Kak long baik sgt. Setelah kawin, kak long mula berubah. Buat tahlil aruwah mak kak long cabut lari.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Ini cerita tentang Kak Long ku. Kak Long anak yang baik, sayang mak ayah aku, sayang adik beradik.

Sanggup korban apa saja. Kami keluarga susah, ayah aku penoreh getah, mak tak kerja adik beradik bawah Kak Long ada 6 orang. Kak Long tau tanggungjawab dia besar. Jadi dia akan tolong keluarga sejauh mana yang dia mampu. Kak Long berhijrah ke bandar besar Kuala Lumpur dan dapat kerja kerajaan jadi kerani sekolah.

Ikut kata mak aku Kak Long sebenarnya bijak pandai tapi sbb faktor kewangan Kak Long tak masuk university. Kak Long mmg baik hati, dia akan bagi duit belanja tiap2 bulan pada mak ayah aku. Dan kalau balik kg dia akan beli banyak sgt buah tangan. Kami adik beradik akan melompat suka, dapat baju baru, permainan duit belanja sekolah pun dia bagi juga, dia cakap duit extra ni sambil tersenyum.

Lagi Kak Long akan beli coklat, gula2 byk sgt, buah2an mcm orange, apple, anggur. Kami keluarga susah jadi mmg jarang ayah beli benda2 begitu. Time raya keluarga kami biasa masak lemang dengan rendang je. Itu jelah makanan kami, kuih2 almond london ke, tart ke, mmg takde. Kalau teruk sgt masak bihun je. Kak Long lah yang beria siapkan kelengkapan raya.

Dengan kuih muihnya dan baju raya kami. Dia taknak kami takde baju raya. Mulia nya hati dia ikhlas nak sukakan hati adik2. Macam tu lah sikap Kak Long dari aku kecik sampai lah melangkah remaja. Dan semuanya berubah bila dia kahwin. Hidup dia bertukar 360 degrees. Suami Kak Long mula2 tunjuk dia suka keluarga kami, senyum2, gurau2 kami oklah.

Tapi sekejap je lepas 3 bulan dia terus tunjuk true colour. Kami adik beradik pernah pegi KL singgah rumah Kak Long, time kami sampai suami dia siap jeling lagi masuk bilik dan tak bercakap dengan mak ayah aku. Kurang ajar kan? Tak kurang ajar lagi tu. Dia boleh ejek keluarga kami ni orang kampung, miskin papa kedana.

Kami adik beradik ni orang kampung b0 doh, belajar pun tak guna menghabiskan beras je. Aku pernah dengar dia ckp kat Kak Long ‘orang kampung ni memang b0 doh kan’. Time tu dia tgk jiran kami drive tak betul. Simple je bukan benda besar pun tapi bagi dia orang kampung semua b0 doh, hulu, jumud, puak kelas ketiga.

Pernah susu ank sedara aku habis Kak Long mintak aku pi beli, aku pergi la kedai. Balik tu aku dgr dia marah Kak Long dia cakap, ‘kenapa susu boleh habis, beli susu dkt kg ni entah susu berulat yang nak bagi makan kat anak tu kenapa? Aku tgk Kak Long aku senyap je, serba salah dia. Time tu aku belajar sekolah menengah aku pelik la juga dia ni kenapa sebenarnya.

Patut susu habis kau bapak kau lah pi beli. Aku yang beli ni kena marah pulak. Nampak mcm psych0 path pun ada menatang tu. Geram aku weh. Mak ngan ayah aku pun langsung dia tak respect. Dia siap kutuk2 lagi mak ngan ayah aku, orang tua menyusahkan hidup isteri dia. Tapi mak ayah aku sabar je, kesian kat Kak Long, nanti gaduh Kak Long yang susah.

Abang aku tgh cari kerja kat KL tumpang rumah Kak Long aku sekejap (Kak Long stay kat kuaters kerajaan so bukan rumah dia) hmm mmg kena paggil, biawak hidup, bergaduh2 diorang laki bini. Suami Kak Long kerja apa? Dia anak orang kaya ke? Tak sebenarnya dia tak kerja. Dia asal orang kampung kat selangor Dengkil kot. Mak pak dia dah lama m4ti.

Dia duda anak 2. Anak2 dia mmg dia dump gitu je. Dan dia main guna2 nak tundukkan Kak Long aku, supaya dgr ckp dia supaya Kak Long bela (tanggung) dia lah. Sbb tulah suami dia tak suka kami adik beradik sbb duit tu patut tanggung dia bukan tanggung mak ayah atau adik beradik kami.

Aku pernah nampak dia pvkul Kak Long (time aku datang KL singgah sekejap rumah Kak Long), sbb dia mintak duit tapi Kak Long tak bagi. So dia pang Kak Long aku byk kali. Sampai duit rokok dia pun nak Kak Long yang bagi. Mmg menyirap darah aku. Mula time dia kawin ngan Kak Long dia niaga tapi dia byk tidur dari kerja so kedai tutup.

Keje itu ini last2 dia bawak teksi. Itu pun makan angin. Seronok2 je, sbb hari2 dia melepak dengan geng2 india m4buk. Kalau dapat duit, dia beli nombor ekor target dia nak dapat j4ckpot yang 1 million tu tapi tak pernah dapat. Dan kalau dia str3ss dia akan minum arak sampai m4buk. Nama dia dah bl4cklisted sbb hutang kredit tak bayar dan dia jugak ada pinjaman along.

Itu pun Kak Long yang bayar. Nafkah Kak Long takde. Zero. Anak sekolah dia tak pernah ambil tahu. Apa yang dia tahu dia ada cita2 tinggi dia nak duduk rumah banglow besar kawasan elite dan dia nak drive BM atau Merc3dez B3nz. So dia boleh gain respect from everyone, dan dapat status hebat la. Dia kalau cakap semua datuk2 tan sri2 dia kenal.

Me like Tan Sri kenal driver taxi? Meh? Whatever it is dia malas kerja, dia cuma suka tidur dan berangan. Aku pernah dgr dia pujuk Kak Long beli BMW yang kastam rampas so dia boleh arrange dengan kawan dia so dapat murah sikit. Dalam kepala otak dia cuma dia fikir status, dia try hard nak impress orang dengan dia.

Kak Long aku yang sakit menanggung laki dia yang biawak hidup tu. Perbelanjaan byk. Rumah kuaters kena bayar juga, kereta 2 bijik, tv tak boleh yang biasa kena yang besar, bil2 utilities, astro laki dia nak yang pakcage semua ada tu movies, news , sports tak g1la mahai tapi dia tak nak bayar, insuran Kak Long ngan anak lagi, belanja anak sekolah, hutang laki dia lagi mcm2 lah.

Gaji kerani byk mana sgt. So Kak Long berniaga kecil2 utk tambah pendapatan. Semua benda dia jual, kerepek, kain baju, kuih2, supplement, top up pun dia jual. Lepas kerja biasa dia berniaga dan ambik barang nak jual. Dia angkut semua barang2 berat tu sorang2. Laki dia tidur atau minum kat mamak. Kak Long mmg berm4tian kerja sehari2.

Balik kerja balik niaga masak lagi utk laki dia. Rumah dia mmg tak kemas sbb dia takde masa. Kesian sgt, aku sampai nangis tgk life Kak Long. Suami dia yang hidup free tu sibuk kucar kacirkan famili aku. Dia fitnah abang aku curi duit niaga Kak Long aku, dia cucuk Kak Long supaya gaduh dengan kakak atas aku, dia ejek kakak aku andartu sbb tak kahwin lagi (now dah) dengan aku pun sama dia gaduh.

So relationship kami adik beradik pernah jadi tak baik. Kak Long aku pun dah termakan hasutan suami dia, Kak Long banyak mengutuk mak aku. Mak mcm byk menyusahkan dia la dia serabut, semua beban atas dia banyak la dia mengungkit sumbangan dia sebelum ni. Ayah ngan mak aku cakap lepas kawin Kak Long dah jarang2 bagi duit belanja tapi diorang tak kisah pun.

Biasa hari raya Kak Long tak balik kg dah, sian mak ngan ayah aku tunggu nak jumpa Kak Long nak jumpa cucu. Kalau Kak Long balik, dia balik sorang. Abang aku kahwin pun Kak Long tak balik. Sedih aku sedih sbb Kak Long bukan jenis mcm tu dulu. Semua sbb suami dia. Kenapa la dia termakan kata2 suami dia.

Dan aku terpikir kenapalah Kak Long tak mintak cerrai aje. Laki dia satu sen pun tak guna. Sikit demi sedikit, kami adik beradik jauhkan diri dari Kak Long. Rumah Kak Long lama dah kami tak jejak. After 20 years aku tgk dia dari aku kecik, remaja dan dewasa skrang ni aku tgk life Kak Long aku tetap sama.

Sekarang dia dah pindah Sepang dah nak pencen dah 2-3 tahun lagi. Dia dah tua tapi life dia tetap mcm tu, duit selalu tak cukup, ada je benda yang laki dia mintak. Ya, dia masih membela laki biawak hidup tu. Kak Long masih pegi kerja dan masih berniaga. Mak ayah aku pun dah takde, Kak Long aku dah tak sihat, selalu s4kit2.

Sbb dia kerja kuat sangat, angkat barang niaga dia tu dari dia muda sampai ke tua. Effect sekarang la, time dah uzur ni mcm2 peny4kit datang. Jantung, d4rah tinggi, di4betes tahlah aku sedih sgt tgk Kak Long. Dia byk merungut juga pasal laki dia, dia s4kit laki dia buat tak tau je. Anak dia belajar jauh jadi apa2 dia harap kat adik2 dia juga.

Dia macam redha dengan apa yang jadi ,nampak dia sedih. Kadang dia termenung mungkin rindu aruwah ayah aruwah mak. Rindu time kami adik beradik kecik2. Laki dia pun dah tua, s4kit2 juga. Aku cerita ni sbb aku sedih, hidup Kak Long mcm tu, dan Kak Long pun kadang solat kadang tak.

Ya Allah aku sentiasa doa supaya ada kesudahan yang baik untuk Kak Long, semoga dia solat tak tinggal dan dapat gi haji insha Allah. Utk laki dia pun sama, aku doa ada hidayah untuk laki Kak Long tu. Sedih rasa, malam tahlil aruwah mak aku dia cabut lari balik KL. Sbb dia tak boleh dgr orang mengaji berzikir.

Astagfirullah. Ya hidup dia dari muda mmg tak berubah tak solat, tak puasa, nauzubillah. Ya Allah moga ada hidayah utk mereka, mudahkan syurga mereka Ya Allah. Cukuplah laki dia seksa hidup Kak Long. Masya Allah. Akhir sekali nak ckp adik beradik aku semua menjadi, ada peguam, pegawai kerajaan, pegawai bank, cikgu, paling teruk pun kerani governnment.

Aku pun baru balik UK buat master inshaa Allah lepas ni buat PHD. Bukan nak show off, tapi orang kg ke orang bandar ke, rezeki Allah yang bagi. Kita rajin Allah bagi. Kita ada dream, apa2 je, make it realise, first mintak dengan Allah, cakap dengan Dia Yang Satu then usaha inshaa Allah, Allah tunjuk jalan.

Apa2 Allah bagi syukur paling penting siapa pun kita di dunia ni CEO ke cleaner ke, makcik kantin ke, siapa kita bila di hisab di depan Allah tu yang paling penting, it all matters. Bawa Ferrari ke Bugati ke, viva ke, duduk banglow ke, PPRT ke, rumah kg siapa yang imannya tinggi kepada Allah itulah dia yang tehebat, inshaa Allah, may Allah bless us all. – Syafiqah Feb 2019

Sumber IIUM