Brkenaln dgn Datok Z di panggung wayg, diberikn hadiah tanda perkenaln. Masa tgok wayg, tgn dia merayap kat peha dan bahu aku.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Teringat aku satu peristiwa gelap yang berlaku dalam hidup aku sekitar 17 tahun dulu.

Kisah ini aku tak pernah cerita pada sesiapa walaupun bini ku sendiri. Malu bila memikirkannya, tr4uma dan emosi sedikit terganggu bila memori itu muncul. Sekitar tahun 2003 aku merupakan seorang pemuda yang asal dari felda mengembara ke ibukota kuala lumpur untuk mencari makna hidup ini.

Waktu tu aku bekerja sebagai pengilat kereta di Mid Valley megamall. Di sebabkan aku berkerja keras 6 hari seminggu, aku di beri cuti sehari untuk bersosial atau untuk merehatkan diri. Aku memilih hari rabu sebab wayang murah dan aku suka tengok wayang, window shopping di Mid Valley Megamall.

Di pagi Rabu yang indah, sedang aku menilik satu demi satu cerita yang akan di tayangkan hari tu, muncul lah seorang lelaki yang berusia lebih separuh abad menegur ku. “Maaf nak tanya, anak ni nak tengok wayang ke?” tanya orang tua yang berkulit cerah, berbadan sedikit gempal dan rambutnya sedikit beruban.

Dari susuk tubuhnya dan cara pemakaiannya tak ubah macam ceo megah holding…. “Ya pakcik,” balas aku dengan senyuman. “Elok sangat tu, Ni ha pakcik ada dua tiket cerita Darkness Fall, boleh ke anak teman pakcik? kita tengok sama-sama” ujarnya.

“Wah peluang baik ni!! Dapat aku tengok movie free hari ni. Jimat duit aku” bisik hati kecilku. “Ok boleh je pakcik” jawabku pendek tanda menerima pelawaan orang tua ini. “Tapi cerita ni sejam lagi nak start, apa kata kita makan kat Mcd kat tepi tu.. boleh pakcik kenal dengan anak ni…” kata pakcik tu.

“Hai.. dah la dapat ticket free, sekali orang tua ni belanja makan pulak… rezeki ni rezeki ni hahaha” melompat-lompat kegirangan aku… inilah hari yang gembira buat ku. Tak sangka aku ditemukan dengan hamba Allah yang baik hari ni. Haaa baru aku teringat yang aku ada bagi kucing jalanan makan semalam.

Agaknya inilah balasan atas sifat pemurah aku semalam. Wah pantasnya balasan yang ku terima…. Syukur Alhamdullilah. Pakcik ni memperkenalkan diri dia sebagai Uncle Z. Dia cakap dia adalah salah sorang CEO syarikat pembinaan di ibukota. Tadi dia baru lepas meeting dengan architect untuk projek rumah banglo dia kat Kuching..

Wah dia siap tunjuk pelan rumah dia kat aku. Besar wey. Hebat orang tua ni . Bukan biasa-biasa. Kagum aku dengan kekayaan yang dimilikinya. “Kaya giila orang tua ni…” bisik hati ku…. “Uncle ada seorang anak lelaki dan sorang anak perempuan sebaya dengan Mizi… tapi semua tengah study kat London.

Yang perempuan tu lawa, hidung mancung muka tak ubah macam si Siti Saleha tu.. kalau Mizi jumpa mesti cair punya” katanya bersungguh-sungguh. “Mizi kalau pandai speaking, Uncle boleh hantar belajar oversea. Cakap je negara mana, tapi tu lah.. lepas ni kita kena selalu berhubung, kena jadi rakan baik.

tapi jangan heboh atau cerita dengan orang lain ye, uncle tak suka…” pesan orang tua tu. “Wah humblenye orang tua ni… kalau aku jadi anak angkat dia mesti cerah masa depan aku… hahaha” fikiranku merewang. Dah la ada anak perempuan cantik… rumah banglo besar, kaya pulak tu, wah rezeki ni…

inilah yang dikatakan jumpa orang yang betul pada waktu yang betul… hasil kekayaaan dapat, anak perempuan pun dapat kahkahkah. “Eh sebelum uncle terlupa… ni ada hadiah tak seberapa dari uncle….” Wah belum apa-apa dah dapat hadiah pulak! Baiknya orang tua ni, tak pernah aku jumpa manusia sebaik ini…

Uncle Z menyerahkan sebuah kotak comel berisi kurma yang berintikan kacang wallnut…”. “Ini kurma bukan sebarang kurma tau… Uncle bawa dari Qatar. Orang sana cakap bagus untuk tenaga lelaki. Khasiatnya lagi power dari gambir sarawak. Dia buat 4nu awak besar Zie…”

“Erk”. Aku hanya mampu senyum tersipu-sipu.. Yelah… pada umur 19 tahun, mana lah aku terpikir nak besar kan 4nu kan…. hahaha. Tersengih aku lihat gelagat orang tua ni. Sempat pulak dia menyulami perbualan dengan menceritakan perihal kem4luan.. Adoii.. tiberr.

“Eh gelak pulak dia.. Uncle cakap serius ni Zie… uncle dah cuba, memang berkesan….” Tiba-tiba suasana menjadi sedikit serius. “Mizi, uncle nak tanya… awaknya 4nu ade besar macam ni tak?”. Tanya Uncle Zul sambil melipat dua tisu putih Mcd.

Ahh pulakkk. Meremang bulu roma aku…. “ish pelik sangat pertanyaan orang tua ni. Macam sesuatu lah… Apalah duk sibuk duk kalut nak tanya saiz kem4luan aku… pelik ni.. pelik ni” bisik hatiku. Aku hanya angguk mengiakan. Sebagai tanda bersetuju memang tu lah saiznya lebih kurang.

“Boleh tahan besar ye zie… ni kalau dah makan kurma ni kang, lagi besar ni… kan? haha” tersenyum orang tua tu sambil membuntangkan matanya tanda kagum dengan saiz itu. Aku senyum tersipu-sipu malu sambil kepalaku ligat memikir jalan untuk ubah tajuk. Aku dah mula berdebar..

dahi ku dah mula berpeluh, jantungku berdegup kencang, otak aku mula terbayang kes l1wat orang kenamaan yang banyak di laporkan di dada akhbar…. “Ni lepas tengok wayang ni, uncle plan nak pergi mana ye?” tanya ku kononnya nak alih cerita….

“Uncle nak balik rumah baru uncle di Seri Kembangan… Mizi ikut ye. Boleh kita sembang panjang lagi. Uncle duk sorang je, takde sapa pun… Mizi ikut ye” beria-ria sangat dia nak aku follow. “Ooo ok ok” aku angguk tapi dalam masa yang sama aku gelisah, aku keliru, fikiranku berkecamuk, ni kang sah sah b0ntot ku akan di sodok jap lagi ni.

Orang tua ni punya senyum pun dah lain macam dah….. Sedar tak sedar… cerita yang kami nk tengok pun mula… Cerita Darkness Fall ni 80% scene gelap je manjang dalam wayang… asal gelap 2 saat je, pasti hantu tu muncul… hantu tu takut cahaya.. kalau kena cahaya hantu tu melecur kepanasan…

Samalah dengan hantu sebelah aku ni, asal gelap aje.. tangan dia merayap kat atas peha aku… kejap-kejap dia letak tangan kat bahu aku.. ish rimas lah g1ler!! Meremang bulu tengkok aku…. Kalau ikutkan nak je aku siku muka dia.. tapi memikirkan orang tua.. aku sabar je sambil otakku ligat memikirkan jalan keluar dari kisah gelap ini.

Akhirnya aku dapat satu ilham macam mana aku nak keluar dari kancah filem gelap ni…. “Uncle , Mizi nak ke toilet jap… nak pecah pundi kencing menahan dari tadi ni ha… 5 minit ye”. “Ok ” dia balas pendek. Aku pun apa lagi…. larilah lintang pukang meninggalkan orang tua terkutuk tu..

Hantu betul manusia! Tak sedar diri! kunyittt. Sejak dari hari tu aku tak berani dah tengok wayang sorang-sorang.. Aku mesti tengok dengan kawan-kawan.. Seram ada, lucu pun ada memikirkannya hahaha.. Tak sangka ada manusia begini.

Tapi kan tapi kan… Tapi kalau aku stay dalam wayang tu, boleh jadi hari ni aku dah jadi salah sorang korporat yang sukses, betul tak ? haha… Kadang-kadang orang boleh cakap, “Eh ko muda 20 an badan tegap, gagah… dia tua gayut…. takkan ko tak leh melawan???”

Habis tu si tua gayut dah janjikan macam-macam reward jika di beri peluang paduk, takkan ko nak menolak? Lagi-lagi kalau jenis pemuda yang tengah terdesak atau kesempitan hidup. Nasib baik hidup aku time tu taklah mendesak sangat.

Setiap kali aku terbaca kisah l1wat di media sosial aku pasti tersenyum dan aku percaya benda ni betul terjadi kerana aku pernah mengalami pengalaman hampir di perk0 sa jantan dvrjana aummmm. – Tarmizi (Bukan nama sebenar)

reaksi warganet

Puan Hadra – Sy pulak pernah dulu.. Masa kat Pudu.. Dr Kedah nak ke rumah kakak kat KL… Saya mmg tak biasa naik bas. Sementara tunggu kakak datang ambik, ada sorang Mat Salleh ni datang tegur.. Sembang2 gitu la dgn BI kampung aku ni kan.

Dia tunjuk dia punya gambar rumah, pastu offer aku datang rumah dia siap bagitau bilik tidur dia besar. Sebelum bepisah tu, dia bagi no phone dia, dia tulis kat kertas. Then dia cakap ‘You can call me anytime. If u need money, just call me. I can give you money.’ Erk tiberrr nak bg aku duit.

Aku x lawa pun. Muka aku masa tu lebih pada muka nerd. Hahahahahaha kesian aku. Aku simpan je dalam bag masa dia bg no fon tu. Xkan nak buang depan dia kan. Lepas beberapa hari, terjumpa kertas tu dlm bag, terus buang. Takut nanti hatiku teruji. Hahahaha

Puan zuera – Serammidi cerita ni… Bagus jadikan pengajaran buat anak lelaki muda yang muka jambu/hensem… Jangan tengok wayang/ keluar sorang sorang nanti kena cekup dengan buaya darat songsang… Alhamdulillah mizie tak terpengaruh dengan umpan pakcik tu… Tahniah…

Kloe reymen – Saya nak ucapkan setinggi terima kasih pada adik yg menulis ni. Cerita ni sgt berguna untuk dijadikan pedoman anak2 muda supaya tak mudah cair oleh si tua durjana. Confessor takyah malu tapi patutnya berbangga. Bijak sangat awak ni tau. Mmg patut dipuji.

S Hazirah – Tergelak juga baca tapi bagus confession ni… sekurang2nya bukan anak perempuan je yg perlu diingatkan supaya berhati2 dgn individu yg x dikenali, bahkan anak lelaki juga perlu diingatkan sama.

Sumber IIUM