“Awk cari penganti ye, sy xmampu, sy izinkn”. Puaslh kau lelaki, buat dia derita, buat aku hilg dia.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum iiumc readers, dan terima kasih andai luahan aku ni diterima untuk disiarkan. Semalam, aku buat sesi throwback.

Dan aku rasa rindu yang amat, tapi aku tak boleh nak luahkan dekat sesiapa. So aku luahkan dekat sini. Nama aku Ri, aku kenal dengan Aisyah ni start dari sekolah. Tapi dia bawah aku, sebab umur dia 25 and aku sekarang 28. Kitorang fav student Ustaz Zaki, kitorang rapat, sebab ustaz selalu suruh kitorang pantau aktiviti pelajar.

Ohh ya, dia sangat cantik. Kening lebat, kulit putih and suka senyum. Lepas aku habis sekolah, aku dengan dia lost contact tapi umur aku 25 kitorang dapat contact balik each other. Aku confess kat dia, yang aku suka dia. Alhamdulillah diterima baik, dan dia cakap. Dia suruh tunggu habis study, baru datang merisik.

Aku ikut je, taknak terburu-buru sebab masa tu kerja aku pun tak menentu. Tapi, dia ada dengan aku dari aku pakai kancil sampai laa sekarang aku dah ada kereta yang better dan selesa. Dari aku takde apa-apa sampai lah aku hampir ada segalanya. Long story short, dia pun dah habis belajar. Aku ajak dia bertunang, dan family aku pun pergi jumpa parents dia untuk tarikh bertunang.

Tapi seminggu sebelum bertunang tu, dia s4kit teruk. Demam, muntah badan dia jadi kurus sikit. Disebabkan s4kit dia tu tak baik lagi, kitorang decide untuk tangguhkan pertunangan tu. Kitorang kerap bergaduh, dalam sebulan tu 3-4 kali bergaduh. Sampai 1 tahap, dia bl0ck aku kat semua soc med termasuk whatsapp.

Aku buntu, aku tak tau macam mana nak pujuk dia, aku masa tu memang give up and dah rasa yang dia bukan jodoh aku. Aku banyak berdoa minta petunjuk. Dia makin kerap s4kit, muntah d4rah. Perutnya s4kit, badan dia makin kurus. Pergi hspital, appointment tak pernah miss, tapi masih taktau dia s4kit apa. Beribu habis, masih sama. Dan family Aisyah decide untuk pergi berubat cara islam.

And surprisingly, ya. Aisyah dis1hir. Aisyah marah-marah aku, itu semua laki tu yang buat. Dia taknak aku ni rapat dengan Aisyah. Laki tu marah sebab Aisyah tak layan dia. Ustaz nak buang s1hir tu, tapi laki tu dapat rasa. And laki tu hantar s1hir yang lagi kuat. 6 bulan, keadaan Aisyah masih sama. 3 ustaz cuba untuk ubatkan dia, tapi tak mampu sebab terlampau kuat.

Aisyah minta aku cari lain, jangan tunggu dia. Aku dengar dia cakap macam tu, aku nangis. Aku terus bagitahu parents aku, aku nak nikah dengan Aisyah. Walaupun aku tau keadaan dia macam tu. Alhamdulillah family aku faham aku, dan aku pun pergi ke rumah Aisyah untuk bagitau hasrat aku. Parents dia agak terkejut, termasuk lah Aisyah.

Aisyah marah aku, dia cakap jangan kawin sebab rasa kesian. Cari laa perempuan lain, jangan dengan dia. Aku berkeras, aku nak kawin sebab aku nak jaga dia, depan mata aku. Alhamdulillah aku selamat jadi suami dia, hanya kenduri simple. Malam lepas nikah tu, aku cakap dekat dia, “Yang, kita nikah simple-simple. Nanti bila awak dah sihat, kita buat majlis yang lain ye?”..

Lamaaa Aisyah tenung aku, lepastu Aisyah cakap dekat aku “takpe.. sebab sy tak boleh bagi apa yang awak nak, sy takde apa-apa, dah tak cantik macam dulu, dah tak mampu nak buat kerja macam dulu, and mungkin dah tak boleh happy kan ri macam dulu.” Aku diam, sebab tahan air mata. Cengeng.

Esoknya, keadaan Aisyah makin teruk. Dia muntah-muntah dan keluar benda pelik, tak larat jalan, hanya terbaring. Ustaz call aku, dia bagitau yang lelaki tu marah sebab aku kawin dengan Aisyah. Aku suruh ustaz pulangkan, tapi ustaz tak bagi. Hampir seminggu Aisyah terbaring. Malam Jumaat, Aisyah panggil aku, Dengan susah payah dia dia bisik kat aku “Ri.. Sya tak kuat dah ni, tolong halalkan makan minum.

Ri cari pengganti, sya izinkan.. sya minta maaf, aisya tak bagi, tak mampu jalankan tugas isteri. Ri cari pengganti ye nanti..” Aku tunduk, aku menangis je. Hari Jumaat esoknya, lepas kami semua bisikkan kalimah syahadah, Aisyah pergi menghadap ilahi. Dengan tenang, disisi aku and family Aisyah. Semuanya berjalan dengan lancar, masa Aisyah dik4fankan, baru aku nampak wajah ‘sebenar’ dia.

Dalam hati aku cakap “cantiknya awak sayang..”. Puaslah kau lelaki, kau dah buat dia derita. Kau dah buat dia hilang hampir semua yang dia impikan. Dan kau buat aku hilang orang yang aku sayang. Semoga allah membalas atas apa yang kau dah buat pada Aisyah. Dan harini genap 2 tahun aku menjadi suami Aisyah. Dan sampai sekarang, aku masih belum dapat pengganti dia, dia sempurna kat mata aku.

Aisyah yang aku sayang, aku tak dapat miliki dia. Allah pinjamkan sementara je. Menyayangi Tapi Tak Memiliki, itu lagi sakit. Tolong jangan gunakan s1hir untuk dapatkan sesorang, mungkin korang tak pernah kena macam ni. So korang rasa mengarut, tapi bila kau dah kena. Baru kau tahu apa yang aku rasa, tapi harapnya tak kena kat kau laa.

Aku dah 2 kali kena, 1 orang dengki bisnes aku, 2 pasal Aisyah ni. Al-Fatihah Aisyah. Ri belum jumpa perempuan yang sama macam awak. Awak memang special Aisyah. Assalamualaikum. – Fah

Reaksi warganet

Rosdidi roses – Perasaan sayang dan amat menyintai sesorang bukan dapat kita duga ,ianya datang dari sudut. hati yg amat mendalam dan perasaan sayang yg teramat. bila ada perasaan sayang tu memang payah nak dilupakan segala kenangan manis bersamanya. very2 touching kisah saudara,harap byk dekat diri pada allah sabar dan byk bersabarjua tabahkan hati dlm menempuh dugaan hidup ini.semoga bahagia akan menjelma insyallah amin.

Muhammad arif – Abg dulu masa kahwin dgn akak kamu pun kena, s4ntau katak… hampir tewas juga bila berak keluar d4rah dan n4nah saja malah rasa perut mcm dicakar dari dalam, sbb pakcik yg ubatkan abg tu cakap org yg hantar tu nak abg m4ti…hmmm…lepas berubat tu, pakcik tu kena tuju balas sampai m4ti. abg sembuh tapi dapat gastrik refluct yg teruk sampai sekarang…hmmm…

aruwah mak mertua pun m4ti dis1hir sbb org cemburu anak2 berjaya dalam pelajaran, aruwah mak ude pernah dis1hir, bapa tiri dis1hir k4nser sampai m4ti sebab apa abg kata s1hir k4nser, sebab k4nser tu kerap beralih tempat setiap kali scan, puncanya ada org tak puas hati ayah tiri dipilih sebagai ketua kampung, ibu angkat pun baru sembuh kena s1hir k4nser….

Hafizah – Faham sgt bila org yg kita sayang kena buatan org/s1hir. Abg aku sendiri kena sebab org dengki dgn kerja dia. Dia xboleh pergi kerja, sampai je tempat keje muntah d4rah. Balik rumah ok sikit. bertahun2 mcm tu, tukar tempat kerja lain pun sama. Tapi alhamdulillah skrg dah ok.

Lagi sorang, kawan baik. Sama situasi. Kena s1hir sbb kena reject, tolak pinangan. Teruk dia kena sampai xboleh balik negeri kg halaman sendiri. Once dia balik masuk negeri dia, terus s4kit teruk. Jadi kalau nak jumpa Mak Ayah dia, Mak Ayah dia yg dtg jumpa dia. Kalau nk cita, pnjg sgt.

Ada ustaz bgtau cara nak lawan, kena kahwin sbb org tu bg s1hir sbb xnk bg kawin dgn sape2. Masa proses kenal kawan tunang semua, suami dia pun teruk kena kacau sekali tapi dorang mmg jodohnya kuat, lawan sama2. Skrg dah kawin dah dkt setahun. Semoga kalian bahagia.

Org kita (khususnya) mudah sgt guna cara haram cara kotor nak puaskan hati n4fsu sendiri. Tak puas hati, hantar itu ini. Semoga ALLAH beri balasan yg setimpal untuk pelaku2 s1hir ni.

Nur fadzilah – Tiada satu apa pun di dunia ni milik kita.. Kita tak memiliki apa jua pun, walau hidup bersama 1000thn, semuanya hanya pinjaman Allah..
Aisyah tetap isteri awak di akhirat kelak, alhamdulillah sbb dh ada ikatan suami isteri.. Ada jodoh lain, kahwinlah, ada zuriat sementara h4yat di dunia.. Ada anak yg soleh utk doakan kita nnt.. Jaga amalan, kumpul pahala byk2, bekalan bertemu Aisyah di Syurga.

Sumber IIUM