Suami suka main dgn anak sedara. Aku tgok terus down aku xmampu. Aku nekad suarakn hajat nie.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Macam biasa,hidekan acc fb Ni ye admin. Terima kasih. tahun Ni tahun ke 5 berkahwin. perkahwinan tanpa zuriat disisi.

Pernah mengandung 2 kali, tapi Allah lebih sayangkan anak anak. Sempat bertahan 5 bulan sahaja dalam Rahim. Dijemput Allah untuk bermain main disyurga. alhamdulilah diberi peluang punya penunggu diSANA nanti. Allah sebaik baik perancang. Suami ok walaupun pada mulanya agak kecewa sebab kehamilan ke2 tu penantian 3 tahun lebih selepas kehilangan anak yang pertama.(anak first bunting pelamin).

Suami excited bila Tau mengdung Kali ke2. end up Allah ambik balik anak. dia menangis dalam diam. belakang Saya. depan Saya, dia Cuba ceriakan Saya. bagi kata kata semangat. dalam pantang dia jaga dari a-z. bengkung, makanan pantang, mandi, stokin, tungkung semua dia buatkan. Alhamdulilah Allah ambik anak anak tapi Allah gantikan suami yang jaga Saya dengan penuh kasih sayang.

Terima Saya seadanya. Saya hampir depr3ssion. 24 jam pikirkn anak. tringat anak. Kadang bercakap sorang sorang seolah Ade masih dalam perut. bukan Tak redha ketentuan Allah. tapi perasaan tu datang sndri. bila tersedar, cepat cepat mengucap.. Saya kesian kan suami. dia suka sangat bermain dengan budak budak.

Bila tengok dia main, layan anak anak sedara, saya menangis sorang sorang. kesiannya suami aku. Aku Tak mampu bagi suami Aku keturunan didunia ini.Tak mampu bagi penyambut di depan pintu rumah saat suami Aku balik kerja. bila Ade selisih faham sikit, automatik saya rasa down.

Automatik saya rasa Saya tak boleh bahagiakan suami dengan anak. rasa bersalah. Setelah 5 tahun kami tanpa peneman bermain saya bersuara pada suami untuk dia menikah lagi dengan sorang perempuan supaya suami dapat zuriat, keturunan. Saya sayang dia. nak tengok dia seronok bermain dengan d4 rah daging sendiri sama macam orang lain.

Isteri Mana yang nak Kan? tapi kalau ini je jalan Dan pengorbanan Saya sebagai seorang isteri utk bahagiakan suami, saya kena redha. Saya kesian kan suami yang umur semakin meningkat. Dan tringin Kan zuriat. Tapi bila saya bersuara pasal kawen lain, suami tolak. dia tak nak. dia kata, lelaki kalau belajar ilmu agama kalau faham tanggungjawab nikah lebih seorang, lelaki tu akan takot.

Bukan mudah nak menjaga isteri lebih pada sorang, tanggungjawab tersangat lah besar. niat Saya cuma nk tgk suami Ade anak. walaupun baru 5 tahun tapi saya dah Tak mampu. Saya dah give up. Saya tahu ramai lagi pasangan kat luar Sana yang kawen lama tanpa zuriat.

Hanya ttcians sahaja yang faham perasaan kami kami Ni yang kawen tanpa zuriat. awal tahun 2021, jika Saya masih belum punya rezeki Hamil, Saya akan mnta suami bernikah lagi. jangan kecam Saya ye. Saya Hanya nak tgk suami sy bahagia bersama anak sama seperti lelaki lelaki lain. doakan Saya semoga diberikan rezeki zuriat.

dapat mengeratkan lagi hubungan Saya Dan suami. supaya kami mempunyai Dan memiliki doa dari anak soleh kami bila kami mening gal nnti. kerana hanya dengan doa anak yg soleh dapat menyelamatkn Kita nnti.bhanya Allah yg mampu membalas jasa baik kalian..

reaksi warganet

Tun Suzanna – Subhanallah.. Mulianya hati puan… Cuma andai puan bnr2 izinkan.. Puan kna bnr2 redha… Sbb pengorbanan ni sgt2 bsr.. Melibatkan hati n prasaan… Sya ada seorg shbt yg mengalami situasi yg sma.. N beliau mengizinkan suaminya brnikah satu lg.. N kbtulan beliau knal madunya sbb madunya bekerja dgn suaminya n beliau sndiri pergi meminang.

Alhamdulillah… Skg mereka brkwn baik. Malahan ke mana2 brsma2.. N ada anak sorg hasil perkahwinan suaminya n madunya…n anaknya juga menganggap beliau spt ibunya…apapun puan sentiasa brdoa n memohon kpd Allah swt spaya diberikan ptnjuk pd puan n suami ye…

Nurri Nur – Kak…paling x pun awk pernah mngandung tau, biras sy 5thn kawin tanpa pernah rasa mngandung.Masih ada harapan tuk awk…mesti awk ada baca mcm mne pelakon popular negara seberang menanti cahaya mata smpai 10thn. Biras tu istri abg ipar sy…..kami kawin tahun y sama selang semggu je. Sy pun menanti y sulung 1thn lbh dan masih y sorang tu je.

Kita fhm orng y xde ank ni…biras sy & suami dia rajin layan ank sy. Sy pun x kisah malah sy anggap berkongsi kasih syg. Sy ajar ank sy dgn pggilan mak&ayah kpd biras sy tu. Sy percaya depan2 mmg nmpk hppy…blkng spa tau kn,siapa y tak nk ank. Tapi trus kn lah berdoa semoga dikurniakn rezeki ank.

Azwa aris – Yang paling penting jangan sesekali berputus asa. Allah sebaik-baik perancang dan Dia jugalah penentu segalanya.. kami pun pernah gugur sampai sekarang masih belum ada rezeki. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Percaya pada qada’dan qadar Allah.

Jalan untuk mencari madu bukan jalan penyelesaian masalah. Belum tentu awak akan bahagia. Saya pun redha. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk hambaNya. Sabar kunci kebahagiaan.

Ju ya Rose – Apa apa yg berlaku disekeliling kita yg membuat kita bahagia atau tidak adalah hanya asbab kepada kebahagiaan atau tidak,poligami itu hukum yang Allah tetapkan bukan rekaan dari manusia…sesuatu yang ditetapkan Allah pasti mendatangkan kebaikan kepada hambanya…

mungkin Allah cuma nak puan lebih mendekatkan diri kepadanya perbetulkan hati supaya lebih tunduk kepada ketentuanNya,Allah itu maha lembut tadbirnya sangat penyatun lagi lemah lembut terhadap hambanya…apa pun keputusan mintak lah putunjuk dari Allah dan minta supaya Allah memberi kebahagiaan,kemudahan walau apa jalan yang dia tunjukkan.

Siti haida – Cuba redha tak de anak selepas mencuba rawatan yg sewajar nya Usaha sungguh sungguh dulu …if x berjaya …cuba cadang bincang kat suami utk ambik anak angkat. Kenapa nak suruh suami kawin lain kalau suami sendiri tak minta. Dugaan tak de anak pun puan dah depression …nanti tengok suami bahagia dgn anak dan madu …hati puan boleh tanggung ke .?

Ada anak tak janji bahagia puan ….baca je laa kat KRT ni.berapa ramai bercerrai wpun ada anak …!! Berapa ramai dah tua ..melarat wpun ada anak …!! Jangan layan sgt perasaan nak anak tu ….
Kita ni ada lah at Allah ‘s mercy…. Dia yg Maha Tahu ..

Abeawi Ali – Zuriat mmg anugerah Allah yg Dia beri kpd sesiapa saja Dia kehendaki. Nmpknya awk bukan x boleh mengandungi, cuma mgkin peranakan awk yg ‘ manja’ sedikit. Berjumpa dan berbincanglah dgn pakar sakit Puan… tentu mrk boleh buat sesuatu dgn izin Allah. Tak pun awk boleh berusaha cara kg dulu.

Mengikut petua org tua2 cari pokok dukung anak dlm 5 enam pokok. Cabut bersama akar2nya skali. Cuci bersih²… kemudian rebus dgn 3 gelas air hingga tinggal lebih kurang segelas dgn api yg slow. Amalkan minu selang sehari. Pahit? Mmg bnyk penawar begitu. Ini sbg usaha.. ketentuannya, Allah jua. Dia beri dan mengambil sesuatu kpd/drp kita dgn bersebab. In syaa Allah…

Sumber KRT