Suami curang, aku tinggalkn 2cincin dan sekeping nota. Suami xrela dan mula berubah. Tp hati aku ttp kosong.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih andai luahan ini disiarkan.

Saya, A, berumur 35 tahun, seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil dan berkerjaya. Saya sudah tiada ibu dan bapa serta tinggal jauh dari adik beradik yang lain. Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan tetapi saya mengambil sedikit ruang di sini, mungkin sahaja ada yang boleh memberi kata-kata positif kepada saya.

Benar kata orang, ujian perkahwinan itu boleh datang bila-bila masa dan dalam apa juga bentuk. Perkahwinan saya tidaklah terlalu lama, baru sahaja mencecah 6 tahun. Saya berkahwin pun tidaklah bercinta sangat. Berkenalan melalui ibunya, bertunang dan bernikah dalam setahun yang sama. Jujurnya saya tidak begitu menyiasat dan mengenali.

Awal perkahwinan itu sendiri sudah penuh duga dan uji Apa yang pasti dia terlalu banyak menipu dan mengkhianati. Sehinggalah pada tahun ke 5, saya seperti menghidu sesuatu yang tidak kena, sangat tidak kena. Hati saya tidak senang dan sentiasa rasa lain dengan tindak tanduknya. Sukar untuk saya ceritakan. Bergaduh jangan ceritalah.

Saya pernah bertanya adakah dia ada yang lain, jawapan dan responnya cukup menimbulkan keraguan. Kami pernah bergaduh sampai ibunya datang ke rumah dan seperti menyalahkan saya. Kami (saya dan ibunya) bertengkar ketika dia di tempat kerja, dan saya memutuskan untuk menunggu dia balik dan berbincang dengan keluarganya.

Perbincangan itu memang tidak berakhir dengan baik, dan dia memberi kata putus sama ada melepaskan saya luar atau dalam mhkamah. Memang saya menangis tapi saya bukan lah perempuan yang jenis memujuk dan merayu. Maka pulanglah kami ke rumah semula. Esoknya, saya berkerja seperti biasa dan sebelum keluar rumah saya meninggalkan sekeping nota serta semua barang kemas hadiah perkahwinan (2 bentuk cincin dan seutas gelang).

Saya nyatakan pada nota itu, saya terima keputusannya dan lepaskan saya dengan cara bermaruah tetapi saya minta dia yang uruskan. Saya ingin jalani hidup seperti biasa, kalau jodoh setakat itu , apa daya saya untuk pertahankan, Saya cuma tidak akan menyerahkan anak2 sahaja, maka silalah keluar dari rumah saya.

Bagi saya, jika pasangan sudah tidak ingin meneruskan jangan lah dipaksa. Saya balik kerja seperti biasa, melayan dan menguruskan anak2 sperti biasa, Cuma tidak lagi bercakap dengannya. Saya cuma menunggu tindakannya. Ternyata berani hanya di depan keluarga. 2 hari kemudian, dia memohon maaf dan meminta meneruskan perkahwinan ini, dan saya menerima sahaja.

Entahlah, seperti saya tidak ada perasaan untuk berfikir jauh. Maka, hiduplah kami seperti biasa, tetapi masih juga perasaan saya tidak tenang sebenarnya dan satu hal lagi saya seperti tidak ada hati untuk menyarung kembali hadiah perkahwinan yang saya tanggal tempoh hari. Saya terus berdoa memohon petunjuk.

Agaknya saya ini buta, atau jenis malas berfikir panjang, padahal sudah banyak petunjuk yang saya dapat. Tetapi saya tidak mahu menyerang, menuduh melulu dan bertindak drastik. Saya percaya Tuhan akan membantu saya dan bangkai yang busuk lama-lama akan terhidu jua. Benar seperti sangkaan, kali ini terbongkar kenyataan yang lebih perit, dia benar-benar curang sehingga melampaui batas.

Saya tidak mahu ceritakan terperinci di sini bagaimana semua ini terbongkar kerana terlalu pahit untuk saya kenang kembali. Dan kali ini saya terus ke majikannya, dan ingin memohon pencerraian. Bergaduhlah kami berhari2 tetapi Cuma dalam wasap, kerana saya elakkan bertengkar di hadapan anak-anak.

Dalam pada itu, dia mengakui kesalahannnya dan memujuk saya untuk memberinya peluang. Saya ajak dia berbincang baik2 dan minta dia lepaskan saya secara baik. Katakan sahaja tidak ada sefahaman, jadi tidak perlu saya buka kes. Saya tidak mahu memanjangkan cerita, saya sudah down dengan apa yang berlaku tambahan pula saya bergelut dengan tugas-tugas hujung tahun di tempat kerja.

Memang saya agak terganggu tetapi saya Berjaya mengawal emosi dan melaksanakan tugas sebaik mungkin sehingga tidak seorang pun teman saya menghidu masalah saya. Dia merayu untuk memberi peluang kepadanya, Allah, sebegitu jauh dia mengkhianati saya. Saya meneruskan langkah dengan berjumpa pegawai atasannya dan telah diterangkan segala prosedur.

Memang susah dan saya tiada sokongan keluarga. Bukan adik beradik saya tidak mengambil tahu tetapi mereka jauh dan hidup susah. Sehingga lah saya berkeras untuk pencerraian dan dia dengan g1lanya mengugut saya. Sungguh saya takut dengan keg1laan dia. Manalah tempat saya mengadu dengan anak-anak yang masih kecil. Berhari-hari saya menangis (sehingga sekarang pun), dan dia juga memujuk merayu untuk memberi dia peluang.

Dalam pada itu saya dapat tahu saya hamil, dia memang sengaja menghamili saya supaya saya tidak meneruskan pencerraian ini. Saya setuju untuk meneruskan hubungan ini tetapi dengan bersyarat dan takliq. Saya minta dia memohon maaf dengan adik beradik saya. Terkejutlah adik beradik saya dengan berita saya hampir bercerrai ini kerana selama ini mereka menyangka hidup saya baik-baik saja.

Ya, saya tidak pernah membuka pekung hal rumah tangga saya walaupun saya rapat dengan adik beradik saya. Dia berjanji untuk menumpukan perhatian kepada keluarga kami dan berjumpa serta mengakui kesalahan nya di hadapan keluarga saya. Dia juga telah menjatuhkan takliq kepada saya. Saya akui juga padanya saya teruskan demi anak-anak, bukan kerana cinta saya kepadanya.

Jujurnya saya tak mampu membesarkan anak sendirian, bukan soal kewangan yang menjadi masalah kerana gaji saya lebih besar dari dia, Saya punya kereta dan rumah yang kami diami ini adalah milik saya. Tetapi saya tidak mampu dari segi kudrat dengan anak yang kecil dan tantrum serta saya perlu bekerja.

Dia memenuhi janjinya, benar seperti yang dikata. Dia melayan saya sebaik mungkin, malah lebih dari selama ini, berusaha memenuhi permintaan saya dan pertama kali dalam pantang setelah lahir anak ketiga, dia menjaga saya sepenuhnya. Memang sengaja saya tidak berpantang di rumah mertua atau di rumah kakak saya seperti anak-anak sebelum ini.

Nak anak sangat kan, ha jagalah. .memang dia jaga anak ini tanpa perlu disuruh pun. Saya pula sengaja,jika anak saya menangis tidak dapat dipujuk,maka saya biarkan saja lah, baru saya nampak kebertanggungjawabannya tidak seperti anak-anak sebelum ini, buat tak faham saja. Segalanya Nampak baik-baik tetapi jauh di sudut hati saya, terasa sudah hilang kemanisan cinta dalam rumahtangga ini.

Saya melayan dia baik-baik saja, tidak ada ungkitan kisah lalu dan kami jarang sangat bergaduh. Tetapi hati saya kosong. Sayang mungkin masih bersisa, tetapi cinta juga mungkin sudah hilang. Saya tidak lagi cuba untuk bermanja2 dengannya walaupun kami boleh bergelak ketawa bersama. Dialah yang lebih menunjukkan sayangnya, sentuhan nya dan pelukannya.

Cakapnya juga manis dan lembut. Sudah mula bersolat walaupun ada juga lompongnya (ini juga antara isu yang sering saya gaduhkan dahulu). Banyak yang dia berubah tetapi hati saya juga sudah berubah. Malah saya juga sudah berubah. Dia bukan keutamaan saya lagi. Saya give up dan putus asa, dan saya biarkan dia mengubah diri dia sendiri.

Dahulu jika bergaduh, saya tegur dia untuk bersolat, pernah dengan sombongnya dia cakap, itu antara dia dengan Tuhan. Ok, baik, kini saya tidak lagi menegurnya, saya tidak mahu lagi mencampuri urusan ibadahnya. Saya rasa dahulu saya terlalu mendesak dia untuk membetulkan dirinya dalam masa yang sama sentiasa bantu dia segenap segi.

Datanglah pada saya dengan roadtax kereta yang tak mampu dihidupkan, segera saya melangsaikan. Kereta dia rosak di jalanan, segera juga saya bank in. Tidak cukup belanjanya, saya juga yang topup, pernah juga gajinya bermasalah,saya lah mencukupkan segala keperluan. Sehingga keperluan saya sendiri pun saya sekat dan aturkan.

Kini tidak lagi, roadtax kereta dia berbulan xdapat dihidupkan, saya biarkan sehingga dia kumpul duit. Apa juga cerita ketidakcukupan dia, saya mendengar sahaja. Tidak lagi menghulurkan kecuali jika dia benar-benar meminta brhutang. Hutang pun saya tegaskan untuk dia bayar, tidak seperti sebelum ni yang hanya saya namakan bantuan.

Maka berlepas tangan lah dia tidak bayar. Sebelum ini antara isu saya gaduhkan, dia mengadu pada ibunya saya tidak memasak, tetapi saya masak pun jarang dimakan. Memang saya kecil hati dan sedih. Tak masak dicanang setaman, saya masak tak pula dimakan. Kini saya ambil cara mudah, saya masak untuk saya makan, jika dia mahu makan, ambillah sendiri.

Tetapi since dia berubah, dia sering meminta saya masak untuknya. Malah ketika pkp baru2 ini, macam2 kuih diminta saya buatkan, saya ok saja. Saya bukan orang yang handal memasak tapi dia puji juga masakan saya dan habiskan. Jika dahulu saya, saya sekat keperluan saya, bimbang ekonomi keluarga berkurangan tetapi sekarang tidak lagi.

Saya beli apa saja saya mahu, dari sekecil-kecil barang hingga ke barang-barang rumah. Lagipun saya tak minta duit dia. Dulu saya hormat, sayang dan hargai dia, apa saja saya ingin beli saya akan tanya dia. Kononlah kan. Tetapi hati saya tak gembira, kini saya dah tak peduli, dia juga tidak terkata apa, bimbang agaknya kalau buka mulut saya melepaskan kata pula.

Saya cari bahagia saya sendiri. Peluang yang saya beri ternyata bukan untuk saya. Saya tumpang gembira anak-anak saya. Melihat anak tersenyum dan ketawa sudah buat saya bahagia. Mungkin juga dia melihat saya seperti tiada apa-apa tanpa mengesan luka yang dia goreskan belum pernah hilang parutnya.

Saya cuba alihkan perhatian pada perkara lain, jika 5 tahun perkahwinan ini saya berendam air mata melihat angkuh dan pengkhianatan dia. Dalam fikiran saya cuma dia. Benar, saya juga tidak sempurna, khilaf saya juga ada. Atau saya sahaja yang mengimpikan mahligai di singgahsana tanpa ada yang memimpin untuk ke sana.

Mungkin dia sudah berubah tetapi saya juga sudah berubah. Hati ini bukan sepenuhnya mencintainya lagi. Apakah yang perlu saya namakan ini? Hubungan tanpa hati?. Tetapi janganlah pembaca fikir saya akan mengkhianati perkahwinan ini, walaupun saya pernah cuba. Ya, saya pernah cuba untuk melakukan hal yang sama. Saya install wechat, michat lalu terkebil-kebil saja saya di laman itu.

Saya masih ingat dosa dan pahala, saya masih tahu kedudukan saya. Saya rasa perkara itu membuang masa dan tidak mengisi kekosongan pun. Lagipun saya pelik dengan lelaki yang curang untuk mengisi kekosongan hati kononnya. Jika kita melihat kehidupan ini dengan tanggungjawab, kita tak kan pernah rasa kekosongan.

Kita punya anak yang perlukan perhatian, punya ibu bapa dan keluarga yang mahu berdampingan, lebih pada itu, kita punya Tuhan yang Maha Mengasihi. Di mana ruang kosongnya? Seperti kata ustaz (saya rujuk juga kes ini ke pejabat agama untuk sesi kaunseling) kepada suami saya. Awak buat hal itu kerana jiwa awak kosong, tertunduk dan terdiam dia.

Dahulu saya menangis dengan setiap kelakuan dia yang menykitkan. Saya marah jika dia tidak mempedulikan saya. Saya mengamuk jika dapati dia melanggar hal-hal agama (tidak solat dan main nombor). Saya nasihat dan tegur dia, tetapi ternyata niat saya untuk meluruskan langkah seorang bapa kepada zuriat saya hanya seperti mengisi air ke dalam bakul berlubang.

Jadi, saya tarik segala perhatian kepadanya. Tumpukan kepada anak dan kerjaya, juga urusan rutin harian. Agaknya,dia terasa dengan sikap berpalingnya saya itu. Saya tidak jamin dia berpegang pada janjinya, tetapi dalam doa saya, semoga tuhan tunjukkan kepincangan langkahnya kepada saya supaya saya tidak terjerat dalam dosa kerana janji takliqnya itu.

Saya mohon maaf jika luahan saya ini basi, mengarut dan berjela. Cuma saya ingin ingatkan kepada pasangan lain, anda mungkin mndapat peluang kedua atas pengkhianatan anda. Anda mungkin memiliki kembali pasangan yang telah anda curangi, tetapi cinta yang anda khianati itu tak kan sama dan tak mungkin akan sama kembali. Anda mungkin terasa bahagia kembali tetapi hati insan yang terluka itu tetap berparut selamanya. Yang mencari bahagia, – Mawar Berduri (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Rohani yah – Kalau dah tiada cinta apa d tunggu lagi. Dlm x cinta boleh mengandung? Hati kena kuat. Setakat sukar jaga anak bukan masalah. Cuma dilihat sis sendiri x yakin boleh hidup tanpa suami. Takut sis pula g1la talak.

Anggaplah itu ujian dari Allah. Muhasabah diri. Takut yg d kejar x dapat yg d kendong berciciran. Susah hidup sbg J. Memang sukar untuk melupakan. Mengadu pd Allah. In sya Allah. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui

Ummi Nour – Bahasa yg indah. Tidak seindah jiwa adik confessor yg sdg menanggung luka dan duka. Hanya satu, semuga adik temukan kebahagian sebenar di samping merawat luka. Enam tahun belum terlalu lama dik..adakah adik akan terus dlm keadaan skrg ini? Ia nnti amat memenatkan. Kena beri peluang pd diri sendiri untuk menikmati bahawa hidup ini indah.

Bila kita rasa diri cukup sempurna, kitalah yg layak di uji sebenarnya.. kerana tuhan amat memerhati dan menyayangi.. Alhamdulillah tuhan telah ambil perhatian adik. Jika suami tidak sesempurna mana di mata kita sayangi lah dia kembali perlahan lahan kerana dia amat menyayangi anak2 yg akan membesar dan menilai kita kelak. Binalah kembali keluarga sakinah mawadah warahmah semuga Allah permudahkan jln ke Surga dunia dan akhirat.

Shahrizaton – Rumahtangga tanpa cinta ni dah jadi semakin biasa. Beberapa cerita yg melekat di fikiran saya:

1. Isteri rela dimadukan tapi bersyarat. Sebelum kawin lagi 1, buktikan kemampuan kewangan suami selama 6 bulan, bagi nafkah anak2 dan isteri, selesaikan bil2 dan hutang tanpa bantuan isteri. Hasilnya? X mampu. Suami terdiam sedar diri, isteri dah tawar hati.

2. Suami melepasi setengah abad, isteri muda 5 tahun. Suami nak beristeri baru. Lebih muda. Isteri tanya, 3 minit pun awak xleh tahan, nak try pucuk muda? Suami sentap, jadi rendah diri, cuba buktikan dia boleh. Gagal. Isteri layan, tapi tanpa cinta.

3. Suami nak kawin lain tapi bakal isteri muda letak syarat, hanya akan kawin kalau isteri tua beri kebenaran. Nak isteri tua yg cakap dgn dia sendiri. Dah 3 tahun isteri x bagi. Isteri tua kata kalau nak kawin lain, ceraikan dia. Dia xnak bermadu. Suami x sanggup sbb mmg sayangkan isteri tua. Suami pujuk bakal isteri muda kawin senyap2.

Xnak sbb nak pastikan isteri tua x dilukai. Endingnya? Kekal dgn isteri tua. Bakal isteri muda pun dah kawin dgn org lain. Rumahtangga kekal dengan sejarah kecurangan suami dan kelukaan isteri. No more love. Luka hati seorg isteri yg dicurangi xkan pernah sembuh.

Sumber IIUM