku pun tak perlu fikir banyak benda yang berkaitan dengan diaorang lagi. Aku cuma kena fikir macam mana nak kembangkan bisnes aku ni.

Aku ada impian nak beli rumah kedai dan bayar loan rumah kedai supaya aku tak perlu menyewa lagi. Harapnya bisnes aku ni masyuklah ya. Ehh dah banyak perenggan dah aku taip. Kisah aku tak pula aku taip. Hahaha. Sebenarnya kan, aku anak luar nikah. Kakak dan abang aku tu anak bapa tiri aku dengan isteri pertamanya. Ibu kandung aku bini kedua.

Mak aku tu beranakkan aku pada usianya 16 tahun. Dia mengandung anak luar nikah hasil hubungan dia dengan bf dia. Bf dia tu tak nak bertanggungjawab dan lari sampai sekarang entah ke mana. Yalah. Dah gf mengandung pastu bf pula berusia 16 tahun, masa depan masih panjang. Better lari dan takyah bertanggungjawab kan?

Lelaki kan takpe kalau buat m4ksiat sebab senang terlepas. Kalau perempuan buat m4ksiat pastu mengandung, susah nak lepas sebab banyak kena tempias nanti. Mereka berdua ni buat m4ksiat suka suki tak fikir panjang kesan akibatnya. Dan bila dah terjadi satu ny4wa tu, hah mulalah kalut. Mak aku hampir nak gugrkan kandungan tapi mak saudara aku pujuk dan mak aku beranaklah aku ni.

Mak aku berhenti sekolah. Dia bekerja kat mana tah terjumpa dengan bapa tiri aku yang dah ada isteri ni. Kenal-kenal kemudian jatuh cinta pastu kahwin. Kahwin pula senyap-senyap. Bini pertama tak tahu pun. Aku masa ni usia 3 tahun cemtulah. Bila bini pertama tahu tu, memang kecoh juga. Ini semua aku dapat tahu dari mak saudara aku yang sangat sayangkan aku tu.

Dia ceritakan semuanya. Aku dulu tinggal dengan mak saudara aku. Memang aku rasa disayangi oleh seorang ibu walaupun bukan dia yang melahirkan aku. Mak saudara aku ni janda tak ada anak dan tak berkahwin selepas kem4tian suaminya. Usia aku 12 tahun, mak saudara aku men1nggal dunia dan ibu kandung aku ambil aku tinggal dengan dia.

Kisah aku bermula masa aku berusia dalam belasan remaja gitu. Bapa tiri aku ni dia baik. Dia tak pernah pun marah aku. Herdik aku atau h1na aku yang anak yatim. Dia selalu bagi kata-kata nasihat. Masa aku kena buli, dia pergi ke rumah budak-budak yang buli aku tu dan marah mereka sampaikan mak bapak budak-budak bergaduh besar dengan bapa tiri aku.

Mak? Mak aku dia marah bapa tiri aku sebab terlalu bela aku. Dia siap cakap lagi kenapa nak melebihkan anak luar nikah berbanding anak kandungnya? Anak kandung bapa tiri aku kadang-kadang tidur di rumah dan adakalanya tidur di rumah mak mereka. Mak aku juga hasut anak-anak bapa tiri aku ni benci kan aku.

Masa bapa tiri aku takde kat rumah, diaorang berdua masuk bilik aku dan menyimbah air suam ke muka aku yang tengah nyenyak tidur. Siapa tak meraung bila kena air suam. Air suam ke? Aku rasa macam air panas. Muka aku ni memang merah menyalalah kena. Nak tahu siapa suruh mereka buat gitu dekat aku? Mak aku.

Mereka kata mak aku suruh simbah air sebab aku tak bangun lagi dan dah lewat nak pergi sekolah. Tepuk dahi sekejap. Aku tak bangun lewat lah. Masa tu baru jam 5 pagi seingat aku. Belum masuk waktu subuh lagi. Hairan juga aku macam mana mereka boleh bangun awal pagi semata-mata nak menyimbah aku. Agaknya mereka tu baru sudah buat tahajud kut.

Masa aku tengah makan pula, aku makan berasingan. Aku makan duduk bersila di atas lantai yang tak berlapikkan mozek atau tikar getah sementara yang lain makan di meja. Bapa tiri aku ajak makan di meja tapi kena jerkah oleh mak. Mak pula cakap situ tempat aku. Sini tempat orang bersih. K.

Aku tak kisah pun asalkan aku dapat makan. Cuma makanan aku tu pun berbeza. Aku makan telur goreng. Mereka makan ayam goreng. Tak apalah aku tak kisah. Memang aku tak merungut ke apa dengan bezanya ini. Aku adalah makan petang tu. Masa tengah makan, datang mak aku dia s3pak pinggan aku. Habis berterabur nasi dan telur goreng aku hm.

Dia cepat-cepat bawa bekas yang isi beras dan telur tu masuk dalam biliknya, takut aku tanak nasi dan goreng untuk makan kali kedua. Aku macam takpelah. Aku pergi sekolah dengan basikal. Yang lain pergi dengan kereta. Kereta tu bapa tiri suruh mak aku guna untuk hantar anak-anak pergi sekolah.

Dia pergi kerja dengan motor selepas solat subuh lagi. Dia kerja guard. Aku pernahlah nak naik kereta nak pergi sekolah sebab sekolah sama dengan adik-beradik tiri aku ni. Mak aku marah dan segala c4cian dia keluarkan. Hati aku pula telan ajelah. Telinga aku ni memang berdesing jugaklah dengar tapi nak buat macam mana, memang aku ni anak luar nikah yang tak tempat dalam keluarga tu dan wajar disisihkan pun.

Aku ingat kata-kata mak saudara aku aja yang menyuruh aku sentiasa bersabar dan jangan melawan. Ya. Setiap kali mak aku kata bukan-bukan dekat aku, aku diam dan aku bersabar. Tipulah aku tak marah. Aku marah juga tapi aku paksa diri aku diam walaupun rasa nak pecah. Tapi… aku terluah juga segala marah aku selama ini.

Ini kerana mak aku cakap aku anak b4bi. Anak b4bi h4ram. Anak b4bi g1la. Anak b4bi b0 doh. Sebenarnya, setiap kali dia nak marah aku, dia akan sebut aku ni anak babi. Contoh makan, dia cakap mana anak babi ni ha? Ha gitulah. Fuh. Memang aku rasa aku ni anak b4bi kut sebab sepanjang aku duduk dengan dia, dia panggil aku anak b4bi.

Okey. Pendekkan cerita… aku cakap kalau aku ni anak b4bi, dia pun b4bi juga iaitu ibu b4bi. Macam mana anak b4bi boleh lahir dari rahim seorang manusia? Memang ayat aku tu buat dia meng4muk. Berbirat belakang badan aku kena r0tan. Kat sekolah, aku ni takdelah pendiam. Aku ni kecoh juga. Walaupun ada suara-suara mengejek aku anak luar nikah, aku abaikan walaupun hati ni pedih.

Tapi dah hakikatnya kan? Buat apa nak menafikan. Pelajaran aku okey. Aku dapat keputusan cemerlang dalam pmr. Aku nak sambung belajar di sekolah kluster cemerlang tu. Tapi mak aku larang. Dia suruh aku habiskan sekolah lama tapi anak tiri dia boleh pula masuk sekolah klustr cemerlang hehe.

Adik aku lahir setelah bertahun-tahun mak aku kahwin dengan bapa tiri aku. Masa mak aku pantang, aku ni jadi pembantu rumahnya bantu dia dalam pantang. Disuruh buat itu buat ini. Aku terpaksa ponteng sekolah tau sampaikan cikgu datang sekolah tanya mana pelajar cemerlangnya.

Ahahah. Maaf. Teriak sikit. Mak aku cakap dekat cikgu yang aku malas pergi sekolah. Sebenarnya mak aku yang paksa aku ponteng sekolah. Memang kena tepuk dahi sendirilah masa dengar jawapan mak tu. Mak aku mengaku dekat aku yang dia tersangatlah bencikan aku. Dia cakap aku ni pembawa m4lang. Dia nak bnuh aku masa aku dalam perut dia tapi dia fikir dosa pahala dan orang yang pujuk dia.

Aku berterima kasih dekat dia sebab dia sudi lahirkan aku walaupun dia bencikan aku sepenuh hatinya tapi aku rasa kan, dia sebenarnya sayangkan aku kan? Mesti dia sayangkan aku Cuma dia malu nak cakap. Cuma sampai sekarang ni dia asyik cakap begitu. Segala kata m4kian darinya aku telan dan aku abaikan. Adik-beradik tiri aku pula sama dengan mak aku.

Mereka berpakat untuk mencaci aku dan menghina aku supaya aku tak tahan duduk dengan mereka. Ternyata ya. Aku dah tak tahan. Aku melawan mak aku sampai bapa tiri aku yang selama ni anggap aku anak dia tampar aku sebab dia ternampak aku ni tolak mak aku. Memang aku tolak mak aku sebab aku tak suka dia tuduh aku bebukan.

Selama ni aku abaikan saja apa dia cakap tapi entah macam mana aku jadi naik darah. Dan semuanya sudah berubah dan tiada yang sama. Aku keluar rumah tu. Aku berharap suatu hari nanti mak aku datang dekat aku dan cakap dia sayangkan aku.. Aku… sayang mak aku… Aku sekarang fikir nak kembangkan bisnes aku sahaja. Salam… – ANIS (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mashitah zee – Assalamu’alaikum Anis ( confessor) tajuk ‘Aku Anak Engkau Ibu’… Setelah habia baca, saya ingin lahir kan rasa hormat dan kasih (sesama muslimat) kepada kamu, di atas segala ujian dan ranjau hidup, kamu berjaya berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri. Wow… Hebat takdir Allah 🙂

Tentang perniagaan, buat lah perlahan-lahan. Semua nya memerlukan duit, tapi ingat, duit bukan segala nya… Cuba hubungi emak, tanya khabar, dan bawa buah tangan, contoh kain sepasang yg cantik, untuk ambil hati dia (kebiasaan, barang yg kita beri, tak kisah orang tu terima atau tidak, akan DI KENANG, bila dia lihat balik kain tu nanti, akan teringat pada kamu.

d4rah daging dia yg pertama/anak pertama. Seorang emak marah nya sampai bila… semoga Allah lembut kan hati emak Anis, dan iya, saya YAKIN emak kandung Anis sayang pada Anis, percaya lah…. Saya wanita, tahu perasaan wanita lain… Semoga berbahagia dan sentiasa berada dalam rahmat dan jagaan Allah, wahai muslimat terpilih

Annie mohd – Kesian kau dik..mak yg sayangkan anak sendiri takkan kejam camtu..dlm dunia ni ada je ibubapa yg benci anak mereka..sbb tu byk kes d3ra anak sampai m4ti, bvnuh anak, lempar anak ikut tingkap..itu tandanya syg ke?? I dont think so. Setakat bwk kandungan ke hulu ke hilir binatg pun boleh buat tapi binatg pun x sanggup sepak mknan yg anak dia tgh mkn.

To be a mom is more than carrying a life in her womb. It’s the whole process, from carrying you in her womb, looking after you, protecting you, loving you, giving you a bright future.

Sambal hitam – emak awak tak bahagia pun. orang yang bahagia tak sempat membenci orang lain. apatah lagi anaknya sendiri. tapi terima kasih kpd emak awak kerana bawa awk 9 bulan dalam rahimnya dan meneran untuk lahirkan. tertulis di luh mahfuz itulah emak dan inilah anak. santuni emak seadanya. keep moving.

semoga awak berjaya mengapai impian. saya nyanyikan awak satu lagu..sorry sumbang sikit suara tak berapa sedap. berarak mendung kelabu.. mengekori langkahku.. sepanjang kehidupan.penuh dugaan.. namun aku tetap aku..ku cubaa dan terus mencuba.. mencapai suriaaa..
walau membakar jiwa.. walau aku dihina..
aku tetap akuuu

Sumber IIUM