Atas bumbung dgr cakaran, pastu dgr bisikn jawa ”aku xkan lepaskn keturunn kau”. Rupanya mak ada simpn gambar tue.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Asalamualaikum para pembaca fiksyen shasha. Terima kasih kepada fikshen shasha kerana mempublish kisah aku yang tak seberapa ini. Nama aku Ara .

kisah yang aku ingin kongsikan ini adalah kisah yang benar terjadi kepadaku. Kejadian ini berlaku dalam tahun 2015. Dulunya aku tak percaya kepada perkara m1stik dan kalau boleh aku memang tak nak tahu lansung pasalnya. Gangguan aneh mula berlaku selepas secara tak segaja mak aku tersnap gambar entiti di rumah nenekku.

Dalam gambar tu ada pernampakan separuh badan gadis memakai gaun putih. Pinggang ramping macam kerengga. Kebetulan masa tu kami sekeluarga berkumpul di beranda di luar rumah. Ketika itu mak aku nak ambil gambar anak buah aku. Petang tu tak perasan lagi kewujudan entiti dalam gambar tu. Keesokkannnya mak aku dah Nampak sipi sipi gambar tu.

Aku menganggap mak aku salah faham. Aku ingatkan tirai sebab kebetulan tirai rumah nenek aku tu warna kuning cair. Namun selepas aku tengok berulang kali memang Nampak tubuh gadis. Aku pun pelik la sebab masa tu memang semua duduk kat luar dan tak dak sapa pon duduk dalam rumah. Aku suruh mak aku padam. Tapi dia tak nak. Ha sejak tu la gangguan tu jadi.

Aku ceritakan bagaimana gangguan tu. Gangguan pertama terkena kat aku. Nenek aku jenis suka tidur sorang sorang. Lagipun bilik nenek paling jauh. Tapi bilik dia dekat kat dapur dengan tandas. Bilik dia pon dalam. Sebelah luar biliknya pula hutan. Aku pernah cuba tidur dalam bilik tu , tapi aku tak pernah nak tidur m**i.

Selalunya aku tidur m**i. Setiap kali aku nak tidur kat bilik nenek tu tepat pukul 1 pagi mesti ada bunyi cakaran dari luar. Mula mula aku ingatkan kucing sebab nenek aku ada bagi makan kucing liar yang datang. Aku pun buat tak endah jela. Sampai satu hari tu ada bunyi lain lak. Bunyi macam orang dok makan keropok dan bersembang.

Aku paham sikit sikit sebab benda tu guna Bahasa jawa. Nenek aku pernah ajar Bahasa jawa kat aku. Benda tu cakap ‘aku takkan lepaskan keturunan kau. Lagi lagi cucu kau hehehhe’ meremang bulu romaku. Keesokkannya aku rasa berat sangat bahu aku, sakit kepala aku masa tu. S4kit kepala tu aku ingat normal sebab aku selalu migrain.

Aku pon telanlah Panadol yang aku selalu simpan buat stok. Tapi s4kit kepala aku tu lain macam. Makin aku telan Panadol makin s4kit. Hidung aku berdengung. Dekat 5 biji aku telan Panadol dalam masa 2 jam. Bahu aku pun semakin berat. Lutut rasa lembik je. Aku nak bagi tahu mak aku masa tu. Tengah nak jalan pergi kat mak aku tu tiba tiba ja hidung aku berd4rah. Aku tak jadi bagi tau mak aku.

Aku masuk bilik ambil tisu tekup hidung. D***h dia memang lain macam. Banyak g1la dia keluar. Macam air paip masa tu. Aku memang cuak dah, dengan kepala macam nak mel3tup. Aku panggil mak aku. 4 kali aku panggil suara tak keluar. Kali ke 5 aku baca ayat kursi baru keluar suara aku. S4kit sangat. Mak aku datang. Memang terkejut mak aku tengok aku masa tu.

Kelam kabut panggil abang aku. Abang aku cempung aku letak kat ruang tamu. Abang aku tu mata tak berhijab. Dia Nampak benda tu duduk berpaut kat bahu aku dengan mulut dia dok kemam kepala aku. Terus abang aku telefon ustaz kampung tu. Ajak pak imam sekali. Masa tu aku rasa panas sangat.

Aku nangis tak keluar suara s4kit dia ya Allah, tak tahu aku nak cakap macam mana. Mak aku risau sangat tengok aku. Hidung aku still berd4rah. Mak aku tekup dengn tuala. Separuh tuala tu penuh dengan d***h aku. Pucat teruk bibir aku macam aku makan bedak. 5 minit tu ustaz pun sampai. Aku rasa nak meng4muk time tu. Ustaz tu beristigfar tengok aku. Dia kata asal lambat bagi tahu.

Teruk sangat dah ni. Terus dia baca ruqyah. Aku rasa panas sangat. Akhirnya aku sawan pastu badan aku kejang. Aku x sedar dah lepastu. Ni mak aku yang cerita lepas aku tak sedar tu. Aku duduk mencangkung dengan rambut serabai aku menyerigai tengok ustaz tu. Ustaz kata benda tu dah sebati dengan aku, ustaz cuba buang bende tu.

Berpeluh ustaz sebab benda tu degil. Sampai luka tangan aku sebab benda tu gigit tak nak lepaskan aku. Lebih 4 jam ustaz lawan benda tu akhirnya keluar gak. Terus aku sedar. 10 minit ustaz suruh aku minum air Yassin tu dan dia scan aku dia kata benda tu ada lagi. Tapi lemah lagi, mak aku naik risau dengar. Ustaz kata esok dia datang lagi.

Ustaz pesan suruh pasang ayat ruqyah dalam bilik aku. Mak aku pun pasang la. Tapi malam tu aku tutup ayat ruqyah tu. Aku pun tak tahu sebab apa. Aku rasa rimas sangat. Mak aku pasang balik. Aku meng4muk teruk masa tu habis semua aku baling. Ni paling sedih ni. Aku pi baling powerbank aku.

Sedih do. Okok sambung. Mak aku menjerit panggil abang aku. Ayah aku ade kat Putrajaya outstation. Tinggal abang aku jela laki dalam rumah tu. Dipeluknya aku kuat kuat. Kuat aku meronta rontan nak lepaskan diri. Aku m4ki abang aku. Abang aku beristigfar dengar. Dia tahu aku tak pernah tinggi suara ataupun m4ki orang tua dari aku. Dia baca ayat kursi 7 kali pastu aku rasa lemah sangat.

Aku pun tertidur kar situ sebab penat bergelut. Abang aku cerita kat mak aku yang dia Nampak ada gadis gaun putih pinggang ramping tanpa wajah duduk dalam bilik aku masa aku meng4muk teruk tadi. Mak aku terkejut. Dia keluarkan telefon dan tunjukkan kata bang aku. Gambar entity yang mak aku tak sengaja snap. Abang aku tanya kenapa simpan gambar macam ni.

Mak aku tak tahu jadi teruk macamni. Abang aku kata jangan padam lagi. Tunjuk kat ustaz esok. Abang aku lansung tak tidur hari tu. Dia taku aku meng4muk lagi. S4kit badan dia aku pukul masa aku meng4muk tu. Kesian aku. Esok pagi selepas subuh ustaz datang. Keadaan aku sama macam aku kena hari tu. Hidung berd4rah kepala pening lutut lembik.

Aku penat sangat. Mak aku cerita masa aku meng4muk kat ustaz. Beristigfar ustaz tu dengar. Dia kata benda ni dah melampau. Sebelum dia ubat kan aku mak aku tunjukkan gambar tu. Akhirnya ustaz tahu sebab apa benda tu ganggu aku. Ustaz mulakkan rawatan. Aku tak tahu nak cerita macam mana cara ustaz ubatkkan aku.

Masa berubat tu angin sejuk keluar ikut pintu depan. Ustaz kata benda tu marah sebab simpan gambar dia. Hmm. Aku akhirnya pulih. Namun tak sepenuhnya sebab aku dah kena rasukkan. Jadi ada laluan untuk j1n j1n lain masuk dalam badan aku, mata aku pun dah hampir tak berhijab. Kadang kadang ternampak benda tu .

Masa aku tulis ni pun ada benda tengah tengok aku kat hujung bilik. Setakat ni jelah cerita aku. Pesan aku buat korang janganlah simpan gambar entiti tak diundang tu kalau tersnap ke ape. Buruk padahnya. Teruk aku kena sebab gambar tu je. Aku pun dah nak jadi macam abang aku dah sebab benda tu je. Thank you baca kisah aku yang tak seberapa ni. Asalamualaikum , semoga kita terhindar dari gangguan j1n dan sy4itan.- Ara dila

Reaksi warganet

Na atur rafif – msa kmi mula2 pndah dok flat..abg bru beli fon..apa lg.. aku dok snap pic kmi bdua.dpt fon bru katakan.. rmbut aku pras bwh dr bahu,n slalunye aku pkai pnypit rmbut. msa dok snap2 tu,xde la aku no scroll blk smua pic.msa nk tido aku pn belek2 gallery.dlm byk2 pic tu..ada 2 pic..muka aku trtutup hbis dgn rmbut.rmbut tu pjg smp lntai.

abg kt sbelah ok plk mukanye. trus kjutkn suami.suami kata “mgkin msa tu syg ada lpskn rmbut kot.dh2 tido2..” xke g1la nk amik pic ttup muka dgn rmbut.aku pn bka sepit rmbut n lpskn rmbut ttup muka.mmg rmbut aku xcecah lntai.suami amik fon..trus ltk tepi n smbung tido.esok pg check gmbr tu..suami dh dlete.. bila dtnya..dia kta..dh tau gmbr tu plik,lg nk siasat2..

rmh flat tu mmg brhntu..siang2 pn kna kcau.tgh msak lunch..suami main sorok2 tpi dnding..aku tgurla..nk nyorok tp nmpk kki..2x aku nmpk suami ngedap time msak..lps siap msak tu aku msuk blk… tgk dia tgh tido..aku pn bgurau la kt muka dia..dia trpisat2 buka mata trkjut.. merah matanye seolah2 mmg dia tgh tido btul.

bila dtnya bkn jap td dia dok ngusik ke time msak..mati2 dia kata x..dia tido spjg aku msak..adoii hntu rupanye yg ngusik aku msak..yg last kna kcau. suami g outstation.aku tdo kt ruang tmu.sdar kol 3pg..lmpu bilik mnyala.. rsanye dh ttup sblm tido.mlm ke 2..lmpu dpur plk nyala sdgkn aku ykin skali sblm tido smua lmpu dh dpdmkn..

mlm ke 3.. hntu tu geram gamaknye sbb aku brani..dia nyalakn lmpu stor..huaaa stor tu xprnah pintunye trbuka..tp tgh mlm trsedar2..nmpk chya dr bwh pintu blik stor mnyala..trus kluar ke koridor. tido kt tngga..esok trus suami blk..kmi pndah 2 mggu lps tu

Mahlinisza anis – Sy ada geng buat rwtn islam, sy mmg ska amik gmbar, tapi ustaz pernah pesan jgn amik gmbr sblm proses rawatan, kalau nk amik selepas selesai rawatan sbb spesis ni berdendam kata ustaz, jdi gmbr2 sebelum proses rwtn yg sy ambil sebelum ni, habis sy delete…..wallahualam

Ripin usj – Beberapa tahun dulu saya pernah ambil gambar pokok krismas dipejabat tempat saya bertugas lebih kurang jam 2pg. Pokok krismas tu diletak tepi dinding pejabat tempat saya bertugas sebagai security. Saya ambil gambar dgn kamera hp dari 3 posisi, depan dan kiri kanan.

Lepas tu saya tenguk gambar2 yg saya ambil kemudian saya tutup hp. Besuknya selepas makan t.hari, saya teringgat pada gambar yg saya tu, saya ambil hp dan inggat nak hapuskan, saya terfikir buat apa nak simpan gambar pokok krismas, saya bukan kristian.

Tapi saya terkejut kerana dua dari tiga gambar yg saya ambi, pokok krismasnya hilang! yg ada hanya satu saja. yg satu bertukar jadi seperti bentuk lembaga hitam, dan satu lagi seperti bentuk dagu. cantik dagunya putih licin seperti dagu perempuan, tapi tak sampai sebulan lepas tu hp saya hilang kena kebas.

Sumber Fiksyen shasha