Bangun pagi tgok adik2 lelaki suami dan ayahnya di dapur. Tgn bergerak, sambil2 bjenaka. Aku hairan. Beza sgt dgn fmly aku

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin andai confession aku ni disiarkan.

Nama aku Seri. Berumur 27 dan baru sahaja berkahwin setahun lebih. Dalam keluarga aku mempunyai 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan termasuk aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang dimana lelaki dirajakan dan perempuan dihambakan dimana kerja kerja rumah dan luar rumah seperti berkebun dilakukan oleh perempuan.

Dari memasak, mengemas, angkat pasu dan bercucuk tanam, semua nya dilakukan oleh perempuan di dalam keluarga ini termasuk lah ibu aku. Yang lelaki, biasanya akan duduk di ruang tamu, bersila dan menunggu makanan di hidangkan diketuai oleh ayah aku.

Biasanya ketika makan bersama, aku akan ulang alik ke dapur jika abang abang atau ayah aku menyuruh aku refill air basuh tangan, atau pun buat air panas. Atau tiba tiba disuruh untuk goreng telur. Ibu pula biasanya tidak akan makan sekali. Tugas nya adalah melayan ayah aku dan anak anak lelakinya ketika makan.

Kadang kadang aku kesian dengan ibu sebab ayah selalu suruh dia buat macam macam. Ibu aku jenis seorang yang paksa diri asalkan dapat memuaskan hati ayah. Kadang kadang muka ibu kelihatan penat dan lesu apabila buat macam macam mengikut kehendak ayah. Aku juga selalu disuruh untuk menjaga anak anak buah aku dirumah.

Mandikan, bagi makan, tidurkan anak anak buah ketika ibu bapa mereka sedang asyik tengok TV atau pun keluar berjalan jalan. Aku seperti sudah biasa dengan tugas tugas ini dan sudah lali, dan aku juga tidak boleh kata NO kepada mereka kerana bimbang akan diungkit ungkit.

Oleh sebab culture keluarga aku sebegini, ibu aku selalu pesan kepada aku apabila sudah berkahwin, aku wajib paksa diri untuk memenuhi kehendak suami. Jangan bagi alasan penat, paksa sahaja walaupun sedang sakit. Kalau sakit, ubat diri sendiri, jangan susahkan suami. Jangan minta suami buat itu ini.

Bak kata ibu, isteri wajib berkhidmat kepada suami. Aku hanya mengiyakan sahaja dan akur pada kata kata ibu. Nak dijadikan cerita, pada 2018, aku bernikah dengan seorang lelaki yang aku kenal sejak sekolah lagi. Dia merupakan kawan baik aku dan akhirnya jodoh aku. Suami aku agak misteri. Semasa kami bercinta, aku tidak dapat agak perangai sebenar dia atau peribadi dia.

Aku hanya tahu dia mempunyai kerja yang bagus di syarikat GLC dan mempunyai gaji yang lumayan. Suami aku merupakan anak orang berada. Mereka tinggal di sebuah rumah banglo yang mempunyai laman yang besar. Adik beradik suami aku semuanya lelaki, dan mereka tidak mempunyai ibu lagi.

Beberapa hari selepas bernikah, kami balik ke rumah kami. Berbekalkan nasihat ibuku bahawa isteri wajib berkhidmat habis habisan untuk suami, aku persiapkan mental dan fizikal aku untuk berkhidmat untuk suami aku. Pagi hari kedua di rumah kami, aku bangun awal untuk siapkan makan pagi suami aku.

Suami aku tiada di sebelah, mungkin pergi keluar lepak kot. Aku pun terus ke dapur dan aku lihat suami aku sedang keluarkan barang barang untuk dimasak. Dia pandang aku sambil senyum, “Jom masaaaaaakkk” dia kata sambil ketawa. Aku terkedu seketika.

Kemudian aku pun mula memasak, melihat suamiku menolong aku, aku dapat lihat yang dia sudah biasa buat kerja kerja di dapur. Aku seperti janggal sebab ada lelaki di dapur menolong sekali kerana budaya keluarga aku amat berlainan.

Hari demi hari, aku dapat lihat suami aku banyak ringan kan beban beban aku. Kalau aku buat kerja kerja rumah, dia mesti akan tolong. Basuh baju, angkat baju, buang sampah, lead memasak dan sebagainya. Dia akan pastikan semua urusan selesai, baru lah dia akan buat hal hal personal dia seperti main game.

Tiba hujung minggu, pertama kali aku untuk balik ke rumah family dia. Aku rasa agak nervous. Dalam kepala aku, biasanya orang orang berada ni banyak cekadak sikit. Sekali lagi aku persiapkan mental dan fizikal aku untuk menghadapi apa apa cabaran.

Aku fikir, disebabkan semua adik beradiknya lelaki, mungkin aku dan ipar ipar aku akan dihambakan lagi. Baiklah aku bersedia. Aku disambut baik oleh family suami aku. Bilik cantik sudah disiapkan untuk kami bermalam di situ. Tanpa aku sangka, keluarga nya sangat peramah dan baik baik belaka.

Mereka juga mempunyai kerja kerja yang bagus dan masing masing mempunyai degree dalam bidang bidang yang bagus. Ayah mertua aku juga rajin berbual dengan aku bertanya macam macam tentang aku dan kerjaya aku. Buat kali pertama, aku rasa seperti di hargai.

Keesokan pagi di rumah mertua, aku ke dapur untuk memasak untuk keluarga mertua. Sekali lagi aku terkedu kerana yang berada di dapur hanyalah suami aku, adik beradik suami aku dan ayah mertua aku. Mereka sedang memasak. Tangan bergerak sambil gelak ketawa dan bergurau senda. Aku hanya tolong benda yang kecil kecil seperti basuh cawan.

Rupa rupanya nya keluarga suami aku ni masing masing pandai masak dan rajin buat kerja kerja rumah. Dari sinilah aku tahu dari mana suami aku dapat perangai rajin dia. Ipar ipar perempuan aku kata, biasanya di rumah ni, yang lelaki suka buat kerja sesama mereka. Jadi kami yang ipar ni tak perlu masuk campur jika tiada keperluan.

Kalau tolong pun, kami tolong yang ringan ringan sahaja. Kerja kerja berat, lelaki lelaki sini buat semua sendiri. Aku lihat ipar ipar aku melayan isteri mereka bagai seorang permaisuri. Layan dengan penuh gelak ketawa, gurau senda. Tidak pernah aku sekalipun aku tengok abang abang ipar aku menyuruh isteri mereka buat benda berat berat.

Kalau setakat mintak tolong amik air, itu biasa lah. Di sini, jika sampai waktu makan, semua orang akan masak dan hidang kan makanan sama sama. Setelah selesai hidang, baru lah semua ambil tempat duduk untuk makan sama sama.

Jika ada yang mahu air sedap sedap, mereka akan ke dapur untuk buat sendiri. Selesai makan, kami akan kemas meja makan sama sama. Bila sudah selesai, baru lah semua ke ruang tamu untuk luangkan masa bersama. Aku sangat kagum dengam keluarga ini.

Aku tertanya tanya macamana lah ibu bapa mereka didik mereka. Ibu mereka sudah tiada, tapi masih berdisiplin. Aku sangat bersyukur suami aku dibesarkan dengan baik, dan bersyukur kerana mempunyai keluarga baru yang baik dan bagus. Sangat berbeza dengan keluarga aku yang menghambakan perempuan. Terima Kasih. – Cik Puan Seri (Bukan nama sebenar).

Reaksi warganet

Nurul Yusof –Untungnya la hai. Mak mak sekalian, sudah tiba masanya anda didik anak lelaki sperti confessor ceritakan. Manalah tau anak laki anda akan berkahwin dengan anak perempuan saya.

Sudah sudahla perempuan mengabdikn diri pada lelaki, dididik dari kecil melayan lelaki sperti raja. Sedangkan apabila berkahwin dia tidak dilayan seperti permaisuri pun. Penat mental dan fizikal

Ibnu Borhanov – For me, when i was kid, my sisters and mom yang jadi harimau. Suruh cuci kasut sendiri. Basuh pinggan tiap kali lepas makan. Kalau tak siap kau!! haha. Kakak yang garang”, mak yang helpful dan singa dia bertempat.

Belajar masak sikit sikit. Sampai masuk asrama sekolah menengah- Universiti terus hidup berdikari. Alhammdulillah lepas kawin juga semua benda boleh buat sendiri termasuk masak. Bantu isteri urus anak dll. Kadang kadang selamba masuk dapur rumah mentua masak apa apa menu.

My family and life are teach me so much. Alhamdulillah i feel so happy and blessed. Now Misi saya menjadi anak-menantu-suami-daddy mithali.. Inshaallah, doakan..

Insyirah Soleha –Cerita ibu, Bapa saya ok je basuh baju sebelah tangan sambil dukung anak kecil sebelah tangan. Tapi ibu tak bagi bapa sidai baju sebab bapa orang berjawatan. Duduk di kuarters takut pekerja bawahan hilang respect dan anggap takut bini.

Jadi bapa mengalah. Tak sidai atau angkat baju. Tapi kalau weekend kadang sambil tengok tv dan layan anak buat homework, bapa akan tolong iron pakaian kerja. Tak rajin masak tapi selalu tolong basuh pinggan. Cuma bila bapa masak nasi goreng, ternyata sedap amat. Huhu. Kemas rumah, sapu sampah, mop memang biasa bapa buat.

Adik lelaki juga tak ada masalah buat kerja rumah. Kalau nak raya memang yang lelaki paling ligat di dapur. Potong daging segala. Rumahtangga bukan raja dan hamba. Tapi kedua-duanya Hamba kepada Raja sekalian alam. Jadikan perkahwinan sebagai ibadah.

Sumber IIUMC