15thn brkawin, semua kerja rmh aku buat, suruh masak yg simple2 je aku dpt. Bila ajak bsama nie yg aku dpt. ”Aku bukan malaikat”.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM Confession.
Sebelum menulis lebih panjang.

Tulisan ini sekadar memberi pedoman untuk isteri-isteri diluar sana. Tulisan ikhlas dari hati seorang suami yang tersakiti dek seorang wanita bergelar isteri. Tulisan ini bukanlah untuk menyatakan aku tidak menerima kekurangan isteri.

Aku juga mengakui bukanlah seorang suami yang baik sempurna dan aku sedar, aku juga punya kelemahan dimata dan dihati isteri. Alhamdulillah telah lebih 15 tahun berumahtangga. Dikurniakan pelbagai nikmat dan dimudahkan rezeki.

Isteri seorang suri rumah dan meniaga sambilan suka-suka secara online. Aku bekerja dengan pendapatan gaji 5 angka. Alhamdulillah direzekikan dengan 3 orang anak. Dari segi nafkah kewangan kepada isteri, aku beri dia elaun duit poket dan hulurkan sedikit duit pada parent dia.

Kalau dia nak beli apa-apa baju tudung etc. Aku akan bayar. Routine aku dekat rumah. Aku jenis tak melepak dengan kawan-kawan. So banyak masa aku spend dekat rumah dengan anak isteri. Balik je kerja aku dah sibuk uruskan hal rumah. Sampai rumah aku mandikan anak-anak.

Kalau aku penat aku minta wife mandikan tapi dia akan buat muka terpaksa dan tak suka. Sebab dia memang tunggu aku balik mandikan anak-anak. Aku pernah juga marah dia buat kerja rumah sambil buat muka. Kalau buat muka macam terpaksa tu. Tak payah buat aku kata pada dia.

Aku boleh buat semua. Malam sebelum tidur aku ironkan baju sekolah anak-anak dan baju kerja aku. Basuh baju dan sidai aku yang uruskan. Sebab aku nak nak jaga aurat dia. So tak perlu dia keluar rumah sidai baju. Bab lipat baju aku sengaja tak lipatkan. Nak bagi dia lipat.

Sebab aku dah basuh and sidai takkan aku kena lipat juga. Tapi baju tu berlonggok menimbun. Last-last hujung minggu aku juga yang lipat. Kalau aku tak rajin berminggulah baju tu tak berlipat. Kadang-kadang berbulan tak berlipat.

Yang aku perasan dia akan lipat kalau aku perli dia baju dah menimbun macam gunung. Pagi-pagi, aku jenis bangun awal sikit dari wife. Dari anak sekolah tadika aku yang kejutkan, mandikan dan siapkan anak-anak pergi sekolah. Wife bangun bila anak dah siap nak ke sekolah.

Aku pula expect dia macam mak-mak kita bangun awal pagi. Siapkan anak-anak. Sediakan sarapan. Tapi dah lebih 15 tahun kahwin tak berubah. Anak-anak pun dah pandai siap sendiri. So boleh dikatakan kebanyakan kerja rumah aku buat. Wife cuma masak dan kemas rumah. Hujung minggu aku akan mop rumah dan basuh bilik air.

Dulu-dulu menyapu rumah aku yang buat sebelum keluar pergi kerja. Cuma sekarang aku malas nak buat. Aku biarkan dia buat. Wife aku tak pandai memasak. Bila aku request lauk kegemaran aku. Dia memang takkan masak sebab tak pandai dan tak ada effort pun nak belajar masak lauk kegemaran aku.

So lauk dia masak jenis simple, fast food, western and frozen. Nasib aku jenis tak cerewet sangat bab makan. Jenis makan je apa yang ada. Kalau teringin sangat nak rasa aku beli luar.

Nasihat aku untuk isteri-isteri belajarlah masak lauk favorite suami dari mak mertua korang or at least Google lah. Masak sedap-sedap untuk family suami dan anak-anak ni penting. Anak-anak akan ingat air tangan kita. Nanti tua anak cucu tak sabar nak balik kampung sebab nak rasa air tangan nenek.

Suami akan rasa dihargai bila isteri ambil hati dengan masak lauk favorite dia. Bab hubungan atas katil sedikit hambar. Dia sebolehnya akan menolak ajakan aku. Dia jenis tak pernah meminta dan menggoda aku. Aku pula yang rasa macam terhegeh-hegeh.

Kalau aku ajak. Ada je alasan dia. Penatlah, ngantuklah, nak tidur awallah. Kalau aku tak ajak, elok je dia ngadap hanphone 1-2 pagi. Aku masuk je bilik, dia buat-buat nak tidur. Kadang-kadang aku sengaja tak sentuh dia lama konon merajuk. Tapi dia macam tak kisah pula. Aku pula tak kuat menahan nafsu.

Sejujurnya laki ni hiburan hati dia adalah isteri. Kalau isteri tak melayan. Takut suami korang akan “terbabas” diluar. So layanlah suami korang seiklhasnya dan jangan menolak ajakan suami kerana suami korang bukan malaikat.

Mujur aku masih waras. Tak berskandal or makan luar jauh sekali. Aku tak nak Rumahtangga ni runtuh disebabkan aku berskandal or makan luar. Mana nak letak muka depan anak-anak bila tua nanti. Mohon doa dijauhkan aku dari ujian dan dugaan yang bukan-bukan.

Dah panjang rupanya aku menaip. Nanti boring korang nak baca. So kesimpulannya yang aku nak sampaikan.

1. Bila suami rajin bantu buat kerja rumah hargailah dia.

2. Belajarlah untuk masak makanan kegemaran suami.

3. Kalau boleh elakkan menolak ajakan suami. Sesekali godalah suami korang. Kalau korang tak goda takut dia terg0da dan tern0da.

4. Sentiasalah belajar ilmu rumah tangga. Kalau tak ada masa nak ke kuliah. Dengarlah dari youtube.

Akhir kata. Bukan niat aku nak menafikan kebaikan isteri. Cuma sekadar ruang tulisan dan masa yang terhad tak dapat aku nak ceritakan kebaikan isteri. Banyak sebenarnya. Sejujurnya aku menerima kekurangan dia sama seperti dia merima kekurangan aku.

Tulisan ini sekadar memberi pedoman ilmu berumah tangga dari hati seorang suami. Mana yang korang rasa baik. Bolehlah diamalkan. Mana yang salah silalah kecam diruang komen. Aku tak kisah. Sekian, – Suami tersakiti (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Syafiqah Hana – Alhamdulillah. Anda suami yg baik dan bertanggungjawap. Your wife is so lucky to have you. Cuma risau status dia adakah akan jadi isteri drhaka bila buat suami rasa seperti ini sedangkan isteri sepatutnya menjadi hiburan dan penyejuk mata hati suami. You know…kami perempuan x marah you nak kawin lain kalau isteri you camni.

Cuma cara kena betul la. Silap hari bulan you pulak nampak jahat sbb curang. Mungkin boleh berterus terang dulu dgn wife apa yg you rasa, semoga dia sedar before it is too late. Good luck confessor. Saya doakan awak dipermudahkan urusan yea. Inshaallah ameen

Liza Adenan – Kes nie sbb isteri terbiasa di layan bergitu.. mcm lelaki jgk wife dh terbiasa brkorban lyn baik.. dia sbnr nya dr awal kwen xleh mnjakan dedua belah pihak.. saling sama2 kerjasama.. saling luah, bgthu je apa xpuas hati walaupun sekecil perkara, ucap terima kasih dan maaf dlm apa jua..

lebih molek masa bru2 kwen tgh wangi tu, buat jadual… sng.. p/s: mgkin boleh bgthu isteri mcm awk share nie.. “abg bkn malaikat.. ada n4fsu ada perasaan, nk jugak di belai di beri perhatian” -ayat suamiku..

Muallimah Ros – Alhamdulillah terbaik encik. Komunikasi penting..Apa yang tidak puas hati kena luahkan.jangan sesekali pendam.Bila pendam tidak akan menyelesaikan masalah.Malah akan timbul masalah lain maka bertingkatlah masalah demi masalah.

Isteri encik tu sebab dah terbiasa,encik kuatkahlah diri untuk menegur.waktu yang terbaik adalah masa encik bersembang santai-santai dengan isteri,selitkanlah sedikit demi sedikit teguran itu.

In Shaa Allah isteri encik boleh menerima dan berubah. Itulah yang saya buat pada suami saya.banyak sangat perubahan.baru 10tahun berkahwin.sama-sama saling tegur menegur dan perbaiki diri.

Wai yun – Sy rase isteri encik nie terlalu obses dgn citer2 dr KRT dan kadangkala dr IIUM Confession dimana isteri dibuli suami, suami malas buat kerja rumah, suami tak tolong ringankan beban isteri. Nak pulak baca komen2 yg kata suami yg patut buat segala kerja rumah sebenarnya.

Tu bukan tugas isteri. Dek krn terikut2 apa yg ada dimedia sosial, jdi lah isteri encik tu begitu..Maka sy rasa, encik buanglah hp/laptopnya atau potong jer wifi

Intan Rohani – Sedihnya. Bila suami okay… isteri pulak yg tak berapa nak okay. Isteri yang okay pulak dapat suami kaki pukul, maki hamun, abai nafkah, curang. Hidup ni mmg banyak dugaannya kan. Harapnya encik bersabar la.

Cuba usahakan sesuatu supaya isteri berubah jadi yg lebih baik. Saya doakan yang baik2 saja buat encik dan isteri. Semoga encik kekal jadi suami dan ayah yang baik dan sentiasa jadi orang yg baik-baik.

Sumber IIUM