Ayah naik pangkat jd pnsyarah dan byk brubah. Ibu mnangis dan tegur ayah, ayah relax jwb “buat d0sa kita taubat”.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum saya Faa, anak sulung kepada tiga beradik. Saya ingin memulakan penulisan saya maaf jika penulisan saya menguris hati semua warganet, saya hanya ingin berkongsi sahaja.

Kebahagiaan menjalani hidup sesebuah keluarga sangat diimpikan semua orang, susah senang bersama harapan sesebuah keluarga. Ibu berkahwin dengan ayah ketika ibu berusia 24 tahun tua setahun dengan ayah saya. Kewujudan saya dalam keluarga selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga.

Saat itu, ibu sangat bahagia dapat melahirkan anak dan memberi zuriat kepada ayah. Ketiga-tiga kami adik beradik ibu menghadapi cabaran melahirkan kerana kami semua dilahirkan secara C4esar. Dan ibu pernah diminta doktor untuk membuat pengguran disaat adik bongsu saya kerana ibu teringin mempunyai anak lelaki dalam keluarganya.

Sebab doktor menyuruh ibu menggurkan kerana ibu terlalu rapat antara kami adik beradik makanya risiko tinggi pada adik bongsu saya tetapi ibu bertekad ibu tidak akan menggurkan kandungan kerana itu anugerah daripada Allah. Ibu berkata “Aku sanggup m4ti demi anakku”. Alhamdulillah disaat adik bongsuku dilahirkan semuanya dipermudahkan Allah swt dan ibu selamat melahirkan.

Disaat itu doctor berkata kepada ibu saya, “kamu seorang yang sangat kuat kalau masa tu kamu tak kuat tentu kamu tiada” Ibu menangis dan bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Disaat kami adik beradik membesar, ibu dan ayah ingin menyambung pengajian Degree kerana dulu mereka hanya maktab perguruan sahaja.

Tetapi ibu tidak lepas kerana saat itu tanggungan mereka tidak cukup untuk mereka sambung bersama. Maka ibu reda dan ayah yang akan meneruskan pengajianya ke peringkat Master. Dalam menempuh kehidupan, kami adik beradik dijaga oleh ibu sahaja kerana ayah ketika itu fokus dalam pembelajarannya.

Sekali sekala ayah akan balik kerumah untuk berjumpa dengan anak-anak dan isterinya. Tentu sahaja ketidakcukupan wang ketika itu sangat perit apabila anak-anak semakin membesar. Gaji ibu saat menjadi guru Sekolah Rendah tidak sebesar sekarang hanya beberapa ratus sahaja gajinya.

Pernah ibu bercerita kepada saya, ibu hanya ada RM70 sahaja untuk menampung kami selama sebulan. Ibu ada juga memberi wang kepada ayah untuk pembelanjaan dalam pengajiannya. Jadi ibu terpaksa catu makanan dan juga minyak moto kerana ingin menghantar kami adik beradik ke taska dan tadika.

Kami anak beranak hanya makan nasi dan kicap sahaja kerana berjimat, kadang-kadang makan kaki ayam dan ada rezeki ibu belikan tin sardin. Ibu seorang yang sangat kuat dan segala kelengkapan kami adik beradik dan suaminya banyak diuruskan oleh ibu. Pada hari konvo saya di tadika kemas, ibu terpaksa meminjam wang kepada adik beradik ayah kerana makcik saya duduk berdekatan dengan rumah sewa kami ketika itu.

Ibu meminjam untuk menyewa jubah konvo tadika kemas yang berharga RM60. Saya ingat lagi masa tu saya hanya berselipar kuning kerana tidak mampu untuk membeli kasut. Saya seorang sahaja yang naik ke pentas dengan berselipar kuning. Sebaik masa tu cikgu tadika kemas memahami keadaan keluarga kami.

Hari demi hari masa demi masa, kehidupan ibu saat itu sangatlah susah dengan komitmen yang banyak dan kewangan yang tidak cukup. Pernah saya melihat ibu dan ayah bergaduh ketika itu saya berumur 6 tahun. Bergaduh kerana ayah terlalu rapat dengan seorang wanita yang sama tempat belajar.

Wanita itu tahu yang ayah sudah berkahwin tetapi dia tidak kisah pun sampai barang-barang wanita itu sanggup disimpan oleh ayah kerana layanan ayah yang baik terhadapnya. Ibu hanya mengharapkan pertolongan oleh Allah swt kerana ketika itu ibu malas untuk memikirkan perkara yang tidak penting. Dan hanya memikirkan untuk membesarkan anak-anaknya sahaja.

Ibu berkata kepada saya “Anak-anak adalah yang utama baginya”. Setiap ujian itu Allah swt mempermudahkan urusan dan mengeratkan hubungan ibu dan ayah. Saya dan adik-adik banyak dididik oleh ibu dari segi agama, adab dan sebagainya. Mengaji iqra dan al-quran juga ibu yang ajar. Pentingnya didikan daripada kecil yang membentuk nilai yang bermoral dapat memberi anak-anak membesar dengan baik dan beradap.

Indahnya bila berkahwin rezeki datang tanpa henti. Kami sekeluarga berpindah ke tempat yang lebih baik dan selesa. Dan ayah membeli rumah tetap untuk kami sekeluarga. Habis pengajian, ayah dapat menjadi guru di Sekolah Menengah. Gaji guru ketika itu sudah dinaikkan dan kerajaan memberi bonus kepada penjawat awam setiap tahun.

Rezeki ibu dan ayah semakin melimpah ruah dan kami setiap tahun akan dibawa oleh ayah bercuti bagi mengeratkan silaturahim antara kami sekeluarga. Pada tahun 2012, ayah ditawarkan menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi. Kami sekeluarga berpindah kesana dan persekolahan kami juga ditukar.

Jujur saya kata saya memang tidak suka berpindah dari tempat itu kerana saya dah selesa dengan persekolahan disitu dan cikgu-cikgu dan rakan-rakan sangat baik dengan saya dan adik-adik. Maka kami berpindah juga dan disaat kami disana pada awal nya sangat mencabar sebab masih menyesuaikan diri dengan tempat yang baru. Lama kelamaan kami sudah berjaya menyesuaikan diri disana.

Selama 10 tahun kami berada ditempat baru, kami diduga dengan ujian apabila kawan sekerja perempuan mula berkawan rapat dengan ayah saya. Masa ini saya dan adik-adik sudah tamat persekolahan dan menyambung pengajian Degree di Universiti Awam.

Ibu mula rasa tidak sedap hati dan masa tu komitmen ibu kurang sebab anak-anak semua dah membesar tiada lagi untuk dijaga seperti kami kecil dulu. Saya dan adik-adik boleh berdikari sendiri dan membawa diri dengan baik. Ibu kata kepada saya “saat ini ibu akan sepenuhnya menjaga ayah 24 jam bagi mengantikan kehidupan yang dulu saat kami kecil”.

Kawan sekerja ayah ketika itu mula rapat kerana baru kehilangan suaminya. Apa yang dikatakan oleh ayah, rakan ayah itu sudah berkahwin 2 kali yang pertama bercerrai dan kedua mennggal kerana s4kit. Ibu mula perasan sikap ayah berubah apabila ayah selalu keluar malam tapi awal waktunya keluar sebab dulu ayah suka keluar ngeteh dengan kawan-kawannya.

Tetapi masa tu ibu tidak kisah sebab ibu tahu ayah keluar ngeteh dengan siapa. Ibu banyak kali tanya ayah tetapi ayah tidak menjawab. Tiba waktu solat jumaat ibu memeriksa telefon ayah, dan ibu terkejut, rupanya selalu perempuan itu chat di whatsapp bukan hanya sebab kerja tetapi lebih dari kerja kadang-kadang sampai larut malam.

Banyak diluahkan permasalahan perempuan itu yang diceritakan kepada ayah. Ayah ni jenis melayan kalau orang lain minta bantuan ayah. Ayah kata kawan-kawannya lebih suka menceritakan hal peribadi mereka kepada ayah kerana ayah jenis mudah memberi pendapat dan kaunseling.

Ibu pada mulanya memang tidak kisah tetapi apabila ia sampai melarut malam asyik mengadap phone ibu akan jadi curiga dan sikap ayah tu membuatkan ibu kurang percaya dengan ayah. Pada malam jumaat, perempuan itu meminta ayah untuk menghantar ayahnya ke hspital kerana tenat tanpa meminta izin kepada ibu.

Ibu terus chat di whatsapp perempuan itu dan menanyakan permasalahan perempuan itu dan juga menanyakan adakah perempuan itu mempunyai hati dan perasaan terhadap suaminya. Perempuan itu menulis chat kepada ibu yang mengatakan “Honestly, he is important to me”. Ibu sedih dan kecewa. Dan ibu terus menanyakan kepada ayah saya sama ada ayah juga mempunyai perasaan atau tidak.

Ayah jujur dan berkata “ayah ada timbul perasaan sedikit terhadap perempuan itu”. Ibu sedih rupanya ayah berjumpa dengan perempuan itu tanpa memberitahu ibu sebelum ni. Ibu marah dan berkata “Kita ni dah tua dah nak m4ti, Ayah tak takut dosa ke?” Ayah berkata “buat dosa boleh taubat, kalau buat lagi taubat lagi”.

Adik bongsu saya mendengar perbualan ibu dan ayah ketika itu dan terus adik bongsu saya menelifon saya dengan berkeadaan ingin melepaskan kemarahan yang membara. Saya juga sakit hati ayah sanggup buat ibu macam itu. Dan pada malam itu, ibu tetap ikut ayah ke rumah perempuan tu untuk menghantar ayahnya ke hspital besar.

Ibu tidak kisah kalau perempuan tu nak marah atau tak, yang penting ibu tak nak ayah pergi berdua dengan perempuan itu. Menunggu di hspital besar sampai pukul 2 pagi. Kami adik beradik memang begitu marah dengan sikap ayah itu memang ayah ingin membantu tetapi sedangkan dalam ahli keluarga sendiri pun ayah sukar untuk bertindak kalau ada perkara yang penting terutamanya ibu.

Saya memang dari kecil melihat perkara yang berlaku seperti ini ketika saya kecil lagi masa tu adik-adik belum mengerti suasana yang berlaku. Tetapi saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan ibu, ayah dan keluarga kecil ini. Saya ingat lagi kata-kata ibu jika ada masalah dalam hidup dan ujian yang sukar mohonlah kepada Allah swt janganlah kita angkuh sombong dengan-Nya kerana Dia lah yang Maha berkuasa lagi Maha mendengar apa yang kita rasa.

Saya kecewa dengan sikap ayah kerana pengorbanan ibu sangatlah besar dalam keluarga kecil ini dan ibu sanggup susah senang bersama ayah. Betullah orang kata, “Perempuan diuji dengan kesusahan malah lelaki diuji dengan kesenangan”. Saya melihat ibu menangis ketika saya ingin solat dan ibu berkata kepada saya “Kakak, doakan kebahagiaan ibu dan ayah ya, tiada siapa yang salah dan betul”.

Dan ibu terus pergi kerja tanpa membalas pertanyaan saya. Kepada warga warganet doakan kebahagiaan keluarga saya ya, doakan juga untuk hubungan ibu dan ayah saya agar hubungan mereka terus kuat hingga ke Jannah. Terima Kasih kerana membaca luahan kisah saya. – Faa (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Song onim – Silap anak2 ialah suka berdiam diri dgn alasan hormat atau takut bila melihat mak atau ayah mula berpaling tadah. Aku ada kenal sorang sahabat…. Mak ayah dlm situasi seakan sama seperti kisah tt…. Tapi dia bukan jenis sedih di tepi.

Sebaliknya dia jumpa ayah dia berdepan dan luah apa dia rasa… Dia kata, x perlu pun dia menjerit pekik bagai… Cuma dia kata dekat ayah dia… ‘Kami dah besar…. Kami nmpak apa yg jadi… ayah x rasa segan ke tunjuk perangai depan anak2?’

Dia kata ayat tu aje dia bagi supaya ayah dia ada rasa malu dan segan pd anak yg mungkin si ayah terlepas pandang..P/s – sbb isu mcm nilah aku selalu pesan dekat org perempuan…nk cari laki, korang cari siap2 yg berduit… Zaman sekarang cinta saja tak kan mampu kenyangkan perut korang.

Tok nyang tipah – ayat paling buat mak nagis “takde siapa salah takde sape betul” ibu awak tersangat baik dek.. sangat baik orgnya.. kalau dapat kat mak ni dek.. “tuu bapak ko dah tua nk mampuihh gatal x hengat kvbur memanggil!” bukan takat mak melahar..

haku p sponsor kawin lg pulak.. dah gatal sgt important bagai kn.. berambus kau p kawin sampai mereput sana.. jgn kau muncul depan muka haku dgn anak2 lg.. sekian .. mak yg suka ckp besau.

Eyza abu – “Dia memang susah nak bagi duit. Malas nak gaduh, saya belanja ja guna duit saya. Pernah saya memang tak de duit sangat dah, terpaksa mintak juga. Dia baling duit kat muka saya. Saya buat tak malu, ambik jugak sebab anak2 nak kena makan…” – antara kes suami yg d4yus dan nvsyuz.

Sesungguhnya, malaikat mel4knat suami yg tak beri nafkah kepada isteri dan anak2.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah para hamba berada di waktu pagi melainkan ada 2 malaikat yg turun. Antara mereka berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yg menafkahkan hartanya balasan yg lebih baik. Sedangkan malaikat yg lain berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada orang yg menahan hartanya (tak mahu menafkahkannya).” – hadis riwayat al-Bukhari.

Sumber IIUM