Ayah nikahkn akak, aku yg nangis. Bila ayah xde, tggjwb penuh atas aku. Sorang2 adik prempuan aku lepaskn.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hai. Okay memula aku kenalkan diri sebagai abang H, bukan sebab aku ada honda. Sebab mak ayah bagi nama huruf depan H. Aku dah berumur 30 an keatas. Mostly, member sebaya dah ada anak 3-4orang. Aku? Cuma ada anak tekak.
Dalam confession ini aku hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman jaga adik perempuan.

Tak mahu komen negatif tak mau tak mau. Santai sahaja. Aku ni anak kedua dari 5 beradik. Aku anak tunggal lelaki. Orang kata limited edition lah kot. Atas kakak bawah tiga adik perempuan. Keluarga aku bukanlah alim mana pun. Biasa sahaja.

Aku terjebak dalam confession iium ni dari junior officemates aku. Dia suka cerita pasal ini pasal itu dari confessor. Aku mati-mati ingat ni macam newspaper ke apa. Mostly dia suka cerita pasal jodoh wanita yang belum berkahwin dan dah berkahwin. Meh sini aku nak kongsi cerita aku…

Kakak aku kahwin usia awal 30an. Masa tu ayah aku memang risau nau yelah kakak aku ni engenering site. Berurusan lelaki sana sini. Nak tak nak kakak aku setuju untuk berkahwin dengan pilihan ayah memandangkan dia dah stabil dan rasa diri tua.

Bagi aku kakak memang patut dah kahwin. Memang dah overquality. Pandai masak, jaga maruah keluarga, tak bergaya sangat tapi bab agama boleh tahan. Waktu ayah aku nikahkan kakak, air mata dia jatuh siezly aku turut sebak. Bukan sebab kakak dah lepas tapi sedih pertama kali aku tengok ayah aku nangis depan aku.

Air mata jantan woi. Jatuh saham aku depan awek. Masa tu lah tudung bawal mak aku berguna. Kakak aku ni garang dan kasar. Dia dapat laki yang sebaliknya. Memang padanlah. Sama-sama bekerjaya tinggi. Jodoh kan. Lepas kakak aku kahwin, ayah aku men1nggal. Masa tu aku down sedownnya sebab ayah lah kawan baik aku dunia akhirat.

Automatik tanggungjawab keluarga jatuh kat aku. Nak tak nak aku bangkit untuk keluarga aku. Sejak dari tu aku ulang alik kerja ke rumah mak. Adalah ambik masa sejam. Biasa hujung minggu atau cuti baru nak balik. Kerana sayangkan mak aku turutkan. Adik aku yang pertama berusia pertengahan 20 an, dia dah last semester sementara nak cari kerja sebelum grad.

Since dia kata nak kahwin, aku terus tanya dah sedia ke kahwin. Katanya dah. Aku pun cakaplah cuba check kehidupan adik balik. Ni aku tak tanya lagi bab sapa calon. Adik aku ni mostly berbeza dengan kakak aku. Yelah faktor sekeliling di luar. Tudung ikut fesyen belit-belit tak tutup dada. Solat tunggang langgang, selfie sana sini.

Post gambar sana sini. Baca Al-quran jarang. Masak lagilah harapkan mak aku. Kat luar memang bergaya. Aku suruh dia ubah perbaiki diri dan konsisten dulu, sementara aku siasat siapa calon dia. Yes, aku contact terus mamat tu then minta dia prepare diri untuk sekian-sekian kalau nak kahwin dengan adik aku.

Dalam masa dua tahun mamat tu datang balik kat aku untuk meminang. Adik pon dah berjaya dapat kerja tetap. So aku kahwinkan je. Adik kedua aku pula baru usia 20an. Memandangkan dia baru habis STPM. Dia banyak masa dekat rumah teman mak. Yang ni pula sama dengan adik pertama. Fesyen tudung yang tak menutup dada. Telefon kalau boleh 24 jam.

Sebelum dia terkena syurga dunia dekat luar, aku terus daftarkan dia ke kolej Islam swasta berdekatan rumah aku walaupun result dia gempak dan dapat masuk ke Universiti tiptop. Aku bagi pilihan untuk kos dia minat dengan syarat dia tanggung sendiri. Aku nakkan dia belajar dunia dan akhirat.

Alhamdulilah dia dah abis belajar. Banyak yang dipraktikkan adik dari kehidupan kolej tu. Totally berubah. Alhamdulilah dia konsisten. Dekat luar nanti senang dia bawa diri bila agama kita dah genggam. Tunggu masa abang kahwinkan dengan lelaki baik.

Adik last aku ni baru kat sekolah menengah. Yang ni lagi mencabar. Siap dah ada couple lagi. Bercrush artis sana sini. Since aku sebagai penjaga aku memang sm4ckdown tarbiah dia habis-habis. Gatal sangat nak ada pakwe. Asal cuti atau hujung minggu nak lepak dengan kawan-kawan kat mall. Ingat aruwah ayah dan abang ni tak special ke.

Aku bagitahu mak untuk masukkan adik ke sekolah agama. Mak setuju then next year aku terus daftarkan. Memula dia nangis nak balik meronta siap d3ndam dengan aku berbulan-bulan. Tapi lama-lama sebaliknya. Setiap kali aku jemput balik hujung minggu, dia akan suruh aku baca surah ni surah tu.

Aku macam what?? Bila silap je dia tegur. Dah macam ustazah dah. Tapi oklah at least berbaloi hantar sekolah agama. Hujung minggu mesti dia yang akan masak tolong mak. Jarang dah nak lepak ngan kawan-kawan. Lepas je abis SPM nanti aku akan masukkan dia dalam Kolej agama swasta.

Abang H ni pon masih lagi single. Bukan sebab masalah family. Cuma tak sampai seru lagi untuk berkahwin. Tanggungjawab jaga adik perempuan dan anak perempuan pon memang sangat mencabar zaman sekarang. Aku respectlah pada yang ramai tangungan perempuan ni. Aku ni pun masih lagi tahap perbaiki diri.

Andai jodoh tiada dunia akhirat pasti. Itu janji Allah. Just enjoy dalam life. Syukur apa yang ada. Untuk wanita disana. Jaga diri kerana dirimu begitu berharga. – Abang H (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mashitah alqhadri – Girls, aku nak bagitau 1 rahsia ni. Lelaki kalau ada adik perempuan, pastu tau tanggungjawab utk pelihara maruah adik, jangan dipersia2kan lelaki begini. Sebab mmg berbeza karekter lelaki yg ada adik perempuan dgn lelaki yg takde adik perempuan.

Beza dari segi caring dan cara dia handle emosi tu. Sebab kalau lelaki tu bawah2 dia semua adik lelaki, kasar dia mmg tak boleh dibancuh langsung. So, kalau sesiapa nak berkenalan dgn confessor ni, roger2 aku. Nanti abang H akan msg aku dulu.

Er.. Kau jgn salah paham. Aku cuma nak tolong tapiskan je utk permudahkan urusan confessor. Hmm.. Nasihat buat abg H : Aku harap kalau kau dah jumpa jodoh, tlg jgn buat perangai mcm si Haris tu. Ataupun jangan jadi mcm Harraz Naufal. Pl4yboy.

Anak mak. Sebab kalau kau hantar confession mcmtu, siap kau. Aku org pertama yg sumpah kau. Tak cukup dgn sumpahan, aku sumpit dahi kau.

Nor haslin – Abg mcm ni yg kita cari.. Alhamdulillah…aku rasa kat kuar sana sbnrnya mmg memerlukan kasih syg dan keprihatinan mak, ayah dgn abg serta adik lelaki diorg mcm ni..biasala perempuan manusia yg lemah huhu bila dpt prihatin, ketegasan dr ksh syg..

InshaAllah segalanya mungkin..tp tula nak didik anak lelaki cbrnnya lain, anak perempuan cbrnnya lain. Alhamdulillah yg dpt kesedaran hidayah Allah ni.moga kita semua menuju pulang kepada kehendak Allah dan menjadi kekasihNya.. amiiin

Mohd hazim – Situasi kau sama mcm bapak aku,ank lelaki tunggal dlm family..jd ank yatim masa sekolah rendah lg..dia la yg jaga mak,kakak & adik2 sume..kawen paling lewat sbb bg kakak n adik2 lepas dulu..alhamdulillah,skang kami ada 10 org adik beradik..

itulah satu2 abah yg membesarkan kami, taun depan genap umurnya yg ke 80.semoga terus diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Nya.

Ruhaiza samsudin – Percaya tak kalau hemak cakap, confessor ni kalau beristeri, pasti dia seorg yg Sgt memuliakan isteri dia.. Maka bertuah lah wanita dlm hidup encik H ni.. Termasuk mak, kakak, adik2 Dan isteri serta anak.. Saya harap Di masa depan anak sy berjodoh dengan lelaki yg baik seperti encik H..

Fatihah azmin – Nampak macam overprotective, tapi sebab tanggung jawab dia besar kerana dia wali kpd adik beradiknya.. Doakan semoga tt bertemu pasangan yang memahami, tapi jangan la sia2kan pasangan tt dek kerana lebih kan ibu n adik beradik, harap tt faham.. Semoga berjaya.

Sumber IIUM