“Syukur” aku kat bibir je, hidup zon selesa. Bini mgandung anak ke3. Hairan bini xseronok, rupa2nya nie balasan aku dpt.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, salam Ramadhan untuk semua. Nama aku Muhammad (bukan nama sebenar). Aku berkahwin pada tahun 2015, di kurniakan 2 orang cahaya mata dua-dua lelaki.

Umur sulung 4 tahun dan bongsu 3 tahun.
Mcm orang lain, aku sangat sayangkan keluarga aku, dalam usia perkahwinan tu aku dah dikurniakan berbagai nikmat Allah swt yang sangat banyak. Nikmat anak, nikmat seorang isteri yang sangat baik dan patuh, nikmat duit, dapat beli rumah dan banyak lagi.

Sebagai suami aku rancang keluarga untuk masa hadapan, untuk orang yang aku syg kalau umur aku tak panjang itu semua akan aku tinggalkan untuk isteri dan anak2 aku. Aku pun berharap supaya aku dapat sediakan semunya untuk keluarga aku, isteri tidak perlu kerja duduk jadi suri rumah je.

Namun hari berganti hari, pelbagai nikmat yang Allah bagi, namun aku masih lupakan Allah swt, solat tak jaga, rasa bersyukur hanya di bibir tapi hakikatnya aku lupakan Allah swt. Aku rasa dalam zon sangat selesa. Aku seakan rasa hidup aku tidak diuji Allah swt. Kisah bermula tahun lepas 2019, bila isteri aku mengandungkan anak aku yang ke 3 (anak perempuan).

Anak yang aku dan isteri aku impikan untuk miliki seorg anak perempuan sebab sebelum ni 2 lelaki. Nampak tak, masih aku tak ingat kat Allah swt, tapi Allah masih kurniakan aku nikmat dan peluang untuk aku ada anak perempuan. Dalam tempoh isteri mengandung kali ni, tak banyak masalah. Cuma aku pelik isteri aku tak beli baju untuk baby banyak. beli untuk keperluan sambut dihspital je.

Aku tanya kenapa? Dia kata cukup la tu untuk sambut anak je, nanti beli lagi. Aku ikutkan je kemahuan dia. Dan lagi 1, aku ni pun macam suami orang lain juga yang isteri2 dok komplen dalam confession ni, aku dulu kalau main game, melepak agak taik juga. Sampai kadang2 tak hiraukan anak bini. Tapi bila isteri aku mengandung anak aku ke 3 ni, aku rasa nak berubah aku nak bagi masa dekat keluarga.

Aku dah mula2 buat kerja rumah tolong isteri aku, masak, tak melapak dah malam2. Dan banyak lagi kegiatan buruk aku yang aku tinggalkan. Sampai isteri aku perasan perubahan aku dan dia kata dia sukakan perubahan ni. Bila isteri aku dah sarat 8 bulan anak dalam kandungan, isteri aku kelihatan agak normal macam sebelum ni.

Cuma s4kit2 badan orang sarat mengandung biasalah, dan dia mengadu demam dengan aku. Aku bawak ke klinik dan check d4rah semua everything ok. Tapi demam die jadi on off, aku jadi tak sedap hati. Aku bawak ke G.H dan doctor tak dapat sahkan apa2, Cuma kata ada j4ngkitan kat paru2. Dah masuk hari ke 3 warded baru doctor sahkan isteri aku kene dnggi berd4rah keadaan sangat kr1tikal.

Bayangkan isteri aku sarat mengandung nak berhadapan dengan dnggi berd4rah. Hati aku macam dicucuk laju dengan pisau dengar berita tu, kepala makin serabut banyak yang aku fikir dalam kepala aku. Mcm mana isteri ? macam mana baby? Mcm mana anak aku kat rumah? Petang aku dapat berita anak dalam kandungan dah men1nggal. Tinggal isteri aku yang masih ada harapan.

Doktor bagi tau aku anak dalam kandungan tak dapat dikeluarkan sebab takut pend4rahan banyak pada ibu. Jadi risiko untuk ibu men1nggal tinggi. Kandungan pun masih 8 bulan. Namun takdir Allah isteri yang aku cintai juga pergi men1nggalkan aku selang sehari anak dalam kandungan men1nggal. Aruwah isteri dan baby dalam kandungan di tanam dalam satu liang, sedihnya aku Allah je yang tau.

Ya Allah.. kalau dulu satu satu nikmat ko beri pada aku. Tapi kali ni satu satu nikmat Allah tarik dari aku. Rasa terduduk aku yang s4kit sangat nak terima kenyataan ni. Aku harap aruwah isteri dan anak perempuan syurga aku tak lupakan aku di akhirat kelak. Sambutlah tangan abah nanti nak, bawak abah bersama di syurga nanti insyAllah.

Namun aku gagahkan juga diri, Aku kuatkan demi 2 orang anak aku yang sekarang sudah yatim, amanah Allah swt dan aruwah isteri yang ditinggalkan untuk aku jaga sebaik mungkin. Setiap yang hidup pasti akan m4ti, aku mula positifkan diri, aku mula jaga solat. Kadang2 dalam doa aku, aku malu dengan Allah swt. Bila di uji sehabat ni baru aku sedar betapa kerdilnya aku di dunia ni.

Keluarga aku banyak bagi semangat terutama mak aku. Aku bersyukur Allah masih pinjamkan aku seorang mak yang sangat memahami. Namun Sekali lagi aku diuji, Allah jemput mak aku pula sebulan selepas aruwah isteri aku pergi. Mak aku kene s3rangan Str0ke. Apa lagi yang aku bole katakana, selain redha dan berserah pada Allah. Kali ni Nikmat seorang ibu Allah Tarik dari aku.

Hidup aku kini bersama 2 orang anak aku. Tapi aku masih positif, kekuatan datang dari pengalaman dan Solat yang aku jaga. Aku mintak dengan Allah Swt kuatkan aku, aku percaya aku insan yang ko pilih untuk diuji. Aku rehda. Aku masih ada 2 orang anak aku untuk aku didik jadi manusia berguna kelak. Rutin seharian aku berubah 360 darjah. Dari urusan anak, kerja, urusan rumah semua aku kene buat sendiri sekarang.

Sekarang Musim PKP, banyak masa aku dengan anak2 aku. Di sini dan waktu ni la aku belajar banyak benda. Banyak bende yang dulu aku terlepas pandang, aku terlepas pandang perhatian yang anak2 aku tagih dulu. Yang aku sebuk main game, sebuk melepak dengan kawan. Dan aku dapat rasa kerja2 yang arwah isteri aku buat dulu secara total.. Hihi baru la kau tau dan faham kenapa isteri2 kuat membebel.

melayan ragam anak 24 jam bukan mudah ye. Bulan Ramadhan kali ni aku tanpa isteri dan mak, berbuka dengan anak2 lelaki aku je Rasa kurang sangat Ramadhan kali ni. Belum rasa Hari raya lagi. Tapi semua tu aku terima dengan hati yang lebih tenang. Hidup aku seharian makin tersusun. Umur perkahwinan 4 tahun tu terlalu singkat untuk aku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan apa yang berlaku adalah kesan dari perbuatan kita sendiri.

Mungkin ini cara Allah swt menegur kesilapan aku. Aku akhiri, dengan sedikit nasihat. Sebagai suami, kita hargai la isteri dan anak2 kita. Sayang la kelurga kita. Sebab itu perkara yang tak dapat kita beli dengan wang ringgit. Cantik atau tidak isteri kita, bijak atau pandai anak kita itu bukan ukurannya. Sentiasa la curahkan kasih sayang seorang suami dan bapa pada kelurga.

Dan lagi satu bersyukur selalu dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Aku berdoa setiap hari moga Allah Swt jadikan aku seorang bapa yang baik. Sbb itulah persoalan yang selalu bermain di hati aku sejak aku jalani dugaan ni. “BOLEH KE AKU JADI BAPA YANG BAIK?”

Aku menulis untuk peringatan kita bersama, yang baik datang dari Allah, yang buruk itu sudah pasti dari saya hamba Allah swt yang berdosa. Sekian, Salam Ramadhan dari saya. – Muhammad (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nadia daim – Selalu kalau lelaki hado2 confess putus cinta, akan ada gerombolan gadis2 campur andartu offerkan diri secara direct atau non direct. Selalunya aku tak suka komen2 mcm tu. Tak manis (maaf ye) dan percaya la, laki2 hado2 confess bukan utk mencari pengganti, tetapi utk meluahkan perasaan.

Respect the confession. But for this confession, sila lah sape2 offer diri dekat confession ni. Terharu dengar seorang lelaki kena jaga anak 2 orang. Harap2 dah besar la anak2 dia, ok sikit nak jaga.

Nor pauziyah – Pasangan ada lah pinjaman Allah beri. Sampai masa Allah ambil balik. Yang pernah rasa kehilangan je tau macam mana rasanya. Dan lagi mencabar bila anak2 kecik lagi nak handle sorang2.. Apa boleh buat.

Sabar jela… Lagi banyak2 sabar masa time PKP sepenuhnya dengan anak2.. Confessor 2 anak lelaki.. Saya anak 3 lelaki.. Semua kecik2 lagi.. Ada masa hilang arah.. Tapi banyak2 istigfar.. Ada hikmah Allah nak beri…

Siti aishah – Sebenarnye tanpa sedar kan.. tu cara Allah nak tegur confessor.. sama mcm aruwah mak aku dulu.. sebab mak aku dulu semua keje die buat termasuk cari nafkah… ayah aku.lepas tangan .. akhirnya Allah ambil ny4wa mak aku dulu..

mase tu ayah aku baru tau ape tu tanggungjwb.. bayar bil itu ini.. baru die tau.. Allah tau isteri tuan dh penat sngat dengan ragam anak lelaki lagi.. dengan keje rmh lagi..mcm2 lg die buat sorang2.. sebab tu Allah ambil die dulu.

Norhidayu – Allahu dik, sedih akak bc cerita awak. Awk redhalah dik, mmg susah..tp awk kena cuba. Minta dgn Allah sll supaya titipkn sifat redha dlm hati awk atas kehilangan ini. Bkn kata awk, rmai manusia kufur nikmat trmasukla akak. Lps Allah jentik dgn kehilangan org trsyg, baru kita ni sedar..

kita ni kecil shj d hadapan Allah. Spt awk dik, akak jua pernah kehilangan suami, bkn sekali tp dua kali. Walaupun susah, tp akak cuba redha..dan alhamdulillah..akak dh nmpak segala hikmah yg Allah nk bg kat akak d usia 40an skrg ni.

Skrg ni awk mmg rs perit hati dn perasaan tp insyaAllah d ms2 dpn awk akan bersyukur dgn ujian berat yg Allah berikan pd awk ni.

Liyana Abdullah – Aku harapkan nak anak untuk aku jaga.. suami mcm mana pun takpe. Tapi Allah kan dah tulis siap2. Aku kerja jaga anak org. Aku tatang anak org mcm anak sendiri. Pantang nangis aku peluk, cek pampers semua. Siap kiss lagi. Tapi tula. Anak org.. 9 tahun aku duk belai anak2…

sangka baik dengan DIA. Adela tu Allah nak duga.. duga tanda sayang DiA pada kita. Kuat semangat, buat apa2 fikir anak dulu. Betul la tu sentiasa bersyukur. Hidup kene teruskan.. moga mudahla urusan dunia akhirat.

Sumber IIUM