Cikgu keliru nama aku dan adik. Bila check surat branak ad tulis “tiada dpt dperolehi”. Perasaan lain tiba hadir bila dgr jwpn cikgu.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum w.b.t. Semoga kita semua dalam lindungan Allah. Semoga Allah manghindarkan kobid ni daripada kita semua.

Pertama sekali aku kenalkan nama aku. Aku NAA. Umur aku hampir 30 tahun. Aku tinggal di salah sebuah negeri di pantai timur. Bekerja dan mempunyai 2 orang anak. Aku tak nak intro terlalu panjang. Berbalik kepada tajuk asal. Ye, nama aku berbintikan Abdullah. Dan aku berbangga dengan nama yang telah Allah tetapkan kepadaku ini.

Walaupun aku tidak pernah kenal siapakah gerangan insan yang bernama Abdullah itu. Tapi aku tetap bersyukur. Bukan rezeki aku untuk mengenali beliau. Dan aku tidak tahu samada beliau masih hidup mahupun sudah pergi menemui pencipta yang Maha Esa. Tapi doa aku sentiasa bersamanya walau dimana beliau berada sekarang ini.

Bercerita mengenai bagaimana detik pertama aku mengetahui akan status diriku ini,terasa lucu pula. Ohhh, untuk pengetahuan semua aku mempunyai seorang adik lelaki yang muda setahun dariku. Adik lelaki seibu tapi berlainan bapa. Bapa kandung adikku telah pergi menghadap Illahi ketika adikku masih didalam perut ibu, manakala aku baru berusia 7 bulan ketika itu.

Ibu mengandung anak kedua dalam jarak masa yang sangat rapat. Beza setahun sahaja umur ku dan adikku. Kasihan ibuku diuji kehilangan suami dalam umur yang masih muda dan mempunyai 2 orang anak kecil yang perlu dijaga. Semasa kami kecil, kami tinggal bersama atuk dan nenek di kampung. Semasa itu ibu bekerja siang malam untuk membesarkan kami. Sedari kecil lagi aku telah diuji.

Ujian yang mematangkan aku. Ramai orang yang mengenali aku akan cakap aku matang dari usia sebenar. Alhamdulillah. Tapi masa kecil, aku tahu aku bukanlah anak,cucu mahupun anak saudara yang disayangi. Aku bukanlah permata di dalam keluargaku. Aku redha. Aku masih punya Allah yang sentiasa bersamaku setiap detik hidupku.

Membesar bersama adik yang beza umur hanya setahun dariku membuatkan aku boleh mengerti kasih sayang yang berbeza-beza di antara kami. Setiap masa aku dipersalahkan dalam segala hal. Banyak kalau nak diceritakan disini. Dan banyak yang aku telah buang jauh-jauh kenangan pahit yang meny4kitkan itu. Aku akan cerita moment-moment yang masih melekat di fikiranku sahaja sehingga ke hari ini.

Pada usia aku 9 tahun, semasa cuti sekolah di bulan puasa, seperti biasa aku dan adik akan mendapat bantuan pakaian raya. Di petang itu, telefon berbunyi dan aku berlari ke ruang tamu untuk menjawab panggilan tersebut. Rupanya panggilan tersebut datang dari guru sekolah kami. Beliau bertanyakan nama penuh kami. Dialognya begini, “NAA, nama penuh awak NAA binti Abdullah kan?

Nama adik awak ABD bin Nordin kan? (bukan nama sebenar) Kenapa tak sama ye?”Dengan penuh yakin aku menjawab “Oooo, salah tu cikgu. Nama saya NAA binti Nordin juga. Kami adik beradik”. Lucu sangat bila teringat saat ini. Naif sungguh aku ketika ini. Bermula dari itu, cikgu sekolah mula keliru akan identiti kami adik beradik. Makanya, di sekolah kadang namaku berbinti Abdullah,kadang berbinti Nordin.

Ada lagi sijil-sijil yang aku simpan sehingga ke hari ini. Berbeza-beza nama bapaku di dalam sijil tersebut. Hihi. Itu antara pengalaman lucu yang aku alami. Sehinggalah aku berusia 11 tahun, aku terlihat salinan surat beranakku. Di bahagian nama bapa tertera tulisan ‘tiada dapat diperolehi’. Aku berbisik di dalam hati, mungkin semasa itu aruwah ayah tidak dapat hadir semasa hari mendaftar namaku di JPN.

Lama aku menyimpan salinan surat beranakku. Kemana sahaja aku akan mebawanya. Nak dijadikan cerita. Pada ketika itu hobiku adalah membaca. Aku terbaca satu artikel berkaitan anak luar nik4h. Aku cuba relate artikel itu dengan kehidupan aku. Dan semasa tu aku sudah terdetik didalam hati bahawa aku adalah pemegang status anak luar nik4h. Namun semasa tu aku masih tidak rasa apa-apa.

Jadi aku tidak menanyakan kepada siapa-siapa pun berkaitan perkara itu. Aku hanya simpan seorang diri sahaja. Hari ke hari, aku dapat melihat semakin ketara aku dipinggirkan didalam keluargaku sendiri. Hanya aruwah atuk yang melayanku dengan baik. Tidak pernah mengetepikan aku. Sentiasa berpesan dan menasihati aku.

Aku selalu depersalahkan dalam segala hal oleh semua orang di dalam rumah tersebut termasuklah ibuku sendiri. Selalu aku terfikir apa salah aku. Kematangan yang Allah kurniakan kepadaku semasa kecilku mebuatkan aku boleh menilai setiap perbuatan ahli keluargaku kepadaku ketika itu. Ibu sentiasa melebihkan adikku.

Jika mereka ada perancangan untuk keluar berjalan, pasti aku akan ditinggalkan dirumah untuk menjaga gerai jaja nenekku pada ketika itu. Menangis meraung macam mana sekali pun, aku tetap ditinggalkan. Apa yang mebuatku lebih bersedih, sudahlah ditinggalkan, tidak pula mereka membawa pulang apa-apa barangan atau makanan untukku. Adikku yang dapat ikut pula dapat bermacam-macam.

Pernah sekali adikku bawa pulang air vitagen ke rumah. Bila aku bertanya dimana aku punya kepada ibu, ibu boleh pula menjawab “buat apa beli dekat kau. Membazir aje.” Sedih hati kanak-kanakku mendengar jawapan ibu. Bermula dari saat itu, bermulah hidupku bersahabat baik dengan diari. Apa jua kesedihan akan aku luahkan didalam diariku. Aku suka menulis puisi.

Kalau ada sambutan untuk ceritaku ini, akan aku lampirkan puisi-puisi yang pernah aku karang suatu masa dahulu. Puisi yang boleh membuatkan rakan-rakanku menangis bila membacanya. Sehingga sekarang ada dalam simpananku. Pada usiaku 11 tahun, hidup kami berubah 100%. Setelah bertahun-tahun membesarkan kami berseorangan,akhirnya ibu aku telah bertemu jodoh lain.

Bukan main seronok lagi aku dan adikku nak dapat bapa baharu. Tapi masih ku ingat semasa itu, aruwah atuk dan nenek menentang hebat pilihan ibuku. Manakan tidak, umur bapa tiriku itu beza hampir 30 tahun dengan ibu ku. Malah bapa tiriku itu berumur lebih tua dari aruwah atukku. Bayangkan lah berapa jauh perbezaan umur mereka.

Ada jugak aku dengar orang kata ibu aku diberi ubat guna-guna oleh bapa tiriku itu sehingga ibu jatuh hati kepadanya. Padahal pada ketika itu ada lelaki yang lebih lama rapat dengan ibu. Tapi mentah-mentah ibu menolaknya. Bapa tiriku telah pun mempunyai 5 orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya.

Bekas isterinya telah pun men1nggal dunia pada ketika itu. Jadi aku mempunyai 3 orang abang tiri dan 2 orang kakak tiri. Mereka semua sangat baik dengan kami. Hasil perkahwinan ibu dengan bapa tiriku itu, aku dikurniakan lagi 3 orang adik tiri. Selang beberapa minggu perkahwinan ibu dan bapa tiriku, kami telah berpindah dari rumah atuk dan nenek. Masih di daerah yang sama.

Tidak jauh dari rumah lamaku. Disini bermulah ujian yang lebih hebat buat diriku. Pada suatu pagi yang dingin, aku dan adikku sedang tidur diruang tamu. Tiba- tiba aku terasa seperti ada tangan yang merayap-rayap dicelah pehaku. Aku tersedar dan bertapa luluhnya hatiku apabila melihat bapa tiriku sedang berusaha membuat perkara tidak elok terhadapku.

Aku sangka dialah insan yang akan melindungi aku tapi tidak. Aku silap. Aku cuba melawan tapi apalah sangat kudratku semasa itu. Dia telah mer4ba-r4ba tempat yang tidak sepatutnya. Aku melawan sehingga aku berjaya melepaskan diri. Aku cerita perkara itu kepada ibuku tapi ibu tidak mempercayai aku. Dan aku sudah agak perkara itu akan berlaku.

Ibu tak akan percaya apa jua cakapku. Akhirnya aku telah ke bilik kauns3ling dan mengadu kepada guru kauns3ling ku tentang apa yang berlaku. Ibuku telah dipanggil oleh pihak sekolah. Namun ibuku hanya berdiam seribu bahasa tanpa mempersoalkan akan kejadian itu lagi seolah-olah tidak apa yang berlaku.

Beberapa bulan selepas itu, bapa tiriku telah membawa kami berpindah ke rumah beliau di selatan tanah air. Aku berasa lebih selamat kerana disana terdapat kakak tiriku yang tinggal bersama kami. Namun tekaan ku silap. Rupanya disini bermulalah kehidupan ngeri aku dan adikku.

Kami did3ra fizikal dan m3ntal saban hari. Pantang ada salah, pasti tangannya akan naik ke badan. Ibuku? Hanya mampu melihat dan mendiamkan diri. Tapi aku tahu ibuku sedih dan menangis melihat anak-anaknya dilayan sebegitu. Tapi ibu tak mampu melawan. Masa ni aku terfikir mungkin betullah ibu memang terkena buatan bapa tiriku.

Sebab mana mungkin seorang ibu hanya mampu mendiamkan diri tanpa mempertahankan anak-anaknya. Kalau tidak mempertahankan aku, sekurang-kurangnya mempertahankan adikku yang menjadi kesayangannya. Kakak tiriku juga tidak berani untuk campur tangan. Sehinggalah kakak tiriku mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah tersebut.

Perhubungan kami dengan keluarga di kampung sudah terputus. Kami dilarang dari menghubungi keluarga di kampung. Kalau bapa tiri dapat tahu kami menelefon mereka di kampung, pasti teruk kami dikerjakan. Bapa tiriku adalah seorang pesara p0lis. Tapi semasa itu, dia bekerja shift sebagai guard di sebuah kilang yang berdekatan rumah.

Bayangkan kalau dia bekerja waktu malam, pantang ada waktu rehat dia akan pulang ke rumah. Kerap kali dia mengejut kami pada pukul 2-3 pagi hanya untuk bertanyakan hal pelajaran yang dia telah arahkan untuk kami menghafalnya. Ye dia bagus sebab ambil tahu hal pelajaran kami. Tapi rasanya pagi-pagi begitu bukanlah masa yang sesuai untuk kami yang bersekolah ini dileteri sampai berjam-jam.

Pernah adikku direndam di dalam bilik air hanya kerana tidak menghafal sifir. Aku pernah diketuk dengan buku tebal sebab tak ingat apa yang dia suruh hafal. Aku pernah kena tarik rambut bila adik aku tak ikut apa yang disuruh. Katanya aku sebagai kakak tidak pandai menjaga adik. Perkara tersebut berlarutan saban ahri. Aku selalu akan memaksa adikku untuk buat apa yang bapa tiri kami suruh.

Adikku kadang-kadang melawan dan tidak buat apa yang disuruh. Biasalah budak lelaki kan. Aku pasti akan memaksanya untuk buat juga kerana aku tahu aku pasti kena marah jika dia tidak buat. Sampai pernah 1 hari, adik aku cvcuk tangan aku dengan pensel yang t4jam sebab marah aku memaksanya. Aku tidak kisah, janji kami tidak dimarahi dan dim4ki bapa tiri kemudiannya.

Kerap kali kami mendapat gelaran lembu dan kerbau, malah banyak lagi perkataan -perkataan yang tidak elok dilemparkan kepada kami seperti cel4ka,si4l dan sebagainya. Perbelanjaan sekolah kami diabaikan. Kami hanya dapat duit belanja dalam seringgit seorang sahaja. Ada sekali tu, kami dihalau dari menaiki bas sekolah kerana telah berbulan-bulan yuran bas tidak dijelaskan. Baliklah kami menaiki bas awam dengan sedikit duit belanja yang dibekalkan.

Kad bank ibu dipegang oleh beliau. Segala perbelanjaan dikawal beliau. Ibu pula hanya surirumah tangga pada ketika itu. Walaupun ibu aku nampak seperti tidak menyayangiku tapi aku tahu ibu sungguh terkesan dengan apa yang kami perlu tanggung pada ketika itu. Buktinya ibu kadang-kadang sorok duit diam-diam untuk beri kepada kami. Pernah sekali, aku lupa berapa umurku ketika itu,aku pulang sekolah dengan berjalan kaki.

Dengan keadaan cuaca yang panas terik menyebabkan aku mengalami sakit kepala yang sangat kuat. Semasa itu ibu sedang berpantangkan adik tiriku. Sudah menjadi rutin untuk aku menyiapkan makanan berpantang untuk ibu. Sampai sahaja di rumah, aku terus ke dapur memasak sayur air sawi dan memanggang ikan kembung untuk ibuku.

Setelah siap menjamu ibu makan,aku ke bilik untuk mandi, solat dan berehat sebentar. Cuma makanan bapa tiri dan adikku aku tidak sempat masak kerana kepala terasa sangat berdenyut-denyut. Aku sudah menyuruh adikku untuk makan dulu makanan yang aku masakkan untuk ibu jika adik lapar.

Memandangkan bapa tiriku pun tiada dirumah ketika itu, aku berani naik ke atas dahulu sebelum masak untuk mereka. Sedang aku berehat sebentar di atas, tidak semena-mena bapa tiriku pulang. Terus berdegup kencang hati ini memikirkan makan yang belum dimasak. Hilang sebentar s4kit kepala yang berdenyut-denyut tadi digantikan dengan perasaan yang teramat takut.

Seperti yang aku fikirkan, teruk beliau meng4muk petang itu. Beliau mem4ki-m4ki aku didapur sambil melemparkan periuk nasi serta tudung saji ke dinding. Hampir-hampir terkena diriku. Aku hanya mampu berdiri tegak tanpa berani menatap wajah bengisnya. Apa yang membuat aku bersyukur, walaupun kami adik beradik dilayan sebegitu, ibu kami dilayan seperti permaisuri oleh bapa tiri kami.

Bapa tiri kami sentiasa berlembut dengan ibu. Tak pernah sekali beliau mengasari ibu. Apa sahaja permintaan ibu akan ditunaikan. Aku bahagia melihat ibu bahagia walau aku tidak tahu apa sebenarnya di dalam hatinya. Sebagai anak, aku akui aku tidak mampu membaca apa yang sebenarnya di dalam hati ibuku. Berbalik kepada status aku sebagai anak yang berbintikan Abdullah.

Pada usiaku 13 tahun, aku mengenali seorang guru yang aku rasa orang yang paling sesuai untuk aku bertanyakan mengenai statusku. Walaupun aku sudah tahu jawapan yang bakal diberikan. Pada tika itu, aku bersekolah pada sesi petang. Setiap hari Isnin sekolah mengadakan perhimpunan mingguan. Sebagai seorang pengawas, sepatutnya aku ditugaskan untuk menaikkan bendera pada hari itu.

Setengah jam sebelum perhimpunan bermula, aku nekad untuk menanyakan hal tersebut kepada guruku itu. Hanya aku dan guru tersebut di dalam kelas pada ketika itu. Aku telah menunjukkan salinan surat beranak yang sudah hampir 3 tahun dalam simpanan ku itu kepada beliau. Dan aku tanya kepadanya, apa maksud ‘tiada dapat diperolehi’ di bahagian maklumat bapa.

Masihku ingat jawapan cikgu ku “ NAA, cikgu harap kamu bersabar dengan ujian Allah ini. Allah uji sebab kamu budak yang hebat. Kamu sebenarnya adalah anak luar nik4h.” Panggg, terasa 1 tamparan yang paling hebat buat diri ini. Ye aku sudah sedia maklum akan jawapan yang bakal diberikan oleh guruku itu.

Namun buat pertama kali mendengar pengakuan tentang diriku itu dari mulut orang lain, terasa lemah sangat diri ini. Airmata turun tanpa sengaja. Terduduk aku tiba-tiba di atas kerusi, menahan sebak didada. Allah. Terus cikguku datang memelukku memberi sedikit kekuatan kepada diri ini.

Maka berdiri tegak aku di atas pentas dengan raut wajah yang sedih sambal menaikkan bendera ketika lagu Negaraku dinyanyikan. Syukur aku tidak ditugaskan menjadi emcee pada hari itu. Kalau tidak, tak tahulah macam mana cara untuk aku mengawal intonasi suaraku. Mahu baca skrip sambil menangis. Haha.

Pada hujung minggu yang sama selepas aku menanyakan kepada guruku itu, aku ingat lagi selepas solat zuhur. Aku pergi dekat ibuku. Masihku ingat moment itu. Aku beritahu ibu bahawa aku sudah tahu bahawa aku ini adalah anak luar nik4h. Dan jawapan ibuku hanyalah, “habis tu kenapa”. Itu sahaja jawapan dari mulutnya. Namun aku nampak ibu kelihatan terkejut dan kaget dengan soalanku itu.

Kecewa aku dengan respon ibuku. Namun aku positifkan diri aku. Mungkin ibu malu akan khilaf lamanya. Aku tidak salahkan ibuku. Aku berdoa hari-hari agar Allah mengampunkan segala dosa ibuku. Aku sayang ibuku. Walau apa pun berlaku dia tetap ibuku dunia akhirat. Andai aku dapat memeluknya pada ketika itu, aku pasti lakukannya. Tapi mustahil untukku berbuat demikian.

Sebab sedari kecil, hanya adikku yang akan dipeluk dan dicium sebelum ibu ke kerja. Tapi masa tu aku rasa perkara itu adalah normal sahaja. Setelah itu barulah aku mengerti. Mungkin ibuku j1jik untuk memeluk dan menciumku. Hihi. Panjang lagi kalau nak diceritakan disini. Jika ada sambutan aku akan buat sambungan ceritaku ini kemudian. Aku akan ceritakan macam mana akhirnya hubungan aku dengan ibu, bapa tiri, adik serta keluargaku.

Terima kasih admin IIUM Confession jika coretan aku ini disiarkan. Untuk yang senasib denganku, ingatlah pesanan ikhlas dariku, pasti ada pelangi indah selepas hujan yang berpanjangan. Kita insan terpilih. Allah pilih kita sebab Allah sayangkan kita. Percayalah ada hikmah yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Aku cakap begini sebab aku pernah jumpa insan yang senasib denganku. Yang turut diuji dengan ujian yang berat juga dan beliau telah berputus asa dengan hidupnya. Aku kenal beliau juga di bahagian komen IIUM Confession ni. Masa tu ada 1 post berkaitan anak luar nik4h ni dan aku terlihat komennya yang seakan kecewa. Terus aku DM beliau. Beri kata-kata semangat.

Kalau kau baca coretanku ini, aku harap kau kuat. Aku harap Allah melindungi kau walau dimana kau berada sahabat. Walaupun kita tak pernah kenal. Aku selalu mendoakan untuk kau. Kau beruntung sebab kau lelaki. Bertabahlah. Jangan pernah merajuk dengan percaturan Allah.

Sebab Allah tak akan menkhianati hambaNya. Redha, doa, tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Semuanya datang dariNya dan kita sebagai hamba, kembalilah kepadaNya. Salam sayang, – NAA (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nurina Lylia – So positive if other people are like you, the world would be a much better place. Orang positive would always look at the best of things, and appreciate walaupun benda sekecil alam yg tak memberi keuntungan pun pada diri sendiri

(contoh die happy mak die dilayan seperti bidadari walaupun die dilayan mcm sampah) thats how we should look at life too. Stay happy and positive sis. And keep writing. Others need your positivity

Rasidah othman – Awak adalh insan trpilih dik. Cuma ibu awak, x tahu nk cakap mcmana. Klau dia dpaksa lain lh tp klau prbuatan trkutuk tu dlakukan secara sukarela, amat zalim klau dia tidak mnyayangi awak.

Atas ketelanjurannya awak lahir dn awak yg trpksa mnnggung dosa yg dia lakukn. X brperikemanusiaan langsung. Tp allah jdkn awak seorng ank yg baik. Moga ibu awak dh brtaubat, awak pn dh bahagia, smoga awak sentiasa dlm rahmat allah hendaknya.

Sya sallehuddin – Masya Allah.. NAA.. menangis kak baca confession kau… teringat salah seorang anak murid kak. NAA bayangkanlah, lagi 3 minggu nak ambil exam besar, nama semua dah bercetak, datang ayah anak murid kak, berjumpa secara private..ayahnya beritahu pada kak, yang rupanya anaknya adalah anak tak sah taraf.

Menangis kak depan ayahnya keraan anaknya merupakan antara pelajar harapan kelas kak, pelajar yang sangat baik, tak pernah susahkan kak dan juga guru2 lain. Ayahnya minta tolong kak utk tukarkan segala details anaknya utk exam besar tersebut. Kak bertekad dalam hati, perkara ini hanya tahu antara Ketua Jabatan, kak dan penyelaras peperiksaan supaya tidak menjadi buah mulut orang lain.

Nak jaganya air muka serta aib anak tersebut. Supaya dia tak stress, tak malu dengan rakan sekeliling.. Naik ke JPN utk urusan tukar maklumat peperiksaan awam. Dalam seminggu sebelum peperiksaan, Alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan.

Pelajar tersebut jumpa kak. Menangis di bahu kak..memang drama air mata. Sumpah, tak ada sedetik kak rasa j1jik..tak ada sekelumit rasa hina pada dia. Ya Allah!! Kak cakap padanya ‘Arina tak bersalah, mak ayah Arina tak bersalah. Mereka sayangkan kau bagai anak mereka sendiri. Arina beruntung dapat mak ayah seperti mereka. Banggakan mereka dengan kejayaanmu’…

kak doakan dia dapat membahagiakan keluarga yang telah memelihara dia… Sampai sekarang kak ingat anak itu..semoga dengan jaga aibnya, Allah akan jaga aib kak dan anak anak kak juga…. Dan kak tahu, NAA adalah wanita yang bijak dalam percaturan hidup…

Sumber IIUM