Usia 43thn. Kenal dgn lelaki 25thn. Tiba2 rasa xpatut rasa mcm nie. Ini doa yg aku pohonkn utk dia.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku bahasakan diri sebagai S, berumur 43 tahun, masih bujang dan bekerja dalam sektor kerajaan, PnP.

Dalam umur begini soalan-soalan kenapa masih belum berumah tangga itu kedengaran terlalu biasa. Jujurnya, 10 tahun dahulu mungkin ia agak menggangu fikiran. Tetapi sejak kebelakangan ini hati sudah semakin redha. Ya. Aku redha andai telah Allah aturkan tiada jodoh.

Bukan bererti aku menolak jodoh atau tidak mahu berkahwin langsung. Pada aku, kalau ada, adalah. Kalau tiada pun tidak mengapa. Bukannya aku tidak pernah berkawan atau rapat dengan seseorang, ada. Dari yang kenal sendiri mahupun kawan atau keluarga yang kenalkan. Tapi semuanya tidak ke mana.

Aku terima mereka semua bukan jodoh aku. Mungkin akan ada pembaca yang ingat aku jenis memilih, cerewet dan lain-lain. Terpulang penialaian masing-masing. Mungkin juga aku boleh ceritakan apa yang terjadi pada ‘bukan jodoh itu’ pada masa yang lain, InshaAllah.

Kali ini yang aku hendak kongsikan ialah bagaimana perasaan suka pada seseorang yang rasanya telah bertahun-tahun terkvbur dari dalam diri ini kembali ada. Perasaan yang aku fikir mungkin dah lama tiada dalam kamus hidup. Serius. Bukannya tidak jumpa lelaki, ada saja.

Tapi tidak ada lah perasaan nak suka apa lagi minat. Serius. Minat hero Kdarama tu ada la. Minat kepada seseorang in ‘real life’ itu tidak ada. Sehinggalah kehadiran seorang lelaki ini. Lelaki itu bujang, jangan risau. Aku ada pendirian sendiri ‘no married men’.

Bukan sombong, tapi buat apa nak cari masalah sedia ada. Masalah hidup aku cukup banyak dah ada. Tak perlu tambah lagi. Lelaki ini bujang, dan muda, 25 tahun usianya. Sebab itu tajuk aku letakkan perasaan yang tidak patut ada. Sebab nya ini lah pertama kali dalam hidup aku, suka pada lelaki yang tersangat jauh mudanya dari aku.

Sesuatu yang tidak pernah aku buat dan rasa sebelum ini. Sesuatu yang dari dulu aku rasa tak akan aku alami. Bukannya tidak pernah ada kawan lelaki yang muda, harus ada saja. Tapi tidak ke tahap suka. Biasanya kalau berkawan dengan yang jauh usianya memang awal-awal aku dah sedia anggap dia ‘adik’.

Bermakna tiada perasaan. Untuk yang kali tidak di rancang. Dia adalah intern di tempat kerja aku. Masa dia mula-mula masuk hampir seminggu pertama itu aku tak pernah lagi jumpa dia tambah pula dia bukan bawah penyeliaan aku dan sebab waktu itu aku pun sibuk dengan kursus dan mesyuarat sana sini.

Pertama kali jumpa pun tidak ada rasa suka apa lagi minat. Dia pun bahasakan aku ‘Cik’. Kalau tanya bila mula rasa suka mungkin selepas itu bila dah selalu jumpa dan buat kerja sama-sama. Pejabat pula letakkan dia sama ‘team’ dengan aku untuk kerja-kerja operasi pejabat. Dari situ baru aku dengan dia selalu bercakap dan buat kerja sama-sama.

Dia lelaki yang baik, jaga solat, jaga adab, tak merokok, dan hormat orang lain. Datang pun dari keluarga yang baik-baik. Dalam zaman ini aku kagum ada lelaki sebaik dia. Tapi aku juga sedar aku siapa. Sebab itu aku tak pernah ceritakan pada siapa-siapa termasuk sahabat baik aku yang aku boleh cerita macam-macam.

Untuk kali ini aku simpan untuk diri sendiri. Selalu kami pergi makan sama-sama, bukan berdua ada kawan-kawan pejabat lain. Ada sekali saja kami pergi makan berdua. Itupun sebab kawan-kawan pejabat lain semua ada urusan.

Balik dari makan itu, dia mengusik aku nanti ada orang marah dan g0ssipkan kami. Yang selalu kami buat hanyalah WhatsApp. Walaupun dalam pejabat yang sama tetap hantar WhatsApp. Cerita macam-macam hal sampai tengah malam. Hal pejabat, family, masalah, isu dunia dan saling bagi nasihat.

Jujur aku katakan selepas kisah tak jadi dengan seseorang 6 tahun yang dulu inilah pertama kali aku rasa suka pada orang lain. Tapi sekadar mengkagumi dari jauh. Aku tak rasa benda ini akan ke mana-mana. Buat pengetahuan, tempoh intern dia pun dah tamat tempoh sebulan yang lalu.

Kami cuma berhubung dengan WhastApp sahaja sekarang. Dia akan cerita apa perkembangan dia, pergi mana dan buat apa. Itu pun dah memadai bagi aku. Itu pun dah buat aku happy. Mungkin orang akan kata sebab aku kesunyian, 6 tahun lepas putus dengan yang last one itu aku survive tanpa terikat pada mana-mana lelaki.

Kawan aku pun kagum. Family dan kawan-kawan suruh aku cari orang lain. Aku yang malas. Letih. Penat nak ada perasaan pada orang. Aku nak jaga hati sendiri dan nak bahagia dengan diri sendiri. Bukan patah hati, aku move on lama dah. Dah bukan jodoh aku kalau sedih pun apa boleh aku buat.

Lagi pun sebelum putus dengan yang last itu aku dah boleh rasa dia ada orang lain. Hanya tunggu masa saja, jadi aku dah prepare. Aku rasa aku dah boleh terima hakikat mungkin Allah takdirkan aku sendiri sampai bila-bila. Aku sibukkan diri dengan kerja, dengan family, anak-anak saudara, kawan-kawan, pergi bercuti.

Aku tau hikmahnya ialah Allah hendak aku lebih banyak berbakti pada parents dan family. Mungkin ini ujian Allah, dalam usia ini dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik budi dan akhlak. Cuma bukan untuk aku. Selalu pun begitu, seperti yang sebelum-sebelum ini.

Aku hit rock bottom. Aku biarkan rasa suka ini ada selama dia masih intern di pejabat aku. Janji aku pada diri sendiri, habis tempoh bermakna habis la tempoh aku nak ada feeling ini. Mungkin orang kata apa dikisahkan dengan umur. Pada aku banyak bezanya, tak semua orang boleh terima terutama family.

Kalau aku jadi parents dia pun mesti hendakkan yang terbaik untuk anak mereka. Dia pun masih muda, punya cita-cita nak sambung belajar. Dalam solat dan doa aku mendoakan dia jumpa perempuan yang lebih baik, lebih cantik, yang selayaknya buat dia sebagai lelaki yang baik.

Aku juga berdoa semoga Allah hilangkan semua perasaan ini. Sedang berusaha menghilangkan rasa ini. Satu ujian bila tengah-tengah rasa tak nak contact tiba-tiba dia yang muncul di skrin. Maaf kalau cerita ini membosankan semua. Sekadar menumpang meluahkan yang terbuku di hati.

Kalau ada yang suggest meluahkan rasa pada dia, mungkin tidak. Kalau ada yang bertanya dia macam mana pula. Entah. Aku takut nak mengandaikan apa-apa. Dia layan aku baik, tanya khabar dan selalu dalam WhatsApp dia akan ada saja-kata mendoakan aku kesihatan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Biarlah rasa ini aku sahaja yang simpan. Tak semua yang kita sayang kita dapat. Banyak yang aku belajar dari pengalaman dulu. Kadang-kadang kita hanya mampu lihat dari kejauhan. Mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

Walaupun tidak semua perpisahan itu berakhir dengan cara yang baik. Tapi aku pilih untuk melupakan dan memaafkan. Sebab aku juga mengharapkan yang terbaik buat diri sendiri, walaupun jika ditakdirkan sendirian sampai bila-bila.

Berbahagialah pada readers yang dapat merasakan cinta berbalas dan dah bertemu jodoh. Sungguh. Bersyukurlah. Tidak semua manusia dapat rasa semua itu. Pada aku itu semua dalam mimpi aku semata-mata. Tolong sama doakan moga perasaan ini hilang dan semoga aku diberi kesabaran dan kekuatan menghadapi ujian Allah. – Miss S (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Ann Fardan – Lelaki usia 25 tahun masih belum matang… Alangkan yg dah tua bangka pun x matang2…. Cik yg dah berusia ni seeloknya jangan melayan perasaan yg ada kerana sungguhpun dia suka tp untuk jangka panjang lbh merumitkan keadaan…

Terutama isu keluarga dia.. Isu perbezaan umur yg Sgt ketara.. Isu pendapatan dan isu sekufu…apapun perasaan itu tdk salah… Berdoa lah moga Allah kurniakan jodoh yg terbaik utk cik….

Nur summayah – Suka tu perasaan fitrah..
Suka x semestinya mencintai.. Suka krn sifat,suka krn paras rupa.. Suka krn perangai yg mgkn ‘pelik’ dari org lain..It’s normal.. Cuma bila dia dh tiada akan timbul perasaan rindu..
Teruskn kehidupan awak mcm biasa,lama² perasaan tu akan hilang..

Mgkn perasaan awak lebih kpd crush klau ikut bahasa budak2 skrg.. Semoga awak terus berbahagia dgn kehidupan awak dunia akhirat.. Dan semoga ditemukn jodoh yg baik dari semua segi utk awak..
Jodoh itu rahsia Allah,x mustahil akan bertemu jodoh walaupun berapa umur awak kelak..

Eimaisma – Walaupun nabi dan siti khadijah pun jauh beza usianya. Nabi sendiri adalah suami ketiga kpd Siti khadijah. Wanita yg sgt kaya dan cantik sedangkan nabi hanya berbekalkan akhlak yg baik tapi diakui mencontohi dua ikon ini sgt susah.

Dalam masyarakat kita, ada byk suara sumbang. Kadang2 tiada masalah berbeza usia kpd pasangan tapi tetap ada kata2 orang atau ahli keluarga yg x sedap didengar. Memang terpaksa berfikir panjang jika memilih lelaki yg lbh muda. Kematangan juga jauh bezanya.

Semoga ada jodoh yg baik buat penulis. Kadang2 apa yg kita mahu blm tentu yg terbaik. Biarlah lambat, asalkan tepat. Lagipun kalau dah jodoh x ke mana. Jika memilih untuk melupakan, masa tetap penawar terbaik bagi setiap rasa.

Tapi jika memilih untuk teruskan, berani bertindak. Kuatkan hati untuk menghadapi semua risiko. Lagipun, tiada keputusan yg tiada risiko. Semoga selamat semuanya….

Nadiah – Kalau saya jadi awak, saya luah je perasaan suka saya. Sebelum ni saya ada minat kat someone, dan saya luahkan je. Try je, tengok respon dia macam mana. Belum cuba belum tahu. Mana awak tau, entah2 dia pun prefer wanita yang lebih berusia daripada dia? Dan family dia pun tak kisah?

Benda2 camni tak salah pun kalau kita cuba. Ini juga salah satu usaha kita dalam mencari jodoh. Kalau saya la, saya tak suka mengalah tanpa berusaha dan mencuba. Sebab nanti saya susah nak move on. Lepas tu mula la saya rasa macam,

KENAPA aku tak buat macam ni, kenapa aku tak buat macam tu, dan WHAT IF. Ini cadangan saya sahaja, terpulang pada awak kalau awak masih terus mahu buang perasaan suka awak tu

Sumber IIUM