Suami bhenti kerja, jaga anak dan mgemas. Belanja semua aku bagi siap elaun utk suami. Tiba2 tfikir sape ketua keluarga.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Terima kasih admin jika tersiarnya coretan aku ni. Banyak kisah-kisah yang dikongsikan dua tiga menjak ni mengenai keluarga. Ada yang mengenai orang ke tiga dan juga berkaitan nafkah keluarga.

Meh saya nak ceritakan juga mengenai nafkah dalam keluarga. Umur 40-an dah berumahtangga dalam 18 tahun. Ada anak 3 je sebab kekangan bekerja yang tak tentu masa menghadkan bilangan anak (plan pr3gnancy yer). Sejak dari perkenalan dengan suami, saya namakan H, saya tahu serba sedikit latar belakang H.

lulusan diploma dan bekerja di kilang dalam bahagian Kejuruteraan Elektrikal. Saya dalam bahagian Sains dan Master Holder. Memang telah lah gaji saya tinggi dari suami. Di awal perkahwinan saya memang tak kisah mengenai nafkah dari suami dan sampai sekarang pun memang tak kisah.

5 tahun pertama perkahwinan ada pembahagian dalam membayar bil-bil dan hutang bulanan. Kami bayar kereta masing-masing. Bayaran pendahuluan rumah dibahagi bersama dan bulanan saya yang bayar. Perbelanjaan rumah memang saya yang beli, termasuklah bayaran pengasuh anak-anak dan keperluan susu, pampers dan lain-lain kebanyakannya saya yang beli.

Kami selalu makan dinner di luar dan kami akan bayar berselang seli. Pernah juga beberapa kali (banyak kali jugalah) saya selitkan duit dalam wallet suami ujung bulan, sebab suami memang takkan minta duit saya. Suami saya H, ada rupa, tinggi dan sangat baik. Boleh kira dengan jari jer berapa kali dia marah dan naik suara kat saya.

H juga boleh buat kerja-kerja rumah (tapi kena ingatkan dan suruh). Selama 18 tahun umur perkahwinan kami boleh kira berapa kali jer saya jemur kain dalam sebulan. Pandai mengasuh anak-anak juga. Di sebabkan kerja saya yang ada kerja malam dan susah untuk dapat cuti, suamilah yang diharapkan jaga anak malam-malam.

Walaupun ada beberapa ketika kami ada maid (sewaktu saya melahirkan anak ke tiga) dan masa tu saya sambung belajar ke peringkat Master. Program master saya 4 tahun dan sambil bekerja sambil sambung belajar di Pantai Timur Malaysia, jadi anak-anak di jaga oleh ibu saya (rumah ibu satu negeri dengan tempat kerja suami).

Jadi suamilah yang akan balik hujung minggu tengok anak-anak dan setiap 2 minggu akan bawa anak-anak berjumpa dengan saya. Selama 4 tahun berulang alik. Suami bagi sokongan yang baik untuk saya sambung belajar begitu juga mak dan ayah saya sendiri malah ibu bapa mertua juga.

Habis Master, saya dah menjadi senior maka kerja juga bertambah. Sebulan dalam 10-15 hari saya akan bekerja malam. Tanggungjawab semakin berat dan kerja semakin sibuk. Suami memang boleh di harapkan untuk memastikan segala keperluan anak-anak termasuk lah pergi dan ambil anak-anak dari sekolah.

Dan H juga yang mengajar anak-anak mengaji Al Quran dan membantu anak-anak membuat kerja sekolah. Bila saya di tawarkan bekerja di sektor swasta dengan gaji yang berlipat kali ganda dari sektor kerajaan, suami hanya menyokong keputusan saya.

Kerja saya bertambah sibuk 24 jam contactable untuk urusan kerja. Masa ni suami dah berhenti kerja kilang. Saya cuma minta suami pastikan keluarga di bawah kawalan beliau dari mana-mana segi. Saya yang bayar semua bil-bil dan hutang-hutang, malah saya juga beri elaun pada suami setiap bulan.

H juga ada buat kerja-kerja sampingan yang tidak memerlukan beliau terikat dengan masa. Alhamdulillah setakat ni kami hidup bahagia, sesekali bergaduh tu biasa. Biasa suara sayalah yang tinggi tapi suami biasa akan diam dan biar saja saya bercakap.

Memang nampak saya yang lebih prominent tapi saya masih hormat suami sebagai ketua keluarga. Saya masih membuat kerja-kerja rumah bila ada masa, seperti memasak sarapan anak-anak, mengemas rumah serba sedikit dan memastikan anak-anak cukup keperluan dari segi pakaian keperluan sekolah atau makanan.

Apa yang saya cuba sampai kan di sini ialah, dalam berkeluarga perlu ada saling bantu membantu, bertolak ansur dan yang paling penting komunikasi yang berkesan. Walaupun terkadang terasa cemburu melihat surirumah yang boleh duduk di rumah menjaga anak-anak dengan tangan sendiri dan dapat membuat kerja-kerja rumah sendiri tanpa bantuan maid.

Cemburu melihat kawan-kawan yang suami bergaji besar, yang memungkin kan mereka tidak perlu bekerja berhempas pulas seperti saya, Tapi jauh di sudut hati saya, saya sangat bersyukur, kerana Insha Allah setakat ini setiap keperluan sangat mencukupi seperti keluarga-keluarga lain.

Walaupun di era kobid 19 melanda, Alhamdulillah kerja saya tidak terjejas setakat ini. Doakan saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi ini. Mempunyai keluarga yang stsbil dan anak-anak yang sihat dan baik dalam pelajaran mereka.

Mungkin pembaca terasa bosan dengan penulisan saya, jujur saya katakan masalah dimana-mana ada. Begitu juga dengan keluarga kami. Sebab H kan ada rupa, jadi saya masih sangat berhati-hati dengan pergerakan suami. Kemana H pergi, berkawan dengan siapa, malah telefon dan social media H juga saya akan buat spot check sekali sekala.

Saya bukan backgroud agama. Tapi saya selalu pastikan anak-anak solat pada waktunya, begitu juga dengan suami. Saya menghantar anak-anak ke sekolah agama di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Ini sebagai pegangan hidup mereka kelak.

Saya amalkan tahajjud walau bukan setiap malam. Mendengar ceramah agama di radio Ikim sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya ada ikut juga kelas Al Quran di kawasan taman (walau selalu juga terpaksa ponteng disebabkan ada kes-kes kecemasan di tempat kerja).

Dan yang paling penting doa yang tidak pernah putus meminta kebahagiaan dalam rumah tangga, di murahkan rezeki dan memohon anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Saya mohon pembaca-pembaca doakan saya sekeluarga bahagia hingga ke Jannah.. Aamiin… – Saera (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Siti aznida – Tak pasti kenapa ada respon2 dalam ni yg mcm “bitter” dgn confession ni. Apa yg saya dapat ialah dia bukan nak up kan diri sendiri tapi sekadar luahan supaya pembaca boleh faham situasi dia. Nanti digelar suami dia biawak hidup pulak.

sbb mungkin dia pun terfikir “aku ni dah mcm ketua keluarga” tapi dalam masa yg sama dia cuba justify pula sebab suami dia sgt bagus dari segi lain. Pada saya asal dia redha tak apalah. Mungkin dia rasa perlu luahkan jadi biarkan ajerla.

Suraida mohamd – Perjalanan hidup kita tak sama raikan perbezaan hargai persamaan, zaman skrg kebanyakan isteri bekerja malahan ada yg bergaji lebih dari suami, zaman dahulu kebanyakan isteri jadi suri rumah menjaga keluarga tp itu secara fitrahnya suami selaku ketua keluarga akan keluar mencari rezeki.

bila redha dan ikhlas insyallah semuanya akan berjalan lancar, cuma jgn lah diambil kesempatan atas pasangan masing2, sbb isteri ni bila dia tanggung beban yg lebih dr sepatutnya mungkin ada ketidakpuasan hati di situ

Kroll shafi – Sy percaya kita berkahwin utk saling melengkapi antara satu sama lain. Mungkin kelebihan yg ada pd suami tdk ada pd isteri atau kekurangan yg ada pd suami dilengkapi oleh isteri. Tujuan nya tetap sama utk menjadi keluarga bahagia yg diredhai Allah dunia & akhirat.

Tolak ansur dlm rumahtangga dgn ikhlas & redha itulah resepinya. Alhamdullilah Sy doakan rumahtangga confessor bahagia dunia & akhirat. Aamiin.

Julie anme – Isteri yg solehah akan memudahkan urusan suami menemui allah di akhirat nanti.. Sayangnya isteri yg mbuka pintu syurga utk suami kelak sepertinya semakin kurang kerana hasad dengki yg ditanam dlm diri sehinggakan seorg suami itu akhirnya seperti burung yg pulang mbawa makanan ke sarang tetapi apabila turunnya hujan.

tinggallah burung itu menumpang di bawah dedaunan.. Semoga kita dianugerahkan allah satu akal yg jernih supaya kelak pd hari kematian kita, allah mjadi saksi pgorbanan kita seorg isteri.

Sumber IIUM