4bulan sudh dmadukn baru tbongkar. Slamber je suami bgtau sbb nk cari “option” lain smbil gelak2. Perlu ke ak redha.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum iiumc readers… Ni first time aku nk cerita kisah aku dan nak mintak pendapat or cara-cara nak redha.

Ni lah kisah sedih aku. Kisah aku ni dahulu sebelum PU n daie buat hal nikah no. 2 mase isteri pertama mengandung. Cuma aku tidak dicerraikan Suamiku. Laki aku seorang yang bertanggungjawab, tak pernah culas bab nafkah, sangat mengambil berat terhadap family, tak kira keluarga kecil kami, in law n keluarga besar. Selalu bawak pergi holiday, weekend kalau tak kerja pergi jalan mana-mana.

Rajin balik kampung. Laki aku ni malam-malam sentiasa ada kat rumah, keluar atas urusan kerja or bisnes kecil kecilan dia. Selalu keluar dia akan bagitau nak jumpa si polan si polan. Aku tak perasan sejak bila die cakap nak jumpa kawan dan tak bagitau nama. Sebab aku percaya, aku biarkan ajela dia. Aku boleh dikatakan senang, mintak apa saja dapat.

Anak-anak pon sama, tak diabaikan. Aku tak kerja, hanya jaga anak-anak. Ada orang kata aku beruntung, tak kerja, suami sayang, Segala permintaan dituruti. Rumah cantik, kereta besar, pendek kata hidup aku dan keluarga kecilku alhamdulillah lengkap semua. Beberapa bulan lalu aku dpt tau aku dimadukan. Dalam 4 bulan dh laki aku kahwin masa aku dapat tau tu.

Sedihnya tak tau nak cakap camne. Laki aku kawin masa aku tengah mengandung anak ke 5. Alkisahnya die bawak anak2 aku keluar dengan bini barunya masa aku di hspital. Aku ada k0mplikasi masa melahirkan, so kena stay dekat hspital lama sikit. Suami tak boleh stay sebab jaga anak-anak lain di rumah. Ya aku dapat tau masa dalam pantang. Kalau aku gagal kawal emosi masa tu, mau aku meroyan.

So dah bawak keluar dengan anak-anak of course la anak-anak aku bagitau diorang keluar dengan aunty, aunty duduk depan dengan daddy. Aku ni sedia maklum laki aku ramai kawan, dia ada hobi yang menyebabkan dia mempunyai ramai kawan lelaki or perempuan. Jadi aku tak syak sangat. Tapi bila 1 of anak aku menyatakan syak wasangkanya, aku confront laki aku tanya dia siapa aunty tu.

Dalam gelak-gelak dia cakap tu madu aku. Aku ni still ingat dia tak serius aku pon gelak-gelak jer. Lepas tu dia tanya aku boleh tak nak nikah lagi satu? Pastilah aku cakap tak boleh. And then dia jawab tak boleh takpe. Tak payah kahwin. Lepas tu kami bergaduh. Biasalah kalau bergaduh tu memang habis segala buruk keluar. Long story short, aku korek sana sini and dia mengaku dia dh 4 bulan nikah dengan j4nda anak 1.

Aku tau nama j4nda tu dari anak aku. Tapi aku tak cerita details kat anak aku. Aku taknak diorang tau. Tak tau nak cakapla camna kau dalam pantang dapat tau laki kau nikah. Macam nak g1la rasanya. Tiba-tiba je air mata mengalir. Yang stopkan aku dari menangis ialah sedara mara datang rumah nak tengok baby, and confinement lady yg sentiasa ada waktu siang. So aku kontrol g1la2 nangis aku.

And time ni laki aku jaga aku betul-betul. Die pujuk aku, peluk aku sentiasa. Setiap keperluan berpantang memang dia penuhi. Dan kenapala masa tu aku pon rasa sangat-sangat perlukan die masa tu sebab baby aku ada masalah kesihatan sikit. Tu lagi satu sebab aku menangis. Aku rasa nak dipeluk aje. Walaupun yang peluk tu orang yang buat hati aku berd4rah.

Aku jugak takda tempat nak meluah. Aku memang taknak bagitau keluarga aku or keluarga dia. Kalau ikutkan aku dengan mertua and ipar memang baik. And kalau ipar2 tau memang kecohla. Disebab kan takde tempat nak meluah, aku luah kat sini ajela. Bila aku tanye kenapa dia kahwin lain, dia macam takda sebab.

Mula-mula dia cakap saja nk ada option selain aku, tak faham aku, lepas tu dia cakap sebab dia rasa perempuan tu baik, ni aku jawab, lepas ni jmpe lagi perempuan baik, pegi kawin 3,4,??? Lepas tu dia cakap sebab dia rasa janda tu boleh dengar cakap aku. Ehhh aku lagi??? Pastu dia cakap dia kahwin sebab dia sayang aku?? Aku jugak??? Entah kenapa die kawin aku pon tak tau.

Apa yang tak cukup kat mata dia aku pon tak tau. Bagi akulah tiada perempuan baik akan tergamak nak nikah dengan laki orang. Lagi-lagi time bini dia tengah mengandung. Tak boleh brain betul. Baiklah sangat. Aku bagi b0 doh je kat dua-dua. Bagi aku laki aku mmg kahwin sebab n4fsu je. Dan dia memang langsung tak fikir keadaan aku masa tu. Walaupun die cakap kalau sebab n4fsu, ramai je pompuan s3ksi s3ksi yang dia boleh kawin.

Tapi die tetap pilih janda tu. Dia cakap sayang dia kat aku tak sikit pon kurang walaupun dia dah nikah lain. Buktinya 4 bulan dia nikah, ada tak aku rasa terabai? Ni dia tanya aku. Yelah aku memang rasa biasa je. Tiada syak sikit pon. Instinct aku sebagai isteri pon habis hilang. Kalau instinct aku ada lagi, mesti aku boleh halang diorang nikah. Tapi semua dah terlambat. Dah selamat pon. Aku terpaksa telan realiti ni.

Aku tau aku ni bukan sempurna. Mungkin aku tak cukup bahagiakan dia. Mungkin aku tak cukup bagi perhatian pada dia. Anak dah berderet. Kita pulak uruskan anak sorang2… Pastilah ada yang terabai. Aku tak pernah ungkit laki aku tak tolong urusan rumah. Aku faham kerja dia. Dia buzy sangat-sangat. Tapi tula… Dia tak faham keadaan aku kot. Sampai carik perhatian lain.

Entahla… Para lelaki yang berpoligami, sebenarnya atas sebab apa ya? Teringin juga nak tahu. Hal laki aku nikah lain aku tak tau siapa lagi yang tahu. Yang aku tau, tiada ahli keluarga yang tau pasal ni. Baik in laws, atau family aku, memang tak tau, aku takde cadangan nak bgtau family aku pasal dia nikah lain. Entahla, aku rasa malu sangat bila suami aku nikah lain.

Macam aku ni tak pandai jaga laki. Macam aku punya pasal die nikah lain. Itu yang aku rasela. Mula-mula aku tau dia pergi rumah bini dia, esok tu aku bad mood marah-marah. Aku betul-betul tak boleh terima. Dia pergi time tengah-tengah malam, waktu anak-anak semua dah tido. Nak meng4muk je rasa. Lepas-lepas tu dia tak pegi dah.. Walaupun die cakap giliran seminggu sekali.

Aku pon tak tau la time bila die pegi aku tak ambil tau dah. Aku takdela sampai tak bagi dia pergi sana, cumanya aku tak tau kenapa aku bad mood sangat-sangat lepas dia pergi sana. Sakit sangat terkenangkan suami kita bermesra dengan orang lain. Terbayang – bayang kat mata ni… Tapi itulah dah suami isteri. Ape boleh buat.

Aku tanya dia bahagia ke dh ada bini baru? Die cakap biasa je… Depan aku la kan cakap macam tu. Then aku balas dah kalau biase je baik tak payah kawin. Entah la aku rasa macam tiada function pun dia kawin baru, die tetap balik rumah kitorang setiap hari. Baju-baju dia, makan pakai dia tetap aku yang basuh, takde pon bahagi-bahagi.

Pelik betul. Sekarang ni, aku memang belum redha, belum habis marah, aku layan je laki aku mcm biasa. Walaupun kadang-kadang aku bad mood . Nasibla sapa suruh nikah lain, hadapla aku yang bad mood. Aku still tanya kenapa? Aku still tak puas hati. Aku jugak pura2 bahagia depan semua orang especially anak-anak.

Aku taknak emosi diorang pulak bergolak bila dapat tahu. Aku taknak ada sape2 pon tanye aku pasal laki aku kawin lain. Aku tak boleh nak kawal emosi aku kalau orang tanya. Aku dah penat menangis. Dan aku memang takdela nak doa elok-elok untuk diorang. Aku tak reti and tak boleh nak redha.

Maaflah aku bukan perempuan baik nak doa elok-elok pada perampas laki aku. Tak perlu aku bagitau ape yang aku doa. Dan jangan korang suruh aku bercerrai pulak. Itu bukan 1 pilihan. Nak juga belajar redha, tapi susahnya lah. So kat sini, aku nak mintak tips dari isteri-isteri pertama yang telah redha, macam mana nak redha?

Aku masih marah and tak boleh terima semua ni tapi aku juga tak nak bercerrai. Aku juga nak tau macam mana penerimaan anak-anak dan ahli keluarga yg lain bila dapat tahu ayah diorang dah kawin lain. Maaf kalau cerita ni agak berterabur. Tak reti nak bercerita. Yang benar – pemilik hati yang berkecai. – Hati yang berkecai (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fasya miammar – Tak tau nk bg tips redha mcm mne. Mmg mulut boleh ckp redha.. Tp hati je yg tau mcm mne berkecamuk rasenye. First.. Redha tu mesti dtg dgn sabar. Kalau x de sabar mmg susah. Yakin kalau puan dah lakukan yg terbaik utk keluarga. Maka ini adalah ujian.. Bkn kah manusia hidup utk diUJI.

Sy penah baca, Allah akan uji kita dgn apa yg kita SAYANG… Jd kita kena letakkan kasih syg kita kpd PENCIPTA lebih dari makhluk. Hati suami tu milik Allah. Sy x boleh nk bg pendapat sbb x tak berada dlm kasut puan. Harap puan akan temui hikmah di sebalik ujian ini.

Haryani Sn – Kalau tt dah decide taknak bercerrai, sila la belajar utk redho.. berkenalan dgn madu. Dia janda anak 1, anggap je tt n suami pelihara n selamatkan org yg perlu perlindungan..

Tt anak dah 5, manfaatkan la madu utk tlg jaga anak2 sementara tt pegi umrah/spa/shopping/jaga baby/ber’me time’. Bila hati dah sejuk, bahagikan balik masa suami dgn madu secara adil okay..Tak semua madu tu buruk, cuba follow FB kak ular, Darishah bt Daud

Mawar blue – Kalau suami masih bertanggungjawab pada puan dan anak.. Tak da berkurang bab nafkah dan layanan.. Memang perlu redha puan.. Saya tau pasti puan cakap menaip memang senang dari yang melalui.. Tapi puan..suami yang baik dan bertanggungjawab dah susah nak dapat dah sekarang puan..

Ramai isteri-isteri yang teraniaya tanpa dimadu.. Soal hati.. Puan boleh minta suami supaya jangan bercakap atau jangan jumpa kan puan dengan madu dulu.. Beritahu suami puan perlu kan masa untuk bertenang dan redha.. Beritahu suami puan dalam keadaan berpantang.. Tubuh belum kuat..

Puan perlu kan perhatian suami.. Nak tau perempuan tu baik ke tak bukan sebab dia sanggup nikah dengan suami orang sebab perkara tu bukan dosa.. Kalau dia perempuan baik dia akan faham puan lebih perlu kan perhatian buat masa ni..

Dia takkan sebab kan suami puan berlaku tidak adil.. Semoga urusan puan sekeluarga dipermudahkan.. Dan mendapat redha Allah.. Amiin.amiiin Allahumma Amiiin.

Nurul zulaikha – Suami elok sume tapi sakit hati sbb kene berkongsi dan dia kahwin senyap2, apart from that rasa mcm dikhianati kan. I cannot imagine how terrible the feeling is but as a woman i know i will go beserk if my husband do what your husband did.

Sudut redha dan spirituality aku taknak bg komen sbb serius taktau nak advice. Tapi, i think best for you to do now is to start saving, claim what you deserve from him (kete sebijik, monthly saving for yourself etc). Especially if your husband is at older age.

Anak dah ramai so i bet mesti umur between late 30s or early 40s. Alang2 suami tengah mabuk kepayang lagi tu, masa ni paling sesuai mintak. Berdasarkan cerita, suami mampu kan. Bukan ape. Laki ni bila m4buk kepayang, dia mcm tak nampak masa dpn, umur makin meningkat dgn kudrat yg mungkin makin terbatas.

Lg teruk kalau diagnose with chr0nic illn3ss. Pasal bini dah dua, anak dah ramai, dia pun tpksa la jgk keje mcm nak rak. Dah tua2 ramai tunaikan hasrat nak ke masjid lbh kerap. Dia plak masih terkial2 keje sbb anak kecik2 nak masuk sekolah. So, start saving for yourself in case of rainy days. Eh sori mmg pnjg melalut sbb ramai sgt jmpe kes camni.

Sumber IIUM