Kak Ena nak sgt aku jd madunya, Ak mgandung ank ke3, tiba2 tfikir aku nie hy ibu tumpangan je ke.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku mengenali Kak Ena dan Abang Zam sejak 2 tahun lalu ketika aku kerja sementara di kedai baju milik Kak Ena.

Mereka melayan aku terlalu baik sehingga aku anggap Kak Ena seperti kakak sendiri. Kak Ena dan Abang Zam telah berkahwin selama 9 tahun tapi belum diberi rezeki anak. Mereka telah melalui proses IVF tapi masih tiada rezeki. Satu hari, Kak Ena meluahkan perasaannya bahawa dia berkenankan aku untuk dinikahkan dengan suaminya.

Aku tak pernah sangka benda ni akan jadi pada aku, sebab aku pernah melalui pengalaman bapa aku berp0li gami tapi it doesn’t end well. Jadi didalam lubuk hati aku ada perasaan skeptikal terhadap p0li gami. Kak Ena beri aku masa untuk berfikir.

Beberapa hari selepas itu Abang Zam juga memberitahu aku bahawa dia punya hati pada aku. Disebabkan keadaan mereka, aku mula sangsi adakah mereka buat begini sebab mereka mahukan anak? Adakah mereka akan anggap aku ni seperti ibu tumpang? Bermacam-macam persoalan timbul dalam fikiranku yang tak diluahkan.

Aku datang dari keluarga yang berpecah-belah. Melihat kemesraan dan kasih sayang antara Kak Ena dan Abang Zam kadang-kadang menimbulkan perasaan iri padaku, mengapa bapa aku tak pernah layan ibu sebaik itu? Jadi ketika Kak Ena sebut ingin aku menjadi madunya, aku sangat terkejut sebab mereka nampak sangat bahagia.

Bilaku tanya Kak Ena mengapa, jawabnya, dia hanya mahu kongsi kebahagiaan itu denganku. Dia tahu hal keluarga ku. Dia ikhlas ingin aku jadi madu dia supaya aku terjaga. Aku mula serba salah. Di usia 28 tahun aku belum pernah punya kekasih, tiba-tiba dilamar untuk menjadi madu orang.

Kawanku berpesan jangan terima hanya kerana perasaan kasihan, atau kerana ingin cepat kahwin diusia hujung 20-an. Aku solat istikharah, minta petunjuk dan aku dapat rasakan yang aku mahu menjadi sebahagian dari keluarga Kak Ena dan Abang Zam.

Aku menerima lamaran itu. Aku berkahwin diusia 29 tahun. Abang Zam tua 5 tahun dariku dan Kak Ena pula tua 4 tahun dari Abang Zam. Abang Zam sediakan rumah yang lengkap untuk aku tinggal. Kak Ena juga membantu urusanku dengan Abang Zam.

Rezeki selepas nikah, 3 bulan selepas itu aku disahkan mengandung. Kak Ena dan Abang Zam gembira bukan kepalang, sampai kami bertiga menangis ketika berita itu dikhabarkan. Mereka terlalu baik. Aku juga mula belajar untuk cintakan Abang Zam, kerana kini dia bukan lah seseorang yang aku admire dengan caranya melayan isteri, tapi kerana dia suami aku.

Ketika aku dalam pantang, Kak Ena banyak menjagaku dan anak sulungku. Ketika anakku mencecah usia setahun setengah, dia mula memanggilku dengan panggilan ‘Mama’ manakala Kak Ena disebut ‘Mummy’. Aku sangat gembira dengan kehidupan baruku. Tiada sikit pun perasaan negatif walaupun kami hidup berp0li gami. Seperti mesranya aku lihat Abang Zam melayan Kak Ena dulu, seperti itu juga lah Abang Zam melayan dan memanjakan aku.

Rezeki lagi ketika anak sulungku mencecah 2 tahun, aku mengandung lagi. Anakku kini telah bersekolah tadika, dan Kak Ena tak ubah seperti ibu kedua mereka. Kami bahagia. Tapi satu hari mula satu perasaan bermain difikiranku ketika ku melihat kemesraan antara Kak Ena, Abang Zam serta anak-anakku. Aku rasakan seperti aku menjadi orang tengah antara mereka.

Hasutan sy4itan. Aku mula rasakan aku orang ketiga dalam hubungan ini. Kak Ena dan Abang Zam sangat baik pada ku. Tapi aku tahu hati Kak Ena pasti runtun saat aku menikah dengan suaminya. Apa lagi aku telah melahirkan zuriat Abang Zam. Dia sentiasa senyum, tapi matanya tak mampu menyorok kesedihan bahawa dia tak mampu memberi zuriat seperti aku.

Dia terpaksa berkongsi suami hanya kerana sayangkan suaminya, mahu suaminya punya anak kandung sendiri. Aku sayangkan mereka kerana mereka keluarga aku, tapi hati kecilku merasakan aku merampas kebahagiaan yang patut menjadi milik Kak Ena. Aku juga keliru bahawa perasaan ini timbul mungkin sebab aku sendiri yang cemburu melihat Kak Ena dan Abang Zam.

Pernah terlintas difikiranku bahawa aku mahu Abang Zam lepaskan aku, dan tinggal bersama Kak Ena serta anak-anakku. Tapi aku tak mampu hidup tanpa anak-anakku disisi. Sekiranya aku mahu pergi bersama anak-anakku, tentulah aku merobek kebahagiaan yang mereka miliki. Jadi aku hanya diamkan sahaja.

Satu hari Abang Zam perasan sikap aku yang banyak mendiamkan diri. Dia mula bertanya dan akhirnya aku menangis menceritakan perihal hatiku pada nya. Dengan tenang dia menjelaskan bahawa dia ikhlas mencintai aku, aku bukanlah hanya ‘ibu tumpang’ untuk dia dan Kak Ena.

Dia betul mahu menjagaku dan Kak Ena ikhlas menyayangiku seperti adik sendiri. Aku halang Abang Zam untuk menceritakan hal ni pada Kak Ena kerana aku takut persepsi Kak Ena terhadapku berubah. Hari demi hari hidupku berjalan seperti biasa. Kami bertiga masih pergi bercuti bersama anak-anak, dan kadang kala Kak Ena jagakan anak-anak dan aku serta Abang Zam pergi bercuti berdua.

Aku tahu hidupku bahagia, tapi perasaan ini kadang timbul tanpa dijangka dan aku tak mampu berhenti dari memikirkannya. Kini aku mengandung anak ketiga, dan perasaan itu datang lagi. Aku cukup lemah apabila perasaan ini timbul kerana tiada cela sikit pun dalam keluarga ini.

Aku yang tak bersyukur tapi dalam masa yang sama sangat susah untuk buang perasaan ini selama-lamanya. Kalian doakan aku selamat bersalin awal tahun depan, dan semoga keluarga kami bahagia seperti ini sampai bila-bila. – Dinda (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur hela – “Kami bertiga masih pergi bercuti bersama anak-anak, dan kadang kala Kak Ena jagakan anak-anak dan aku serta Abang Zam pergi bercuti berdua.” La haulawala quwatailla billa budak ni…. Macam tu punya nikmat pun awak nak merungut lagi ke.

Eh sy ni kalau org nak jagakan anak supaya sy boleh berjimba dgn suami. Melompat lompat aku dlm pelampung itik tu.. Hahaha. Gurau ye sis.. sis doa lah kat Allah mintak jauhkan perasaan syak wasangka tu. Mintak betul2.

Eita arif – Ketahui lah .. janji utama syaitan pd Allah adalah menyesatkan anak2 Adam .. sy4itan xkan berhenti usaha utk menghasut anak2 Adam waima mereka sdh berdiri di dpn pintu neraka .. byk2 kan istighfar supaya hasutan sy4itan itu hilang dr hati ..

kegemaran sy4itan adalah meruntuhkan masjid yg dibina oleh anak2 Adam..mereka lah makhluk pertama yg akan menepuk tgn gembira jika puan akan meruntuhkan rumahtangga madu atau puan sdri .. sy doakan puan tabah hadapi ujian & bisikan sy4itan.

Athirah laksana – ok la jgn pikir ke dalam sgt..sy pun menumpang rezeki madu jgk dptkan anak, lepas madu lahirkan anak pertama dgn suami rezeki sy plk lekat lepas 4tahun usaha yg xberhasil. Tapi kuasa Allah lps tu sy plk mengandung.

Awak doakan asbab keikhlasan kak ena terhadap awak..Allah bg dia zuriat sendiri. Allah lorongkan saya redha p0li gami untuk zuriat,manatau rezeki kak ena pun camtu. Doa je, doa senjata terhebat tau.

Puteri allisa – Jangan berperasangka.yg penting awak jadi manusia yg baik…sebab mereka baik dgn awak.awak layan suami awak baik2.awak beri kasih sayang pd anak2 awak..mereka tak kan lari tinggalkan awak.Awak juga berbaik2la dgn kak Ina…dia pon baik dgn awak.sentiasa percaya pd Allah.Doa yg baik2.

Sekarang takde masalah pon..mengapa awak tercari2 masalah.Lalui hari2 mendatang dgn gembira.Kalau ditakdirkan ada ujian dari Allah…masa tu la baru awsk nak fikir ..nak risau…nak pening …Buat masa ini syukur n syukur dgn nikmat yg Allah beri…mungkin awak baik…sebab tu awak di rahmati.

Sumber IIUM