Majlis kawin byk kali dtunda alasan tggu keluarga free. Tiba2 minta putus. “Selmt pgantin baru tunangku”.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Boleh dikatakan lama ku pendam, tiada medium untuk ku luahkan.

Namaku Tya, berasal dari selatan tanah air juga bekerja dalam daerah yang sama. Seorang yang periang, penuh gelak dan tawa. Cerita ini sedikit panjang ya. Tiga tahun yang pertama aku bekerja, rutin ku sama. Aku sangat seronok bekerja disini. Alhamdulillah dikelilingi kawan2 dan bos yang baik semuanya.

Walaupun aku seorang sahaja perempuan disini, single pulak tu tapi mereka menghormati aku. Ada juga beberapa lelaki yang cuba mendekati, tapi kami kekal berkawan sahaja. Masuk tahun ke empat, projek bertambah. Maka, staff baru juga ditambah. Aku dikhabarkan tentang kemasukan seseorang esok pagi, dan aku perlu mengajarnya tentang sesuatu kerja yang sebelum ini aku cover semasa kekurangan staff.

Pertama kali bertentang mata, sehingga ke hari ini, aku masih ingat tingkahnya, hatta pakaian yang pertama kali dipakainya. Bertahun di company yang sama, bertukar staff keluar dan masuk, tidak pernah kurasa se berdebar ini. Segera aku tepis perasaan ini. Zuhri, seumuran denganku. Berasal dari pantai timur.

Simple, humble, agak pendiam diawal perkenalan tapi kelakar dan selalu bersambung dengan bahan membahan, lawak dan gurau2 kami di office. Masa berlalu, disebabkan aku dan dia selalu bekerja bersama kami menjadi semakin rapat. Hingga diluar waktu kerja juga kami selalu berhubung.

Bagai bulan jatuh ke riba, orang yang diam diam aku cuba tepis perasaan yang membuatkan aku lebih semangat bekerja, menyatakan hasrat serius kepadaku. Setelah beberapa bulan berkawan, Episod cinta bermula. Tapi kami bersahaja dan professional sahaja ditempat kerja hingga tiada siapa yang mengesyaki.

Zuhri ketika ini masih tidak mempunyai apa apa kenderaan, hatta lesen kereta. Aku terima seadanya dia. Jadi, disetiap kami keluar ke bandar, aku yang mengambilnya dirumah company yang jaraknya 1jam dari rumahku, dan patah balik semula ke bandar. Kiranya lokasi rumahku di tengah2 antara rumahnya dan bandar terdekat kami. Atau kadangkala, dia bermalam di hotel murah disekitar bandar kerana merisaukan aku yang perlu berulang alik kerana perlu melalui jalan yang sunyi seorang diri.

Jadi keesokannya, dia akan pulang sendiri dengan bas. Begitulah kononnya pengorbanan kami. Setengah tahun berlalu, dia juga semakin kukuh, lesen dan kenderaan juga ada. Walau hanya kereta lama, tapi tak mengapa. Kami sepakat untuk mengikat tali pertunangan. Aku ada melakukan istikharah. Semakin kuat perasaanku kerana nampak kesungguhannya.

Dia berjumpa dengan ibuku, abangku, juga kakak ku yang diluar daerah kami untuk menyatakan hasratnya. Sedikit bangga aku dengan kesungguhan Zuhri. Didalam perwatakannya yang slow, tersisip ‘gentleman’ bagiku. Keluargaku menerimanya dengan pesanan jangan mainkan perasaanku, menjaga aku dengan baik serta meminta kami berdua bersedia mental dan fizikal.

Kami juga merancang untuk tidak diikat lama. Ingin melangsungkan dihujung tahun yang sama. Selesai keluargaku, aku dipertemukan dengan keluarganya untuk pertama kali secara bersua muka. Sebelum ini hanya sampaikan salam dan sedikit2 bualan ketika video call saja. Berpeluh dingin tapi alhamdulillah Keluarganya menyambut baik kehadiranku.

Aku rancak berbual dengan kakaknya walau ketika ketiadaan Zuhri. Kakaknya juga baik dan rajin bertanya tanya tentang aku. Kami bertukar cerita hinggalah dia menanyakan bagaimana aku dan adiknya boleh menjalin hubungan kerana katanya adiknya agak pemalu dan tidak pernah membawa balik mana mana perempuan juga menunjukkan tanda tanda mempunyai awek sebelum ni.

Hatiku semakin kuat berbunga kerana seiiring dengan pemerhatianku tentangnya. Ya, aku tertarik kerana peribadinya yang sangat lembut dan tidak ramai kawan perempuan. Friends di FB dan instagramnya juga hanya sekitar 100 lebih dan majority adalah lelaki. Sedikit berbeza dengan ibunya ketika tanpa Zuhri. Hal hal lain kami rancak berbual kecuali tentang bakal majlis pertunangan dan perkahwinan kami.

Padaku, ibunya sedikit mengatur. Dari tarikh, baju, barang2 hantaran, termasuklah bakal cincin pertunangan kami. Ibunya kata ibunya yang akan pilihkan yang biasa2 nanti. Jangan membazir bazir katanya. Siap2 dia suruh aku sarung cincinnya untuk mengagak saiz jariku. Aku akur dan ikutkan sahaja. Tapi keadaan berbeza bila dihadapan Zuhri, dia kata dia tak kisah dan follow kami pula kerana Zuhri ingin memilih sendiri cincin pertunangan kami.

Aku sedikit pelik kerana td macam2 syarat ibunya letakkan padaku, tapi kudiamkan saja. Tarikh pula hanya memikirkan sanak saudaranya sahaja yang free tanpa menimbang kira keluargaku. Hari yang dijanjikan tiba, keluarganya sampai di negeri ku sehari lebih awal. Aku menyambut keluarganya di homestay yang aku dan Zuhri sewakan.

Tengah kami bersembang di petang hari, tiba tiba neneknya bersuara untuk mengawalkan majlis pada pukul 10 pagi, yang awalnya dijanjikan 2 petang. Aku menolak cara baik kerana aku tahu tidak sempat untuk aku dan keluargaku menyediakan persiapan makanan kerana ibuku baru keluar untuk berbelanja barang dapur ketika itu.

Kalau bagitahu sedikit awal mungkin boleh kerana kami memasak sendiri dan tidak menggunakan catering. Aku terus dijerkah dengan bermacam macam ayat seperti kami bukan datang untuk makan dan membandingkan adat adat di negerinya dengan negeriku. Seperti peluru berpandu aku dibebelkan. Aku tersentak, Zuhri juga terdiam. Anak buahku melihat wajahku yang sedang dimarah.

Sebak tidak terkata. Aku malu. Niatku dan keluargaku hanya ingin memuliakan dan menjamu tetamu. Tapi keluarganya kata takpe jika hanya disediakan air kosong. Zuhri memanggilku keluar. Aku keluar sambil diekori mata oleh neneknya. Akhirnya dipersetujui majlis pukul 12tengah hari. Aku meminta diri untuk pulang.

Masuk kereta, belum sempat kereta bergerak terus berjurai airmata yang aku tahan dari tadi. Permulaan yang tidak baik padaku, tapi Zuhri tetap meyakinkan aku ini dugaan sahaja dan berharap langkah selepas ini lebih smooth. Majlis berjalan lancar. Aku sangat bersyukur dan gembira. Hubungan aku dan Zuhri semakin baik baik saja.

Niat kami untuk melangsungkan dihujung tahun yang sama ditolak oleh keluarga besarnya kerana ada salah seorang makciknya yang tidak free tarikh tersebut. Kami akur sahaja. Kebetulan, projek habis dan kontrak kami tamat. Aku masih bekerja di kawasan sekitar situ manakala Zuhri di tengah tengah semananjung.

Maka LDR lah kami. Memerlukan lebih kurang 5-6jam perjalanan untuk kami berjumpa. Tapi tiada masalah bagi Zuhri kerana dia pasti akan balik 2 minggu sekali untuk bertemuku. Aku sangat menghargainya. Berbalik soal perkahwinan kami yang dirancang awal tahun 2020 ini, Syaratnya mestilah waktu cuti sekolah. Kerana mereka susah untuk bercuti kerja, dengan anak sekolah lagi, travel jauh lagi.

Aku faham, dan aku priority kan untuk pilih tarikh diletakkn atas keluarganya. Keluargaku mujur faham dan boleh bertolak ansur. Cuti sekolah bln 3 dipilih. Bersungguh kami menyediakan persiapan kecil kecilan dahulu. Tiba tiba tangguh juga lagi kerana ada sahaja keluarganya yang tidak free. Katanya, nak semua ahli keluarganya turut serta dimajlis kami nanti.

Aku akur sahaja. Tapi dalam masa yang sama aku dingin juga dengan Zuhri kerana keadaan membuatkan aku tersepit antara keluarganya dan keluargaku. Tapi Zuhri memujukku untuk bersabar dan bertahan deminya. Kerana dia juga akui keluarganya yang merumitkan keadaan.

Akhirnya, pada awal tahun ini, kata sepakat terakhir untuk majlis dicuti sekolah awal bulan 7. Gembira aku dan Zuhri kerana sudah ada tarikh tetap dan mmg takkan berubah lagi katanya. Bersungguh kami menyediakan persiapan. Lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh, kami booking bridal, khemah dan photographer.

Aku ada terbaca kiriman whatsapp ibunya yang minta untuk Zuhri tidak kerap berjumpaku. Tapi aku positif saja. Aku dan Zuhri masih baik baik saja, dia masih sama seperti dulu. Tiada yang hendak ku ragukan. Sehinggalah dapat panggilan dari keluarganya yang seakan memaksanya pulang hari yang sama juga.

Asri tidak tahu untuk apa, dan dia pulang menaiki bas. Aku tidak sedap hati dan hatiku kuat mengatakan ada kaitan dengan diriku. Tapi dinafikan Zuhri. Katanya hanya hal keluarga yang belum sesuai diceritakan denganku. Seminggu berlalu, ibunya menelefon ibuku untuk menagguhkan lagi perkahwinan kami.

Katanya hal keluarga. Tapi Zuhri takda pula cerita apa apa denganku. Zuhri kerja tidak boleh menggunakan HP, maka aku ambil keputusan untuk direct call ibunya. Persoalanku dijawab acuh tak acuh sahaja oleh ibunya. Aku bagaikan cakap seorang diri di telefon. Alasan yang diberi masih hal keluarga katanya.

Seperti biasa, Zuhri pulang kerja terus menelefonku, dia juga terkejut akan hal ini. Katanya dia sungguh2 tidak tahu. Tapi setelah dikorek korek, katanya neneknya tidak berkenan denganku. Dan menghasut semua untuk tidak turut serta di majlis kami nanti. Ibunya yang asalnya merestui, kadangkala terikut juga. Aku masih setia menanti Zuhri walau aku tahu keadaan seakan tidak berpihak denganku.

Kami menghabiskan sebaiknya waktu yang ada sambil berharap ada keajaiban berlaku. Zuhri juga seakan serabut dan sering menangis. Waktu itu, aku lihat Zuhri benar benar nangis dan berharap aku dan dia seperti yang sama2 kami rancangkan. Aku juga sungguh2 menangis di sepertiga malamku, di istikharahku. Akhirnya, diawal bulan 3, selesai sahaja aku solat asar, ibunya menelefonku disaat Zuhri bekerja, untuk memutuskan pertunangan kami.

Alasan yang diberi, Zuhri terpaksa ikut pilihan keluarga. Katanya mereka ada calon lain untuk Zuhri. Perjanjian dari dulu kerana dulu mereka susah. Sukar untuk aku percaya cerita ini. Ibunya meminta maaf dan mendoakan aku dapat yang lebih baik dari Zuhri. Talian dimatikan.

Jantungku seakan terhenti kerana aku dan Zuhri baik baik saja seperti biasa. Pagi sebelum ibu dia menelefonku juga dia memberikan pesanan dan kata cinta seperti biasa. Aku tunggu Zuhri pulang kerja untuk mejelaskan semua. Senyap. Waktu yang sepatutnya dia pulang, masih tiada deringan call mahupun notifikasi seperti biasa. Aku call berkali kali, whatsapp tiada henti akhirnya dijawab dengan katanya dia serabut.

Dia mahu tidur. Katanya pulang kerja td byk missed call dari ibunya dan dia menelefon semula dan berbincang panjang yang membuatnya stress. Baru hari ini aku rasa kelainan disikapnya. Kemana Zuhri yang selalunya cepat sahaja berbincang andai kami ada selisih faham? Aku sabarkan diri.

Disaat aku dititik terendah, dia langsung tidak menjelaskan apa apa. Aku memberinya masa, mungkin benar dia tekanan. Tapi aku? Juga perlu penjelasan. Esoknya macam tiada apa yang berlaku. Malam dia main futsal. Aku masih sabarkan diri. Aku memintanya penjelasan. Did i not deserve any explanation? Kenapa baru harini ada cerita macamni?

Akhirnya, dihari ketiga selepas ibunya call, baru aku dapat penjelasan dari Zuhri. Ya, dia terpaksa menurut kehendak keluarganya. Katanya, dia sayangkan aku dia sayang hubungan kami, dia tak sanggup tapi dia terpaksa. Ada sesuatu yang ibu dia katakan, yang membuat dia terpaksa memilih ibunya. Aku merayu untuk dikasihani. Tapi Zuhri hanya meminta maaf.

Perbualan kami baik baik saja. Aku akur akhirnya walaupun perit terasa. Aku tidak boleh membuai perasaanku lagi kerana dia bakal menjadi suami orang. Esoknya, aku memberitahu keluargaku. Aku agak emosi, aku menangis semahunya dihadapan ibuku. Kerana semua berlaku tiba tiba. Ibarat semalam hidupku mcm biasa, harini ibunya putuskan kami.

Ibu bapaku juga menangis melihat keadaanku. Katanya kenapa begitu? Anak ibu bukan barang mainan, bukan barang tepi jalan yang tiada perasaan. Dan mereka juga tiada datang secara formal untuk memutuskan. Bercakap di telefon dengan ibu bapaku juga tiada. Hanya denganku. Akhirnya senyap begitu sahaja. Berhari juga aku demam. Beratku turun mendadak.

Tidurku tidak pernah nyenyak. Oh ya, mujur waktu ini PKP diumumkan dan jadualku seminggu bekerja dari rumah, seminggu di office. Sebab PKP juga, ada alasan kukuh untuk penangguhan bridal dan photographer tadi. Juga orang sekelilingku faham akan keadaan. Waktu PKP semua dalam keadaan gawat kan. Aku lihat ibunya cubaan menjual kuih frozen. Sayu hatiku tidak dapat memeluk ibunya.

Memang rezeki ibunya, kawan baikku tinggal di daerah yang sama dengannya dan terperangkap tidak boleh pulang ke rumah suaminya. Aku bank in duit ke kawan aku dan mintanya membeli banyak kuih ibunya. Serta baki separuh dari wang tersebut berikan sahaja saguhati untuk ibunya.

Itu sahaja yang mampu aku tolong dari jauh dan harap ianya bermanfaat. Juga menjadi pengubat rindu aku untuk keluarganya. Tiada niatku untuk menunjuk ya. Tiada siapa pun yang tahu. Hal ini juga antara aku dan kawanku sahaja. Ibu Zuhri sendiri tidak mengetahui ianya dari aku.

Sungguh, aku sudah menganggap ibunya seperti ibuku sendiri dan menyayanginya. Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk Zuhri dan keluarganya. Ada juga Zuhri contact aku. Bertanyakan keadaanku. Katanya hidupnya seperti m4yat hidup. Aku hanya boleh menangis sendiri dan mendoakannya dari jauh sahaja.

Walhal ku rasa kehidupan ku lebih teruk dr itu. Dirumah juga, aku selalu pura pura happy agar ibu bapaku tidak turut sedih melihatku. Yang sebenar benarnya saksi, adalah bantal dan selimutku yang selalu menyeka airmata ku. Ya, tidak aku nafikan aku sejenis yang bijak menyembunyikan perasaan. Lebih kurang 5 bulan berlalu, dia sudah mula memuat naik story dengan seseorang. Aku terkejut.

Kerana wanita itu free hair, rambut berwarna dan agak seksi. Tak kan ini pilihan keluarganya dalam hatiku? Tapi siapalah aku untuk menilai manusia. Walaupun jauh disudut hati aku dapat rasakan alasan yang diberi hanya sebuah alasan, tapi aku cuba menghadam untuk menenangkan hatiku.

Kerana tiada syak wasangka aku ke atas Zuhri melainkan masuk campur urusan keluarganya yang selalu membuat kami selisih faham. Dan hari ini, 10/10, di atas tarikh yang cantik. Within 6-7 bulan perpisahan kami, Zuhri telah selamat diijab qabul dengan wanita tersebut. Alhamdulillah dipermudahkan.

Cuma yang mengejutkan aku, location majlis yang di tag adalah di daerah dimana Zuhri bekerja. Bukan dari daerah kampungnya yang kononnya pilihan keluarganya. Maksudnya kenal ditempat kerja nya atau wanita di sekitar situ la kan? Mungkin sudah lama mereka menjalin hubungan, tinggal saja aku yang tidak mengetahuinya. Wallahualam. Aku masih tergantung jawapan, juga tergantung cerita yang sebenar benarnya.

Awalnya nampak keluarganya sedikit dingin terhadapku. Tapi mungkin juga Zuhri play v1ctim, tergamak dia menipu aku dan keluargaku hidup hidup. Ibu serta seluruh ahli keluarganya bersubahat juga atas cerita yang mereka cipta. Kenapa tidak jujur saja? Takpelah, tidak semua perkara harus ada jawapan. inshaallah aku kuat. Doakan aku selalu kuat ya. Tidak juga ku salahkan pihak mereka sepenuhnya,

Aku juga pasti banyak sangat kekurangan. Kita manusia hanya bisa berencana. Tapi andai Tuhan tidak berkehendak siapa aku untuk menghalanginya. Dari akhir pertunangan kami, hingga ke hari ini, aku telah ikhlaskan semua. Jujur dari lubuk hati paling dalam, tiada sedikit d3ndam yang aku simpan. Kalian sekeluarga sentiasa ada dalam doaku.

Usai subuh pagi tadi, ibuku tiba tiba masuk ke bilik ku memeluk ku sambil menangis. Katanya dia sangat mengerti perasaanku saat ini. Terus makin kuat tangis aku umpama tiada hari esok. Diluar juga hujan seakan mengerti perasaanku. Syukur aku masih punya keluarga yang sangat memahami.

Buat Zuhri, selamat pengantin baru. Semoga mahligai yang dibina, kekal bahagia hingga ke akhir h4yat. Menjadi keluarga yang sakinnah mawaddah warahmah. Menjadi suami yang baik dan penuh kelembutan. Semoga selalu yang terbaik mengiringi setiap langkah kalian. Terima kasih pernah memilih diri ini. Dari awal perkenalan hingga ke akhir pertunangan kita adalah hal terindah yang pernah hadir dalam diri ini.

Tiada sedikit pun penyesalan kerana menerima dirimu dahulu. Semoga bahagia. Ya, putus pertunangan tidak sehebat percerraian. Tapi bagiku, selagi bermain dengan perasaan, Ia tetap memberi luka yang dalam. Andai aku ada rezeki jodoh didunia ini, semoga dia dan keluarganya ikhlas menerima aku dan keluargaku. Hidup mesti diteruskan, – Tya (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur hasnah hassan – Ya akak faham sangat2 perasaan tu. Ambillah masa untuk menangis sebelum bangkit untuk berdiri. Adik akan jumpa orang lebih baik.. bersangka baiklah dengan Allah. Ada rahmatNya di sebalik kejadian.

Daripada menderita selepas kahwin kena turut kehendak belah sana je, ini adalah lebih baik. Lelaki tu pun tak fight untuk awak sebelum kahwin, maknanya he don’t deserve you. You deserve someone better. Chin up sis.

Nurul nadiah – Kalau baru bertunang dah ada campur tgn family siap nenek dia menyibuk mmg payah kalau jd kawen. Alhamdulillah Allah tunjukkan sebenar2nya perangai dia sebelum awak kawen. Andai kata korg kawenla kan, akak nak bgtw zaman bercinta tu indah belaka.

Dah kawen nanti baru tahu perangai sebenar suami isteri kita. Tak percaya? Akak dah laluinya. Nangis lah semahu2nya sampai awak dah rasa puas bangkitlah semula lupakan kenangan perit itu. U deserve better man.

Faisal rahman – Itu adalah jawapan kepada solat istikharah. Bukan mimpi2 melihat wajah bakal suami walau itu sebahagian petanda. Jika ada jodoh, segala urusan dipermudahkan. Kalau ibu tunang tidak bersetuju, itu boleh difahami.

Tapi nenek yang secara lazimnya akan ‘terbang’ dahulu berbanding Kita yang baru memulakan hidup..kalau ada halangan pun tak lama. Jangan dipersalahkan nenek itu. Mungkin ia hanya asbab kepada jawapan solat istikharah.

Sumber IIUM