Aku outstation, balik je ank mgadu ayah tendang dada dia. Tsentap aku bila ank suruh ak bcerrai.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. (Coretanku agak panjang. Mohon maaf sebab tak boleh diluahkan dalam bentuk lukisan).

Tak lama lagi kita akan menyambut aidilfitri. Sedikit perkongsian mengenai kisah hidup aku, mungkin sebagai pedoman, iktibar dan pembakar semangat membuka titik mula mencari kebahagian. Sesungguhnya sabar itu indah. Aku ringkaskan aku sebagai L dan suamiku sebagai S. Perkahwinan ku bakal menginjak 13 tahun. Kami mengenali hampir 20 tahun. Pelbagai sikap dan ragam yang ada telah diharungi.

Kami dikurniakan 3 orang anak lelaki. Aku mempunyai karier yang stabil dan merupakan seorang ketua di pejabat dengan ramai kakitangan. Manakala S pula pada awal perkahwinan bekerja dalam bidang perkidmatan sehinggalah kini S tidak bekerja. Semasa awal kahwin, kami sama-sama berkongsi segalanya. Aku pun redha sebab bagiku, izin suami untuk aku bekerja ku anggap sudah cukup bertuah.

Sehingga pinjaman peribadi atas nama aku, tapi kongsi bayar pun aku tak kisah. Menginjak ke tahun 5 perkahwinan (2011), kami membeli rumah, tapi masih atas namaku, serta pinjaman peribadi dibuat lagi sekali untuk menampung kos guaman dan keperluan rumah baru. Kami memutuskan untuk kongsi bayar. Masalah menimpa keluarga kecil aku ini, apabila sikap S berubah, selalu keluar malam, melepak bersama kawan (sejak aku mengandung anak kedua pada tahun ke 3 kahwin).

Keadaan ini berterusan sehingga aku mengesan (2012) rupanya S telah mula berjinak-jinak dengan air k3tum. Aku menasihatinya tetapi tidak diendahkan. Perwatakan dan fizikalnya berubah sama sekali. Segala hal yang dikongsi bersama seperti yang aku ceritakan tadi, kini tergalas dibahuku sendiri. Bukan setakat bayaran rumah dan pinjaman peribadi. Tetapi termasuk juga makan minum, pakai dan perbelanjaan anak-anak.

Untuk pengetahuan semua, S tidak pernah membelikan aku walau sehelai tudung hatta pakaian dalam. Barang basah dirumah pun aku yang urus, dari beli sehingga masuk peti ais. Hala tuju anak-anak, aku juga yang aturkan. Aku yang menguruskan baik emosi dan pelajaran anak-anak. Perbelanjaan harian anak, buku serta perbelanjaan tergempar yang diperlukan sekolah. Aku memang seorang yang sibuk, agak kerap bekerja luar stesen.

Tapi aku sangat berdikari. Terpaksa. S? Sejak 5 tahun lalu, S telah bertukar kerja. Gaji lebih rendah dan bermulalah kesengsaraan hidupnya. Pengambilan bahan k3tum telah mengubah dirinya, sukar tidur malam, bangun lewat dan S berp3rang dengan s4kit ment4l. S juga kerap mengalami ep1lepsi. Doktor menulis dalam laporan discaj wad sebagai “s3izure due to substance 4buse”. S menjadi pemarah bukan pada aku, tapi anak-anak.

Sejak dari itu, aku melakukan segala-galanya sendiri termasuk balik ke kampungku. S hanya balik menjenguk ibu bapaku di kampung, setahun sekali itu pun sehari ketika hari raya. Kami pulang asing-asing kereta. Semua benda yang memerlukan wang, akan tertanggung atas bahuku, bila aku tanya S, S akan bagi alasan, kalau aku ada aku bagi. Akhirnya, aku membuat silent treatment.

Kami bercakap bila perlu sahaja. Kami pernah tidak bercakap berbulan-bulan lamanya. Aku tak tahu apa yang S buat. Tapi dia tahu apa yang aku buat. Aku masih tahu hukum Allah. Aku keluar rumah aku akan text S. Aku memegang prinsip, memang dia bersalah abaikan keluarga, tapi aku tidak mahu menjadi isteri nusyuz. Aku jaga pergaulan dan batas-batas aku sebagai seorang yang masih bergelar isteri.

Mintak cerrai? Aku telah minta dilepaskan sejak tahun 2015 atas sikap lepas tangannya dan aku rasa penat. Tapi S memohon diberikan peluang dan pernah S menyumpah aku, kalau kau bukan milik aku, kau tak akan jadi milik orang lain. Aku sabar. Tapi hatiku tawar. S tak mengambil berat diriku, tak tanya apa aku rasa. Bahkan S tak tolong pun aku melakukan kerja rumah. Pernah menolong, tapi apabila puas ditegur.

Sekejap sahaja buatnya, nanti berbalik kepada sikap endah tak endah dia. Makan minum baju pakai dia aku masih uruskan. Aku juga kerap berjimat cermat. Selalu masak dirumah. Jarang makan diluar. Berniaga kecil-kecilan. Kemuncak sabar ku berakhir pada dua tahun lepas, aku abaikan makan minum dan pakai dia. Aku hanya sediakan makan hanya untuk aku dan anak-anak. Pakaian dia pun aku tak ambil peduli.

Aku dah tak boleh nak redha. Patutkah aku sedia makan minum dia, sedangkan yang keluar membeli ikan ayam sayur nya aku, dengan duit aku, dengan kudrat aku sediakan masak. Dia? Terbongkang sebab tidur lewat. Patutkah aku sedia pakaian dia? Semua sabun basuh mandi shampoo aku yang beli. Bertahun. Bukan setahun dua. Duit dia? Habis dengan rokok dan k3tum. Keadaan ini berlarutan agak lama. Usaha untuk memperbaiki rumah tangga aku tak nampak.

Kami tidak berkomunikasi. Setahun lalu aku mula berjinak-jinak memahami bagaimana permohonan cerrai boleh dibuat. Aku dah tak nampak jalan dalam perkahwinan ini. Aku search fb. Baca perkongsian peguam syarie. Aku google forum berkenaan percerraian. Perkongsian ahli forum dapat memberi gambaran bagaimana situasi dalam bilik mhkamah nanti dan sebagainya. Aku persiapkan diriku untuk bercerrai sebaik mungkin.

Masalah yang dihadapi aku ini, tidak pernah aku kongsi baik kepada adik beradikku serta ibu bapaku. Aku malu dan bagiku, aib suami adalah aib diriku. Begitu juga kawan-kawan, aku tak pernah buka pekung di dada. Aku sabar dan bertahan. Cuma aku ada mengadu pada keluarga mertua sahaja, tujuanku supaya mereka dapatlah menasihati anak mereka. Mereka memang ada menasihati S, tetapi tetap tidak menjadi apa.

Setengah tahun berlalu S kehilangan kerja pula, semakin teruk sikapnya. Nafkah zahir dan batin yang di abai tadi bertambah terabai bila mana, hutang-hutang yang dibuat atas nama aku S tak boleh bayar. Akhirnya aku yang tanggung lagi sekali. Aku bukannya b0 doh. Aku sabar sebab bukan mudah bercerrai, banyak hal perlu aku timbang. S tiada duit. Keluarga nya bagi duit padanya.

Aku tak mengambil tahu duit ringgit dia. Cukuplah aku terbeban dengan masalah kelangsungan hidupku dan anak-anak. S tertinggal telefon dirumah suatu hari. Aku buka telefon nya. Selama berkahwin aku tak pernah ganggu privasinya. Tiada apa yang mencurigakan. Ada whatsapp mesej S dengan bekas teman wanitanya (H) sebelum berkahwin dengan aku. Siap bersayang-sayang bagai. Tapi aku snap menggunakan telefon aku tanpa ada rasa cemburu atau apa-apa rasa.

Hatiku m4ti. Dalam perbualan tersebut, S maklum kepada H, rumah tangga tak bahagia dan bagaimana dia kahwin kerana terpaksa. Aku senyum sendirian membaca. Begitu rupanya sikap lelaki apabila memerlukan perhatian dari seorang wanita, perkara yang tiada di ada-adakan untuk meraih simpati. Aku puji H, sebab dia berlagak biasa sahaja dan tidak berapa mahu melayan S. Tidak cukup dengan itu, mesej dari ayahnya memaklumkan ada memasukkan duit padanya pada sebelah petang.

Pukul 3 pagi keesokannya, S mesej kepada tokan k3tum untuk membeli k3tum. Hatiku terdetik, beginikah ketua keluarga. Urusan diri sendiri diutamakan berbanding aku dan anak-anak. Beras lauk tidak pula dia kisah. Aku sabar. Akhirnya, kemucak perpisahan kami terjadi jua. Bila? Aku pulang dari outstation bulan Mac lalu, anak aku mengadu sambil menangis, ayah menendang dadanya dan menolaknya. Aku terduduk dan terkesima tanpa kata.

Anak-anak aku menceritakan bagaimana kejadian berlaku satu per satu. Tapi bagi aku tetap salah ayahnya. Nak memarahi anak ada caranya. Natijah perbuatannya, anak hilang hormat. Anak sendiri membuat saranan pada aku, bercerrailah mama. Sedangkan anak aku masih bersekolah rendah. Anak aku beberapa kali menyatakan benci nya mereka kepada ayah. Aku bengang ketika itu. Cukup sudah. Aku nekad.

Beberapa hari kemudian, aku bersemuka dengan S. Aku tanya kenapa bertindak begitu. S diam. Aku tidak bercakap banyak. Aku maklum pada dia. Aku akan membuat permohonan cerrai. S diam lagi.
Di negeri ku ini, boleh membuat permohonan cerrai online. Aku isi borang secara online, bawah menu permohonan cerrai. Aku ikut saranan melalui perkongsian di forum, supaya cuba mohon cerrai cara baik. Aku gigih isi borang pengesahan anak kariah, jumpa imam walaupun malu hanya tuhan yang tahu.

Tapi aku bulat dan tekadkan hati. Aku banyak berdoa dalam hati mohon allah mudahkan urusan percerraianku seandainya ini yang terbaik bagiku. Dalam tempoh 7 hari pendaftaran online, aku ke Mhkamah Rendah Syariah. Bukan ke Pejabat Agama. Aku dapat tarikh perbicaraan cerrai awal puasa baru-baru ini. Aku tak kisah bulan puasa pun puasa lah. Sebelum aku ke mahkamah, baru aku cerita masalah rumahtangga kepada ibu bapa dan adik beradikku.

Pada mulanya mereka menentang, tetapi bila aku jelaskan, dan mereka sendiri mencantumkan tindak tandukku beberapa tahun kebelakangan ini, bagaimana survive nya aku, akhirnya mereka akur. Aku ada maklum kepada keluarga mertua. Apa mereka kata? Mereka suruh aku sabar. Mereka nak anak-anak aku. Alasannya mereka tidak mahu aku menuntut nafkah cucu-cucunya dari anaknya.

Aku speechless. Aku bagi tahu pendirianku, anak-anak tetap dengan aku, walau ayahnya tak bagi nafkah anak-anak sekalipun. Perbicaraan pertama berlangsung, aku memberi alasan kepada hakim suamiku tidak menunaikan nafkah zahir dan batin selama hampir 2 tahun. Walaupun sebenarnya lebih dari itu tapi on off. S tidak bersetuju untuk bercerrai dan S tidak membangkang kata-kataku. Aku tahu S akur dengan kenyataanku kerana benar.

Hakim menegur S dalam bab nafkah. Hakim memberi masa kepada kami selama 3 minggu untuk berbincang. Tarikh pun telah ditetapkan. Selesai perbicaraan, S menyatakan bahawa mana mungkin kita bercerrai sedangkan kita masih tidak berbincang apa-apa mengenainya. S nak anak-anak. Aku s4kit hati. Rutin harian S, tidur jam 4 pg, bangun pukul 2 ptg, menghilang ke mana aku tak pasti. Balik rumah jam 1 pg. Bagaimana dia nak didik anak-anak?

Tanggungan anak-anak pun diabaikan. Adalah bagi beberapa kali. Boleh dikatakan bab anak, aku 95%. Kami berbincang panjang pagi itu. Kebanyakannya dia diam bila aku mengeluarkan hujah aku. Tentang kekhilafan aku juga dia. Itu adalah kali terakhir kami berkomunikasi. Perbicaraan kali kedua berlangsung. S maklum kepada hakim bahawa dia masih teragak-agak. Aku menambah alasan percerraian aku disebabkan masalah pen4gihan k3tum dan ps1kiatri. S ada beberapa kali sorokkan pisau di rumah kami.

Aku rasa sangat tidak selamat berada dengannya. Kalau bukan dibnuh dirinya, mungkin aku dan anak-anak yang bakal jadi mngsa. Aku sangat bimbang. Aku pernah bertanya kepada S. Tapi dia marah aku balik seolah-olah aku sibukkan hal dia. Selain itu, hakim menjelaskan betapa banyaknya percerraian akibat minum k3tum. Masalah gangguan waktu tidur dan sebagainya. Hakim juga menyatakan kebimbangannya berkenaan isu k3tum dan bagaimana undang-undang masih memihak kepada penjual peminum dan sebagainya.

S membuat pengakuan dia asyik teringatkan k3tum. Hakim menegur S, sepatutnya anak bini yang perlu diingat bukan k3tum. Aku hadam saja perbualan yang berlaku. Sememangnya aku tahu, pengihan k3tum sama teruk dengan he r0in atau meth4 done. S pernah cuba untuk berhenti. S muntah teruk. Demam. S4kit badan. Tapi dia kembali mencari k3tum. S tak sanggup ke luar kawasan tanpa k3tum.

S tak boleh kerja jauh tanpa k3tum. Kalau jarak perjalanan yang perlu bermalam, S akan bawa bekalan di dalam kereta. Aku pernah kemas kereta. S simpan bekalan k3tum di bahagian tyre spare part. Dah lama. Aku baru perasan. Masalahnya kereta yang aku selalu bawa ke hulu ke hilir. Perubahan S yang paling ketara sejak minum k3tum, mudah lupa, sukar berfikir dan suka mengasingkan diri.

Hakim beri masa kepada dia untuk berfikir. Akhirnya S bersetuju melepaskan aku. Aku bersalam dengan S, dan memohon ampun, aku tahu aku juga mempunyai salah. Aku minta dia halalkan makan minum. Aku mencium tangannya buat kali terakhir sebagai seorang isteri. Aku nekad memaafkan dia dan menghalalkan semua apa yang telah dia hutang sepanjang tempoh perkahwinan. Nafkah iddah dan mutaah pun aku tidak tuntut.

Akhirnya S melepaskan aku dengan talak 1. Perasaan aku ketika itu, syukur hanya Allah sahaja yang tahu. Aku memang janda sebelum waktunya…. dulu. Betul lah dah kalau semua benda aku uruskan dari a sampai z. Seperti tidak bersuami. Kini aku betul-betul seorang janda. Memang sukar memegang title ini. Tapi aku tak kisah. Aku tak mahu menanggung dosa benci pada suami sendiri. Dosa tidak dapat nak redha sumbanganku pada suami. Cukuplah.

Iktibarnya :

1- Berjuang dan berp3rang lah pada awal perkahwinan, bentuk lah suami atau isteri dari awal. Sekali tawar hati, hati m4ti dan nekad. Memang sukar nak kembalikan mawaddah warahmah dalam rumah tangga.

2- Lakukan lah peranan dan tanggungjawab masing-masing seperti yang telah ditetapkan dalam hukum. Jika pincang, akan runtuh lah rumah tangga yang dibina.

3- Berkomunikasi. Ambil tahu dan ambil berat. Tanya perasaan. Apa yang dirasa. Isteri atau anak-anak.

4- Berubahlah. Jika kita hendak orang menerima kita seadanya, kita juga perlu menerima seadanya. Buangkan lah ego. Ubah mindset kita adalah kita, tak perlu ubah. Kalau berubah, boleh mengharmonikan lagi rumahtangga, apa salahnya kan.

5- Sabar. Jika pasangan melakukan kesilapan (berz1na, curang, judi dan mengih dll), bersabar dan jangan bertindak b0 doh melakukan benda yang sama macam mana pasangan kita buat. Kenapa kita nak turut berdosa seperti pasangan sedangkan kvbur kita asing-asing. Salah dia, dia dengan tuhan. Kita jaga hubungan kita dengan allah. Insyaallah Allah jaga kita. Berdoa semoga ditunjukkan jalan.

6- Redha. Redha isteri kepada sumbangannya kepada keluarga. Redha suami atas layanan yang diterimanya dari isteri. Dua-dua perlu dijaga. Bukan sekadar redha suami sahaja. Kalau isteri menggunakan wangnya untuk keluarga, suami perlu tanya redha atau tidak. Jika diam-diam isteri tak redha. Akan bermasalah lah rumah tangga. Jika isteri redha dan mampu tersenyum,alhamdulillah. Bukan isu, suami dah bagi izin kerja, patutnya redha. Ini soal hati, kena berkomunikasi dan tanya apa isteri rasa. Rasa suami tidak adil? Zalim? Diri rasa terbeban?

7- Jadilah hamba Allah yang semakin patuh dan taat kepada perintahnya.

Aku dilepaskan dalam tempoh 21 hari dari tarikh mula perbicaraan dalam bulan puasa, dan pada awalnya aku memang takut. Takut seandainya perpisahan aku ni makan tahun. Tapi Allah mudahkan aku. Syukur Ya Allah. Ujian Allah hadir dalam pelbagai bentuk. Setiap ujian pasti ada pengajaran dan hikmah.

Rahsia Allah. Semoga aku terus tabah dan dapat menjaga diri dan anak-anak sebaik mungkin. Doakan aku bertemu kebahagiaan. Amin. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Terima kasih membaca coretanku. Mohon maaf sekiranya ada tersalah bicara. – L (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Syukri mohktar – Saya sering mengingatkan sahabat-sahabat yg saya kenal serta anak buah di bawah seliaan saya. Andai mahu berumahtangga, pastikan wanita masih berkerjaya atau mempunyai punca pendapatan sendiri. Jangan sesekali berhenti kerja tanpa ada back up plan untuk ganti pendapatan yang hilang.

Jangan membiarkan hidup hanya mengharapkan ihsan atau meletakkan tanggungjawab ke atas bakal ketua keluarga yang belum tentu kita tahu akan berubah ataupun tidak kerana dia juga manusia seperti kita. Banyak yang kita boleh pelajari daripada perkongsian confessor. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya.

Noor lili – flashback my story cuma my ex awal2 kahwin baru sy tau dia bgantung kat meth4 done, amik k3tum,1ce bl sy p keje.ish sbiji la apa yg sy lalui, tolong dia A to Z personal loan itu ini. 7 tahun cuba sabar last istkhrh Allah permudahkan jln cerrai. cuma kami tk mention punca cerrai,ex lepaskan dgn syarat jgn tunjuk report polis, laporan doc apa smua(coz last tu ex angkat pisau nk buat sy n sy berjaya lari dr umh dgn anak).

hakim pun fhm n setuju talak 3 lg. hati dh tawar tk kisah lgsung.lps tu baru la fmly tau apa yg 7 thn sy simpan. ye la nk jaga aib suami rahsiakan hal rumahtga dr org.yup org ckp skit pun tak nampak i’m suffering n struggle selama 7 thn tu. now dah 2 thn brlalu i’m happy wit my life tp bl sesekali bc cerita cmni terus tringat….

moga semua yg dpt suami mcm ni buat la kptsn terbaik, jgn risau jd janda drpd hidup ters3ksa.my ex now dh ada pmpuan lain sambung bela dia tp smpai skrg dia n bini dia dok kaco sy. juz abaikan t0xic people n moga smua yg diuji tu fikir la utk apa nk bertahan.jgn jdkan anak sbg alasan.

sy tau sbab kwn sy ramai yg mcm ni tp sbab depa anak ramai fikir anak. laki mcm ni mmg target pmpuan berkerjaya. pmpuan pula lmbut hati keje biasa pun terima tkpe susah sama2.sbab tu sekufu tu penting sbnrnya. yg belum kahwin tu hati2 la pilih psgn…

Mohammad arif – Sorry sis, nasihat kamu amat tak betul utk item no.5, sabar walau suami berz1na? Curang? No wonder kamu sanggup menderita b0 doh bertahun2 sampai berhutang keliling pinggang padahal suami tak berfungsi,… Curang itu patut dah jadi amaran utk pertaha kan hak, dan pengakhirannya adalah z1na,itu pemutus…

nak tunggu apa lagi, sedangkan Islam menghukum penz1na yg dah kahwin rejam sampai mati, kenapa pula kamu nak beri peluang? Nak rasa jaga anak luar nikah suami ke… Apapun all the best dgn hidup baru, satu je nak nasihat, Kalau isteri lebih banyak main peranan dalam rumahtangga berbanding suami, bersedialah untuk dis4kiti

Kalau suami gaji rendah pun, isteri patut faham, bab nafkah kena dahulukan duit suami sampai habis, jika tak cukup baru isteri samaada gaji sama atau lebih tinggi masuk bantu, bukan kongsi gaji, tak de istilah macamtu dalam agama, yg ada, isteri bantu suami, bukan kongsi…

Sumber IIUM