8kali gagal tmuduga. Bila dtg terdgr “aku dtg nie relax2 je, mak aku uruskn kompem dpt”. Buat En N terima kasih byk2.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua pembaca setia IIUM Confession. Ini merupakan penulisan kedua aku kat sini. Aku seorang perempuan berumur 23 tahun berasal dari negeri belah pantai timur.

Aku cuma ingin berkongsi pengalaman aku gagal temuduga kali kelapan. Aku berasal dari keluarga B40. Dari kecil ibu dan ayah aku menoreh getah untuk menyara aku dan adik beradik. Dari kecil aku selalu diejek oleh kawan-kawan kerana ibu aku selalu menghantar aku ke sekolah menaiki motorsikal buruk. “Som moto kecak, Som moto kecak” ejek rakan-rakan lelaki sebaik sahaja melihat aku.

Seolah-olah hinanya aku hidup miskin. Dengan rumah kayu berlubang-lubang. Ayah pula dengan kereta datsun model dulu. Kereta ayah selalu rosak bila pergi ke mana-mana. Tiap kali kereta tak hidup kena minta bantuan orang untuk tolak beramai-ramai. Rumah pula terlalu usang. ada bekas-bekas anai-anai di merata tempat. Ada juga bahagian dinding yang berlubang kerana kayu reput.

Saudara mara pun kalau berkunjung ke rumah cuma singgah sekejap ja mungkin sebab rumah aku terlalu panas di siang hari. Aku ingat lagi pada musim mengundi sahaja wakil rakyat seperti calon Adun, calon parlimen yang sudi berkunjung membantu. Kalau waktu lain memang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Perit sekali hidup kami sekeluarga. Untuk orang susah macam kami memang pandang kerja kerajaan itu hebat, dibanggakan, makan gaji tiap bulan dan lain-lain kelebihan. Oleh itu ibu dan ayah menaruh harapan supaya aku dan adik beradik aku bekerja kerajaan.

Kakak-kakak aku semuanya bijak-bijak. Kakak pertama berjaya memperoleh 8A dalam SPM, Kakak kedua belajar di MRSM dan memperoleh 7A, Kakak ketiga straight A PMR dan 7A SPM. Sayangnya nasib tidak menyebelahi kami sekeluarga. Kakak-kakak aku tidak berpeluang bekerja kerajaan. Adik- beradik aku semuanya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.

Aku seorang sahaja lagi yang masih belum menamatkan ijazah. Selepas mereka grad, semuanya tidak memilih pekerjaan. Abang aku pernah bekerja sebagai penjaga kebersihan daerah (kutip sampah dengan lori sampah), macam-macam kerja dia buat dan sekarang buat dua kerja dalam satu masa iaitu Foodpanda dan Hantar.

Kakak aku yang ketiga pula ditamatkan kontrak semasa PKP tempoh hari. Kakak ketiga juga pernah buat bermacam kerja dari tukang sapu ke customer service. Aku risau nasib aku sama seperti adik beradik aku. Belajar tinggi-tinggi tapi bekerja tidak tetap. Ibu dan ayah menaruh harapan yang tinggi pada aku supaya aku dapat bekerja kerajaan.

Dengan keputusan SPM aku membuat permohonan IPG. Sebab aku rasa ni jalan yang sesuai nak kerja kerajaan. Ujian kecerdasan calon guru UKCG pula pada waktu itu diadakan di luar negeri. Dari pantai timur aku perlu hadir ke ujian di IPG Kampus Teknik N9. Aku sangat sedih kerana keluarga aku bukannya kaya untuk ke sana.

Namun ibu aku mengusahakannya juga dengan menggunakan semua wang ada untuk perbelanjaan ke sana. Kami tidur di masjid pada malam sebelum UKCG. Semasa keputusan keluar, aku gagal. Masa itu seminggu aku menangis. Aku sedih. Sedih gila-gila. bukan sedih sebab tak dapat. Tapi sedih sebab banyak duit dah dibazirkan untuk ke sana.

Pada waktu itu aku rasa kejam sangat pihak KPM buat ujian jauh2. Tak kesian ke orang miskin macam aku. Nak makan pun berjimat. Kemudian aku sambung ke tingkatan 6. semasa di tingkatan 6 aku hadir ke UKCG sekali lagi dengan harapan ada rezeki aku. Namun aku gagal untuk kali kedua.

Masa tu ujian tu dekat daerah aku sahaja. Dah tak buat jauh-jauh macam tahun sebelum. Aku teruskan tingkatan 6 macam biasa dan tamatkan dengan keputusan 3.50. Selepas tingkatan 6, aku lulus UKCG dan hadir ke temuduga IPG kali ketiga dan kali terakhir sebab bila umur capai 20 tahun sudah tidak layak memohon. Aku boleh mohon tiga kali kerana lahir di bulan Oktober.

Ya, kali ketiga pun aku masih gagal. Aku ingat lagi aku terdengar perbualan seorang rakan, katanya ” Aku pergi iv relax-relax je selebihanya mak aku dah uruskan comfirm dapat” . Dan memang betul dia dapat. Rata-rata kawan aku yang dapat IPG anak cikgu dan anak pensyarah IPG. Aku redho mungkin bukan rezeki aku dalam bidang pendidikan.

Bulan 4 2017 juga, aku hadir ke temuduga SPA kali pertama untuk latihan separa perubatan. Aku memperoleh pilihan beberapa jawatan dan memilih latihan penolong pegawai farmasi, latihan jururawat dan latihan JTMP. Paling aku sedih semasa hadir ke temuduga,di depan mata aku sendiri aku lihat bapa kepada seorang calon bercakap-cakap dengan penemuduga yang memakai pakaian dressar.

Katanya “Demo bui huk dio nok tu pah buleh kelik la, takpo kawe wat kiro la”. Di pusat temuduga SPA Kota Bharu . Putus asa,putus harapan aku sebab aku tahu keluarga tak ada kenalan yang boleh jadi kabel. Yaa, kali keempat aku juga gagal. Kali kelima aku sekali lagi hadir ke temuduga SPA latihan separa perubatan di Pusat Temuduga SPA di Paya Keladi.

Ini merupakan temuduga SPA aku kali kedua. Masa tu aku berada di tahun pertama ijazah. Aku kesana dengan menaiki grab. Agak mahal. Pergi balik RM40. Sampai di sana aku ditemuduga oleh dua orang panel lelaki. Masa tahun 1 aku nak berhenti belajar dan mengalami kemurungan oleh sebab pelbagai tekanan yang aku hadapi ketika itu.

Namun hasrat aku tidak disokong keluarga. aku cuba bertahan dan sentiasa berharap aku lulus temuduga SPA. malangnya biat kali kelima pun aku masih gagal. Kali keenam aku ke tempat temuduga yang sama. Sudah 3 kali aku datang ke temuduga SPA. Kali ini aku sangat terkejut kerana aku dapat panel penemuduga yang sama. Encik Ahmad N.

Selepas selesai temuduga dia cuma cakap Insyaallah ye, kami pertimbangkan. Masa tu pun aku datang dengan grab. Duit di tangan cuma ada RM10. Masa tu aku ingat boleh guna duit bank buat bayar grab. Tapi cimb aku problem. tak dapat top up wallet Grab. Oleh sebab duit tak cukup aku buka Maps dan cari lokasi bank paling dekat.

Aku berjalan sekitar seorang diri cari bank. Sampaila aku jumpa Bank Rakyat. Kat situ aku keluar kan duit dan book grab untuk balik. Ya walaupun bermacam aku buat, aku gagal lagi temuduga tu. Kali ketujuh aku masih tidak berputus asa. Kebetulan rakan aku sudi nak hantarkan aku kesana, jimat duit grab RM40.

Aku dapat bilik temuduga yang lain. Nasib aku tidak berapa baik. Aku dapat panel yang sama lagi walaupun bilik lain. Pasangan panel tu bertukar tukar. Cuma dia ja yang sama. Kenapa mesti dia? Ramai lagi kut panel lain. Kenapa mesti Encik Ahmad N? Akhir temuduga tu dia cuma cakap kalau tak boleh cuba lagi. Masa tu aku dah dapat agak mesti aku gagal lagi.

Ya, kali ketujuh pun aku gagal. Sedih tak terkata. Selepas temuduga tu, aku gagal ujian online untuk latihan separa perubatan sebanyak 2 kali. Dan aku tak putus asa. Aku lulus lagi ujian online pada tahun ini. Dan aku dipanggil untuk ke temuduga SPA kali kelima. Kali ini agak berbeza. Aku dapat temuduga di tempat berlainan iaitu di Wisma Negeri.

Oleh sebab masa tu aku berada di kampung, aku ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas pada 23hb Ogos 2020 dan sampai disana waktu petang. Aku terpaksa bermalam di hotel bajet memandangkan kampung aku jauh dan tiada orang yang boleh hantar aku ke temuduga. Pada 24 hb aku menaiki grab ke Wisma negeri.

Aku membuat persiapan yang lebih berbanding sebelum ini. Aku memakai baju tudung dan segalanya berdasarkan tips yang diberikan oleh orang2 yang telah lulus temuduga. Tempat temuduga itu berada di tingkat 7. Aku datang awal iaitu pukul 7.30 walaupun waktu temuduga pukul 9.

Waktu itu aku dapat gilirin ke 3 temuduga. Dekat wisma negeri cuma ada 1 bilik temuduga bermakna semua yang iv di sana dapat panel yang sama. Orang-orang sebelum aku dapat soalan yang senang rukun iman,rukun negara. Tiba giliran aku aku ketuk pintu dan beri salam.

Terkejut beruk aku. Terus pucat lesi. Panel yang sama lagi. Temuduga belum bermula tapi aku dah tahu aku akan gagal berdasarkan pengalaman sebelum ini. Pasangannya panel perempuan. Aku serahkan fail pada panel perempuan. Mereka mempersilakan aku duduk. Belum sempat duduk panel tu dah tanya. “Berapa kali dah iv?” aku jawab “5 Tuan”.

“Dengan saya berapa?” Aku jawab “4 kali tuan”. Masa tu aku belum sempat buka mask muka. Dia dah kenal aku. Dan banyak juga soalan yang aku tak tergagap gagap untuk jawab. Nervous sangat sebab aku dah terfikir tak dapat. Dan untuk yang kelapan aku GAGAL juga. Mungkin banyak kekurangan aku masa temuduga yang menyebabkan aku gagal.

Paling sedih, hari ini 5 Oktober 2020, keputusan rasmi keluar. aku lihat yang dapat jawatan yang aku pohon ialah 40 orang seluruh semenanjung. Bayangkan dalam beribu yang datang temuduga cuma 40 orang yang dapat. Untuk JTMP 40, IK 30 orang sahaja, Jururawat 100 lebih sahaja dan lain-lain Fisi0terapi dengan jurupulih cara kerja cuma 20 – 25 orang sahaja.

Masa tu aku sedar mana mungkin untuk orang macam aku terpilih. Kenalan aku pun ada kata perlu ada kabel sebab makwe dia dapat pun sebab ayah dia MA pangkat besar di sebuah hospital dan kenal penemuduga. Selain kabel memang betul kena percaya pada rezeki. Tapi tulah bukan mudah untuk rezeki tersepak tiba-tiba dengan kuota untuk latihan separa perubatan pun semakin sedikit.

Baru hari ni aku sedar. Pengorbanan aku selama ini hanya sia. Aku dahla duit tak banyak. Dah banyak habiskan untuk temuduga sahaja. Mulai hari ini bersaksikan pembaca-pembaca sekalian, aku cuma nak cakap, “Pah mapuh doksey g doh iv. Perit boh perit. Huk miskin koho miskin huk kayo koho hidup seney. Biarlah ngelah doh.”

Tahniah aku ucapkan pada yang dapat tanpa kabel. Aku tahu ada ja. Pada yang guna kabel, aku rasa kalau aku ada kenalan rapat penemuduga pun aku akan minta bantuan nak tolong aku. Yelah dah banyak kali interview tapi tak dapat- dapat. Tapi tulah aku cuma orang miskin yang tak kenal dengan mana-mana kabel.

Untunglah rezeki korangla kan dapat. Doakan aku dapat berjaya walaupun bukan kerja kerajaan. Doakan keluarga aku dilipatgandakan rezeki. Aku memang tak akan pergi temuduga SPA lagi. Aku dah give up. Cukuplah 5 kali gagal SPA, 3 Kali gagal IPG. Pada panel Encik Ahmad N. Terima kasih untuk pengalaman temuduga bersama Tuan.

Saya tahu saya banyak kekurangan yang menyebabkan Encik tak ambik saya. Masa temuduga kali kelima haritu saya sebenarnya panic attack sebab terkejut tengok Tuan. Sebab tu gagap dan nervous. Dekat luar saya okay je sembang dengan orang-orang tua. Takde gagap2 pun. Saya buka pendiam dan suka tegur orang.

Kalau saya gagap masa Iv tak semua saya tak boleh buat kerja dengan baik bila bekerja. Tapi tak apalah. Saya redho. Lepas ni kita tak akan jumpa lagi. Kalau pun dah risau kut2 jumpa Tuan lagi. Saya harap calon yang Tuan pilih yang tepat dan terbaik bukan sebab kabel. Doakan saya ya Tuan.

Saya pun nak hidup selesa macam orang lain. Saya tak d3ndam. Saya cuma sedih hampakan harapan keluarga saya. Untuk yang macam aku juga, jangan putus asa macam aku. manalah tahu ada rezeki korang. Tapi aku ni dah penat berharap. Sebab dah habis duit banyak dah. Aku sedih sebab tak dapat bagi kesenangan untuk ibu ayah aku.

Aku fikir kalau aku dapat SPA ni dengan elaun bulanan RM870 masa diploma boleh la juga bagi dekat ibu ayah aku. Tapi hasrat aku tak tercapai. Haritu abang aku juga pergi IV kali kelima tapi gagal juga macam aku. Doakan keluarga aku dapat hidup selesa dengan kerja-kerja lain ya kawan-kawan. Moga yang mendoakan baik-baik juga dimurahkan rezeki. Aamiin. – Syifa (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mencari ketenangan – Ya Allah.. life awak sama je macam saya. Cuma sy ank pertama. Adik beradik saya semua lulusan u tapi sayang sorang tak ada kerja kerajaan. Dah banyak kali pergi iv still tidak terpilih. Sedih sangat sangat. Kadang rasa macam entahlaaa. Sedih sangat sangat. Adik beradik saya semua kerja biasa biasa walaupun lulusan ijazah.

Orang kg pun pandang rendah. Belajar tinggi last last kerja pasaraya. sedih sy tengok mak ayah sy.Allah, sedih sangat sngat kami adik beradik kerana tak dapat bahagiakan ibu bapa kami lagi terutamanya saya yang sulong.

Shezz fawwaz – semoga murah rezeki, dik. jgn risau, semuanya Allah atur penuh hikmah. jgn putus asa. kawan i apply SPA, umur 36 baru dpt temuduga. keputusan, jd calon simpanan ke 28. setahun menunggu, status tetap simpanan. sedih, tp 2-3 hari sebelum permohonan tu expired, dia semak spa, dah dpt jawatan tu. jd, walaupun xde kabel, kita kena yakin rezeki ni hak Allah.

jgn mengalah, jgn putus asa. kalau adik baca & perlu bantuan apa2, pls PM i ok. insya Allah i’ll help semampunya. kuat semangat! doa mak ayah Allah akan makbulkan mengikut masa yg Dia tahu paling sesuai utk kita.

Der brater – Pernah dgr pakar motivasi en zaid ada cerita, based on pengalaman dia sendiri yg dah terbukti. Kalau kt nak sesuatu, minta lah dgn Allah sungguh2. Caranya bagimana?. Iaitu dgn bangun solat tahajjud selama 10 malam berturut2 tanpa gagal. Buat sungguh2. Mintak sungguh2.

Dan pd ms yg sama semasa tahajjud tu, taubat sungguh2. Mgkn dosa2 kita menghalang rezeki dr datang kat kita. Insha Allah..kalau kita bersangka baik kat Allah, tiada apa yg menghalang. Allah pasti akan makbulkan. Insha Allah. Sy doakan anda dimurahkan rezeki dan diberkatiNya. Semoga anda juga berjaya dlm hidup, dunia dan akhirat , amiin!

Sumber IIUM